Selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua. Dalam jurnal ini, saya akan membincangkan tentang video-video yang ditunjukkan kepada kami dan diikuti dengan emosi dan personaliti yang merangkumi beberapa teori serta personaliti saya yangterdapat dalam pembelajaran terhadap topik ini.
Video pertama yang kami tonton mengisahkan perubahan pandangan seseorang terhadap kehidupan. Semasa dia masih kecil, dia mempercayai bahawa semua perkara di dunia ini adalah baik dan menggembirakan. Dia mempercayai bahawa semua orang adalah ikhlas dan tidak kira betapa susahnya perjalananan hidup, semuanya akan menjadi baik pada akhirnya. Walaupun begitu, dia menyedari bahawa kehidupan adalah tidak mudah seperti yang disangkakan semasa dia semakin dewasa dan mendapat pendedahan di dunia luar. Namun pada akhirnya, mesej yang ingin disampaikan adalah kita tidak patut mempunyai pandangan yang negatif dalam kehidupan tidak kira sama ada kehidupan kita adalah sukar dan menyedihkan.
Video kedua yang kami tonton adalah mengenai dua personality yang berbeza dalam kalangan kita semua iaitu Personaliti A dan Personaliti B. Personaliti A merupakan personality yang menggambarkan orang yang makan dengan cepat, bangun awal, selalu mengejar masa, tidak sabar, sistematik, suka akan kesempurnaan, kerap memerhatikan masa, memandu dengan cepat dan tidak sabar, serta suka bersaing. Individu yang mempunyai Personaliti B pula mempunyai sifat-sifat yang bertentangan dengan Personaliti A. Seseorang yang mempunyai Personaliti Bbiasanya mempunyai aktiviti yang lebih menyenangkan. Mereka juga memandu mengikut had laju atau lebi kurang daripada had laju yang ditetapkan. Mereka lebihi mudah menyesuaikan diri, makan perlahan, sabar, tidak mengejar masa dan tidak mudah risau, bercakap dengan perlahan, selalu dalam keadaan relaks serta kehadiran mereka amat disegani. Perbezaannya adalah orang yang mempunyai Personaliti B mencapai kejayaan dengan fikiran yang kurang stress manakala, orang yang mempunyai Personaliti A lebih mudah menghidapi penyakit jantung disebabkan mudah mendapat stress. Secara ringkasnya, mereka yang mempunyai Personaliti A patut mempelajari cara mereka yang Personaliti B dalam kehidupan mereka supaya dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung pada masa akan datang.
Emosi dan personaliti kita selalu berhubung kait. Ini adalah jelas jika kita membaca tentang tiga komponen yang penting dalam emosi dan definisi personaliti. Komponen-komponen emosi ialah perasaan, perubahan tubuh dan kecenderungan tindakan. Personaliti pula bermaksud kombinasi sifat fisiologi yang kita gunakan untuk mengkategorikan dan menerangkan seseorang dalam sikap-sikap seperti pendiam, pasif, aktif, aggressif dan lain-lain.
Disebabkan personaliti seseorang merupakan sesuatu yang subjektif dan tidak dapat dijelaskan dengan hanya melihat seseorang daripada luaran atau secara fizikal. Salah satu cara untuk mengetahui personaliti kita adalah melalui ujian personaliti. Kami telah didedahkan kepada Big Five Personality Test yang berdasarkan The Big Five Model. Terdapat lima jenis personaliti dalam model ini iaitu, Openness, Conscientiousness, Extraversion, Agreeableness, dan Neuroticism.
Openness merupakan satu personality yang mementingkan kreativiti. Individu tersebut adalah lebih peka terhadap penghayatan sesuatu seni. Seseorang yang mempunyai sifat ini adalah baik dalam penggunaan bahasanya dan mudah memahami sesuate idea yang abstrak serta mempunyai ideanya yang tersendiri. Mereka dilihat sebagai seorang yang individualistik dan mempunyai daya imaginasi yang kuat.
Conscientiousness pula menggambarkan inidividu yang sistematik dan berdisiplin. Individu ini amat bertanggungjawab dan selalu mempunyai cita-cita atau harapan yang tinggi terhadap sesuatu. Disebabkan orang yang mempunyai sifat ini suka bekerja secara sistematik, mereka mempunyai jadual dan perancangan awal dalam menjalankan tugas-tugas mereka. Oleh itu, mereka suka menajalankan tugas mengikut jadual dan bukannya secara spontan.
