Saturday, August 27, 2011

A131534 Lim Ying Huey LJ05 personaliti

Selamat sejahtera diucapkan kepada Dr Zamri dan rakan-rakan yang lain. Jurnal ini merupakan jurnal kelima saya bagi kursus Pengurusan Emosi, ZT2253. Kuliah ini amat berbeza dengan kuliah sebeumnya. Kuliah tidak diberi tetapi kami telah diberi tugasan, iaitu membaca slide dan teks tentang psychoanalytic theory(bersambungan kuliah FKP yang lepas), mendengar dan menonton video serta mengaitkan video tersebut, menjawab soal selidik MBTI dan bincangkan personality tersebut dan jawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory) dan bincangkan personality. Kuliah ini amat berbeza dengan kuliah sebelum ini dan saya berasa kuliah ini amat menarik dan tidak membosankan. Melalui kuliah ini, saya lebih mengetahui personality saya dan membolehkan saya lebih mengenali diri saya sendiri.

                Merujuk kepada tugasan pertama, marilah kita membincangkan teori psikoanalitik. Berdasar kepada teori yang belajar sebelum ini, kebanyakan teori berdasarkan fisiologikal dan kognitif. Sigmund Freud, pengasas psikoanalytik teori tidak bersetuju, beliau membuat satu hypothesis, iaitu emosi merupakan sebahagian besar hasil daripada proses-proses yang tanpa sedar. Dalam keadaan yang tidak sedar, emosi, motif, ingatan yang lepas berlaku pada masa yang kita tidak terjaga tetapi dipengaruhi oleh tingkah laku kita. Contohnya, kebanyakan pengalaman semasa kanak-kanak adalah secara tidak sedar. Ketidaksedaran ini merupakan satu perangsang kepada emosi dan motivasi. Penekanan teori ini adalah kepada emosi-emosi negatif, terutamanya dua emosi negatif iaitu bimbang dan marah. Perasaan bimbang dan marah ini akan timbul disebabkan berlaku konflik di paras yang tidak sedar (unconscious). Contohnya kita mungkin tiba-tiba rasa bimbang dan marah tanpa sebab. Perasaan bimbang ini akan menyebabkan berasa tidak tetap hati. Kadang kala saya juga akan berasa bimbang secara tiba-tiba dan saya akan berasa tidak senang hati. Perasaan ini memberi maksud kepada saya sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Perasaan marah ini amat ketara bagi wanita , ini disebabkan pengaruh hormone yang menjejaskan emosi kita.

Beberapa teori telah dibandingkan dengan jelas dan membolehkan kita memahami dengan jelas dan tidak keliru dengan pelbagai toeri yang telah dipelajari. James lange teori menjelaskan pengalaman emosi bergantung kepada rangsangan autonomic dan somatic system saraf kita. Contohnya apabila saya terdengar orang mengetuk pinti saya pada lewat  malam, system saraf otak saya akan menghasilkan respon saya , menyebabkan saya berasa takut dan ingin menjerit untuk mendapatkan pertolongan. Tetapi teori  telah mendapat kontroversinya, iaitu kepada orang yang mempunyai masalah pada bahagian leher yang menggangu sistem saraf , dia tetap boleh mengalami emosinya walaupun sistem sarafnya telah diganggu. Cannon Bard teori pula mengatakan ekspresi emosi langsung tidak mempunyai kaitan dengan signal daripada autonomic dan somatic. Namun begitu, pembangkang kepada teori ini telah menekankan tindak balas autonomik dan somatik terhadap rangsangan emosi  mempengaruhi pengalaman emosi. Contohnya, apabila anda tidur pada rumah yang kehantuan akan menyebabkan anda peka terhadap bunyi. Anda akan terjaga walaupun bunyi angin yang tidak kuat. Kedua-dua teori ini merupakan teori extreme.  Pandangan moden menjelaskan persepsi dan fisiologikal reaksi menjejaskan perasaan kita. Perbandingan teori mengikut pandangan moden ini telah diterima dan diguna pakai. Contohnya, James-Lange teori, Canon Bard teori dibandingkan secara fisiologikal. Perbandingan kedua pula melalui kognitif teori, iaitu melalui pemikiran mempunyai peranan dalam menghasilkan emosi. Beberapa teori yang dikemukakan, iaitu Schahter's cognitive labeling teori, Misattribution, Transfer of Excitement dan Cognitive Appraisal teori. Teori terakhir ialah psykoanalystik teori di mana pengalaman emosi merupakan hasil proses yang tidak sedar.

Dua buah video telah ditayangkan, iaitu salah satu mengenai pengalaman zaman kanak-kanak.  Dalam video tersebut, penyajak telah menceritakan bagaimana kehidupan yang telah diharungi dan menghuraikan kehidupan adalah sesuatu yang indah dan suci. Dia telah menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupannya. Dia telah menyedari kelakuan manusia mempunyai motif disebaliknya dan menyedari tidak semua manusia sama dari segi pemikiran dan tingkah laku.  Dalam video klip tersebut, saya berpendapat pemikiran seorang kanak-kanak amat berlainan dengan orang dewasa. Semasa kita dalam masa zaman kanak-kanak, pemikiran kita tidak sebegitu kompleks dengan orang dewasa. Kita melakukan perkara yang kita suka, dan tidak memain muslihat disebaliknya. Tetapi semasa kita sudah dewasa, saya berasa semua orang amat reality. Sebagai contoh, sesetengah orang akan menyertai aktivit yang dianjurkan bertujuan untuk mendapatkan kebaikan sahaja, contohnya untuk mendapatkan merit bukannya atas minat sendiri.

Dalam video kedua, telah memperkenalkan dua jenis personality iaitu personality type A dan personality type B.Orang  personality type A merupakan seseorang perfectionist. Mereka akan mementingkan masa dan tidak akan membazir masa sewenang-wenangnya. Mereka suka bersaing, sentiasa dalam keadaan mengejar masa, mementingkan kesempurnaan, makan dengan gegas serta sedikit kesilapan mungkin menaikkan kemarahannya. Personality type b merupakan personality sebalik personality type B. mereka lebih mementingkan ketenangan, kesabaran, kewujudannya amat disukai oleh orang lain, tidak bergegas untuk melakukan sesuatu, makan dengan perlahan dan tidak mudah marah. Mengikut kajian sains, personality type A merupakan golongan yang berkencenderungan kepada penyakit darah tinggi, sakit jantung dan stroke.

Selepas itu, kami telah menjalankan soal selidik MTBI. Soal selidik ini merupakan hasil kajian Carl Jung, Katherine C. Briggs dan Isabel Briggs Myers. Beberapa kriteria telah digunakan untuk menentukan personality, iaitu extraversion (E)/ introversion(I), sensing(s)/ intuition (I), thinking (T) / feeling (F), judging (J) / perceiving (P). Orang yang bersifat E ialah orang yang mudah mesra dan suka bersosial, manakala I pula lebih pendiam dan suka menyimpan perasaan dalam hati. Manakala orang dalam S merupakan orang yang lebih berpraktikal dan berdasarkan teori ,orang dalam I tidak terikat dengan teori dan lebih kepada kreativiti.Kategori T ialah orang yang selalu mementing pemikiran dan menggunakan pemikiran logik dalam menyelesaikan masalah manakala orang yang bersikap F akan menyelesaikan masalah mereka dengan perasaan mereka. Akhir sekali, J pula lebig berprinsip dan disiplin manakala orang yang bersifat P lebih bersikap bebas dan fleksible dan tidak terikat. Melalui kajian ini, personality saya ialah ISFJ. Saya amat bersetuju dengan kajian ini. Saya percaja saya seorang yang akan mempunyai sikap bertanggungjawab dan akan serius semasa bekerja dan saya juga orang lain akan demikian juga. Saya juga prihatin dengan orang lain.

Ujian personaliti  yang dijalankan seterusnya pula ialah Teori Besar Lima (Big Five Theory ) yang membincangkan lima komponen, iaitu openness (o),conscientiousness (C),  extroversion (E), agreetableness (A) dan neurotism (N). melalui ujian personality ini, saya jatuh kepada personaliti conscientiousness. Personaliti jenis ini merupakan orang yang self-disiplin, dan lebih bermotivasi untuk mencapai kejayaan. Selain itu, orang yang berpersonaliti jenis akan mementingkan perancangan yang teratur. Saya berasa saya agak sesuai dengan jenis ini. Personaliti openness merupakan orang yang lebih kreatif dan menghargai karya, manakala orang yang bersikap extraversion merupakan orang yang lebih suka bercakap dan mudah menarik perhatian orang lain. Personaliti agreetableness merupakan orang yang lebih pasif dimana mereka tidak berani menyuarakan pendapat mereka dan bersetuju dengan pendapat yang orang lain. Personaliti terakhir, neurotism, orang yang jenis ini selalu dipengaruhi oleh emosi, mereka sering marah, dan depress dan fikiran mereka sering diganggu oleh emosi mereka.

Kesimpulannya, kuliah hari ini membolehkan saya lebih mengetahu personaliti saya dan saya amat bersetuju dengan hasil ujian personaliti saya. Saya akan cuba memperbaiki kelemahan personaliti saya. saya juga menyedari setiap orang mempunyai personalitinya yang tersendiri dan menyebabkan cara pengurusan yang berlainan. Akhir sekali, saya juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Dr Zamri dan juga rakan-rakan yang lain. Sekian, terima kasih.

 

No comments:

Post a Comment