Saturday, August 27, 2011

A131551 Kek Xin Yi L05- Who am I?

Kek Xin Yi (A131551) J05- Personaliti Saya

Selamat sejahtera. Ini merupakan jurnal kelima saya dalam kursus ZT2253,  pengurusan emosi. Pada 24 Ogos 2011, saya telah didedahkan kepada kuliah pengurusan emosi yang disampaikan oleh Dr Ahmad Zamri Mansor.  Beberapa soal selidik yang menarik telah diberikan dalam kuliah ini yang membantu saya lebih memahami personaliti saya. Hari ini, saya dikejutkan lagi dengan pengetahuan emosi kerana saya tidak sangka emosi itu boleh dilihat dan dikaji daripada banyak aspek yang berbeza. Pada pandangan saya, personality seseorang juga memainkan peranan yang penting dlm pengurusan emosi seseorang. Hal ini kerana setiap individu menguruskan emosi dengan cara yang berbeza dan ini adalah berdasarkan personality individu tersebut.

Hari ini Dr Zamri tidak mengajar kuliah tetapi memberi beberapa soal selidik kepada kami untuk menguji personality kami. Antara soal selidik yang dikemukakan ialah soal selidik MBTI dan Teori Besar Lima( Big Five theory).

Sebelum soal selidik dikemukakan kepada kami, Dr Zamri telah menayangkan sesebuah video yang bertajuk 'If you are depressed' amat bermakna. Video ini berceritakan bahawa kami haruskan bersikap positif dalam menjalani kehidupan kami yang penuhi dengan cabaran dan dugaan.  Contoh sikap positif yang terdapat dalam video ini berbunyi : 'even those friend betrayed me, I will find a new one' dan 'always a light at the end of tunnel'. Oleh itu bersikap positif adalah amat penting letika kami mwnghadapi sesuatu kesukaran kerana tidak kami akan mengalami depression dan kesedihan yang teramat sangat. Kalau kami cuba untuk berfikir sesuatu perkara dengan perspektif yang berbeza, kami mungkin dapat mencari penyelesaian masalah dalam keadaan yang sukar itu.

Untuk memahami konsep bersikap positive, saya telah melayari internet. http://www.successconsciousness.com/index_000009.htm

Dalam artikel ini menyatakan bahawa : Pemikiran positif adalah sikap mental yang mengakui ke dalam pemikiran minda, kata-kata dan imej yang sesuai untuk pertumbuhan, pengembangan dan kejayaan. Ia adalah sikap mental yang menjangkakan keputusan yang baik dan menggalakkan. Minda yang positif menjangka kebahagiaan, kegembiraan, kesihatan dan natijah yang berjaya tiap-tiap keadaan dan tindakan. Apa sahaja yang minda menjangkakan, ia mendapati.

Dalam kuliah hari ini, kami didedahkan dengan dua personali, iaitu personali A dan juga B. berdasarkan kuliah ini, antara ciri-ciri seseorang yang personality A ialah eats quickly, gets up early, always in a hurry, impatient, organized, perfectionis and frequently checks the clock. Personaliti B pula ialah seseorang yang has calm activities, drives at speed limit or less, easy going, eats slowly, patient. Saya ialah tergolong dalam personality B.

 

Myers-Briggs Type Indicator merupakan antara pengujian personality yang banyak digunakan dalam dunia ini. Mengikut ujian ini, individu ialah dibahagikan kepada:

·         Extroverted atau introverted( E / I)- extroverts ialah seseorang yang suka bersocial dan aktif. Manakala introverts ialah seseorang yang senyap dan bersifat malu.

·         Sensing atau intuitive (S / N)- sensing ialah seseorang yang practical dan gemar untuk focus kepada perkara yang kecil. Manakala intuituves seseorang yang memproses dan melihat sesuatu perkara secara keseluruhan tanpa disedari.

·         Thinking atau feeling (T / F)- thinking ialah seseorang yang menyelesaikan masalah menggunakan logic dan melihat kepada sebab yang munasabah. Manakala feeling ialah seseorang yang menyelesaikan masalah menggunakan perasaan dan nilai peribadi seseorang itu.

·         Judging atau perceiving (J/ P)- judging ialah seseorang yang gemar memegang kuasa dan suka dunia mereka tersusun. Manakala perceiving ialah seseorang yang flesible dan spontan.

Dalam soal selidik MBTI ini , saya telah menjawab dengan teliti dan mendapat tahu bahawa personality saya ialah INTJ, 'the scientist'.  Menurut artikel yang saya baca dalam internet, dunia seseorang INTJ dipenuhi dengan idea dan rancangan yang tersusun.  Mereka mementingkan kebijaksanaan, pengetahuan dan keseluruhan malah mempunyai piawai yang tinggi untuk memenuhi citeria-citeria tersebut dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhinya. Mereka boleh memahami konsep yang sukar difahami oleh yang lain dan mengaplikasikannya dengan menjadikannya seseuatu yang dapat diterima oleh ramai. Mereka adalah seseorang yang amat bijak dan berkebolehan malah berkeupayaan untuk menjadi seorang ketua yang baik tetapi biasanya akan memilih untuk tidak mengambil peranan ketua itu kecuali dalam keadaan yang terdesak. Walaubagaimanapun, mereka dapat mengadaptasikan sesuatu dengan cepat dan pansai untuk merancang sesuatu. Kelemahan mereka ialah mereka merupakan seseorang yang tidak peka dengan perasaan orang lain dan tidak dapat menyampaikan perasaan mereka dengan baik.

Selepas membaca analysis tersebut, saya berpendapatan bahawa analysis tersebut agak tepat dengan perangai dan personality saya kerana saya gemar untuk menyelesaikan masalah dengan menggunkan logic berbanding kepada perasaan. Tetapi saya tidak setuju dengan kenyataannya yang mengatakan bahawa INTJ ialah seseorang yang tidak mengambil berat kepada perasaan seseorang kerana saya berpendapatan bahawa saya selalu memikirkan perasaan orang lain sebelum saya mengambil keputusan terhadap sesuatu perkara dan bertindak. Tetapi selepas ujian ini, saya akan berfikir semula sama ada saya telah mengabaikan perasaan orang lain ketika saya bertindak. Saya percaya ini dapat menyumbang kepada pengurusan emosi yang lebih baik kerana saya dapat lebih memahami personality saya dan mengambil tahu tentang kelebihan dan kelemahan saya.

Dalam ujian Teori Besar Lima( Big Five theory), terdapat lima jenis, iaitu : openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness dan neuroticism. Opennesss ialah menceritakan tentang seseorang yang berimaginasi tinggi dan creative serta berpandangan terbuka kerana sanggup menerima idea yang baru. Conscientiousness menceritakan seseorang yang berorganasi, bersystematik, bertepatan dengan masa dan tidak bergantung kepada orang lain. Extraversion ialah seseorang berproaktif, suka kepada aktivati luar, suka bersosial dan suka berkawan dengan ramai kawan. Agreeableness ialah seseorang yang mempunyai toleransi yang tinggi, sensitive, mudah percaya kepada orang lain dan berbaik hati. Neuroticism ialah seseorang yang mudah untuk risau dan bimbang, mudah untuk tersinggung perasaannya dan panas baran. Dalam ujian ini, saya tergolong dalam jenis conscientiousness. Saya medapati bahawa terdapat persamaan dalam kedua-dua analysis (MBTI dan Big Five Theory)saya  iaitu menyatakan bahawa saya merupakan seseorang yang gemar perkara yang berorganisasi dan bersistematik. Saya berasa ini adalah tepat dengan sikap saya kerana saya akan cuba merancang kehidupan saya tidak kira dalam pembahagian masa mahupun segi kewangan.

Secara kesimpulannya, saya telah mendapat banyak manfaat daripada kursus ini kerana kursus ini membangkitkan keingin-tahuan saya tentang personality saya dan membantu saya untuk lebih memahami diri saya.  Oleh itu, saya berhasrat untuk menimba pengetahuan yang lebih mendalam lagi mengenai topic ini. Jika kami dapat memahami personali kami dengan baik, kami akan dapat memikirkan cara untuk menguruskan emosi kami yang paling sesuai dengan diri sendiri. Dengan itu, hasrat kami untuk mengawal emosi kami dengan baik dapat tercapai, secara tidak langsungnya akan mengeratkan hubungan kami dengan orang lain. Saya amat berharap bahawa dengan menimba ilmu pengetahuan mengenai personality individu tersebut dapat membolehkan diri saya melahirkan seseorang yang menjadi 'master' kepada emosi diri sendiri itu dengan mengawal emosi itu dengan cekap dan tidak membiarkan diri sendiri itu dikawal dengan emosinya. 

No comments:

Post a Comment