Extraversion menggambarkan seseorang yang bersikap positif. Mereka suka dan berasa selesa dengan kumpulan yang besar atau orang ramai. Meraka juga dilihat sebagai "live of the party" kerana mereka mempunyai kemampuan untuk menggembirakan dan menceriakan suasana. Individu yang extraversion juga suka berbual dan memulakan perbualan dengan orang lain.
Agreeableness adalah sifat yang dikaitkan dengan orang yang mempunyai kecenderungan untuk berasa simpati daripada mempunyai prasangka terhadap orang-orang di sekeliling mereka. Individu ini juga akan berasa lebih senang semasa bekerjasama dalam kumpulan. Selain itu, mereka menghargai persahabtan dan meletakkan kepentingan orang lain dahulu.
Neuroticism merupakan sifat yang dikaitkan dengan ketidakstabilan emosi. Individu yang mempunyai sifat ini mempunyai pandangan yangnegatif dalam hidup mereka. Mereka kerap berassa marah, murung dan risau. Disebabkan itu, keputusan meraka adalah mudah dipengaruhi. Mereka juga dipercayai untuk mempunyai risiko untuk membunuh diri.
Terdapat satu lagi ujian personaliti yang boleh digunakan untuk memastikan personaliti kita iaitu Myers-Briggs Type Indicator(MBTI). Ujian ini adalah lebih kerap digunakan di dunia. Dalam ujian ini, terdapat empat kategori sifat. Pertamanya adalah mengenai orientasi asal kami iaitu sama ada kita ialah Extrovert atau Introvert. Keduannya adalah tentang cara kita melihat sesuatu perkara iaitu sama ada kita ialah Sensing atau Intuition. Ketiganya adalah cara kita membuat keputusan dan mengadili sesuatu perkara iaitu sama ada kita ialah Thinking atau Feeling. Keempatnya pula merujuk kepada orientasi tindakan kami terhadap dunia luar iaitu sama ada kita ialah Judging atau Perceiving.
Extrovert menggambarkan orang yang boleh menyesuaikan diri dalam khalayak ramai, senang berkawan dan suka bersosial manakala, Introvert menggambarkan orang yang pemalu dan pendiam. Sensing pula merupakan sifat yang merujuk kepada individu yang praktikal dan memberi perhatian terhadap perkara yang terperinci manakala, Intutition menggambarkan individu yang banyak bergantung pada proses yang "unconscious" dan mampu melihat sesuatu secara keseluruhannya. Thinking menggambarkan orang yang menggunakan logic dan sebab dalam menyelesaikan masalah manakala, Feeling menggambarkan orang yang bergantung pada pendapat dan emosi sendiri dalam menyelesaikan masalah. Akhirnyaa, Judging adalah sifat yang suka mengawal situasi dan suka perkara yang lebih berstruktur dan nerorganisasi manakala, Perceiving pula adalah lebih fleksible dan spontan.
Saya mendapati bahawa saya mempunyai sifat Personaliti A dan Conscientiousness kerana saya suka menyaipkan kerja-kerja saya dengan cepat dan mudah stress sekiranya terdapat terlampau banyak kerja untuk disiapkan dalam masa yang singkat. Jika saya merujuk kepada MBTI, saya mendapati bahawa saya ialah orang yang Dominant Introverted Intuition kerana saya agak pendiam dan tidak pandai menyesuaikan diri dengan orang ramai terutamanya semasa dalam jamuan. Selain itu,saya berpendapat bahawa saya dapat melihat sesuatu perkara secara keseluruhan walaupun orang lain tidak dapat melihatnya. Saya juga mempelajari sesuatu dengan menghubungkaitkannya dengan perkara-perkara di sekeliling saya dan pengetahuan asas saya terhadap perkara tersebut.
Secara kesimpulannya, saya telah mempelajari tentang banyak jenis personaliti dan berjaya menerokai emosi serta personaliti saya. Saya yakin pengetahuan ini adalah amat berguna walaupun saya berpendapat bahawa personaliti kita akan berubah mengikut masa dan kadang kala, sesuatu personaliti yang menggambarkan seseorang adalah terlalu ekstreme. Contohnya, seseorang yang menggambarkan dirinya sebagai Introvert tidak bermaksud seseorang tersebut tidak dapat bersosial dengan baik dan selalu diam setiap masa. Sepatutnya, terdapat skala untuk menggambarkan tahap sesuatu sifat seseorang tapi ini hanya pendapat saya semata-mata.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment