A131538 Kii Heng Seng
LJ05 Personaliti
Salam sejahtera saya ucapkan kepada pensyarah kami yang amat dihormati, Dr. Zamri. Ulasan ini merupakan jurnal saya yang kelima dan terakhir. Ia merupakan refleksi saya selepas menghadiri kuliah pengurusan emosi ZZZT2253 pada 24 Ogos yang lalu. Kuliah pada kali ini agak berlainan dengan kuliah yang sebelum ini kerana Dr. Zamri tidak mengadakan kuliah pembelajaran seperti yang biasa dilakukan. Kami telah didedahkan dengan beberapa aktiviti yang lebih menarik dan diberikan tugasan untuk diselesaikan sepanjang kuliah ini. Kuliah ini lebih berhalakan pembelajaran dua hala berbanding dengan sesi-sesi pengkuliahan yang lepas kerana lebih banyak interaksi di antara Dr. Zamri dengan pelajar sekalian. Dr. Zamri telah memberi dan menetapkan beberapa tugasan yang perlu dilakukan dan disertai dalam jurnal terakhir ini seperti physcoanalytical theory yang dibincang dalam slide. Selain itu, kami telah membincangkan tentang personaliti sendiri melalui dua soal selidik iaitu soal selidik MBTI dan juga soal selidik Teori Besar Lima ( Big Five Theory).
Kuliah dimulakan dengan tayangan video. Video yang ditayangkan pada hari tersebut berkaitan dengan kehidupan seorang budak. Budak ini mempunyai zaman kanak-kanak yang gembira dan sempurna kerana dia berpemikiran suci. Namun begitu, apabila kanak-kanak ini mengalami perubahan kehidupan dalam proses meningkat dewasa, dia sedar bahawa dunia seorang remaja tidak lagi semudah dan sesuci yang difikirkan zaman kanak-kanak. Dia menyedari bahawa bukan semua orang yang boleh dipercayai dan pengkhianatan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Dia berasa kecewa dengan kenyataan hidup. Walau bagaimanapun, dia masih berfikiran positif dan optimistik terhadap kehidupannya. Kalau dikhianati kawan, bolehlah mencari kawan yang baru. Kalau ditipu pengemis, dia masih akan berbaik hati dengan pengemis dan mendermakan wang. Video ini telah dikaitkan dengan Teori Psikoanalitik dan mesej dia kepada kita ialah kita haruslah tabah menghadapi apa-apa jua cabaran dengan berfikiran positif kerana kehidupan kita sememangnya begitu. Di sini, saya ingin memberi satu perbandingan yang sangat menarik. Kalau kehidupan kita bagai ECG dan sekiranya hidup kita mendatar sahaja, maka ECG kita jugalah mendatar, bermaksud kita sudah mati. Dengan adanya suka duka kehidupan, maka ECG kita akan naik dan turun yang bermaksud kita masih bernyawa.
Dr. Zamri juga telah memperkenalkan personaliti type A dan B kepada kami melalui klip video yang seterusnya. Secara amnya, orang jenis A merupakan orang yang melakukan apa-apa saja dengan cepat dan bersistematik. Contohnya adalah seperti cepat makan, cepat bangun, tidak bersabar, lebih berorganisasi, perfectionist, sering memeriksa jam tangan, pandu dengan cepat, berdaya saing tinggi dan sebagainya. Sebaliknya, orang jenis B merupakan orang yang suka melakukan sesuatu secare tenang dan lambat. Contohnya ialah pandu dengan lambat, tenang, makan dengan lambat, tidak tergesa-gesa, cakap dengan lambat, relax dan sebagainya. Orang yang mempunyai personaliti A sering dikaitkan dengan 'perfectionist', iaitu mereka ingin semua perkara dijalankan dan diselesaikan dengan cara yang sebaik mungkin. Malangnya, mereka yang bersifat tersebut berisiko tinggi untuk mendapat penyakit seperti penyakit jantung kerana mereka sering tergesa-gesa dan risau terhadap sesuatu benda. Orang yang mempunyai personality type B pula sentiasa tenang dan menyiapkan perkara-perkara dengan lebih senang. Pada pendapat saya, saya mempunyai ciri-ciri gabungan jenis A dan B. Pada masa tertentu, saya akan bersifat tergesa-gesa tetapi saya juga akan bersifat tenang dalam menyiapkan sesetengah perkara. Tetapi pada kebiasaannya, saya merupakan orang jenis B kerana saya mengemari rentak hidup yang lebih lambat. Sebenarnya kedua-dua jenis personaliti ini mempunyai kebaikan dan keburukannya sendiri.
Selepas itu, kami telah diberikan soal selidik Myers Briggs Personality Test (MBTI). Myers Briggs Personality Test merupakan satu soal selidik psikometri yang bertujuan untuk mengukur kecenderungan psikologi orang dalam membuat keputusan. MBTI membahagikan perbezaan psikologi kepada empat pasangan yang bertentangan atau dichotomies: extroversion (E) dan introversion (I), sensing (S) dan intuition (N), thinking (T) dan feeling (F) serta judgement (J) dan perception (P). Ini telah menyebabkan enam belas jenis personaliti, iaitu ESFP, ESTP, ISTJ, ISFJ, ENFP, ENTP, INFJ, INTJ, ESTJ, ENTJ, ISTP, INTP, ESFJ, ENFJ, INFP dan ISFP. Untuk pengetahuan umum, orang yang extroverted ialah orang yang pandai bersosial dan bergaul, orang yang berintroverted pula bersifat pendiam dan menyimpan perasaan. Sensing bermakna orang yang lebih berpraktikal manakala intuition merujuk kepada orang yang tidak begitu realiti atau tidak berpraktikal. Thinking merujuk kepada orang yang berfikiran logik dalam menyelesaikan masalah manakala feeling ialah orang yang membuat sesuatu berdasarkan perasaan dan emosi. Orang jenis judgement ialah orang yang lebih berdisiplin manakala orang jenis perception merujuk kepada orang yang fleksibel dan bertindak mengikut situasi.
Keputusan soal selidik MBTI menunjukkan saya mempunyai personaliti ESFJ (extroverted, sensing, feeling, judgement). Orang yang ada dalam kategori ini dipanggil sebagai pengasuh. Sebagai ESFJ, cara utama hidup saya berfokus luaran, saya berurusan dengan perkara-perkara mengikut perasaan saya terhadap mereka, atau bagaimana mereka menyesuaikan diri dengan sistem nilai peribadi saya. Mod kedua saya bersifat dalaman, di mana saya memahami sesuatu melalui lima deria saya.
ESFJ juga mencintai orang dan mesra dengan orang lain. Mereka menggunakan ciri-ciri Sensing dan Penghakiman mereka untuk mengumpul tertentu, maklumat terperinci mengenai orang lain, dan memasukkan maklumat ini ke dalam penghakiman. Mereka mahir membaca minda orang lain, dan memahami pandangan mereka. Keinginan yang kuat ESFJ disukai oleh orang sekeliling menjadikan mereka sangat menyokong orang lain. ESFJ adalah hangat, simpati, membantu, bekerjasama, bijaksana, turun-ke-bumi, praktikal, menyeluruh, konsisten, terancang, bersemangat dan bertenaga. Mereka menikmati tradisi dan keselamatan, dan akan mendapatkan kehidupan yang stabil yang kaya dengan hubungan dengan rakan-rakan dan keluarganya.
Akhir sekali, kami dikehendaki menjawab kuiz persoanliti "the Big Five Theory". 5 faktor yang ada dalam Big Five Theory ialah openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan neuroticism (OCEAN). Openness ialah imaginasi aktif, kepekaan estetik, perhatian kepada perasaan dalaman dan rasa ingin tahu secara intelektual. Conscientiousness ialah bersifat cermat, teliti dan berhati-hati. Extraverts suka bergaul dan berminat untuk mencari keseronokan. Orang yang agreeableness lebih bertolak ansur dalam keadaan social dengan bersifat mesra, berbelas kasihan dan bekerjasama. Orang yang mempunyai skor tinggi dalam neuroticism akan mengalami lebih banyak perasaan seperti keresahan, kemarahan, rasa bersalah dan perasaan tertekan. Hasil soal selidik saya ialah agreeableness. Kemesraan saya dengan kawan saya dan memberi bantuan jika mereka ditimpa kesusahan telah menunjukkan ketepatan soal selidik ini.
Kesimpulan, hasil yang saya perolehi dari kuliah ini ialah saya telah mengenali diri sendiri secara lebih banyak. Setiap perwatakan mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Oleh itu, kita seharusnya memahami dan menerima personaliti individu masing-masing. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pensyarah kita dan rakan-rakan yang beragama Islam sebelum mengakhiri jurnal saya. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment