Thursday, August 11, 2011

A131858 CHO VI VIEN LJ03

 

 

 

 

 

 

           Selamat sejahtera saya ingin ucapkan kepada Encik Zamri . Kali ini merupakan kali yang ketiga saya menulis ulasan tentang kuliah ZT. Kuliah minggu lepas saya telah belajar tentang emosi positif tetapi kuliah minggu ini saya telah belajar tentang emosi negatif.  Sebelum kuliah bermula, saya telah menyaksikan satu video yang menceritakan tentang kemuliaan seorang ibu yang tidak jemu mendidik an anaknya. Video kedua menceritakan bahawa peperangan telah menyebabkan orang yang  tidak bersalah merana. Saya  berasa peperangan boleh dielakkan jika kedua-dua pihak boleh berbincang dengan aman. Peperangan langsung tidak membawa apa-apa manfaat melainkan kemusnahan yang tiada batas dan akan menyebabkan kemorosotan ekonomi di sesebuah negara itu.

 

            Selepas sesi video , kuliah bermula dengan topik "takut".  Menurut kefahaman saya, ketakutan ini akan wujud apabila seseorang berada dalam keadaan yang berbahaya dan apabila dia berasa keseorangan. Ketakutan merupakan gabungan emosi iaitu kerisauan dan kemurungan. Pada masa kecil, saya hampir lemas ketika bermain di taman tema air dan sampai sekarang saya takut apabila berada di kolam air yang dalam. Saya juga takut akan hantu walaupun saya tidak pernah melalui peristiwa.  Saya juga setuju bahawa seseorang akan hilang kawalan dan mengaktifkan sistem "fight and flight" disebabkan tahap adrenalin bertambah. Contohnya, apabila saya dikejar oleh penjahat, saya akan berlari tanpa menghiraukan apa-apa. Saya telah rasa bahawa saya dapat berlari dengan lebih cepat apabila berada di situasi yang berbahaya berbanding dengan situasi yang biasa.

 

            Emosi negative yang kedua ialah malu. Malu membawa maksud apabila seseorang berasa maruahnya atau air mukanya telah dijatuhkan. Seseorang juga berasa malu apabila dia anggap perbuatannya adalah tidak dapat diterima oleh masyarakat. Malu boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu personal dan professional.  Contohnya personal embarrassment ialah apabila masalah peribadi telah diketahui oleh oarng ramai. Misalnya , apabila saya mendapat keputusan yang kurang memuasakan saya akan cuba tidak berbincang topic ini dengan kawan-kawan kerana saya menganggap perkara ini sangat memalukan. Saya berasa rendah diri apabila mendengar kawan-kawan mendapat keputusan yang cemerlang. Kedua ialah professional embarrassment. Contohnya apabila seseorang tidak ingin mendengar cadangan orang lain di mesyuarat dan menganggap pendiriannya adalah betul. Akhirnya , dia telah meyedari bahawa dia telah salah faham.

 

            Emosi negative yang ketiga ialah kesedihan. Menurut pemahaman saya , kesedihan ialah perasaan yang akan wujud apabila seseorang telah kehilangan sesuatu yang amat berharga dan membawa makna kepadanya. Contohnya apabila saya berasa sedih, saya akan berdiam diri dan tidak ingin bercakap dengan oarng lain kerana saya sedang berfikir cara untuk mengatasa kerisauan saya. Saya juga tidak mempunyai minat untuk keluar dengan orang lain kerana saya ingin berseorangan. Menurut kajian yang telah dijalankan menyatakan bahawa orang yang gembira dapat memproses informasi dengan lebih tepat dan cepat berbanding dengan orang yang dalam kesedihan. Selain itu, menurut Isen, kemampuan seseorang untuk memproses data dan informasi adalah bergantung kepada perasaan. Menurut Halo effect, jika seseorang menujukkan kesedihannya, orang lain akan turut akan menganggapnya sebagai seorang yang lemah dan tidak dapat mengatasi masalah yang dihadapi . Sebenarnya ,saya rasa bahawa seoarang yang berkebolehan dan berpengaruh tidak akan menujukkan kesedihan kerana dia menganggap kesedihan ialah kelemahannya.

 

            Marah merupakan satu emosi yang biasa ditunjuk apabila seseorang mempunyai ketidakpusan hati atau benda yang diingini tidak dapat dicapai.Contohnya  saya akan berasa marah apabila keinginan saya tidak dapat dicapai dan biasanya saya akan pilih passive emotion untuk menunjukkan kemarahan saya. Saya tidak akan menghirau orang tersebut tetapi kemarahan saya hanya berlanjutan selama beberapajam sahaja. Saya tidak suka menyimpan dendam kerana keadaan ini akan menyebabkan saya letih. Saya akan cuba mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut kerana mungkin saya telah salah faham atau salah tafsir. Saya juga akan cuba memikir balik apa sebab saya berasa marah , kenapa marah . Menurut pandangan Islam, kemarahan sebenarnya ialah kelemahan seseoarang. Orang yang kuat bukannya mengawal orang lain dengan kuasanya tetapi adalah seorang yang dapat mengawal kemarahannya.

 

            Seterusnya, kuliah diteruskan dengan Theori Tahap Adaptasi. Theori ini mengatakan bahawa setiap orang mempunyai tahap adaptasi yang tersendiri dan akan memberi respond yang berlainan terhadap persekitaran yang baru dialami. Ia akan meyebabkan kita mengalami pelbagai emosi dalam proses penyesuaian. Contohnya, apabila saya mula memasuki tahun 1 dalam bidang perubatan, saya dapati terdapat banyak benda yang saya harus mengubah, misalnya cara belajar,cara untuk berkomunikasi dengan orang lain dan cara untuk bekerjasama dengan orang lain. Pada mulanya, saya tidak dapat menyesuaikan diri kerana sikap saya yang selalu suka bergantung kepada ibu bapa . Selepas saya berada di universiti, saya rasa banyak masalah harus diatasi sendiri kerana ibu bapa tiada di sisi saya dan mereka tidak dapat membantu saya. Selepas setengah tahun berada di ukm, saya rasa saya sudah pandai berfikir dan dapat membuat keputusan tanpa kehadiran ibu bapa saya.  Selain itu, theory tersebut mengatakan bahawa, apabila seseorang biasa dengan benda yang diperolehi dan akan berasa gembira hanya apabila dia mendapat sesuatu yang lebih bagus. Manusia ialah orang yang tidak tahu kepuasan an selalu menginginkan benda yang lebih baik.

 

            Di samping itu , theory Solomon juga ada mengatakan bahawa setiap emosi juga akan menyebabkan  emosi yang lain untuk wujud. Contohnya, pada mulanya saya menganggap sesi csl sangat meletihkan kerana saya terpaksa menaiki bas ke Cheras untuk sesi tersebut. Kadang-kala ia akan memakan masa sebanyak 4 jam. Walau bagaimanapun, saya mula mendapati sesi ini sebenarnya dapat membantu saya pada masa yang akan datang kerana di sana saya dapat berjumpa dengan pesakit . Melalui sesi tersebut, saya memang dapat menimba banyak ilmu daripada doctor yang bertugas di sana. Selain itu, Solomon juga ada mengatakan bahawa semakin banyak anda menghadapi benda yang anda takuti,semakin kurang ketakutan anda. Saya berasa theory tersebut sangat betul kerana saya pernah melaluinya. Saya masih ingat lagi saya tidak suka belajar Chemistry kerana saya menganggapnya sangat susah. Walau bagaimanapun, apabila saya mula cuba pelbagai soalan dan menghadiri kelas tambahan untuk subjek ini, saya mula berasa bahawa subjek ini sebenarnya bukanlah susah sangat cuma saya tidak berusaha bersungguh-sungguh. Sekarang saya berasa Chemistry ini merupakan subjek yang menyeronokan.

 

            Secara kesimpulannya, kuliah minggu ini sangat menyeronokan kerana banyak emosi-emosi negative telah dibelajari. Emosi –emosi harus dikawal dengan kerana apabila anda membiarkan emosi ini menguasai anda, anda mungkin tidak dapat mengawal diri dan akan membuat perkara atau keputusan yang tidak rasional. Sekain, terima kasih.

No comments:

Post a Comment