Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Untuk minggu ini, tajuk pengurusan emosi yang di pelajari pada 10 Ogos 2011 ialah berkaitan dengan emosi negatif. Tajuk ini menarik perhatian saya dan membuka luas cara saya berfikir berkaitan dengan emosi negatif ini contohnya emosi malu, marah, sedih, dan takut. Sejak kecil, manusia sudah diajar untuk memiliki rasa malu. Anak di didik dengan pemahaman malu seperti malu untuk berbuat perbuatan yang tidak bermoral atau malu untuk berbuat jahat dan sebagainya. Perasaan marah pula adalah perasaan yang tidak dapat di elakkan dan datang secara semulajadi dalam setiap individu dan cara mengatasinya juga berbeza dari satu individu dengan individu yang lain. Seseorang akan mengalami kesedihan apabila terjadi perkara-perkara yang telah membuatkan mereka murung dan sedih contohnya seperti kematian orang yang kita sayangi. Perasaan takut akan dialami oleh seseorang sekiranya mendapat rangsangan dari orang lain. Terdapat beberapa perkara yang tidak ditakuti oleh seeorang tetapi sangat ditakuti oleh orang lain seperti hantu. Ini bergantung kepada kepercayaan masing-masing dan cara mereka mendekati dan mengekspresikan perasaan tersebut.
Penerangan di atas adalah pandangan saya terhadap emosi negatif yang terdapat dalam diri seseorang. Melalui kuliah pertama ini, saya telah pelajari pelbagai perkara berkaitan dengan emosi negatif. Perasaan malu akan dialami oleh seseorang itu apabila melakukan sesuatu yang tidak diterima oleh orang lain atau sesuatu yang menyentuh tentang maruah dan kehormatan. Umpamanya, apabila kita tengah berjalan di depan orang ramai, kita tiba-tiba terjatuh dan kita pun berasa malu. Selain itu, apabila kita tersilap memakai kasut atau memakai baju secara terbalik, kita pun akan berasa malu. Malahan adakalanya, sesetengah orang akan berasa malu apabila berjumpa dengan seseorang. Terdapat dua jenis rasa malu. Pertama, secara peribadi (personal embarrasment) dan yang kedua secara profesional (professional embarrasment). Dari segi peribadi, malu berlaku apabila berlakunya sesuatu yang tidak diingini yang melibatkan hal-hal peribadi kita sendiri. Misalnya, apabila kita telah diketahui menipu atau melakukan kesalahan. Apabila ini berlaku, kita akan tersipu-sipu, berpeluh, gementar, tergagap-gagap dan gelisah. Bagi sesetengah orang, mereka akan berpura-pura menyembunyikan perasaan malu mereka, ada yang akan berpura-pura ketawa ataupun senyum dan ada juga yang akan bercakap tentang perkara lain supaya orang lain tidak akan sedar yang mereka telah berasa malu. Dari segi profesional pula lebih melibatkan pekerjaan seperti apabila seseorang iti didapati menggelapkan duit syarikat, mengambil rasuah, melakukan perbuatan yang tidak beretika, melanggar peraturan ataupun undang-undang dan sebagainya.
Perasaan marah ialah sesuatu psikofisiologikal reaksi terhadap kesakitan, kesengsaraan dan keancaman. Kemarahan sentiasa dikaitkan dengan reaksi terhadap sesuatu konflik fizikal, ketidakadilan, keabaian, penghinaan atau pengkhianatan. Kemarahan boleh diekspresikan secara aktif atau pasif. Jikalau secara aktif, seseorang itu akan melepaskan kemarahannya secara verbal atau fizikal. Jikalau secara pasif, seseorang itu akan melepaskan kemarahannya dengan mendiamkan diri, tingkah laku pasif- agresif, sifat bermusuhan dan ketegangan. Manusia sentiasa mengalami kemarahan melalui empati terhadap sesuatu perkara seperti selepas mendengar cerita ketidakadilan. Teori fisiologi kemarahan telah dibentangkan iaitu neurosains menunjukkan terdapat 2 struktur berbentuk berlian bernama amygdala yang berperanan mengidentifikasikan ancaman dan memberi reaksi terhadap ancaman tersebut. Amygdala sendiri telah mencukupi untuk mengaktifkan reaksi badan sebelum cortex otak. Amygdala menyebabkan otot- otot badan menjadi tegang. Dalam otak, sejenis neurotransmitter bernama catecholamine dilepaskan akan menyebabkan daya tenaga meningkat dengan cepat. Denyutan jantung, tekanan darah serta kadar pernafasan turut meningkat. Muka akan menjadi merah akibat peningkatan aliran darah ke anggota badan sebagai persiapan untuk aktiviti fizikal. Secara pantasnya, neurotransmitter otak serta hormone adrenaline dan noradrenaline akan dirembeskan. Perkembangan ke kemarahan biasanya disebabkan oleh cerebral cortex. Left prefrontal cortex boleh menghentikan emosi untuk mengawal keadaan tersebut.
