Selamat sejahtera. Kali ini merupakan kali terakhir saya menulis jurnal untuk ZZZT Pengurusan Emosi. Saya telah menghadiri kuliah pada 24 Ogos 2011 dan kulaih ini telah berlangsung selam satu jam setengah . Kuliah ini agak menarik kerana aktiviti pada hari itu amat berbeza daripada kuliah yang lain. Pada permulaan kuliah, kami dekehendaki membaca slide dan teks tentang Teori Psikoanalitik (Psychoanalytic Theory) dan menonton video yang ditayangkan. Kami dikehendaki untuk mengaitkan teori tersebut dengan video yang ditayangkan tadi. Selain itu, kami telah menjawab kuiz personaliti Myers Briggs Type Indicator (MBTI) . Tambahan pula, kami juga dikehendaki untuk menjawab soalselidik Teori Besar Lima (Big Five Theory).
Video klip yang ditayangkan oleh Dr Zamri adalah tentang kehidipan seorang kanak-kanak. Dia mempercayai bahawa dunia ini adalah dunia yang sempurna semasa dia kecil dan dia tidak pernah menempui apa-apa masalah sejak kecil lagi. Walaubagaimanapiun, apabila dia dewasa, dia mendapati bahawa dunia ini bukan sama dengan dunia yang dianggap olehnya sejak dari kecil. Dia sentiasa mengalami kesusahan dalam kehidupannya yang menyebabkannya dia sentiasa beremosi negatif. Watak tersebut menyatakan bahawa "Long time ago, I always believe that life is full of euphoric experiences and life is a hub of happiness. Everything has a solution and nothing cannot be resolved even when things seem like I am going to quit. As I grew up, my thinking gradually changed" . Akhirnya, selepas dia telah mengalami semua ini, dia mula berfikiran positif dan berusaha untuk menyelesaikan masalah yang akan dihadapi olehnya. Dengan ini, dia berfikiran optimistic dan meneruskan kehidupannya dengan baik.. Akhirnya, watak tersebut juga mengatakan bahawa "But right now, I want it to be what I want to be, so I still believe."
Psychoanalytic theory didefinisikan sebagai: definisi dan dinamik pembangunan sahsiah yang menjadi asas dan panduan psychodynamic dan psikoterapi psychoanalytic.Sigmund Freud menekankan tentang kepentingan pengalaman dan peristiwa semasa kanak-kanak akan mempengaruhi perkara yang akan dilakukan oleh seseorang semasa dia dewasa. Teori ini boleh dikaitkan dengan video yang ditonton pada hari tersebut. Ini adalah kerana pengalaman watak utama yang baik semasa kecil menyebabkan dia berfikir positif ketika menempuhi sebarang masalah apabila dia menjadi dewasa. Saya agak bersetujui tentang teori ini kerana kenyataan teori ini telah diwujudkan dalam kehidapan saya dan kawan saya juga. Sebagai contoh, kawan saya sentiasa dibuli oleh kawan lelakinya semasa dia berada di tingkatan satu. Pengalaman ini telah menyebabkan dia sangat benci terhadap lelaki dan tidak berani untuk bercakap dengan lelaki sehingga sekarang. Oleh itu, pengalaman seseorang semasa kecial banyak mempengaruhi perlakuan seseorang semasa dia dewasa.
Selain itu, Dr Zamri juga menanyangkan sebuah klip video yang berkaitan dengan personaliti type A dan type B. Orang yang mempunyai personaliti type A mempunyai personaliti berikut seperti sentiasa nak makan cepat, bangun degan awal, bersifat nak cepat dan tidak sabar dalam menyelesaikan masalah. Orang yang mempunyai personality jenis A juga sentiasa hendak melaksanakan sesuatu perkara dengan sebaik mungkin dan suka membandingkan kekuasaan diri dengan orang lain. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang bersifat begini akan lebih berpeluang untuk mendapat penyakit seperti penyakit jantung, darah tinggi, dan sebagainya. Orang yang mempunyai personaliti type B pula sentiasa bertenang dengan makan lambat, bercakap secare perlahan, memandu secara lambat dan menyiapkan perkara-perkara dengan lebih senang dan tidak mempunyai tekanan yang banyak. Saya rasa saya mempunyai personaliti type B melebihi type A.
