Selamat sejahtera. Ini merupakan journal ketiga yang saya tulis buat khursus pengurusan emosi, ZT2253. Journal ini berdasarkan apayang saya belajar pada kuliah pengurusan emosi yang bertarikh 10 Ogos 2011. Dalam kuliah tersebut, seperti biasa, Dr Zamri telah berkongsi beberapa filem pendek kepada kita. Antara filem yang paling menarik perhatian saya adalah filem yang menunjukkan seorang penyanyi barat, iaitu Justin Bieber menyanyikan sebuah lagu melayu. Pada mulanya, saya tidak begitu faham akan apa yang dinyanyikan kerana tidak menyetahui apa itu ummi. Selepas bertanyakan kawan melayu yang duduk bersebelahan, barulah saya menyetahui bahawa rupa-rupanya ummi bermaksud ibu dalam bahasa arab. Dengan kata yang lain, lagu yang dinyanyikan dalam versi bahasa melayu itu adalah tentang penghargaannya kepada ibu.
Dr Zamri telah menyatakan emosi sedih dalam lagu. Dr Zamri juga tidak kedekut untuk menyanyi serangkap lagu "Alangkah sedihnya hatiku, luka meliputi…" dan juga beberapa buah lagu. Walaupun Dr Zamri tidak menyanyi dengan perasaan sedih, namun kita dapat hayati lirik tersebut yang sedih dan menggambarkan perasaan penyanyi tersenut. Menurut Dr Zamri, apabila sesorang itu sedih, seseorang itu akan menjadi pendiam. Terdapat juga beberapa tanda yang menunjukkan kesedihan. Antaranya adalah muka tunduk, badan condong ke depan dan bibir ke dalam. Doktor juga ingin kita membuat ekspresi sedih kepada rakan-rakan yang duduk bersebelahan. Doktor juga menyatakan persoalan adakah lelaki boleh menunjukkan wajah yang sedih? Persoalan ini diutarakan kerana ramai orang yang berasa bahawa jikalau seseorang lelaki menunjukkan wajah yang sedih, dia disifatkan tidak 'macho' dan tidak bersifat kelelakian. Bagi saya, semua insan haruslah mengekspresikan sendirI tidak kira lelaki ataupun perempuan. Bagi saya, lelaki juga manusia yang akan berasa sedih juga. Mereka layak mengekspresikan emosi mereka.
Ekspresi seseorang itu turut mencerminkan personaliti seseorang. Sebagai contohnya, orang yang sentiasa gembira mempunyai sifat penyayang. Ini dapat dibuktikan kerana orang yang sentiasa gembira mencerminkan bahawa dia mempunyai fikiran positif terhadap kehidupannya. Saya pasti orang seperti ini akan mendapat rakan yang banyak kerana mereka percaya akan rakan-rakan di sekeliling mereka dan sanggup membantu mereka semasa dalam kesusahan.
Orang yang bersedih lemah dan kurang upaya melakukan sesuatu. Ini berlaku kerana semasa seseorang itu dalam kesedihan, dia tidak akan mempunyai motivasi untuk melakukan atau menyiapkan tugasan yang diberi. Mereka berasa kecewa dan tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam melakukan tugasan-tugasan tersebut. Menurut pakar, semasa seseorang itu berasa sedih, tahap imunitinya akan berkurangan dan lebih mudah dijangkiti penyakit. Saya sendiri juga pernah mengalami situasi yang agak sama iaitu semasa menghadiri majilis kebumian datuk saya, saya tidak dapat menumpukan perhatian dalam membaca buku walaupun peperiksaan adalah pada keesokan harinya. Saya turut jatuh sakit kerana terlalu sedih atas pemergian datuk saya.
