Saturday, August 27, 2011

Chieng Zhin Liang LJ05 Personality

Salam sejahtera. Ini merupakan journal kelima bagi Kursus Pengurusan Emosi, ZT2253. Seperti biasa, saya telah menghadiri kuliah Dr. Zamri pada 24 Ogos 2011. Namun, tiada kuliah pada pada hari tersebut. Dr. Zamri telah menyediakan tugasan bagi kami. Ini merupakan kali pertama Dr. Zamri menggunakan kaedah yang berbeza  dalam sesi pengajarannya. Antara tugasan yang diberi oleh Dr Zamri termasuklah nota kuliah yang bertajuk Psychoanalytic Theory, satu video klip, dan dua boring soal selidik, iaitu MTBI dan Teori Besar Lima ( Five Big Theory). Berdasarkan video itu, kami dikehendaki menghuraikan kandungan yang dipaparkan manakala bagi soal selidik yang dijalankan, kami perlu membuat analisis mengenai personaliti masing-masing mengikut panduan yang telah disediakan.

Jadi,mari kita lengkapkan tugasan pertama dahulu. Teori psikoanalistik diasaskan oleh Sigmund Freud dan dalam teorinya, Freud membuat hipotesis bahawa pengalaman-pengalaman yang begitu emosional adalah sebahagiaan besarnya hasil daripada proses-proses yang tanpa sedar. Freud menspesifikasikan keadaan yang tanpa sedar ialah satu kawasan personality yang mengandungi emosi,motif dan kenangan masa lampau yang tidak disedari tetapi mempengaruhi tingkah laku kita.Sebagai contoh, kisah kehidupan dari kecil yang tidak mempunyai apa-apa tekanan hidup sehingga remaja yang terpaksa bertempur dengan pelbagai cabaran dan dugaan kehidupan. Saya berpendapat bahawa ini merupakan kehidupan bagi setiap insan ciptaan Tuhan. Sewaktu kecil, kami tidak mempunyai masalah kehidupan kerana kami sedar bahawa setiap masalah akan ditangggung dan diuruskan oleh ibu bapa kita sehingga kita mungkin berfikir bahawa segala dalam dunia ini memang sempurna. Tetapi sehingga kami membesar, baru kami sedar bahawa sememangnya memang tiada apa yang sempurna dalam dunia ini apabila kami menghadapi cabaran hidup, seperti hubungan antara kawan, tekanan dalam pelajaran serta kegagalan. Bagi saya, semua itu merupakan dugaan Tuhan kepada kita supatya kami boleh menjadi lebih tabah dalam mengharungi apa jua kekangan hidup. Selain itu, ia juga bergantung kepada setiap individu tentang cara mengendali setiap masalah kehidupan. Orang yang optimistic sentiasa akan dapat mengendali masalah yang dihadapinya dengan baik.

Video kedua yang telah saya tonton ialah mengenai Type A dan Type B personaliti. Dalam video ini, Type A personaliti ialah orang yang kurang kesabaran, sentiasa kejar masa, makan dengan cepat, mempunyai aktiviti harian yang teratur, memandu kereta dengan pantas dan melebihi had laju dan sentiasa hidup dalam bertanding dan ingin sangat mencapai kesempurnaan. Type B personiliti pula berbeza, orang jenis ini sentiasa sabar dan tenang. Mereka jarang kejar masa dan tidak memandu sehingga melebihi had laju yang ditetapkan. Bagi saya, saya berasa saya ialah orang Type A sejak hari saya menjejak kaki ke alam perubatan. Sebenarnya, saya seorang yang jarang kerja masa dan sentiasa tenang apabila saya masih di sekolah menengah dulu. Tetapi kehidupan sini yang sentiasa padat dengan nota dan aktiviti, personaliti saya telah berubah. Namun mengikut kajian, orang Type A senang menghidapi penyakit seperti sakit jantung dan berdarah tinggi. Dengan itu, saya berharap saya akan kembali ke dulu yang sentiasa senang dan relax.

Selepas itu ialah menjalankan soal selidik MTBI. Soal selidik ini merupakan hasil kajian Carl Jung, Katherine C. Briggs, dan Isabel Briggs Myers. Beberapa kriteria telah digunakan dalam soal selidik ini. Antaranya adalah Extraversion (E), Introversion (I), Sensing (S), Intuition (N), Thinking (T), Feeling (F), Judging (J) dan juga Perceiving (P). Berdasarkan soal selidik ini, personaliti setiap individu akan dianalisiskan mengikut kategori yang telah disediakan. Antara enam belas jenis personaliti ialah ESFP, ESTP, ISTJ, ISFJ, ENFP, ENTP, INFJ, INTJ, ESTJ, ENTJ, ISTP, INTP, ESFJ, ENFJ, INFP, dan ISFP. Setelah mejalankan kajian itu, saya mendapati saya ialah orang jenis INFJ-The protector. Hasil kajian ini pada awalnya saya tidak percaya. Tetapi setelah memikir balik tentang kisah zaman lampau, saya terpaksa setuju dengan hasil kajian saya. Hal ini mungkin disebabkan saya ialah anak lelaki sulung dalam keluarga saya dan saya sentiasa menjaga adik-adik saya yang kecil.

Huruf 'I' bermaksud introverted yang mengenai berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. 'I' juga merangkumi lebih memilih komunikasi antara satu dengan yang satu. Ini memang padan dengan personaliti saya kerana saya tidak tahu cara berkomunikasi dalam kalangan orang yang pelbagai kaum, bangsa dan agama. Selain itu, menurut 'N', saya sememangnya sentiasa berfikir tentang waktu akan datang. Saya suka membuat imaginasi tentang sesuatu perkara yang belum berlaku. Huruf 'F' pula membawa maksud feeling. Ini berkaitan tentang menitik berat perasaan individu dan kesan terhadap individu. Akhir sekali, ialah huruf 'J' yang bermaksud judging. Saya berpendapat saya sememangnya seorang yang membuat persediaan terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan. Hal ini disebabkan saya ingin memastikan tindakan yang dilakukan akan sentiasa berjaya supaya saya tidak akan ulang emmbuat sesuatu perkara itu banyak kali.

Seterusnya ialah soal selidik Big Five Theory. Antara big five theory juga dikenali sebagai OCEAN termasuklah openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan neuroticism. Orang yang  openness adalah orang yang suka belajar benda baru dan sentias bersedia untuk belajar dari pengalamannya . Orang yang mempunyai conscientiousness  adalah seorang yang memang mempunyai kebolehan dan boleh dipercayai. Orang yang extravert pula adalah orang yang mesra, banyak bercakap dan assertif. Orang yang mempunyai agreeableness yang tinggi amatlah berbelas kasihan dan boleh bekerjasama dengan orang lain. Biasanya, neuroticism merujuk kepada kestabilan emosi dan keupayaan seseorang itu menghadapi tekanan dan dugaan yang dihadapi dalam kehidupannya. Dalam soal selidik ini, sata telah mendapat markah yang tertinggi dalam agrreableness, iaitu 18. Saya sememangya seorang yang senang bekerjasama dengan orang lain. Hal ini dapat dibuktikan melalui pengalaman dulu yang membuat projek ataupun kursus dengan rakan sekumpulan.

Konklusinya, melalui soal selidik dan nota Teori Psikoanalitik, saya belajar banyak tentang personaliti sendiri. Saya mengaku selepas membuat soal selidik iaitu MTBI Dan Big Five Theory, saya menjadi lebih memahami tentang diri saya. Saya sedar bahawa setiap kelebihan dan kelemahan yang ada pada diri saya dan saya akan cuba membuat perubahan agar saya boleh menjadi seorang yang mempunyai personaliti yang lebih baik supaya diterima oleh pelbagai pihak pada masa akan datang. Dengan dengan itu, saya ingin berterima kasih kepada Dr Zamri yang banyak berkongsi ilmu kepada kami. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment