LIM YINN SHIEN A131719
Salam sejahtera. Ini merupakan jurnal kelima iaitu jurnal terakhir saya bagi kursus Pengurusan Emosi. Pada hari Rabu, iaitu 24 Ogos 2011, saya telah menghadiri kuliah kursus Pengurusan Emosi ZT2253 yang bertempat di dewan kuliah satu, Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia Kuala Lumpur. Tajuk kuliah hari ini merupakan emosi dan personaliti. Kuliah ini amat berbeza berbanding dengan kuliah minggu-minggu sebelumnya. Pada hari tersebut, Dr. Zamri tidak menghadiri kuliah. Akan tetapi, kami telah diberikan tugasan untuk diselesaikan sepanjang masa kuliah tersebut. Kami juga telak ditunjukkan video-video yang berkaitan dengan tugasan yang telah diberi supaya kami dapat menyelesaikan tugasan kami dengan lebih sempurna.
Tugasan pertama yang diberi adalah berkaitan dengan Psychoanalytic theory. Kami telah menonton satu klip video dan diminta untuk mengaitkan kandunagnnya dengan teori Psychoanalytic. Seterusnya tugasan kedua kami adalah untuk menjawab soal selidik MBTI supaya kami dapat mengetahui kategori-kategori personaliti kami. Seterusnya, kami juga dikehendaki untuk membincangkan personaliti kami dalam jurnal ini. Bagi tugasan ketiga pula, kami dapat mengetahui personality kami dengan lebih jelas setelah menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory). Kami turut dikehendaki supaya membincangkannya dalam jurnal ini. Oleh sebab itu, dalam jurnal ini, saya akan membincangkan teori Psychoanalytic dan personality saya berdasarkan kedua-dua soal selidik yang telah saya jalankan.
Video yang ditayangkan itu mengisahkan kehidupan seseorang bermula dari zaman kanak-kanak sehingga zaman remaja. Kehidupan pada zaman kanak-kanak, memang gembira dan bahagia kerana pada masa itu mereka selalunya bersyukur dengan apa sahaja yang meraka ada. Pemikiran mereka masih begitu naïf. Mereka tidak pernah mengharungi sebarang kesusahan dan cabaran sedangkan orang dewasa seperti ibu bapa mereka juga cuba sedaya upaya untuk melindungi mereka. Namun demikian, kehidupan seperti ini tidak akan berpanjangan. Permikiran kami akan menjadi semakin matang apabila kami semakin dewasa. Kehidupan dewasa tidaklah begitu mudah berbanding dengan zaman kanak-kanak dahulu. Kami akan mula menghadapi pelbagai kesusahan dan cabaran yang tidak dapat dielakkan. Pengalaman semua itu akan mempengaruhi pembentukan perwatakan kami. Namun demikian, kami haruslah belajar daripada pengalaman kami dan memupuk emosi-emosi positif dalam diri sendiri supaya kami dapat menghadapi semua cabaran dan dugaan dengan tabah.
Selepas itu, video yang ditayangkan berkaitan tentang personaliti type A dan B. Berdasarkan video tersebut, orang yang mempunyai personaliti type A adalah seorang yang cepat cemas dan terburu-buru. Dia tidak mempunyai kesabaran dan selalu membuat kerjanya dengan secepat mungkin tanpa membazir sebarang masa. Dia akan makan dengan cepat, memandu melebihi had laju. Selain itu, dia juga merupakan seorang yang perfectionist dan mementingkan kesempurnaan dalam kerjanya. Dia tidak akan membenarkan sebarang kesilapan dalam kehidupannya. Sebaliknya, orang yang mempunyai personality typre B merupakan seorang yang penyabar. Dia akan membuat kerjanya secara perlahan dalam keadaan yang relax. Dia mempunyai keyakinan diri dan dapat mencapai targetnya dengan lebih relax dan tenang. Walaubagaimanapun, type B person juga mempunyai motivasi yang sama rata berbanding dengan type A person. Berdasarkan video ini, saya mendapati bahawa saya mempunyai type A personality iaitu cepat marah, perfectionist dan selalu terburu-buru. Oleh itu, saya akan cuba berubah supaya saya tidak begitu stress dalam kehidupan saya.