Doktor turut menyatakan bahawa marah boleh diekspresikan secara aktif dan pasif. Contoh marah yang diekspresikan aktif adalah dengan membuat serangan balik kepada musuh. Contoh marah yang diekspresikan pasif pula adalah seperti melakukan perang dingin dan tidak ingin berjumpa dengan orang yang membangkitkan kemarahan anda. Orang yang marah pula menunjukkan dominant dan kekuasaan. Orang yang mengalami kemarahan yang melampau biasanya akan mempunyai pemikiran atau pendapat yang tidak rasional. Saya amat bersetuju dengan ini. Seperti yang sentiasa ditunjukkan dalam drama ataupun filem, biasanya orang yang terlampau marah ini akan melakukan sesuatu yang tidak baik. Saya juga amat bersetuju dengan cara-cara yang diutarakan oleh doctor semasa kita amat marah. Kita haruslah pasti akan apa yang betul-betul berlaku kerana kadang-kadang, kita yang terlalu sensitif dan terus terjun ke dalam kesimpulan yang mungkinnya hanya salah faham.
"Do not trouble trouble, until trouble troubles you." Saya amat suka dengan ayat ini. Dalam dunia ini, kehidupan kita yang penuh dengan dugaan ini, kita sentiasa didatangi masalah, tidak kira dari aspek ekonomi, pelajaran, sosial dan lain-lain. Namun, masih terdapat segelintir orang yang suka mencari masalah. Masalah yang saya merujuk kepada adalah seperti mengisap dadah, merompak dan sebagainya yang mendatangkan lebih banyak masalah kepada kita. Manakala bagi dugaan yang diberikan, kita haruslah menerimanya dengan hati yang tabah dan senang hati.
Dalam kuliah ini, Doktor juga menerangkan tentang Teori aras adaptasi. Contoh yang diberikan adalah jika seseorang itu tinggal di tepi lapangan terbang, orang tersebut akan semakin biasa dengannya. Manakala buat orang yang biasa tinggal di tempat yang sunyi, dia akan berasa sangat bising jika tinggal di tepi lapangan terbang. Sama juga dengan situasi saya. Saya sudah biasa untuk belajar secara bersendirian, jika ingin saya untuk belajar secara berkumpulan, ia agak sukar bagi saya untuk belajar kerana aras adaptasi saya adalah belajar secara bersendirian. Contoh kedua yang diberi oleh doctor pula adalah merujuk kepada gaji seseorang. Jika seseorang itu biasa menerima gaji sebanyak RM1000, dia akan biasa mengunakan wang tersebut. Jika orang tersebut tiba-tiba dipecat, dia masih akan menggunakan wang yang biasa dia guna kerana dia sudah biasa dengannya.
Kita juga didedahkan dengan theory lain, yang diubahsuaikan daripada toeri aras adaptasi, iaitu Solomon Opponent Process. Teori ini menyatakan bahawa keseimbangan emosi terhadap titik neutral sesuatu perkara yang meliputi jangka panjang dan pendek. Setiap emosi itu boleh menyebabkan emosi yang bertentangan. Contohnya, emosi gembira selalunya bertentangan dengan emosi sedih dan lain-lain. Solomon Opponent Process Theory mempunyai dua tahap. Tahap yang pertama adalah secara semula jadi dan tahap kedua adalah tahap semasa emosi bertentangan berlaku. Contoh yang diberikan oleh doctor semasa kuliah adalah semasa seseorang itu menang wang hadiah RM1000, pada mula-mulanya dia akan berasa gembira kerana mendapat hadiah tersebut. Akan tetapi, seseorang itu akan serasa sedih apabila dia telah menghabiskan wang tersebut. Saya sendiri pun pernah berdepan dengan situasi ini. Saya berasa amat gembira untuk mengenali seorang rakan dari Amereka Syarikat. Namun, saya berasa sedih apabila kawan saya ini pulang ke Negara asalnya selepas menghabiskan pelajarannya di Malaysia.
Kesimpulannya, seseorang itu janganlah sentiasa dalam emosi negative kerana emosi negative tidak dapat membantu apa-apa. Emosi negative ini hanya akan menyebabkan kita tidak dapat menumpukan perhatian dan menyebabkan kita semakin stress. Sebaliknya, jika seseorang itu berdepan dengan hati yang terbuka, masalah itu mungkin dapat diselesaikan. Selain itu, kita juga haruslah sentiasa bertimbang rasa akan orang sekeliling kita kerana tahap adaptasi setiap orang berbeza. Kita tidak haruslah bersikap pentong diri dan menganggap bahawa tahap pemikiran orang lain sama dengan kita dan mereka perlu bertoleransi dengan kita.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment