Jurnal kali ini merupakan jurnal saya yang terakhir, penutup bagi jurnal saya yang sebelumnya. Berkisarkan tentang nota kuliah Emosi dan Personaliti, melalui perspektif saya sebelum kuliah ini bermula ia pasti merujuk kepada kaitan emosi dengan personaliti dan bagaimana kedua duanya berinteraksi antara satu dengan yang lain. Sebagai mukadimah, emosi terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu perasaan subjektif, perubahan pada tubuh badan terutamanya sistem saraf dan yang terakhir kecenderungan kelakuan terhadap sesuatu tingkah laku. Menurut Dr Zamri, emosi yang diekspresikan sering kali berbeza menurut individu itu sendiri dan ini berkait rapat dengan personaliti individu tersebut. Hipotesis yang boleh dibuat ialah emosi yang dialami mencerminkan bentuk dan personaliti individu tersebut. Maka jelas Dr Zamri, emosi dan personaliti merupakan titik tolak terhadap kepentingan untuk membezakan seseorang individu dengan individu yang lain. Ini merupakan satu perkembangan yang sangat penting bagi menghuraikan faktor dalaman yang berkait rapat dengan keadaan emosi.
Personaliti merujuk kepada cantuman kepada sifat fisikologi yang digunakan untuk mengelaskan seseorang dari segi karakteria seperti pendiam, kasar, bising dan sebagainya. Menurut konsep yang diketengahkan dalam Penunjuk jenis Myer Briggs, alat paling kerap digunakan untuk mengakses personaliti, Individu boleh dikelaskan sebagai peramah(extrovert) atau pendiam(introvert), merasa(sensing) atau intuitif(intuitive), berfikir(thinking) atau perasaan(feeling), dan juga menilai(judging) atau gerak hati(perceiving). Apa yang diertikan sebagai peramah disini ialah stabil dari segi nilai sosial serta tegas manakala pendiam pula boleh dimaksudkan sebagai senyap serta pemalu. Untuk mengaplikasikan ilmu ini, sesuai sekali sekiranya saya menjadikan diri sendiri sebagai contoh bagi sifat pendiam ini. Sepanjang pengalaman saya yang semakin berlanjutan, saya dapati saya lebih suka berdiam diri, memisahkan dari kumpulan orang ramai, berdikari, tidak suka berkongsi perasaan, serta lebih suka bercakap dengan diri sendiri. Keadaan yang tidak sosial ini telah memberi impak yang sangat besar sepanjang saya menjadi pelajar perubatan kerana nilai sosial sangat dititik beratkan dalam kursus kursus seperti perubatan ini. Oleh yang demikian saya telah memaksa diri sendiri untuk lebih bersosial cukup sekadar kemampuan dan keperluan saya supaya kelebihan kelebihan lain untuk tidak bersosial tidak tercela.
Merasa merujuk kepada tahap kepekaan terhadap sesuatu rangsangan. Individu yang bersifat sangat peka kepada persekitarannya sering kali terkenal dengan sifatnya yang sungguh praktikal serta sifat ingin tahu pada tahap semaksima yang mampu. Lawan bagi sifat ini pula ialah sifat intuitif yang dikenali dengan sifat kebergantungan terhadap proses secara tidak sedar serta lebih suka melihat kepada gambaran secara general dan tidak khusus kepada sesuatu perkara. Pengalaman saya ketika hadir dalam sesetengah tutorial, saya dapati ada dua golongan pelajar iaitu pelajar yang suka menghafal dan juga pelajar yang tidak hafal tetapi tahap kefahamannya terhadap sesuatu perkara sangat tinggi. sekiranya saya menganalisis situasi ini menurut definisi kepada dua sifat berlawan ini, saya dapati mereka yang menghafal adalah dikategorikan sebagai kelas intuitif kerana tidak ada initiatif sendiri untuk mencari lebih lanjut lagi terhadap apa yang dihafal. Golongan inilah golongan yang berjaya kerana ingat tetapi kemudiannya gagal kerana lupa. Golongan yang faham pula adalah dikelaskan sebagai peka kerana menjadikan subjek atau objek yang dipelajari sebagai titik tolak ke arah keinginan untuk memahami berbanding dengan keinginan untuk menghafal semata. golongan jenis ini adalah golongan yang banyak berfikir , teliti serta sistematik dalam menyelesaikan pelbagai jenis masalah. secara tidak langsungnya, mereka terus ingat apa yang dipelajari dalam jangka masa yang panjang berbanding dengan mereka yang tidak faham tetapi menghafal bulat bulat fakta yang dipaparkan.
Antara perbandingan dua personaliti yang saya minati dalam kuliah ini ialah berfikir dan perasaan. Orang yang mempunyai personaliti yang suka berfikir adalah mereka yang berfikir secara logik, kritikal dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Lainlah jika dibandingkan dengan individu yang berwatakan perasaan, mereka menggunakan emosi dan perasaan sebagai metode untuk dijadikan pendekatan ke arah penyelesaian masalah. Berfikir adalah fungsi akal yang telah dianugerahkan istimewa oleh Tuhan Yang Maha Esa kepada manusia sesuai dengan tujuan penciptaannya. Walaupun berfikir ini dilihat sebagai sesuatu yang baik dan kritikal, akan tetapi berfikir juga boleh mendatangkan kerosakan kepada individu. Islam telah datang kepada manusia dengan membawa segala jenis ilmu, termasuklah ilmu berkenaan cara cara berfikir. Antara yang paling mudah ialah tidak berfikir untuk melakukan kejahatan baik ke atas diri sendiri mahupun orang lain. Individu yang suka menggunakan perasaan sebagai pendekatan kepada jalan penyelesaian tanpa disertakan dengan akal fikiran pula adalah sama seperti haiwan. Perasaan tidak menentukan baik atau buruk sesuatu itu melainkan adanya ilmu mengenainya. Sekiranya kita fahami proses proses serta mekanisma yang berlaku dalam penerimaan maklumat, ilmu ini diterima oleh akal lalu memasuki kitaran memproses maklumat. Salah satu daripada komponen kitaran ini ialah berfikir. Maka, menyelesaikan masalah dengan cara ini lebih banya mendatangkan mudarat berbanding dengan kebaikan.
Pengadilan ataupun menilai pula merujuk kepada individu yang suka memberi arahan, mengawal dan bertindak sebagai ketua. Lawannya pula adalah individu yang berwatakan gerak hati. Ia merujuk kepada individu yang fleksibel dan spontan dalam memahami dan merasai perubahan keadaan sekeliling. Personaliti ini saya kagumi kerana kesemua lima deria rasa dapat berfungsi ke tahap maksima sehingga membolehkan individu mengesan sesuatu yang orang lain tidak mampu. Personaliti jenis ini sangat berkait rapat dengan hukum persepsi kerana rangsangan yang tidak jelas diterima serta dianalisis secara kritikal oleh akal untuk menghasilkan tindak balas yang cepat serta tepat dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Orang yang adil pula lebih suka jika rakyat dikawal oleh sistem undang undang untuk mengawal tingkah laku masyarakat. Orang yang mempunyai perwatakan seperti ini kerap sekali menjadikan kursus perundangan sebagai cita cita. Sekiranya keadilan menjadikan seseorang bersikap adil serta berdisiplin, maka gerak hati pula menjadikan seseorang bersikap berhati hati dalam berdepan dengan kesulitan. Jika dibuat perbandingan, hipotesis yang boleh saya nyatakan ialah individu yang berwatakan gerak hati lebih unik lagi jika dibandingkan dengan individu yang Cuma kuat pada nilai keadilannya.
Sebagai kesimpulannya, personaliti yang berbeza akan mendatangkan ekspresi emosi yang berbeza dan perbezaan ini seterusnya membawa kepada perubahan dalaman seseorang yang berbeza terutamanya sistem saraf dan juga tingkah laku yang berbeza. Sekiranya tidak wujud konsep PenunjukJenis Myer Briggs ini, maka dunia hanya boleh menerangkan secara general tentang emosi manusia secara keseluruhan tanpa mengetahui latar belakang individu seolah oleh setiap individu dibina berdasarkan personaliti yang sama. Oleh yang demikian, kesinambungan ilmu yang dilakukan oleh Myer Briggs ini merupakan satu usaha lanjutan yang sangat penting ke arah perkembangan ilmu bidang emosi.
No comments:
Post a Comment