Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ini adalah entri saya kali kelima setelah tidak menghadiri kuliah pada 24/8/2011. Tidak hadir? Jujur sungguh. (haha). Kali ini saya tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri rehearsal Ihya Ramadhan. Jadi, memang tiada input yang saya peroleh untuk jurnal kali ini. Walaubagaimanapun, saya akan cuba kupas sedikit-sebanyak bahan yang telah disediakan untuk jurnal kali ini.
Berdasarkan pembacaan saya dalam jurnal rakan-rakan yang lain, dalam kuliah kali ini Dr. Zamri tidak memberi kuliah secara menyeluruh seperti kuliah-kuliah sebelum ini. Mungkin disebabkan kehadiran pelajar yang tidak memberangsangkan menyebabkan Dr. Zamri terpaksa menggunakan pendekatan yang lain sikit. Sebelum itu, saya ingin memohon maaf kerana tidak dapt menghadiri kuliah beliau kali ini. Kembali pada kuliah beliau, beliau telah memberi tiga task kepada para pelajar iaitu:
Task 1: Baca slide dan teks tentang Psychoanalytic Theory. Dengar dan tonton klip video pertama yang akan ditayangkan pada jam 2pm. Kaitkan apa yang ada dalam video tersebut dengan teori.
Task 2: Jawab soalselidik MBTI. Di akhir ujian, anda akan dapat tahu kategori personaliti anda. Dalam LJ05, bincangkan personaliti anda.
Task 3: Jawab soalselidik Teori Besar Lima (Big Five Theory). Di akhir ujian, anda akan dapat tahu kategori personaliti anda. Dalam LJ05, bincangkan personaliti anda.
Task 2: Jawab soalselidik MBTI. Di akhir ujian, anda akan dapat tahu kategori personaliti anda. Dalam LJ05, bincangkan personaliti anda.
Task 3: Jawab soalselidik Teori Besar Lima (Big Five Theory). Di akhir ujian, anda akan dapat tahu kategori personaliti anda. Dalam LJ05, bincangkan personaliti anda.
Dalam video yang ditayangkan, secara umumnya menceritakan kisah kehidupan seorang individu dari zaman 'hingusan' hinggalah zaman kematangan. Kebanyakan orang, mereka menganggapkan zaman kanak-kanak itu adalah waktu kehidupan yang paling sempurna di mana ketika itu tidak perlu berfikir bagaimana hendak cari duit, mana hendak cari makanan dan sebagainya. Apa yang diketahui hanyalah main, makan, tidur. It's so heaven. Semakin meningkat umurnya, semakin banyak perkara yang perlu difikirkan. Daripada fikir hendak bermain, kena fikir belajar, kemudian kena fikir hendak kerja apa dan mana hendak cari duit sehingga fikir hendak mencari pasangan dan seterusnya. Bagi menempuh kehidupan yang semakin mendatang, pemikiran kita hendaklah matang, supaya setiap masalah dan cabaran yang dihadapi dapat diatasi dan diselesaikan. Arus kehidupan berjalan dengan lajunya, cabaran juga semakin lama semakin dahsyat. Inilah yang dinamakan proses kematangan, tidak kira dari apa jua aspek, sama ada agama, sahsiah, fizikal dan sebagainya. Pokoknya di sini, zaman kanak-kanak memainkan peranan penting dalam pembentukan personality. Di barat, kanak-kanak berumur tiga tahun sudah mula ditanya tentang kerjaya bila dewasa nanti.
Personaliti? Seperti mana semua orang sedia maklum, personality lebih dikaitkan dengan tingkah laku seseorang itu. Menurut nota kuliah, personality adalah gabungan ciri-ciri psikologi yang kita gunakan untuk mengelaskan dan menerangkan seseorang itu dari segi perwatakan mereka seperti pendiam, pasif, agressif.
Kemudian, task yang kedua iaitu jawab soal selidik MBTI. Setelah menjawab, saya telah dikategorikan dalam kelas ENTP ( Extraversion. Intuition, thinking, perceiving). Berdasarkan http://www.capt.org/mbti-assessment/type-descriptions.htm:
For ENTPs the driving quality in their lives is their attention to the outer world of possibilities; they are excited by continuous involvement in anything new, whether it be new ideas, new people, or new activities. They look for patterns and meaning in the world, and they often have a deep need to analyze, to understand, and to know the nature of things. ENTPs are typically energetic, enthusiastic people who lead spontaneous and adaptable lives.
Task yang ketiga pula ialah jawab soalselidik Teori Besar Lima (Big Five Theory) dan keputusan saya adalah A. Dalam maklumat yang disediakan oleh Dr. Zamri, Personality A adalah agreeableness. Antara cirri-cirinya adalah mudah bekerjasama dan bersama dengan orang lain, suka berkawan, optimis dan percaya akan orang lain.
Walau apa pun personality kita, setiap personality itu mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri. Allah mencipta perbezaan personality bukannya untuk membezakan setiap individu tetapi untuk melengkapi sesama kita. Cantik bukan pencaturan yang telah ditetapkan oleh Allah? Jika semua orang di atas muka bumi ini baik-baik belaka, agak-agaknya apa yang akan terjadi? Sama-sama kita renungkan.
Kemudian, bolehkah kita mengubah personality kita? Sudah tentu boleh, berubah kepada yang lebih baik sangat digalakkan. Allah ada mengatakan dalam Al-Quran, lebih kurang maksudnya, Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu yang mengubah diri mereka sendiri. Segalanya terletak di tangan kita, kita saja yang berhak memilih untuk diri kita sendiri. Sudah semestinya kita mahukan yang terbaik bagi diri kita, namun perlu kita ingat di sini bahawa hakikat manusia itu sendiri iaitu susah untuk berubah. Perubahan besar bermula daripada perubahan yang kecil. Jadi, biarlah sikit yang penting kita konsisten dan niat yang betul. InsyaAllah. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment