Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada teman seperjuangan dalam Perubatan tahun 2 ini dan tidak lupa terutama kepada pensyarah pengurusan emosi, Dr Zamri Mansor yang sentiasa memberikan input yang berguna kepada para pelajar. Pada penulisan jurnal yang terakhir ini, saya terpanggil untuk menulis mengenai personaliti. Pada jurnal kali ini juga saya ingin mengarang sedikit input yang diterima daripada sambungan teori FKP iaitu Psychoanalytic Theory.
Untuk sesi yang pertama, Dr Zamri telah menerangkan mengenai Psychoanalytic Theory. Teori ini agak rumit kerana seperti yang kita sedia maklum, teori-teori sebelum ini seperti teori fisiologi dan teori kognitif menyatakan bahawa pengalaman emosi yang dialami setiap manusia adalah dari keadaan sedar. Ini dapat dibuktikan dengan teori fisiologi yang mengatakan emosi datangnya dari akal fikiran manusia dimana manusia yang memikirkan apa jenis emosi yang akan ditonjolkan. Sebagai
contoh, apabila berada di satu tempat yang gelap, secara tidak langsung badan manusia akan bertindak balas dengan menegakkan bulu roma, badan menjadi sejuk dan mengigil, dan berkemungkinan juga berpeluh. Tindak balas ini menyebabkan sensori akan dihantar ke otak dan manusia akan mengalami emosi takut yang dihasikan itu. Akan tetapi, Sigmund Freud tidak bersetuju dan menolak hujah-hujah dari teori itu. Dari pengamatan beliau, emosi adalah sesuatu yang dialami dalam keadaan manusia tidak sedar. Dalam keadaan tidak sedar, emosi, motif dan memori lalu yang kita tidak perasan telah mempengaruhi setiap perbuatan dan pergerakan kita seharian. Pendapat inilah yang menceritakan mengenai Teori Psykoanalitik. Tambahan lagi, kebanyakan pengalaman manusia ketika mereka masih di alam kanak-kanak adalah secara tidak sedar. Dibawah teori ini juga menyatakan, keadaan tidak sedar adalah satu sumber yang sangat kuat dan berguna dalam memberi individu itu satu emosi dan motivasi khususnya. dalam pada itu, teori ini lebih dilihat dan diaplikasi pada emosi-emosi yang negatif terutamanya marah dan bimbang. Situasi marah dan bimbang ini berlaku apabila berlaku konflik dalam keadaan tidak sedar seperti seseorang individu yang marah secara tiba-tiba tanpa sebab.
Pada pengalaman saya sebelum-sebelum ini, perkara ini sangat jelas dapat dilihat pada kaum hawa. Bukan mahu mengaibkan tetapi ia seperti satu kejadian yang unik bila mana kaum hawa lebih cenderung bersifat pemarah dan lebih beremosi apabila mereka datang bulan(menstruation phase). Perkara ini berkemungkinan dari kadar hormon dalam badan yang tidak menentu dan mugkin juga kerana berasa tidak selesa. Dari pembacaan saya, emosi dan perasaan wanita banyak dipengaruhi dari hormon yang tedapat dalam tubuh mereka dan antara hormon yang utama yang terdapat dalam tubuh manusia adalah oestrogen dan progesteron. sekiranya berlaku ketidakseimbangan pada hormon-hormon ini, mala ia boleh menyebabkan perubahan terutama kepada mood wanita tersebut.Kata-kata ini dipetik dari pakar perunding obstetrik dan ginekologi di sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad. Beliau juga menyatakan bahawa perubahan ini kebiasaannya tidak disedari oleh kaum wanita. Jadi, dalam penjelasan saya ini jelas menunjukkan sedikit ketepatan dari teori psykoanalitik yang dihasilkan ini.
Dalam membuat perbandingan diantara teori-teori yang telah disampaikan jelas menunjukkan setiap teori mempunyai kelebihan dan penerimaan yang tersendiri. Secara ringkasnya, teori fisiologi menyatakan bahawa emosi dihasilkan dari otak dan sistem saraf manusia. Teori Kognitif pula, pemikiran dan kognisi memainkan peranan penting dalam menjana emosi setiap individu. Dan yang terakhir ialah teori psykoanalitik yang meletakkan emosi lebih kepada dihasilkan ketika manusia berada dalam paras tidak sedar.
Selepas itu, Dr Zamri telah melakukan aktiviti dengan menyuruh para pelajar menjawab beberapa soalan mengenai 'Cognitive Style Inventory'. Aktivi ini pada dasarnya ingin memperlihat personaliti seseorang yang berkemungkinan berbeza dengan apa yang difikirkan oleh individu itu sendiri. Inilah pendapat dari saya sendiri mengenai ujian personaliti ini. Pelbagai cara dan gaya dijadikan penilaian untuk ujian ini contohnya seperti cara berfikir, cara bertindak, cara memberi idea, memotivasikan diri, cara berkomunikasi, mengenai informasi, berimaginasi, cara bekerja, dan bermacam lagi. Kebiasaannya, ia dinilai dari situasi dan perbuatan yang dilakukan seharian oleh manusia dan juga sesuatu perkara yang lebih diminati. Dan untuk ujian ini saya telah mendapat INTP.
Ujian ini menyatakan bahawa INTP adalah seorang yang sentiasa berfikir. Individu seperti ini akan sentiasa memahami apa saja yang berlaku, situasi atau perbuatan dalam memberi fokus terhadap pemerhatian mereka. Individu ini sentiasa cuba membuat dunia lebih difahami dan diterima dalam konsep, mereka sentiasa mengambil peluang untuk menjadi seorang yang lebih kreatif dalam kehidupan. Pemikiran individu ini lebih kepada logikal, analitikal dan tidak terkongkong dalam memberi pendekatan terhadap dunia. Jadi, individu ini bebas dalam memberikan idea mahupun dalam mengkritik idea pihak lain supaya mereka dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih lanjut. Kebiasaannya, individu dari golongan INTP mempunyai kurang keperluan dalam mengawal dunia ataupun bertindak sebagai pemerintah. Individu ini jika dilihat lebih mudah, fleksibel, dan cepat menyesuaikan diri dalam gaya hidup mereka mahupun dalam suasana yang berlainan dari biasa. Saya agak bersetuju dengan jawapan dari ujian ini kerana sedikit sebanyak ia menggambarkan diri saya sendiri. saya mengakui lebih suka berfikir dan akan sentiasa berfikir di luar kotak untuk mecari sesuatu yang lebih kreatif dan lain dari yang lain.
Selain itu, antara contoh personaliti lain yang ada seperti artis, saintis, eksekutif, mekanik, pemberi idea, pelindung, pemberi dan pelbagai lagi. Personaliti-personaliti ini jika dilihat seakan akan memberi gambaran sebenar tentang kehidupan yang dilalui oleh seseorang samada sedar ataupun tidak.
Kemudian, Dr Zamri telah mengatakan sesuatu mengenai Big Five Personality. Pada mulanya saya agak bingung dan tidak faham apa yang dimaksudkan dengan personaliti itu kerana ini merupakan kali pertama saya didedahkan dengan pemahaman yang sebegini. Tapi, selepas meneliti soalan yang telah diberikan serta melihat video mengenai 'Big 5 Personalitiy' barulah saya dapat memahami sedikit mengenai personaliti ini. Di dalam ujian ini pula terdapat 5 personaliti yang berbeza, iaitu:
**Openness(keterbukaan),
**Concientiousness(sifat berhati-hati),
**Extraversion,
**Agreeableness(mudah bersetuju),
**Neuroticism( emsosi tidak stabil).
Dalam ujian ini pula saya telah mendapat personaliti "Openness" dimana individu yang mempunyai personaliti ini lebih memahami seni mungkin juga pelbagai jenis seni serta memahami emosi, cabaran, idea-idea yang kreatif, pandai berimaginasi dan juga mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Individu ini lebih memahami dalam memberi perbandingan tentang kecantikan. Mereka lebih kreatif dalam memahami perasaan ditambah dengan lebih cenderung terhadap kepercayaan yang tidak konvensional. Mungkin juga mempunyai persamaan dengan diri saya kerana sebelum ini saya lebih cenderung dalam bidang "designer". Sewaktu di sekolah dahulu, saya pernah memasuki kelas Reka Cipta, dimana kami perlu sentiasa mengeluarkan idea berbentuk lukisan mengenai teknologi atau apa sahaja. Idea-idea yang dikeluarkan mestilah bersifat kreatif dan lebih kepada inovasi dan bukan penambahbaikkan atau peniruan. Apabila dilatih sebegini, kami mudah mengeluarkan idea-idea dalam mereka bentuk produk-produk yang mungkin berguna untuk masa hadapan. Ketika itu juga, saya pernah mereka bentuk satu alat yang dapat menghancurkan botol agar dapat dikitar semula dengan lebih sistematik dan selesa. saya juga pernah terlibat dalam mereka bentuk sebuah model jambatan ketika pertandingan model jambatan di UTM suatu ketika dahulu.
Kesimpulannya, setiap individu di dunia ini pasti mempunyai ciri personaliti yang berbeza dalam mencorak kehidupan masing-masing. Inilah yang menjadikan dunia ini lebih unik dengan adanya perbezaan pemikiran, perbezaan pendapat dan idea. Cuba kita renung sejenak bila mana, personaliti manusia adalah sama kesemuanya, ini lebih menunjukkan kehidupan yang tiada keunikan dan seolah-olah tiada perasaan seperti robot. Sekian, assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment