Saturday, August 27, 2011

Chiew Wern Way A131656 LJ05

     Salam sejahtera, ini merupakan jurnal ke-lima dan terakhir bagi zt2253 Pengurusan Emosi. Jurnal ini dihasilkan berdasarkan kuliah pada 24 Ogos 2011. Kuliah kali amat berbeza kerana Dr. Zamri tidak memberikan kuliah seperti biasa tetapi telah meninggalkan pesanan seperti berikut sebelum kuliah bermula.


Pengumuman:
Hari ini tiada kuliah, tapi ada aktiviti pembelajaran yang lain. Ada special task untuk LJ05.

Task 1: Baca slide dan teks tentang Psychoanalytic Theory. Dengar dan tonton klip video pertama yang akan ditayangkan pada jam 2pm. Kaitkan apa yang ada dalam video tersebut dengan teori.

Task 2: Jawab soalselidik MBTI. Di akhir ujian, anda akan dapat tahu kategori personaliti anda. Dalam LJ05, bincangkan personaliti anda.

Task 3: Jawab soalselidik Teori Besar Lima (Big Five Theory). Di akhir ujian, anda akan dapat tahu kategori personaliti anda. Dalam LJ05, bincangkan personaliti anda.


     Untuk tugasan pertama, saya telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang Psychoanalytic Theory. Dari Wikipedia,


Psychoanalytic theory refers to the definition and dynamics of personality development which underlie and guide psychoanalytic and psychodynamic psychotherapy. First laid out by Sigmund Freud, psychoanalytic theory has undergone many refinements since his work (see psychoanalysis). Psychoanalytic theory came to full prominence as a critical force in the last third of the twentieth century as part of 'the flow of critical discourse after the 1960s',[1] and in association above all with the name of Jacques Lacan.


     Teori ini dapat dikaitkan dengan definasi dan dinamik perkembangan personaliti yang berdasarkan asas dan petunjuk psikoanalitik dan psikodinamik psikoterapi. Teori ini diasakan oleh Sigmund Freud dan telah banyak diperbaharui. Teori ini kemudian dihangatkan oleh Jacques Lacan melalui sebahagian 'the flow of critical discourse after the 1960s'.

Dr. Zamri telah menunjukkan video untuk tugasan ini. Video itu menunjukkan fikiran seseorang yang telah berubah dari kecil hingga dewasa. Semasa seseorang kecil, fikiran amat positif dan selalu hidup dalam kehidupan yang penuh dengan harapan. Apabila seseorang semakin dewasa, fikiran tidaklah semudah seseorang kanak-kanak. Seseorang tersebut tidak akan mempercayai seseorang dengan mudah dan kehidupan akan penuh dengan kegelapan. Walau bagaimanapun, dia percayai jika dia memegang kepada prisip yang dia mempunyai semasa dia kecil, dia akan hidup dengan lebih gembira. Hakikatnya, dunia masa ini memang rumit dan tidak seperti masa dahulu. Globalisasi telah menjadikan orang ramai lebih maju tetapi kemajuan ini telah menyatakan harganya. Orang ramai saling menipu dan mengkhianati demi mencapai sesuatu seperti wang dan telah melupakan sesuatu yang asas seperti pertalian darah, persahabatan dan penghormatan. Saya juga amat bersetuju dengan fikiran yang dipaparkan dalam video tersebut. Semasa kecil, saya amat berpuas dengan kehidupan saya. Sebarang kesalahan atan kekurangan, saya hanya perlu bertanya kepada ibu bapa. Tiada perkara yang tidak dapat diselesaikan dan tiada tanggungjawab yang perlu saya menangani. Semasa saya kian membesar, tanggungjawab semakin meningkat. Melihatkan beban yang dipikul semakin banyak. Fikiran juga bertambah matang. Saya tidaklah senakal dulu, akan berfikir sebelum bertindak dan tidak akan mempercayai seseorang seperti dahulu yang juga dipaparkan dalam video tersebut. Saya juga perlu belajar untuk berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain. Kesemua perkara ini merupakan apa yang telah saya alami dan perubahan yang telah saya menjalani. Walau bagaimanapun, saya tidak dapat bersetuju dengan apa yang telah dipaparkan dalam video yang berkata bahawa berfikir secara positif seperti masa kanak-kanak dapat membantu menceriakan kehidupan. Setelah apa yang telah saya alami, saya amat memegang kepada prinsip saya sendiri iaitu berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain. Dalam kehidupan sekarang, setiap orang sedang berusaha demi masa depan yang lebih cerah. Untuk mencapai matlamat tersebut, setiap orang akan menggunakan taktik dan cara untuk terus mara ke depan. Dalam pertandingan untuk kehidupan ini, amat biasa untuk seseorang untuk mencederakan orang lain. Oleh itu, saya amat berharap saya dapat melindungi diri sendiri tanpa mencederakan orang lain.


     Untuk tugasan MBTI, dalam soal selidik MBTI, saya telah memilih Introverted(I), Sensing(S), Thinking(T), dan Perceiving(P). Keputusan menunjukkan saya ISTP (The Mechanics).


For ISTPs the driving force in their lives is to understand how things and phenomena in the real world work so they can make the best and most effective use of them. ISTPs are logical and realistic people, and they are natural troubleshooters. When not actively solving a problem, ISTPs are quiet and analytical observers of their environment, and they naturally look for the underlying sense to any facts they have gathered. ISTPs do often pursue variety and even excitement in their hands-on experiences. Although they do have a spontaneous, even playful side, what people often first encounter with them is their detached pragmatism.


     Saya berasa keputusan tersebut amat sesuai dengan saya. Ini adalah kerana saya seseorang yang melakukan sesuatu melalui logik dan amat realistik. Biasanya, saya lebih suka meneliti sesuatu kerana saya akan berasa lebih lega jika mengetahui sesuatu sebelum membuat sesuatu komen atau konklusi. Sebenarnya, saya berasa personaliti ini mempunyai kelemahannya tersendiri. Contoh perkara yang pernah saya hadapi ialah susah bergaul dengan orang lain. Ini adalah kerana setiap perkara yang saya lakukan, adalah selepas pemikiran yang teliti dan ini sewenang-wenangnya menyebabkan orang lain fikir saya sedang memperalatkan dia. Selain itu, saya juga tidak suka bercakap tetapi lebih suka meneliti keadaan.


     Untuk tugasan seterusnya, iaitu Big Five Personality Test. Saya mendapat Openness.


Appreciate art, emotion, adventure, unusual ideas, imagination, curiosity, and variety of experience. The trait intellectually curious, appreciative of art, and sensitive to beauty. More creative and more aware of their feelings. More likely to hold unconventional beliefs.


     Semasa membuat ujian ini, saya mendapat kebanyakan markah antara yang sama. Keputusan ini tidaklah setepat MBTI kerana saya berasa keputusan tersebut tidak begitu sesuai untuk saya. Berdasarkan MBTI, saya merupakan seseorang yang logik dan realistik. Tetapi dalam Big Five, keputusan menunjukkan saya seseorang yang sangat beremosi dan lebih artistik. Kadang kala, saya berasa kedua-dua keputusan mempunyai kelebihan masing-masing. Sebagai contoh, semasa menangani perkara seperti mesyuarat, personaliti MBTI lebih sesuai manakala dalam menangani perkara seperti pergaulan, personality Big Five lebih sesuai.


     Kesimpulannya, selepas kuliah ini, saya telah lebih memahami diri sendiri dan personaliti saya. Selepas mengetahui perkara ini, saya berasa perlu lebih memahami personaliti dan membaiki kelemahan dalam personaliti tersebut. Setiap personaliti mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Janji seseorang dapat melakukan perkara yang betul, tak kiralah apa personaliti orang tersebut.

 

No comments:

Post a Comment