Saturday, August 27, 2011

A131650 Wendy Wong Hwei Rong LJ05 Personaliti sendiri

Selamat sejahtera .
24 Ogos 2011(Rabu) saya telah menghadiri Kuliah ZT yang ke-6.  Tajuk kuliah kali ini ialah "Emosi dan Personaliti". Manakala, kuliah kali ini Dr.Zamri tidak dapat menghadiri kuliah kali ini tetapi kami pun diberikan beberapa tugasan dan diminta menghabiskan tugasan-tugasan tersebut pada masa kuliah tersebut.
Video-video yang berkaitan dengan tugasan-tugasan tersebut ditunjukkan supaya kami dapat menyelesaikan tugasan-tugasan dengan lebih sempurna.
 
Tugasan pertama adalah membaca slide dan teks yang berkaitan dengan Psychoanalytic theory. Kami telah menonton satu klip video dan mengaitkan kandunagnnya dengan teori Psychoanalytic. 
Tugasan kedua adalah menjawab soal selidik MBTI supaya kami dapat mengetahui kategori-kategori personaliti kami dan menceritakan personality sendiri dalam jurnal ini.
Tugasan ketiga adalah menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory) supaya kami dapat mengetahui personality kami dengan lebih jelas dan teliti dan membincangkannya dalam jurnal ini.

Video yang disidangkan adalah berkaitan tentang type A and B personality. Berdasarkan video tersebut, Type A Personaliti merupakan seseorang yang agresif, suka bersaing, tidak sabar (impatience), kejar masa. Selain itu, orang dengan type A personaliti juga bercita-cita tinggi dan mementingkan kerjayaan dan kesempurnaan dalam kerjanya.Dia tidak akan membenarkan sebarang kesilapan dalam kehidupannya. Manakala, Type B personaliti adalah amat berbaza dengan Type A personaliti. Orang dengan Type B personaliti  merupakan seseorang yang penyabar dan dia selalu membuat kerjanya secara perlahan dan dalam keadaan yang relax dan tidak cemas. (easy going and slow&steady).  Berdasarkan video tersebut, saya mendapati bahawa saya adalah Type A personality kerana saya merupakan seorang yang impatience dan saya akan memastikan kerja-kerja saya diselesaikan dengan cepat dan sempurna. Oleh sebab itu, saya berasa amat stress dalam kehidupan saya. Saya berharap boleh membelajar dengan orang yang mempunyai Type B personaliti.
 
Dalam nota kuliah kita, Personaliti didefinasikan-Gabungan ciri-ciri psikologi kita untuk mengelaskan & menggambarkan seseorang dari segi ciri-ciri atau situasi tertentu seperti tenang, pasif, agresif, dan sebagainya.
Dalam jurnal-jurnal dulu, kita telah menyatakan apabila menghadapi situasi atau masalah yang sama, kita akan mempunyai emosi dan reaksi yang berbeza. Kita mempercayai perbezaan juga berkaitan dengan personaliti individu kita. Oleh itu, personaliti dan emosi dikatakan berperanan dalam menentukan reaksi atau response kita apabila menghadapi masalah-masalah.
Seterusnya, dalam tugasan kedua, kami dikehendaki menjawab soal selidik MBTI (Myers Briggs Personality Test). Soal selidik ini merupakan hasil kajian Carl Jung, Katherine C. Briggs, dan Isabel Briggs Myers. Beberapa kriteria telah digunakan dalam soal selidik ini. Antaranya adalah "Extraversion (E), Introversion (I), Sensing (S), Intuition (N), Thinking (T), Feeling (F), Judging (J) dan juga Perceiving (P)". Setiap individu boleh dikelaskan sebagai extroverted atau pendiam (E atau I), sensing atau intuitif (S atau N), pemikiran atau perasaan (T atau F), dan penghakiman atau perceiving  (J atau P) dan daripada kriteria-kriteria tersebut, kita telah mendefinisikan enam belas jenis personaliti iaitu, ESFP, ESTP, ISTJ, ISFJ, ENFP, ENTP, INFJ, INTJ, ESTJ, ENTJ, ISTP, INTP, ESFJ, ENFJ, INFP, dan ISFP. Orang extroverted merupakan seorang yang lebih mesra, dan pandai bergaul. Mereka lebih suka berkawan dan suka akan suasana yang meriah. Pendiam pula ialah orang yang bersikap pemalu, dan suka menyimpan perasaan mereka dalam hati. Orang sensing adalah lebih berpraktikal, sebaliknya orang yang berjenis intuitive tidaklah begitu reality dan mempercayai dengan deria keenam. Orang jenis thinking suka menggunakan logik dalam menyelesaikan sesuatu masalah manakala orang jenis feeling akan menyelesaikan masalah mengikut emosi mereka. Orang jenis judging adalah lebih berdisiplin dan sistematik dalam kehidupan mereka manakala jenis perceiving pula lebih fleksibel dan tidaklah begitu berdisiplin. Melalui soal selidik ini, saya mendapati mempunyai personiliti extroverted, Sensing, Thinking, Perceiving ( ESTP).
 Seterusnya, dalam 'the big-five model' ada mempunyai lima komponen iaitu extroversion, agreeableness, conscientiousness, emotional stability, dan openness to experience.
Ø Extroversion merupakan komponen yang menerangkan kebolehan dan keterbukaan untuk bersosial. Tinggi peratusan/markah dalam Extrovert menunujukkan seseorang itu sangat peramah dan mudah untuk memulakan perbualan, rendah markah Extrovert menunujukkan Introvert yang bermaksud pemalu dan tidak suka bergaul dengan orang lain. 
Ø Agreeableness bermaksud bagaimana seseorang itu bertindak dan mengikut pendapat orang lain.Tinggi markah dalam nilai komponen ini bermaksud orang tersebut sangat tolerance dan selalu mematuhi&mengikut pandangan dan pendapat orang lain. Orang tersebut boleh dikatakan sangat pasif dan mudah dipengaruhi dengan orang lain. Dia  kurang mempunyai atau tidak mudah menyuarakan pandangan sendiri. 
Ø Conscientiousnes- komponen menunujukkan dia sangat tersusun (organized), focus dan sangat berusaha memenuhi cita-cita dan berdisiplin.
Ø Emotional stability menunjukkan kebolehan seseorang menangani emosi sama ada mempunyai kebolehan menguruskan stress atau tidak. Neuroticism-ketika stress, merupakan seorang inidividu yang mudah tertekan dan selalu dalam perasaan negatif.
Ø Openness to experience bermaksud kesediaan menukar pendapat diri jika menerima pendapat yang baru. Dia dikatakan layak dicirikan sebagai kreatif dan tinggi sikap ingin tahu. Dia percaya bahawa perubahan penting bagi evolusi sosial.
Kami juga mengambil satu ujian yang berkaitan dengan Big Five Personality test.
 Kesimpulannya, saya telah memahami personaliti diri saya sendiri dengan lebih jelas dan teliti melalui soal selidik MBTI dan soal selidik Big Five Theory tersebut. Saya boleh dikategori dalam Type A personality. Bagi orang yang mempunyai Type A personality macam saya, kita harus belajar bagaimanakan menguruskan emosi kita dengan lebih bagus, cubalah menjadi seorang yang selalu berfikir dengan positif dalam kehidupan kita.
Sekian, terima kasih.
 
 

No comments:

Post a Comment