Salam sejahtera dan salam perpaduan. Jurnal ini merupakan jurnal yang kelima dan juga jurnal terakhir untuk semester ini. Jurnal ini sememangnya membebankan kita tetapi dari positifnya, ianya memberi masa kepada kita untuk membuat refleksi ke atas apa yang kita pelajari dan pada masa yang sama meningkatkan ilmu kita dalam berbahasa yang amat diperlukan apabila kita mengambil sejarah penyakit daripada pesakit. Tanpa membebel pangjang, jurnal kali ini adalah berpandukan 3 tugasan iaitu: membaca nota psychoanalytic theory dan menonton sebuah video clip dan kemudiannya mengaitkannya dengan psychoanalytic theory ; menjawab soalselidik MBTI dan membincangkan personality saya daripada dapatan soalselidik tersebut ; dan juga menjawab soalselidik Teori Besar Lima dan membincangkan personality saya daripada dapatan soalselidik tersebut.
Untuk video pertama, ia mengisahkan hidup seorang kanak-kanak yang begitu suci pemikirannya yang mengalami perubahan kehidupan apabila meningkat dewasa dimana dunia seorang remaja tidak lagi semudah dan sesuci yang difikirkan zaman kanak-kanak. Bagi saya, kehidupan adalah sebegitu. Semasa kanak-kanak, kita tidak perlu risau pada apa-apa benda dan kita melakukan apa yang kita mahu dan sekiranya dipaksa, tangisanlah jawapannya. Tahun demi tahun, relaliti kehidupan mendesak kita untuk tidak bertindak sedemikian. Begitulah kehidupan yang diibaratkan sebagai roda dimana pada sesetengah titik, kita akan berasa gembira dan pada titik tertentu, kita akan berasa sedih. Saya ingin menceritakan satu perbandingan yang sangat menarik. Sekiranya hidup kita mendatar sahaja, maka ECG kita akan mendatar sahaja dimana ia bermaksud kita sudah mati. Dengan adanya sukaduka kehidupan, maka ECG kita akan naik dan turun yang bermaksud kita masih bernyawa.
Untuk video kedua, ia mengisahkan personality orang jenis A dan jenis B. Untuk jenis A, mereka melakukan segala benda dengan cepat iaitu makan cepat, pandu dengan laju, kurang sabar, kerja tersusun dan lain-lain. Untuk jenis B, ianya adalah bertentangan dengan orang jenis A dimana mereka melakukan segala benda dengan perlahan iaitu makan perlahan, pandu dengan perlahan, tidak tergesa-gesa dan lain-lain. Bagi saya, saya mempunyai kedua-dua jenis A dan B punya cirri-ciri. Pada masa tertentu, saya akan tergesa-gesa tetapi pada masa tertentu, saya akan memperlahankan rentak kehidupan saya. Tetapi, pada kebiasaannya, saya merupakan orang jenis A. Bagi saya, kedua-dua jenis orang ini mempunyai kebaikan dan keburukannya.
Untuk soal selidik MTBI, saya telah mendapat hasil ENTP. ENTP bermaksud Extraversion, Intuition, Thinking and Perceiving. Extraversion bagi say bermaksud bertindak sebelum berfikir. Intuition bagi saya bermaksud berfikiran lebih jauh. Thinking pula bermaksud berfikir secara logic. Perceiving pula bermaksud tindakan tidak semestinya berdasarkan jadual atau dikatakan sebagai sporting. Untuk dapatan soal selidik, ianya mengisahkan orang ENTP bahawa 'driving quality in their lives is their attention to the outer world of possibilities; they are excited by continuous involvement in anything new, whether it be new ideas, new people, or new activities. They look for patterns and meaning in the world, and they often have a deep need to analyze, to understand, and to know the nature of things. ENTPs are typically energetic, enthusiastic people who lead spontaneous and adaptable lives.' Bagi saya, dapatan soalselidik ini amat tepat. Kerana ianya betul-betul menceritakan personaliti saya. Saya merupakan seorang yang suka berfikir dengan cara 'think out of the box'. Mungkin orang lain boleh mengatakan saya suka berangan-angan tetapi apa yang saya fikirkan adalah sesuatu yang boleh dilaksanakan. Saya sering keluar dengan idea-idea yang baru yang kerap dikatakan idea yang 'nakal'. Oleh itu, saya telah menyertai jabatan program Asian Medical Student Association cabang UKM KCKL. Melalui jabatan tersebut, saya dapat berfikir dengan lebih lagi untuk keluar dengan tentatif program yang lebih menarik dan mengeluruh. Saya juga suka akan mencuba sesuatu yang baru. Tetapi saya akan menilai sesuatu yang baru itu adalah baik kepada saya atau tidak. Saya juga suka akan berkenalan dengan kawan yang lain. Pada masa yang sama, saya amat berfikiran terbuka dan menerima pa jua pendapat serta kritikan. Oleh itu, saya suka mengertai conference. Pada Januari lepas, saya telah mengertai East Asian Medical Student Conference (EAMSC) dimana saya telah didedahkan kepada aktiviti yang begitu baru dan fresh kepada saya. Saya juga berpeluang berkenalan dengan pelajar perubatan daripada Negara lain. Di dalam conference tersebut, ada satu sesi perbincangan dan pelajar perubatan daripada pelbagai Negara berkumpul dan mengeluarkan pendapat mereka. Ini membolehkan saya mendapat tahu persepsi dan keadaan pelajar perubatan di Negara lain. Untuk mengetahui sesuatu, saya memerlukan penjelasan serta masa untuk mengetahuinya. Kerana bagi saya, saya memerlukan masa untuk memikirkan benda tersebut dengan mengeluruh agar tiada kesilapan semasa membuat sebarang keputusan. Saya juga merupakan seorang yang energetik pada kebiasaanya. Seperti mana yang dikatakan pada atas, saya sering menyertai aktiviti yang baru bagi saya. Saya sering memulakan sebuah perbualan apabila berkenalan dengan kawan yang baru. Saya juga seorang yang spontan dan dapat mengadaptasi persekitaran dengan baik dan cekap. Saya tidak mempunyai kerisauan apabila berada di persekitaran yang baru misalnya pergi ke matrikulasi seoarangan ataupun menjangkau laut china selatan dan pergi ke sebelah Malaysia untuk belajar.
Untuk soal selidik teori besar lima, lima personality yang dikatakan adalah Openness, Conscientiousness, Extraversion, Agreeableness dan Neuroticism. Saya akan menceritakan serba sedikit mengenai kelima-lima teori ini. Bagi openness, ia merujuk kepada orang yang lebih bersikap ingin tahu, menghargai seni serta sensitive kepada kecantikkan. Untuk extraversion pula, ia merujuk kepada orang yang energetic dan assertive. Bagi agreeableness pula, ianya merujuk kepada seseorang yang memahami, peramah, suka membantu dan optimistic. Untuk neuroticism, ia merujuk kepada seseorang yang emosinya tidak stabil yang lebih suka berfikir pada arah negative. Untuk conscientiousness, saya membincangkannya terakhir sekali kerana dapatan soald selidik teori besar lima saya adalah conscientiousness. Conscientiousness merujuk kepada orang yang mempunyai displin, bertindak pada pelan tindakan serta mengharapkan pencapaian daripada jangkaan ramai. Orang jenis ini lebih suka bertindak atas pelan tindakan dan tidak suka bertindak secara spontan. Walaupun ianya bertentangan dengan dapatan soal selidik MTBI dimana saya suka bertindak secara spontan. Tetapi, saya juga mengatakan bahawa saya merupakan orang jenis A dan juga jenis B. Boleh juga dikatakan bahawa keadaan yang memaksa saya menjadi orang jenis A dimana saya suka bertindak secara sistematik dengan pelan tindakan yang dikatakan oleh dapatan soalselidik teori besar lima iaitu conscientiousness. Tetapi, saya lebih suka bertindak secara spontan. oleh itu, untuk memperlahankan rentak kehidupan saya seperti orang jenis B, saya akan bertindak secara spontan. Misalnya seminggu yang penat dan kerja menggunung tinggi, saya mungkin akan bertindak dengan outing untuk menonton wayang dan belanja sendiri dengan makanan yang baik dan kemudiannya balik ke reality kehidupan.
Akhir kata, sampai sudahlah garisan penamat saya dalam penulisan jurnal. Jurnal ini telah mengajar saya banyak perkara. Tak terlupa juga saya ingin merakamkan terima kasih kepada Dr. Zamri yang memperkenalkan perlaksanaan kursus ZT yang begitu berbeza sekali!
No comments:
Post a Comment