Thursday, August 11, 2011

A129758 suhaila binti mohd sajali LJ04- emosi negatif dalam diri seseorang

Assalamualaikum. Pada hari ini kuliah kita bertajuk emosi negative dan teori aras adaptasi. Kita sedia maklum bahawa manusia tidak lari daripada cabaran dan masalah. Maka kita selalu mempamerkan emosi negatif yang lahir secara semulajadi yang dicipta oleh Yang Maha Esa. Emosi negative terdiri daripada takut, malu, sedih dan marah. Takut boleh didefinisikan sebagai tindak balas emosi apabila kita berhadapan dengan sesuatu yang membahayakan diri kita dan dikaitkan dengan kebimbangan. Takut adalah mekanisme untuk hidup dan selalunya bertindak balas terhadap perangsang yang negatif. Takut dikaitkan dengan emosi yang dijelaskan seperti risau, bimbang dan berdebar-debar. Sebagai contoh melalui pengalaman saya di sekolah berasrama penuh. Di hadapan sekolah saya terdapat tanah wakaf yang telah dijadikan tapak perkuburan. Setiap pelajar di sekolah saya sedia maklum akan kawasan sekolah kami yang 'keras'. Guru kami menyatakan sekolah kami telah berpenghuni sebelum ini iaitu makhluk Tuhan selain manusia iaitu yang ghaib. Pada suatu hari, sekolah kami mengadakan pertandingan koir dan acara itu sungguh meriah sekali namun malang tidak berbau, pada waktu malam selepas tamat acara, rakan-rakan saya mengalami histeria yang teruk. Histeria telah berjangkit dari satu dorm ke dorm yang lain. Saya bersyukur walaupun dalam keadaan ketakutan saya masih kuat semangat dan tidak terkena hysteria. Syukur pada tuhan. Pada waktu itu makhluk tersebut menyerang kami dan meraka menyatakn]an kami telah berbuat bising di tempat tinggal mereka. Setelah itu, pihak sekolah tidak lagi melakanakan pertandingan koir. Walaupun sukar untuk mempercayai cerita yang mungkin orang katakana tahyul namun sesiapa yang telah mengalaminya sahaja yang tahu kisah benar yang dirasai meraka termasuklah saya sendiri. Mata kepala saya sendiri melihat kawan saya meracau dan menjerit-jerit tidak tentu arah dan menjadi kuat sehingga senior saya ditendang keras. Pada waktu ti hanya Allah yang tahu jiwa dan perasaan saya. Kami ketakutan sehingga kami membaca surah Al-quran dengan kuat dan kami tidur bersama-sama.
                Ekspresi wajah ketika takut adalah satu daripada mata kita akan  membesar, pupil mata akan membesar, bibir atas akan ternaik ke atas, kening ke dalam, dan bibir merenggang memanjang. Kemudian emosi negatif yang lain adalah malu. Malu adalah perasaan yang sangat kurang menyenangkan atau tindakan yang tidak diterima atau keadaan malu yang dialami oleh kita dan didedahkan kepada orang lain. Paling penting adalah peraasan malu yang melibatkan maruah. Sebagai contoh saya pernah merasai perasaan malu yang teramat. Waktu itu saya masih darjah tiga. Pada waktu rehat saya telah diusik oleh rakan-rakan saya namun saya ingin melawan usikan mereka jadi saya mengejar mereka. Namun, malang tidak berbau, saya telah jatuh dihadapan orang ramai waktu mengejar mereka. Saya berasa sangat malu. Kemudian, bagi menutup perasaan malu, saya hanya tersengih-sengih saja. Malu ada dua jenis iaitu peribadi dan profesional. Antara sebab-sebab malu daripada peribadi seperti dapat ditangkap kerana menipu atau membuat kesalahan, kalah yang teruk dalam pertandingan. Malu secara peribadi selalunya diikuti dengan tersipu-sipu, berpeluh, gementar, tergagap-gagap, dan gelisah. Kadang-kala orang yang malu cuba untuk menutupi dengan tersenyum atau ketawa besar terutamanya di majlis keraian dan beretika.
                Irama sedih seringkali dikaitkan dengan lagu balada. Sebagai contoh, saya amat meminati lagu Dato'  Siti Nurhaliza yang bertajuk Hati Berbisik. Antara bait-bait liriknya adalah seperti
 
