Jurnal pembelajaran yang ke lima
Alhamdulillah ,syukur kepada Tuhan kerana dapat memberi keizinan untuk saya menyiapkan jurnal pembelajaran yang ke lima ini , yang ditugaskan pada kuliah yang ke enam iaitu pada 24 ogos 2011, di Dewan Kuliah Satu.di awal kuliah , Dr.Zamri telah membuat garis panduan mengenai kuliah pada hari ini, iaitu melalui penilaian personaliti melalui kuiz- kuiz serta melalui satu klip video yang sangat berguna dan berkait rapat mengenai kehidupan saya. Kuliah pada kali agak berbeza berbanding sebelum ini kerana agak menarik dan tidak terlalu 'monotone'. Jurnal pembelajaran yang ke lima ini merupakan salah satu medium untuk saya menceritakan tentang personaliti serta beberapa teori mengenai emosi. Tugasan yang diberikan oleh dr.Zamri agak menarik kerana kita dapat mengetahui mengenai tahap emosi serta personaliti kita .sebelum memulakan kuliah , dr.Zamri telah menunjukkan satu klip video yang bertajuk Right Here Waiting , nyanyian Bryan Adams. Ini merupakan antra bait bait lagu yang saya tertarik dengannya ;
Wherever you go, whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes, or how my heart breaks
I will be right here waiting for you
I took for granted, all the times
That I thought we'd last somehow
I hear the laughter, I taste the tears
But I cant get near you now
Oh cant you see it baby
You got me going crazy
Lirik lagu ini mencerminkan bahawa penulis lagu ini merasakan bahawa beliau seorang yang setia, sehingga sanggup menantikan kasih hatinya tidak kira berapa lama walaupun bertahun tahun. Namun , bagi saya, kita tidak seharusnya dibutakan oleh cinta dan hidup berpada pada.
Sepanjang kuliah ini kami dihidangkan dengan dua buah klip video, salah satunya mengenai pengalaman zaman kanak kanak.klip video ini sangat berguna dan memberikan kebaikan kepada pendengar dan pembaca , kerana yang tertulis di dalam video itu bukanlah lirik atau bait bait lagu , namun mengenai pemikiran seseorang , mungkin pencipta klip video tersebut. Di dalam klip video tersebut , kita dapat lihat bahawa pemikiran seorang kanak kanak akan berlainan dengan orang dewasa. Sebagai contoh , ketika kita masih kecil atau di era kanak kanak , kita sering membayangkan bahawa semua perkara yang berlaku adalah perkara perkara yang indah sahaja ,tanpa perlu memikirkan mengenai masalah masalah , bak kata orang , hidup bagaikan pelangi dan juga semua orang kita temui adalah orang yang baik , tapi memikirkan atau terlintas di fikiran bahawa mungkin terdapat orang yang mungkin tidak boleh dipercayai. Namun, semakin kita meningkat usia, kita sering mempersoalkan sebab sebab mengapa kita perlu melakukan sesuatu, kesan terhadap sesuatu perkara yang dilakukan , merit atau kebaikan yang diperolehi setelah melakukan sesuatu, serta sedar mengenai bukan semua orang yang kita jumpa adalah orang yang baik dan sudi berkawan dengan kita. Namun , selagi kita sabar , serta ikhlaskan diri terhadap perkara perkara yang dilakukan, serta sentiasa berfikiran positif, kita dapat melalui segala kesukaran dan dapat menjawab persoalan persoalan yang tiada hujung pangkalnya dengan lebih baik. Jadi ,secara keseluruhan video ini , jika kita bersabar serta belajar daripada pengalaman, nescaya kita akan lebih bersedia untuk menjalani hidup yang penuh pancaroba ini.
Selain itu , setelah usai video pertama , kita beralih pula kepada video ke dua, iaitu video mengenai jenis jenis personaliti , iaitu personaliti A , atau pun personaliti B.kita seringkali melihat atau terdengar mengenai 'mindset' ataupun "labelled person' melalui jenis jenis personaliti ini. Orang yang mempunyai jenis Personaliti A lebih cenderung kepada mementingkan masa secara amnya, kerana beliau seorang yang makan dengan cepat, bangun awal, mementingkan kesempurnaan, seorang yang teratur, suka bersaing, sentiasa dalam keadaan kelam kabut atau bergegas, serta sedikit kesilapan mungkin akan menaikkan kemarah orang yang berpersonaliti A. Namun , jauh berbeza dengan orang yang berpersonaliti jenis B , orang yang mempunyai personaliti ini merupakan orang yang tenang, sabar, mudah mesra,tidak bergegas untuk melakukan sesuatu atau dalam keadaan risau, seorang yang relaks, kewujudannya disukai ramai ataupun dihargai, serta seorang yang makan dengan perlahan lahan , memandu kereta secara berhemah serta sifat sifat positif yang lain. Orang yang berpesonaliti A lebih mudah untuk mendapat sakit jantung, darah tinggi disebabkan oleh terlalu risau. Jadi, secara kesimpulannya , orang yang berpersonaliti a perlu lebih tenang, menyusun dengan teratur tapi lebih sabar dan menunjukkan sifat perfectionist dengan cara yang betul.secara keseluruhan , saya berpendapat bahawa saya merupakan orang yang berpersonaliti kedua duanya , mementingkan masa, namun mudah mesra. Tapi tugasan seterusnya boleh membuktikan lagi jenis jenis personaliti saya secara lebih tepat.
Kita memasuki tugasan ke dua iaitu mengenai ujian personaliti MBTI (Mayer Briggs Personality Test) . ujian personaliti ini merupakan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pengkaji iaitu, Carl Jung, Katherine C. Briggs, dan Isabel Briggs Myers. . menurut ujian ini,kita akan diuji menggunakan beberapa criteria atau pun ciri ciri. Antaranya ialah "Extraversion (E), Introversion (I), Sensing (S), Intuition (N), Thinking (T), Feeling (F), Judging (J) dan juga Perceiving (P)". setiap ciri ciri ini memainkan peranan masing masing dalam mengenalpasti kategori personality. Para pelajar diminta memilih satu sahaja ciri ciri yang berkaitan dengan diri masing masing. Hal ini kerana setiap individu boleh dikategorikan sama ada extroverted( lebih terbuka) atau pendiam (E atau I), sensing atau intuitif (S atau N), pemikiran atau perasaan (T atau F), dan penghakiman atau perceiving (J atau P) . Hasilnya daripada ujian ini, sebanyak enam belas kemungkinan personaliti yang telah diklasifikasikan oleh Jung iaitu, ESFP, ESTP, ISTJ, ISFJ, ENFP, ENTP, INFJ, INTJ, ESTJ, ENTJ, ISTP, INTP, ESFJ, ENFJ, INFP, dan ISFP. . Orang yang lebih terbuka ataupun extroverted ialah orang yang mudah mesra, dan senang mencari kawan ataupun pandai bergaul.,manakala Introversion ataupun pendiam pula lebih kepada orang yang pemalu, dan suka menyimpan perasaan dalam hati. Orang yang brada di kategori sensing merupakan orang yang lebih berpraktikal dan berdasarkan teori manakala orang yang berada di intuitive tidak berada dalam keadaan begitu realiti dan lebih kepada seni.. Orang jenis pemikiran atau pun thinking akan menggunakan logik akal dalam sesuatu masalah , untuk orang yang berada di kategori perasaan atau pun feeling akan lebih cenderung untuk menyelesaikan masalah mengikut kata hati dan emosi. Untuk kategori terakhir, iaitu judging dan Perceiving, orang yang berada di kategori Judgig lebih berdisiplin manakala bagi orang yang lebih cenderung kepada perceiving pula merupakan seorang lebih fleksibel dan tidak begitu berdisiplin seperti Judging. Melalui ujian personaliti ini , saya merupakan seorang yang lebih cenderung kepada , saya mempunyai personiliti Introversion, Sensing, Thinking, Judging ( ISTJ) dan juga Introversion, Sensing, Judging, dan Feeling (ISTF).
Bagi saya, melainkan Introversion, yang lain merupakan personaliti saya, hal ini kerana, bagi saya, saya lebih kepada Extroversion, kerana lebih mesra dan bukannya seorang yang pendiam. Namun, tugasan tiga mungkin akan menceritakan tentang personality saya secara mendalam.
Tugasan yang ketiga merupakan satu ujian personaliti tentang Teori Besar Lima , yang membincangkan mengenai lima komponen , iaitu ,OCEAN , iaitu akronim bagi Openness to Experience. Conscientiousness ,Extroversion, Agreeableness, , Emotional Stability dan neuroticism.. Komponen dalam OCEAN adalah seperti berikut :
· Openness –seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan mencabar dan juga mempunyai imaginasi yang amat tinggi.
· Conscientiousness –seorang yang boleh diletakkan kepercayaan dan boleh melaksanakan tanggungjawabnya dengan rela dan tidak perlu dipaksa. ciri-ciri seperti bermotivasi,teratur terdapat di dalam individu yang mempunyai personaliti ini.
· Extraversion –pandai bersosial dengan orang lain kerana mereka suka bercakap , mudah mesra serta pandai memberi pandangan yang berguna dan juga lebih berdedikasi.
· Agreeableness –seorang yang mesra dan boleh bekerjasama dengan orang lain .Dia juga seorang yang baik hati serta menggunakan emosi dalam tindakannya.
· Neuroticism – ketika stress, merupakan seorang inidividu yang mudah tertekan dan selalu dalam perasaan negatif.
Melalui kuliah ini, saya dapat mengenalpasti personaliti saya dan perlu mengubah segala kekurangan , untuk bertujuan mejaga hubungan antara sesama manusia serta kesihatan diri sendiri.
.
No comments:
Post a Comment