Thursday, August 11, 2011

jurnal 3

Tevanthiran Gobal, A131508
Selamat sejahtera. Setelah menghadiri tiga kuliah berterusan, kali ini saya menghadirkan diri lagi ke kuliah pengurusan emosi kali keempat. Setiap kali saya berada dalam kuliah tersebut, saya berasa amat bertuah dapat menimba pengetahuan baru yang tidak mudah dicari. Pengajaran  daripada encik.azambri telah member satu inspirasi yang cukup mantap setiap kali saya mendengar pengajaran daripada beliau. Kali ini, pengajaran kuliah pertama disajikan dengan seklip lagu yang dipetik dan diterjemahkan dalam bahasa melayu dan dinamakan 'ummi ummi'(kalau tak silap). Melalui  lagu tersebut, saya dapat tahu ummi dimaksudkan sebagai ibu. Seterusnya, kuliah disajikan lagi dengan sebuah video yang bertajuk ' Look into My Eye'. Video tersebut mempaparkan perbuatan manusia ynag keji terhadap manusia sejagat sendiri. Kebanyakan manusia telah mengalami cedera parah dalam sesuatu pertemburan. Dalam video ini juga, telah menggambarkan betapa sedihnya kanak-kanak telah mengalami cedera akibat daripada konflik antara Negara. Factor utama berlakunya perkara sebegini adalah keinginan manusia yang tidak ada hak sampai mempertaruhkan nyawa rakyat yang tidak berdosa dalam medan pertempuran. Saya  berasa amat simpati setelah melihat video tersebut dan amat bersyukur Negara kita tidak mengalami keadaan sebegini. Mujurlah kita dapat dengan sepakat dan gembira.sebelum akhirnya video tersebut, video ini menyeru generasi muda supaya tidak terlibat dalam kegiatan yang merugikan hidup mereka dan selalu mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Sebelum video juga, perbandingan antara ekonomi Negara-negara menjadi satu tumpuan. Dalam fakta sekarang, jepun mempunyai 80% gunung ganang tetapi tidak dapat menghasilkan bahan mentah. Negara Switzerland, menjadi Negara yang stabil dari segi ekonomi. Seterusnya pula perbandingan antara Malaysia dengan Jepun dalam aspek permainan bola sepak juga telah dibincangkan. Orang Jepun tidak berminat bermain bola sepak, tetapi kini boleh menjejak kaki di piala dunia iaitu FIFA. Adakah Negara kita tidak mampu? Atau belum sampai waktu yang sesuai untuk bermain di persada antarabangsa?
Secara teorinya, kuliah pertama telah bermula, iaitu berkaitan tentang emosi negative. Terdapat empat emosi negatif, iaitu takut, malu, sedih dan marah. Takut itu adalah perasaan tindakbalas emosi terhadap situasi bahagia. Dan berkait  rapat dengan emosi bimbang. Sebagai contoh, trauma dan dikejar oleh anjing telah dapat mewujudkan perasaan takut.( Claustrophobia atau hydrophobia). Manusia senang terpengaruh oleh rasa takut menyebabkan mereka menuruti kehendak orang lain tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri. Perkara ini amatlah serius kerana boleh menyebabkan kematian kadang-kadang. Tambahan pula, tanda-tanda yang dapat dilihat dalam emosi takut adalah bibir yang panjang. Emosi ini, kalau bertindak ganas boleh membawa keburukan.
Emosi yang kedua adalah emosi malu. Malu adalah sesuatu yang tidak diterima dalam pekerjaan mahupun dalam kalangan masyarat. Kebiasaanya, malu ini melibatkan air muka dan maruah. Malu itu sesuatu tindakan yang sendiri tahu. Mereka yang melakukan sesuatu social yang diterima ramai. Sebagai contoh, pasukan bola sepak yang kuat lawan dengan pasukan yang lemah dan akhirnya pasukan yang kuat tersebut mengalami kekalahan. Melalui ini, kita dapat tahu semua manusia akan berasa malu jika mereka bersalah. Seterusnya, perasaan malu juga terbahagi kepada dua bidang. Bidang pertama adalah bidang personal. Bidang ini merangkumi perhatian orang lain tertumpu kepada hal-hal peribadi seperti kesilapan diri kita. Sebagai contoh, berbohong, membuat suatu kesilapan dan kalah dalam Sesuatu permainan, atau perlawanan. Malu yang bersifat profesionalisme melibatkan dasar yang tidak berjaya disebabkan salah guna kuasa dalam sesebuah organisasi menyebabkan berita ini tersebar kepada media dan menyebabkan organisasi tersebut mengalami kerugian yang besar. Individu tersebut akan berasa malu kerana telah melanggar akta yang ditetapkan dan telah merugikan sebuah organisasi.
Selain itu, emosi yang ketiga adalah emosi sedih. Pengajaran dimulakan dengan menghuraikan serangkap daripada beberapa lagu. Antaranya, "Alangkah sedihnya hatiku, luka meliputi….", joni dun cry". Pelbagai lagu ini menggambakan emosi sedih. Sedih menggambarkan kerugian dan kehilangan sesuatu termasuk nyawa yang tersayang dan benda yang mahal. Jika serius, ia membawa kepada kemurungan. Apabila seseorang itu sedih, dia akan menjadi lebih pendiam, tidak bersemangat dan suka asingkan diri. Tanda-tanda yang mereka tunjukkan adalah bibir ke dalam, badan condong ke depan, dan muka tunduk. Mereka juga memproses maklumat dan member perhatian secara perlahan. Di samping itu, mereka mentafsir secara lebih perlahan( sumber Forgos 1992, 1994).
Emosi yang terakhir adalah emosi marah. Orang yang sedang marah dilihat sebagai berkuasa, dominan(Keltner 1997). Manakala orang yang sedih pula menjadi lemah dan kurang upaya. Marah boleh diekpresikan kepada dua, iaitu aktif dan pasif. Aktif adalah serangan vebal atau fizikal manakala pasif adalah muka masam. Adakah anda  terfikir bagaimana marah itu terjadi? Marah berasal daripada rasa empati. Sebagai contoh, marah terhadap orang yang dizalimi. Marah juga bertambah jika sesuatu benda itu berlaku secara sengaja. Tugas cortex adalah untuk mengawal marh. Marah yang maksima boleh membawa padah dan individu tersebut boleh menjadi tenang dalam masa yang singkat. Orang marah juga melakukan tindakan yang tidak rasional. Menurut agama Islam, kemarahan adalah tanda kelemahan seseorang. Ungkapan menarik menyatakan " kritikan mereka yang menyakitkan itu pada hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk anda.Yakni, semakin tinggi derajat dan posisi yang anda duduk, maka akan semakin pedas pula kritikan itu". Kritikan boleh dijadikan salah satu sumber penambahbaikan kepada sesuatu. Dengan ini, kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan orang lain.
Kuliah diteruskan lagi dengan "teori Aras Adaptasi". Teori ini menyatakan tindakbalas kita terhadap sesuatu rancangan berdasarkan penyesuaian diri.  Sebagai contoh, jika rumah berdekatan dengan platform keretapi, bunyi yang anda dengar tidak kuat dan tidak juga perlahan, itu adalah satu adaptasi anda. Aras adaptasi meningkat bila gaji meningkat. Teori yang kedua yang telah kita pelajari menerusi kuliah ini adalah Teori Proses Berlawanan Soloman. Teori ini  adalah ubahsuai daripada yang teoi yang pertama. Setiap emosi yang dilahirkan akan mengakibatkan terbitnya satu emosi yang berlawanan. Teori ini juga lahirnya kerana penagih dadah. Sebagai contoh, setelah jogging, mula rasa boring tetapi lama kelamaan rasa seronok kerana dapat menjaga kesihatan dengan baik. " mengulangi sesuatu pengalaman emosi akan meningkatkan kekuatan relative emosi yang berlawanan". Sebagai contoh, emosi penerjun, orang yang tidak ada pengalaman akan berasa takut dan kurang seronok berbanding dengan orang yang berpengalaman.
Akhirnya, kuliah mengakhiri dengan sajian viseo sekali lagi yang bertajuk ' Don't be sad' dan diikuti dengan kuiz yang mengandungi 19 soalan. Sesunggunya, hari ini saya dapat tahu empat emosi negatif secara keseluruhannya yang paling penting dalam kehidupan kita. Saya berasa bersyukur dan sentiasa mengharapkan emosi saya berada dalam keadaan yang terkawal. Ayuhlah warga muda, jangan berasa sedih, dan bangkit berusaha ke arah kecemerlangan.  Sekian  terima kasih.
 
 

No comments:

Post a Comment