Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Zamri kerana memberi peluang untuk saya menulis sebuah lagi jurnal untuk tajuk kuliah pada hari ini iaitu,Emosi Negatif iaitu takut,marah,sedih dan malu.Sebelum itu,sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi saya peluang untuk menulis jurnal kerana secara tidak langsung,Dr telah berjaya menyingkirkan sifat takut dalam diri saya ketika menulis jurnal.Apabila sudah beberapa kali menulis jurnal,saya berasa lebih selesa dan yakin untuk menulisnya pada kali ini.Bagi tajuk hari ini,ia adalah sambungan tajuk emosi minggu lepas iaitu Emosi Positif.Ini adalah bahagian kedua tajuk keempat tersebut.Terdapat 4 perasaan ataupun emosi yang dibincangkan dalam kuliah hari ini iaitu,takut, marah, sedih dan malu.
Pertama sekali adalah takut.Ia adalah satu perasaan yang terjadi hasil daripada keadaan bahaya yang dihubung kaitkan dengan perasaan berdebar-debar.Ia adalah sebenarnya satu mekanisme yang menghasilkan keselamatan hasil daripada rangsangan situasi negatif.Takut juga dapat dikaitkan dengan perasaan yang lain seperti risau atau bimbang,takut yang teramat sangat,khuatir dan lain lain.Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perasaan takut dalam diri kita seperti takuyt yang terjadi hasil daripada sesuatu kejadian atau insiden.Contohnya seperti klaustrophobia(takut ruang tertutup atau hydrophobia (takut air) yang mungkin terjadi kerana terlibat dalam insiden yang hamper meragut nyawa mereka.Takut dalam konteks ini merujuk kepada sesuatu yang berbentuk fizikal namun,terdapat juga takut yang wujud hasil dari konsep abstrak seperti takut akan dirinya disisihkan oleh masyarakat dan takut seperti ini mempunyai perubahan fisiologi yang berlainan dengan yang diperkatakan tadi.Tetapi perubahan tingkah laku dalam 2 konteks yang berbeza ini adalah sama dan bagi factor abstrak, ia mengambil masa yang lama untuk pulih.Perasaan takut dapat dikesan melalui perubahan mimic muka manusia.Antara perubahannya adalah,mata terbeliak(takut apa yang akan berlaku selepas ini-berjaga-jaga dengan persekitaran),anak mata membesar(terima lebih banyak cahaya),bibir atas bergerak ke atas,kening ke dalam dan bibir lebih lebar.Dalam perasaan takut,terdapat beberapa peringkat emosi yang dilalui contohnya dalam reaksi tikus yang terjumpa pemangsanya.Ia akan cuba melarikan diri tetapi apabila diperangkap, ia cuba bertindak aggresif dan melawan pemangsanya dan kesimpulannya,ia dapat melarikan diri atau ditangkap dan dimakan oleh pemangsa.Dalam diri manusia, perasaan takut ini boleh menyebabkan seseorang untuk melakukan apa yang disuruh contohnya hamba.Perasaan ini juga boleh menyebabkan seseorang untuk tidak berfikir secara waras.
Seterusnya adalah perasaan malu.Ia adalah satu perasaan yang kurang senang yang dirasai ketika dalam situasi social atau pun professional dan juga situasi ketika diperhatikan oleh orang lain.Selalunya ia diikuti dengan perasaan seperti maruah dan martabat yang tercemar tetapi sejauh mana dan jenis yang dialami bergantung kepada situasi yang memalukan itu.Selain itu, perasaan malu ini selalunya disebabkan oleh sesuatu tindakan social yang dilakukan kerana silap seperti silap memakai kasut.Terdapat 2 jenis pecahan dalam perasaan ini iaitu;peribadi dan professional.Dalam perasaan malu secara peribadi,ia disebabkan oleh perhatian yang diterima dari orang ramai untuk sesuatu perkara peribadi.Sesetengah perasaa malu terjadi hasil daripada tindakan mereka sendiri seperti menipu,kalah dalam pertandingan dan lain-lain.Perasaan ini diikuti dengan tersipu-sipu,berdebar-debar,gelisah dan lain-lain.Kadang kala,perasaan malu itu akan menyebabkan seseorang bertindak dengan ketawa terutamanya dalam situasi etiquette.Jenis yang kedua pula ialah professional.Ini berlaku terutamanya ketika menyatakan sesuatu yang yakin atau pun meminta maaf untuk sesuatu insiden.Perasaan ini akan bertambah ketika melakukan sesuatu kerja yang rasmi,yang melibatkan wang yang banyak ataupun apabila tidak dapat melakukan tugas.Contohnya adalah selebriti yang mempunyai sifat yang kurang menyenangkan dan ini mendapat perhatian dari orang ramai.
Emosi yang seterusnya adalah sedih.Ia menunjukkan bahawa sesorang itu telah mengalami kerugian dan kehilangan seperti kematian orang yang dikenali.Jika perasaan ini berlanjutan dan semakin mendalam,ia akan menjurus kepada kemurungan diri dan pada waktu ini,seseorang itu amat memerlukan ahli professional.Selalunya,pada waktu ini,seseorang itu akan kelihatan senyap,kurang bertenaga,dan memencilkan diri.Mereka juga tidak berkeinginan untuk keluar,aktif ataupun bersosial dengan orang ramai. Secara fizikalnya,kita dapat melihat tanda-tanda sedih seseorang seperti,menundukkan kepala,memuncungkan bibir,tidak begitu aktif dan sebagainya.Perasaan ini adalah sebenarnya bertentangan dengan perasaan gembira.Sinonimnya pula ialah murung,muram,suram,risau dan lain-lain.Menurut Forgas,seseorang yang sedih mengambil masa yang lebih lama untuk memproses sesuatu maklumat secara tepat berbanding orang yang gembira.Ini menunjukkan bahawa,untuk memproses sesuatu maklumat,ia dipengaruhi oleh emosi seseorang.Selain itu,orang yang sedih juga akan menunjukkan sifat tambahan yang lain yang juga berkaitan dengan sifatnya sekarang.
Terakhirnya adalah perasaan marah.Ini merupakan satu respons psikofisiologi yang ditunjukkan selepas mengalami seuatu situasi yang mencabarkan,berbentuk ugutan ataupun menyakitkan.Ugutan itu mungkun berbentuk benar,imaginasi ataupun perbincangan.Marah hasil daripada ugutan adalah seperti sikap tidak adil pada seseorang,memalukan diri seseorang itu serta pengkhianatan.Ia dapat ditunjukkan dari segi aktif dan pasif.Dalam secara aktif,orang yang marah akan mengeluarkan kata-kata yang kasar ataupun cuba melakukan serangan fizikal.Dalam pasif pula,orang tersebut akan kelhatan senyap dan seperti stress (passive aggressive behavior juga wujud)Marah juga terjadi kerana geram kerana sesuatu.Marah juga terjadi secara empati contohnya setelah membaca sesuatu yang buruk dalam surat khabar dan menyebabakan perasaan ini.Semalam, saya membaca surat khabar akan kes yang mengatakan tentang seseorang pelajar Malaysia di London yang diserang ketika membeli makanan untuk berbuka puasa.Ini bukan sahaja menaikkan kemarahan saya tetapi pastinya hampir keseluruhan rakyat Malaysia.Perasaan ini juga akan kekal lebih lama.Marah diwujudkan oleh struktur dalam otak yang dikenali sebagai amygdala.Ia bertujuan mengenal pasti ugutan dan bertindak mengikutnya.Ia akan memulakan reaksi dalam kortex yang pula berfungsi untuk mengenal pasti tindakan yang logic dan rasional.Amygdala akan menyebabkan otot untuk tegang.Kemudian terdapat chemical yang wujud untuk meningkatkan tenaga bagi beberapa minit.Kadar pump jantung,kadar pernafasan serta blood pressure juga meningkat.
Seterusnya,Dr menyambung kuliah dengan topik seterusnya iaitu Teori Peringkat Adaptasi (Adaptation Level Theory).Teori asas dalam bab ini adalah, manusia bertindak terhadap sesuatu rangsangan atau hal yang baru dengan menggunakan peringkat adaptasi yang memang sedia ada dalm diri mereka. Seseorang manusia mempunyai tahap adaptasi yang neutral mengikut situasi yang dihadapi dan badan kita juga dapat menetapkan suatu titik neutral atau adaptasi untuk rangsangan yang berbeza.Penilain seseorang terhadap sesuatu situasi memberi kesan terhadap pengalaman yang dialami oleh mereka.Penilaian kognitif pula menentukan kadar pengalaman emosi kita yang dikatakan oleh Lazarus,Kanner,& Folkman 1980).Contohnya,dengar suara –suara yang wujud di sekeliling diri.JIka bunyi tersebut tidak terlalu kuat atau lembut, ia terletak dalam peringkat adaptasi diri.Jika ia terlalu kuat atau lembut, peringkat adaptasi akan turun dan naik.Jadi,konklusinya peringkat adaptasi akan meningkat jika terima rangsangan yang lebih tinggi.Contoh yang lain pula,jika seseorang gembira dengan markah grednya,gaji yang tinggi dan kesihatan yang baik,mereka tidak akan terus berasa gembira jika sesuatu yang lebih baik tidak berlaku.Peringkat adaptasi dalam dirimkita selalunya dalam keadaan neutral dan sesuatu yang meningkatkan peringkat adaptasi ini dari titik yang lebih neutral akan menyebabkan kita gembira dan sebalkinya.
Dalam kuliah ini,saya berasa amat gembira untuk mempelajari emosi negative dalam diri kita dan juga dapat mengaitkan dengan pengalaman saya serta belajar menguruskannya.Seterusnya, topik teori peringkat adaptasi mengajar tentang bagaimana wujudnya perasaan gembira dalam diri kita.Saya berasa sangat teruja dalam mempelajari topik dan tidak sabar-sabar untuk mempelajarinya lebih lanjut minggu depan dengan sambungannya iaitu, Teori Proses Lawan Solomon.
No comments:
Post a Comment