 
 malam bertandang
 hati berbisik mengenang
 cerita derita yang daku pendam
 
 kata menguji
 cuba untuk kusudahi
 berulang air mata membasahi
 
 aku kini perlu berdiri
 walau hakikatnya
 pasti kan melukai
 
                Sedih boleh dimaksudkan dengan rasa tiada kebaikan dan kehilangan. Rasa sedih yang keterlaluan menyebabkan seseorang tertekan dan stress dan memerlukan rawatan daripada doctor pakar atau pakar kaunseling. Selalunya apabila seseorang rasa sedih, mereka lebih gemar berdiam diri, kurang bertenaga dan menyendiri. Mereka rasa seperti ingin menyisihkan diri dari komuniti dan tidak bergerak aktif dan lemah. Sebagai contoh melalui pengalaman saya sendiri, saya pernah berasa sedih yang teramat seperti merasakan dunia menjadi kelam iaitu semasa saya mendapat keputusan yang tidak cemerlang UPSR. Saya selalu leka dan malas belajar sewaktu darjah enam namun saya terlalu yakin dan berasa dapat keputusan yang cemerlang tetapi saya hanya dapat 2A3B.  Hati saya hancur dan saya menangis sepanjang hari dan tidak makan. Semasa keputusan UPSR keluar di berita ayah saya memanggil saya dan memberitahu hampir 500 000 pelajar mendapat 5A. ayah juga berkata orang cacat juga Berjaya. Saya rasa sangat tersinggung dengan kata-kata ayah, saya terus masuk ke bilik semula dan menyendiri lagi. Di ruang tamu, ayah tidak habis-habis berleter dan mengatakan saya malas belajar. Sejak dari peristiwa itu, saya bangkit dan berubah, saya belajar bersungguh-sungguh. Sewaktu Peperiksaan PMR hampir menjelang, saya pernah pergi ke kelas pada pukul 7 pagi dan balik lewat 6 petang untuk belajar di sekolah untuk kelas tambahan. Alhamdulillah berkat kesabaran, doa, usaha saya, saya telah mendapat 8A dalam peperiksaan PMR maka rasa sedih terlampau pada waktu UPSR sudah terbalas dengan air mata kegembiraan di tingkatan 3.
                Tanda-tanda sedih adalah seperti tertunduk, badan lemah, sayu, murung, masam dan muram. Dengan kata-kata lain sedih adalah perasaan berlawanan dengan gembira. Merujuk kepada Forgas pada tahun 1992,1994, beliau melakukan kajian dan mendapati orang yang gembira lebih mudah untuk melakukan pemprosesan maklumat dalam waktu yang singkat dan lebih tepat berbanding dengan orang sedih yang memproses maklumat yang dia dapat dengan lambat dan kurang tepat. Isen menyatakan  kebolehan untuk memproses maklumat bergantung pada mood seseorang. Kajian ini dijalankan pada tahun 1987. Berdasarkan kajian seseorang yang mengenalpasti emosi yang diekspreskan, mereka leih mempunyai karakter tambahan untuk menyerlahkan lagi emosi tersebut. Ini dinamakan kesan Halo. Sebagai contoh orang yang sedang merasakan perasaan sedih mungkin menjadi lebih pendiam. Contoh yang lain adalah, orang yang gembira akan mempengaruhi orang sekeliling untuk turut gembira. Orang yang sedih dikatakan lemah dan kurang kebolehan serta orang yang marah dikatakan berkuasa dan  lebih dominan. Ini dinyatakan oleh Keltner pada tahun 1997.
                Buku La Tahzan banyak dijual di pasaran sebagai buku motivasi bagi memulihkan kembali orang yang dalam keadaan sedih untuk bangkit semula dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan semakin diperbaiki. Sebagai contoh, "Goreskan pada dinding hati mu bahawa hari ini adalah milik mu" (La Tahzan).
"Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tak akan pernah menangisi kepergianmu, dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatmu. Kamu telah meninggalkan kami semua, pergi dan tak pernah kembali lagi."
                Sebagai konklusi, kita harus sentiasa sabar dan tabah dalam mengharungi cabaran hidup di alam fana.
 

No comments:

Post a Comment