Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia saya ucapkan kepada Dr Zamri dan juga rakan-rakan sekalian. Journal ini merupakan journal yang kelima dan juga journal yang terakhir yang kita perlu menghantar untuk menyiapkan tugasan satu bagi pelajar tahun dua bagi fakulti perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Journal terakhir ini adalah amat berbeza dengan journal-journal yang ditulis sebelum ini. Kuliah ini yang disampai oleh Dr Zambri pada 24 ogos 2010 agak berlainan dengan kuliah yang sebelum ini kerana sebenarnya Dr Zamri tidak mengadakan kuliah pembelajaran sebagaimana yang biasa dilakukan.Walau bagaimanapun,kami didedahkan dengan beberapa aktiviti yang lebih menarik dan berhalakan pembelajaran dua hala berbanding dengan sesi-sesi pengkuliahan yang lepas. Dalam kuliah, Dr Zamri telah memberi dan menetapkan beberapa tugasan yang perlu dilakukan dan disertai dalam journal terakhir ini. Antara perkara-perkara yang perlu kita memberi perhatian adalah membaca slide dan teks yang berkaitan dengan physcoanalytical theory. Selain dikehendaki membaca slide dan teks tentang Psychoanalytic Theory, kami telah membincangkan personality sendiri melalui soalselidik MBTI dan juga soalselidik Teori Besar Lima( Big Five Theory).
Dalam kuliah tersebut juga, sebuah video klip yang berkaitan dengan Teori Psikoanalitik telah ditayangkan pada jam 2 petang tepat. Video kilp tersebut telah membawa mesej kepada kita semua bahawa kita haruslah sentiasa berfikiran positif walaupun dalam hidup kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan kesusahan.Video ini mengisah tentang seorang yang kemurungan menumpuhi kederitaan hidupnya dengan semangat yang tabah, gigih dan tidak hilang harapan dan putus asa. Sewaktu kecil, dia beranggapan bahawa kehidupan hanya penuh dengan keindahan dan tiada sebarang kesusahan mahupun cabaran yang harus ditempuhi. Namun demikian, selepas dia menjadi seorang dewasa, dia mula memahami reality sebenar kehidupan. Dia mendapati kenyataan hidup pada zaman dewasa adalah sangat berbeza dengan fikiran beliau semasa zaman kanak-kanak. Kenyataan dunia ini adalh amat berbeza dan dia perasan bahawa dia tidak sepatutnya mempercayai setiap orang dalam kehidupannya kerana kawan yang baik pun akan menkhianatinya tanpa kira berapa sayangnya dia kepada rakan tersebut. Dia mula berasa sungguh sedih, kecewa dan tertekan dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya. Dia juga pernah mempercayai pepatah bahasa Inggeris 'there will always be a light at the end of tunnel' tetapi akhirnya dia mendapati bukan segala masalah mempunyai cara untuk mengatasi. Namun begitu, dia tetap berfikiran positif dan menghadapi cabaran tersebut. Video ini banyak menginspirasi saya dan sayamempercayai masalah kita mesti boleh diselesaikan dan kita tidak perlu berasa bimbang dengan masalah tersebut.
Dr. Zamri juga telah memperkenalkan personaliti type A dan B kepada kami melalui satu klip video. Orang jenis A merupakan orang yang cepat makan, bangun pagi, tidak bersabar, lebih berorganisasi, perfectionist, pandu dengan cepat dan sebagainya. rang yang mempunyai personality tersebut juga merupakan seorang yang dikatakan 'perfectionist' iaitu mereka ingin semua perkara dengan sebaik mungkin. Malangnya, mereka yang bersifat tersebut juga mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit seperti penyakit jantung.Manakala orang jenis B merupakan orang yang pandu dengan lambat, tenang, makan dengan lambat, cakap dengan lambat, relax, dan sebagainya. Orang yang mempunyai personality type B pula sentiasa bertenang dan menyiapkan perkara-perkara dengan lebih senang dan tidak berasa tertekan sangat.Pada pendapat saya,saya mempunyai gabungan kedua-dua personaliti tersebut.Hal ini demikian kerana saya seorang perfectionist tetapi saya agak lambat dalam melakukan sesuatu perkara.
Selepas itu, kami menjalankan soal selidik MBTI (Myers Briggs Personality Test). Personaliti seseorang boleh digolongkan dalam beberapa bahagian: Extroverted atau Introverted (E atau I), Sensing atau Intuitive (S atau N), Thinking atau Feeling (T atau F) dan Judging atau Perceiving (J atau P). Kami dikehendaki untuk memilih empat fungsi daripada lapan fungsi ini mengikut kotak yang tertentu. Lapan fungsi tersebut dipilih mengikut pasangan 'E' dengan 'I', 'S' dengan 'N', 'T' dengan 'F', dan 'J' dengan 'P'. Selepas saya menghabiskan ujian tersebut,huruf –huruf yang saya dapat ialah ESTP-The Doers.Saya amat bersetuju dengan keputusan yang saya dapat.Berikut merupakan penerangan personaliti individu dengan ESTP:
For ESTPs the dominant quality in their lives is their enthusiastic attention to the outer world of hands-on and real-life experiences.ESTPs are excited by continuous involvement in new activities and in pursuit of new challenges.ESTPs tend to be logical and analytical in their approach to life,and they have an acute sense of how objects,events and people in the world work.ESTPs are typically energetic and adaptable realists,who prefer to experience and accept life rather than to judge or organize it.
Selepas ujian MBTI kami diberikan satu lagi ujian yang sangat menarik iaitu The Big-Five Model. Dalam ujian ini akan mempunyai 5 keputusan iaitu Openness (O), Conscientiousness (C), Extraversion (E), Agreeableness (A), dan Neuroticism (N). Akronim yang diberi untuk lima personaliti tersebut ialah 'OCEAN'. Big Five Theory dan ciri-ciri komponennya boleh diringkaskan sebagai OCEAN:
Openness - (inventive/curious vs. consistent/cautious) Penghargaan terhadap seni, emosi, pengembaraan, idea-idea yang luar biasa, perasaan inkuisitif, dan pengalaman yang berbagai-bagai.
Conscientiousness - (efficient/organized vs. easy-going/careless) Kecenderungan untuk menunjukkan disiplin diri, ketaatan, dan bertujuan mengecapi sesuatu; suka merancang
Extraversion - (outgoing/energetic vs. solitary/reserved) Bertenaga, emosi positif, dan kecenderungan untuk berasa selesa dengan orang lain.
Agreeableness - (friendly/compassionate vs. cold/unkind) Kecenderungan berbelas kasihan dan bekerjasama dan bukannya mencurigai dan memusuhi orang lain.
Neuroticism - (sensitive/nervous vs. secure/confident) Kecenderungan untuk mengalami emosi yang tidak stabil seperti kemarahan, kebimbangan, kemurungan.
Dalam soal selidik tersebut, saya telah mendapat keputusan bagi personaliti diri saya,iaitu agreeableness.
Agreeableness is a tendency to be compassionate and cooperative towards others. They concern for social harmony. Agreeable individuals value getting along with others. They are generally considerate, friendly, generous, helpful, and willing to compromise their interests with others. Agreeable people also have an optimistic view of human nature. They believe people are basically honest, decent, and trustworthy.
Sebagai kesimpulan, saya telah lebih mengenalkan diri sendiri dan ini menggambarkan diri saya yang sebenar selepas menjalankan soal selidik ini. Saya menghargai perwatakan yang dikurniakan oleh Tuhan. Selain itu,saya juga dapat mengetahui personaliti yang ada pada rakan-rakan saya yang lain. Setiap perwatakan mesti mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.Setiap orang mempunyai personaliti yang berbeza dan kita seharusnya memahami dan menerima personaliti individu masing-masing. Setiap orang mempunyai kelemahannya dan kita harus bekerjasama dengan orang lain supaya saling tolong menolong dan menjayakan sesuatu.Sekian,terima kasih.Di sini,saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada pensyarah kita dan rakan-rakan yang beragama Islam.
No comments:
Post a Comment