Salam sejahtera dan selamat kembali dalam penulisan jurnal yang terakhir, iaitu jurnal saya yang kelima. "Hari ini tiada kuliah, tapi ada aktiviti pembelajaran yg lain. ada special task untuk LJ05. Task 1: baca slide dan teks tentang psychoanalytic theory. Dengar dan tonton klip video pertama yang akan ditayangka pada jam 2pm.kaitkan apa yang yang ada dalam video tersebut dengan teori. Task 2: jawab soal-selidik MBTI. Di akhir ujian, anda akan dapat tahu kategoripersonaliti anda.dalam LJ05, bincangkan personality anda. Task 3: Jawab soal selidik Teori Besar Lima(BIG FIVE THEORY). Di akhir ujian, anda akan dapat tahu kategori personality anda. Dalam LJ05, bincangkan personaliti anda." Inilah kali pertama terpapar dalam screen besar kulaih saya. Saya berasa amat bersyukur kerana kuliahnya akan dikendalikan dengan cara yang berbeza.
Sebagai permulaan, kami disajikan dengan sebuah video yang agak menarik. Dalam video tersebut, penyajak telah menceritakan bagaimana kehidupan yang diharunginya, dan menghuraikan kehidupan adalah sesuatu yang indah dan suci. Sepanjang kehidupan dia tidak mentempuhi sebarang cabaran dan kini beliau mempunyai pemikiran yang berbeza berbanding zaman kanak-kanaknya. Mulanya, beliau mula merealitikan kehidupan yang sebenar dengan matanya sendiri dan mula menyedari tidak semua manusia sama dari segi pemikiran dan tingkah laku. Selain itu juga, beliau mengetahui tidak semua bertindak seperti yang dia mahu. Dia mula belajar kelakuan manusia yang suka mengabaikan, menipu, tidak peramah dan juga dipermainkan. Beliau juga menyedari kehidupan ini penuh dengan cabaran yang harus ditempuhi dengan sikap berani dan tabah. Dia juga belajar bahawa semua perkara tidak semestinya mempunyai pengakhiran yang baik. Sebagai contoh, kalau kita membeli saham di sesebuah syarikat, maknanya kita telah mengambil risiko terhadap wang yang kita labor, tidak tentu samada kita dapat pulangan yang menguntungan dan merugikan. Dia belajar supaya tidak mudah mempercayai orangnya. Jikalau, seseorang itu tidak mahu berkahwan dengannya, dia cuba mencari orang lain untuk dijadikan kawan. Jika pengemis menipunya, dia akan cuba menjadi pemurah seboleh-bolehnya. Ini kerana beliau percaya bahawa kehidupan mempunyai kesangkaan yang berbeza. Tetapi, beliau masih teruskan kepercayaan kehipupan masih mempunyai kebahagiaan yang boleh dinikmati. Menurut Sigmund Freud, psikoanalisis merupakan psikologi ketidak sedaran, penumpuannya tertumou kepada bidang bidang yang mengutamakan motivasi, emosi, symptom symptom neurotic, mimpi,dan memori pada masa silam. Selain itu, pengaruh pada masa kanak-kanak mempunyai pengaruh kuat di masa dewasanya. Jikalau kita mempunyai pemikiran positif, kita dapat mengharungi segala kecabaran dengan sebaik mungkin dan dapat menentang segala kekalahan dengan mudah sekali. Melalui vedio ini saya telah banyak mempelajari tentang kehidupan dan satu ungkapan telah dapat menarik perhatian saya, " jikalau kita sabar menuntut ilmu, nescaya kita akan lebih bersedia untuk menjalani kehidupan yang lebih cybermoden pada hari ini".
Setelah selesai viseo pertama, kita beralih pula kepada video kedua, iaitu video mengenai jenis jenis personality. Personality terbahagi kepada dua, iaitu personality A dan Personaliti B. ornag yang memiliki personatiti A akan lebih mementingan masa secara amnya. Mereka tidak merugikan sewenang-wenangnya kerana kebiasaannya mereka jenis yang suka bersaing, sentiasa dalam keadaan kelam kabut, mementingkan kesempurnaan, makan dengan gegas, serta sedikit kesilapan mungkin menaikkan kemarahannya. Manakala, orang yang mempunyai personaliti B, iaitu sangat berbeza dengan personality tadi kerana mereka lebih memntingkan tenang, sabar, kewujudannya amat disukai oleh orang lain, tidak bergegas untuk melakukan sesuatu, seseorang yang makan perlahan-perlahan, seseorang yang tidak mudah marah dan akhirnya mereka mempunyai banyak sifat positif, dan menjadi warganegara yang baik. Ornag yang mempunyai personality a mudah mendapat penyakit seperti darah tinngi, kencing manis, dan sakit jantung disebsbkan mudah marah dan stress kepada mindanya. Daripadahasil dapatan saya, kebanyakan kawan sebaya yang turut belajar di UKM mempunyai personality A kerana mereka suka membuat sesuatu benda secara gegas. Saya berasa perkara ini tidak perlu dalam kalangan kita.
Seterusnya, kita diteruskan dengan tugasan yang kedua iaitu Ujian personality MBTI( Mayer Briggs Personality Test). Ujian personaliti merupakan ujian personality ynag dilakukan oleh sekumpula pengaji Katherine C, Carl Jung. Dalam ujian , mereka menggunakan beberapa criteria ataupun ciri-ciri, iaitu Extraversion(E), Introversion(I), Sesing(S), Intuition(N), Thinking(T), Feeling(F), Judging(J) dan juga Perceiving(P). setiap kategori yang disebut di atas mempunyai peranan masing-masing dalam menentukan personaliti seseorang. .Selain itu, video klip' waiting for u", menggambarkan lima komponen yang besar, iaitu openness iaitu sikap terbuka, consciousness. 5 personaliti test adalah bertujuan untuk menetahui setiap kategori personality tertentu. Kami ditugaskan untuk menanda ujian yang diberikan oleh prof. Section A mengandungai, saya mempunyai banyak ilmu pengetahuan, saya ada imiginasi yang kuat, saya ada idea yang bagus, saya suka menggunakan masa untuk membuat refleksi, saya suka menggunakn perkataan yang bombastic, saya suka benda abstrak. Bahagian b mengandungi, saya sentiasa bersedia, saya adalah seorang yang prisis, saya patut kepada masa, kerja kerja cepat siap, saya suka sesuatu yang tersusun, saya menyimpan benda kepunyaan saya dengan sebaik mungkin, saya lebih memberi komen kepada benda benda kecil. Bahagian c pula saya suka party secara life, saya tidak kisah menjadi orang tumpuan ramai, saya selesa ketika berada dengan orang lain, saya suka memulakan sesuatu perbincangan dengan orang lain mahupun orang yang tidak dikenali, saya suka menarik perhatian orang lain, saya suka bercakap, dan saya jarang berbual dengan orang yang tidak dikenali. Bahagian d pula saya memahami perasaan orang lain seperti orang lelaki tidak ada perasaan langsung, saya memang berhati lembut, saya memperuntukkan masa untuk orang lain, saya tidak pernah memaki orang lain, saya tidak suka menyendiri. Bahagian e pula, saya sentiasa terusik, saya sentiasa menukar mood saya, sayamudah rasa terganggu, saya mudah tertekan, saya suka bersedih, saya berada dalam dalam keadaan merisaukan diri sendiri. Selepas program ini, kita ditugaskan untuk mengira setiap bahagian. Bahagian yang major bahagian a menggambarka openess,bahagian B mengambarkan kesedaran, bahagian c menggambarkan extravasion yang mempunyai emosi yang positif , bahagian d menggabarkan agreeableness, dan bahagian e menggambarkan neuroticism, mudah risau. Secara terperinci, openness merupakan orang yang berfikiran terbuka dan mempunyai imaginasi yang tinggi. Conscientiousness merupakan seseorang yang boleh diletakkan kepercayaan dan boleh melaksanakan tanggungjawabnya dalam menjaga rahsia. Selainitu, mereka juga bermotivasi tinggi. Extravasion merupakan mereka yang peramah yang pandai bersosialis dengan masyarakat. Mereka juga berdedikasi tinggi dan mempunyai pandangan yang terbuka dan berguna dalam kehidupan. Agreeableness menjalskan seorang yang mesra dan boleh bekerjasama denagan orang lain serta mereka sangat berbaik hati. Akhirnya, neuroticism pula menjelaskan seseorang yang ketikanya berada dalam stress ataupun tertekan dan selalu berfikiran negatif. Mereka mudah mendapat sebarang penyakit jika perasaan stress berlanjutan. Kesimpulannya, saya amat gembira dapat sesuatu benda baru, dan bak kata pepatah" ilmu itu emas" dan tidak mudah diperolehinya.
No comments:
Post a Comment