Soal selidik yang pertama jalankan ialah Soal selidik MBTI iaitu Myers Briggs Personality Test . Dalam teori ini, terdapat lapan critiria dalam soal selidik ini, iaitu "Extraversion (E), Introversion (I), Sensing (S), Intuition (N), Thinking (T), Feeling (F), Judging (J), and Perceiving (P)".Daripada soal selidik ini, kami dikehendaki memilih empat criteria daripada lapan criteria ini. Selepas itu, kami dikehendaki mengisikan keempat-empat criteria tersebut ke dalam empat kotak untuk menngetahui perwatakan kami sendiri. Lapan watak di atas adalah berpasangan dimana 'E' dengan 'I', 'S' dengan 'N', 'T' dengan 'F', dan 'J' dengan 'P'.
Daripada soal selidik ini, saya mendapat personaliti ENFJ. Penjelesan tentang personaliti ini ialah
For ENFJs ( extraversion, intuition, feeling and judging) the dominant quality in their lives is an active and intense caring about people and a strong desire to bring harmony into their relationships. ENFJs are openly expressive and empathic people who bring an aura of warmth to all that they do. Intuition orients their feeling to the new and to the possible, thus ENFJs often enjoy working to manifest a humanitarian vision, or helping others develop their potential. ENFJs naturally and conscientiously move into action to care for others, to organize the world around them, and to get things done.
Saya agak bersetuju dengan keputusan ini kerana saya sentiasa menjaga perassan orang lain. Saya juga sentiasa berasa kasihan terhadap orang yang dalam kesusahan. Saya akan sentiasa melawati pusat-pusat orang kurang berupaya semasa saya cuti. Melalui soal selidik ini, saya lebih memahami personaliti saya sendiri.
Akhirnya, kami didedahkan dengan tugasan yang terakhir iaitu mengetahui personaliti kami mengikut Big Five Theory. Terdapat lima jenis personality dalam teori Big Five Theory iaitu Extroversion, Agreeableness, Conscientiousness, Openness dan Neuroticism (Emotional Stability). Akronim yang diberi untuk lima personaliti tersebut ialah 'OCEAN'. Melalui Big Five Theory ,openness menunjukkan orang yang menghargai seni, emosi, pengembaraan, idea-idea yang luar biasa, imaginasi,rasa ingin tahu, dan pelbagai pengalaman. Sifat
intelektual ingin tahu, menghargai seni, dan peka terhadap kecantikan juga ditunjukkan oleh mereka. Mereka juga lebih kreatif dan lebih mengetahui perasaan orang lain.Extraversion pula ialah emosi positif, surgency, kecenderungan untuk mendapatkan rangsangan orang lain, menikmati dengan orang-orang, dan sering dilihat sebagai penuh tenaga. Tambahan pula, Agreeableness pula ialah seseorang yang bertimbang rasa, mesra, murah hati, suka menolong, dan bersedia untuk berkompromi kepentingan mereka dengan orang lain. Conscientiousness pula ialah kecenderungan untuk menunjukkan disiplin diri, bertindak taat, dan bertujuanuntuk pencapaian terhadap langkah-langkah atau di luar jangkaan. Akhir sekali, Neuroticism boleh ditunjukkan dengan kecenderungan untuk mengalami emosi yang tidak stabil seperti kemarahan, kebimbangan dan kemurungan. Dalam soal selidik tersebut, saya telah mendapat keputusan sebagai seorang yang Agreeableness. Keputusan saya ini agak bersama dengan keputusan soal selidik MBTI. Ia juga mennunjukkan saya seorang yang mesra, suka membantu orang lain dan seorang yang bertimbang rasa.
Kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak daripada kulaih ini. Saya juga dapat lebih memahami terhadap personaliti saya sendiri.
No comments:
Post a Comment