Kesedihan mengambarkan kelemahan dan kehilangan. Emosi ini mudah mendatangkan kemurungan dan perlu bantuan daripada ahli profesional. Individu akan menjadi senyap, kurang energetik dan menarik balik sendiri. Terdapat beberapa tanda- tanda yang mengambarkan kesedihan contohnya menunduk kepala, mengeluarkan lidah serta aktiviti fizikal yang lembap. Menurut Forgas 1992, individu yang gembira lebih mudah memproseskan idea dengan cepat dan tepat berbanding dengan individu yang sedih. Selain itu, Isen 1987 menyatakan kebolehan untuk memproseskan informasi dipengaruhi oleh emosi.
Takut adalah tindakbalas emosi terhadap bahaya dan berkaitan dengan perasaan panic. Pearsaan takut juga adalah satu perasaan sebagai mekanisma untuk menyelamatkan diri dan kebiasaannya adalah tindakbalas terhadap sesuatu rangsangan negatif yang spesifik. Ketakutan berkaitan dengan beberapa emosi lain seperti kerisauan, panic, dan ketakutan yang ekstreem. Ketakutan boleh disebabkan oleh pengalaman ngeri contohnya pernah terjatuh dalam perigi dan berusaha untuk keluar dari tempat tersebut, orang itu akan mengalami claustrophobia ataupun hydrophobia.
Dalam kuliah kedua pula, teori aras adaptasi mendedahkan bahawa kita bereaksi terhadap sesuatu benda yang baru berdasar dengan asas tahap adaptasi kita sendiri. Tahap adaptasi seseorang bergantung kepada tahap adaptasi dia terhadap sesuatu perkara yang specifik. Penilaian kita akan mempengaruhi emosi kita. Proses kognitif terhadap sesuatu situasi pula menentukan kekuatan pengalaman emosi kita menurut Lazarus, Kanner and Folkman 1980. Sebagai contoh, cuba dengar suara- suara yang sekeliling kamu, jikalau suara tersebut bukan terlalu kuat atau terlalu lembut dalam anggapan kamu, suara itu adalah dalam anggaran tahap adaptasi kamu. Jikalau seseorang sentiasa mendengar suara yang kuat atau rendah, adaptasi dia akan turun atau meningkat mengikut situasi. Pendek kata, tahap adaptasi anda ialah titik neutral seseorang, hanya perkara yang lebih baik sehingga melepasi titik neutral itu akan menyebabkan seseorang itu lebih gembira.
Selain itu, kami juga didedahkan tentang Solomon Opponent Proses Theory. Solomon Opponent Proses Theory adalah hasil ubahsuaian daripada Teori Aras Adaptasi. Teori Solomon menyatakan bahawa keseimbangan emosi terhadap titik neutral bukan sesuatu perkara jangka panjang tetapi juga boleh berlaku dalam jangka pendek. Teori ini membentangkan bahawa setiap emosi menyebabkan emosi yang bertentangan berlaku. Ia menekankan bahawa emosi adalah dalam pasangan dan jika sesuatu emosi dialami, yang kedua akan dikurangkan.
Banyak perkara telah di pelajari dari kuliah minggu ini, saya berharap agar dapat memanfaatkan segala ilmu yang diberikan ini dalam kehidupan seharian. Sebagai penutup, ingin saya rumuskan tentang pengendalian emosi kerana ia sangat penting dalam kehidupan seharian kita supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan daripada berlaku. Emosi yang tak terkendali hanya akan merugikan diri sendiri. Selain menyebabkan tenaga anda terkuras habis, kita akan dicap tidak kuat mental dan tidak dewasa. Makanya, jika kita diselubungi pelbagai masalah, jangan hanyut dalam emosi, kendalikan diri. Lebih baik cuba tenangkan diri dengan menarik nafas dalam-dalam. Dan berpikirlah lebih rileks. Kita akan merasakan manfaatnya. Orang-orang yang terlatih mengendalikan emosi umumnya tidak pernah panik dalam menghadapi situasi apapun. Hal ini tentu cukup mempengaruhi kualiti kerja kita. Orang-orang yang mampu mengendalikan emosi, umumnya dapat menjaga kualiti kerjanya dengan baik. Sebaliknya, jika kita bekerja dalam keadaan emosi yang tidak stabil, membuka peluang besar untuk melakukan kesalahan fatal. Emosi yang terkendali dengan baik, dapat meningkatkan rasa selesa kita. Dengan emosi yang terjaga, kita lebih mudah melakukan tugas apapun dengan lebih baik. Dengan demikian kita yakin apapun yang akan kita hadapi dapat kita selesaikan dengan sebaik yang mungkin. Hal ini secara otomatis akan menambah rasa kepercayaan kita. Emosi biasanya membuatkan pergerakan dan perbuatan kita dilakukan secara tidak sengaja kerana pada waktu itu emosi mempengaruhi perbuatan. Sekirannya kita bijak mengendalikan emosi, kita akan lebih sihat baik dari segi fisikal mahupun mental. Kita juga dapat mengelakkan diri dari penyakit-penyakit yang disebabkan oleh emosi yang terganggu.
Sekian.
No comments:
Post a Comment