Seterusnya, bagi tugasan kedua yang telah diberi, kami dikehendaki menjawab soal selidik MBTI (Myers Briggs Personality Test). Soal selidik ini merupakan hasil kajian Carl Jung, Katherine C. Briggs, dan Isabel Briggs Myers. Beberapa kriteria telah digunakan dalam soal selidik ini. Antaranya adalah "Extraversion (E), Introversion (I), Sensing (S), Intuition (N), Thinking (T), Feeling (F), Judging (J) dan juga Perceiving (P)". Setiap individu boleh dikelaskan sebagai extroverted atau pendiam (E atau I), sensing atau intuitif (S atau N), pemikiran atau perasaan (T atau F), dan penghakiman atau perceiving (J atau P) dan daripada kriteria-kriteria tersebut, Jung telah mendefinisikan enam belas jenis personaliti iaitu, ESFP, ESTP, ISTJ, ISFJ, ENFP, ENTP, INFJ, INTJ, ESTJ, ENTJ, ISTP, INTP, ESFJ, ENFJ, INFP, dan ISFP. Orang extroverted adalah orang yang lebih mesra, dan pandai bergaul. Mereka lebih suka berkawan dan suka akan suasana yang meriah. Pendiam pula ialah orang yang bersikap pemalu, dan suka menyimpan perasaan mereka dalam hati. Orang sensing adalah lebih berpraktikal, sebaliknya orang yang berjenis intuitive tidaklah begitu reality. Orang jenis thinking suka menggunakan logik dalam menyelesaikan sesuatu masalah manakala orang jenis feeling akan menyelesaikan masalah mengikut suara hati diri mereka dan juga emosi. Orang jenis judging adalah lebih berdisiplin manakala jenis perceiving pula lebih fleksibel dan tidaklah begitu berdisiplin. Melalui soal selidik ini, saya mendapati mempunyai personiliti Introversion, Sensing, Thinking, Judging ( ISTJ).
Pada pendapat saya, test ini amatlah tepat kerana seperti yang dijelaskan dalam personality ISTJ, saya memang seorang yang pendiam dan lebih mementingkan keharmonian dan keamanan hidup. Saya juga seorang yang akan mengambil tanggungjawab saya dengan sempurna. Selain itu, saya juga berfikiran logik dan berorganasi. Jika saya diberi sesuatu tugasan, saya akan merancang dengan teliti dan melaksanakannya dengan sedaya upaya saya untuk menyempurnakannya. Selain itu, saya juga seorang yang agak patuh dan taat dengan tradisi-tradisi dan peraturan. Dalam perkataan yang lain, kehidupan saya agak membosankan kerana saya tidak akan melawan peraturan yang sedia ada.
Selepas itu, kami juga dikehendaki menjawab soal selidik yang berkaitan dengan Big Five Theory. Antara big five theory juga dikenali sebagai OCEAN termasuklah openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan neuroticism. Orang yang openness adalah orang yang suka belajar benda baru dan sentias bersedia untuk belajar dari pengalamannya . Orang yang mempunyai conscientiousness adalah seorang yang memang mempunyai kebolehan dan boleh dipercayai. Orang yang extravert pula adalah orang yang mesra, banyak bercakap dan assertif. Orang yang mempunyai agreeableness yang tinggi amatlah berbelas kasihan dan boleh bekerjasama dengan orang lain. Biasanya, neuroticism merujuk kepada kestabilan emosi dan keupayaan seseorang itu menghadapi tekanan dan dugaan yang dihadapi dalam kehidupannya. Saya telah mendapat markah tertinggi dalam ketegori agreeableness. Saya mengaku bahawa saya memang mudah berbelas kasihan terhadap ornag lain. Saya turut suka berkawan dan bergaul dengan kawan-kawan saya. Saya juga percaya bahawa semua manusia bersifat baik sejak dilahir.
Kesimpulannya, daripada kuliah ini, saya telah lebih memahami personaliti diri saya sendiri melalui soal selidik MBTI dan soal selidik Big Five Theory. Melalui soal-soal selidik ini, saya dapat mengetahui kelemahan saya dengan lebih jelas supaya saya boleh cuba untuk mengubah menjadi lebih baik. Tambahan pula, saya akan menghargai kekuatan dan kemahiran saya yang terdapat dalam jati diri sendiri saya. Melalui kuliah-kuliah yang dihadiri sepangjang kursus ini saya telah berlajar banyak perkara mengenai pengurusan emosi dan akan saya berazam untuk cuba sedaya upaya mengaplikasikannya dalam kehidupan saya supaya saya akan menjadi seorang yang bersifat baik dan beremosi positif.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment