Saturday, August 27, 2011

A131273 Nurul Sakinah Binti Anuar LJ05 Personality

                Assalamualikum dan salam sejahtera Dr. Zamri dan rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah, ini telah pun masuk entri jurnal saya yang kelima. Masa sungguh cepat berlalu. Pada kuliah 24 Ogos 2011 yang lalu, sesi pembelajaran tidak seperti biasa. Ia telah diganti dengan sesi yang lebih menarik dan melibatkan interkasi antara pelajar dan pensyarah. Kami dikehendaki membaca slide tentang Psychoanalytic Theory. Kami juga diminta melihat sebuah video tentang personality type dan juga membuat ujian personality masing-masing yang telah disediakan iaitu soalselidik MBTI dan juga soalselidik Teori Besar Lima( Big Five Theory).. Kemudian, kami diminta membincangkan tentang jenis personality kami.

                Kuliah yang berkisar tentang Psychoanalytic Theory ini dinyatkan bahawa emosi boleh dibahagikan kepada tiga komponen iaitu perasaan, perubahan tubuh, dan kecenderungan tindakan. Manusia berbeza dari segi emosi yang diekspresi walaupun dalam situasi yang sama. Jadi, emosi dan personality berguna dari segi membezakan individu. Kami telah didedahkan dengan Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) iaitu satu personality-assessment instrument yang digunakan paling meluas sekali. Seseorang diklasifikasi sebagai extroverted or introverted ( E or I), sensing or intuitive (S or N), thinking or feeling (T or F), and judging or perceiving (J or P). Extrovert menggambarkan seorang yang social, assertive dan outgoing manakala introvert adalah seorang yang senyap dan pemalu. Sensitive adalah orang yang praktikal dan focus pada satu-satu kerja. Intuitives adalah orang yang bergantung pada proses yang begitu sahaja dan melihat pada gambaran yang lebih besar. Thinking adalah orang yang menggunakan logic akal untuk membuat keputusan manakala feeling adalah orang yang menggunakan perasaan dan emosi untuk membuat keputusan. Judging types adalah orang yang suka mengawal dan mahukan semuanya teratur manakala perceiving types lebih spontan.

                Dalam The Big-Five Model pula, kami dapat mengetahui bahawa terdapat lima komponen iaitu extroversion, agreeableness, conscientiousness, emotional stability, dan openness to experience. Extroversion adalah tahap keselesaan seseorang dalam sesebuah hubungan. Agreeableness pula adalah pandangan dan persetujuan seseorang dengan pendapat orang lain. Conscientiousness  adalah tahap kebergantungan seseorang. Emotional stability merujuk kepada tahap kesabaran seseorang dalam menghadapi stress. Openness to experience pula adalah linkungan seseorang individu dalam minat dan keterbukaan terhadap sesuatu yang baru dihadapi. Apabila melihat sesuatu gambar, tidak semua orang akan berfikiran sama. Ada yang merasakan ianya lucu, ada pula yang merasakan gambar itu bosan dan bermacam-macam lagi. Semua orang mempunyai pandangan dan fikiran berbeza. Ini yang menentukan personality seseorang individu itu. Gaya hidup, emosi dan personality amat berkait rapat. Jika salah satu diubah, maka yang lain juga akan turut berubah.

                Terdapat dua jenis personality iaitu Type A or Type B. Bagi orang yang berpersonaliti jenis A, mereka ini kebiasaanya makan cepat, bangun awal, sering terburu-buru, tidak sabar, teratur, seorang yang mahu semuanya sempurna, sering melihat jam. Mereka juga selalu pandu kereta dengan laju dan tidak sabar, tetapi mereka ini suka bersaing. Untuk orang yang mempunyai personality Type B pula, mereka ini selalu membuat aktiviti yang menenangkan, pandu pada kelajuan yang ditetapkan, senang bergaul dan makan perlahan. Mereka ini seorang yang sabar, tidak tergesa-gesa dan tidak risau, cakap perlahan, relax dan tenang. Mereka ini informal dan mereka tidak berbeza dari segi motivasi mereka, sama sahaja dengan type A personality, tetapi mereka dapat juga mancapai gol mereka dengan cara mereka tersendiri yang lebih tenang. Orang yang berpersonaliti type A lebih cenderung untuk emndapat penyakit yang berkaitan dengan jantung berbanding type B personalty. Type A selalu stress. Mereka perlu lebih relax dan tenang dalam menempuh hidup ini. Ini bagi mengelakkan komplikasi pada masa akan datang. Jadi, daripada video ini, saya yakin bahawa saya adalah type B. Nama saya sendiri sudah melambangkan diri saya iaitu Sakinah yang membawa maksud ketenangan. Saya sering dikatakan makan lambat dan ini terbukti apabila saya menjadi orang yang terakhir menghabiskan makanan apabila makan bersama rakan-rakan. Saya juga selalu tenang dalam membuat keputusan dan juga dalam menghadapi apa-apa dugaan. Jadi saya yakin saya adalah type B personality.

                Setelah mencuba Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) Cognitive Style Inventory, saya mendapati bahawa saya mempunyai karaktor 'extraverted' (E), iaitu saya sering terdedah dan dimotivasi oleh orang dan perkara sekeliling. Saya juga suka bergaul dengan orang ramai, cuma saya rasa saya akan befikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Karaktor yang kedua pula, saya adalah 'sensing' (S). Fikiran saya adalah berdasarkan yang kini. Saya melihat pada peluang yang ada sekarang. Saya mahukan maklumat yang jelas dan terang nyata, bukan yang samar-samar dan tidak jelas maksudnya. Yang ketiga, saya mempunyai 'feeling' (F) characteristic. Saya selalu melibatkan perasaan dalam membuat keputusan. Saya sensitive pada keperluan dan pandangan orang lain juga. Akhir sekali, saya adalah seorang yang mempunyai 'judging characteristics' (J). Saya sering merancang dan berfikir dahulu sebelum bertindak. Saya suka menyiapkan kerja secepat mungkin selagi ada masa terluang. Saya akan sedaya-upaya mengelakkan stress dan menyipkan kerja lama sebelum tarikh yang telah ditetapkan. Jadi, saya mempunyai gabungan ESFJ. Untuk ESFJ, kualiti utamanya ialah aktif dan sangat prihatin terhadap orang lain dan mempunyai keinginan untuk membawa keharmonian dalam sesebuah hubungan. ESFJ membawa aura 'warmth' dalam semua yang dilakukan, dan secara semulajadi akan membantu orang lain, untuk mendapat hidup yang lebih teratur dan mudah menyiapkan sesuatu kerja. ESFJ serius dalam melakukan tugasan dan yakin bahawa orang di sekelilingnya juga begitu.

                Dalam Big Five Personality Test pula, kami telah mengambil ujian berkaitan personality ini dengan menjawab tahap setuju dalam satu-satu soalan. Saya telah mendapat markah tertinggi dalam section D yang membawa maksud 'agreeableness'. Kemudian saya mendapat markah yang sama bagi section A dan section B iaitu openness dan conscientiousness. Yang keempat tertinggi adalah dalam section C iaitu extraversion dan yang terakhir sekali, saya mendapat markah terendah dalam section E iaitu neuroticism (emotional instability). Setelah melihat keputusan saya, saya berasa ada kebenarannya juga. Berdasarkan ujian personality ini, saya  dikatakan sebagai seorang yang 'agreeableness'. Ini bermaksud saya senang bekerjasama dengan orang dan dapat bertolak ansur, tidak menolak dan curiga terhadap orang lain. Saya senang bergaul dengan orang, seorang yang suka berkawan, peramah, baik hati, rajin menolong dan sanggup bertolak ansur dan berkongsi minat bersama orang lain. Saya juga seorang yang optimistic dalam pandangan hidup ini. Saya percaya bahawa semua orang sebenarnya jujur dan boleh dipercayai. Ini memang benar. Saya tidak suka bersangka buruk terhadap orang lain. Hal ini baik tetapi saya perlu berjaga-jaga kerana kemungkinan ditipu dan dipermainkan oleh orang yang tidak dikenali. Ibu saya juga suka meminta saya untuk membantu kerja-kerja di rumah dan saya tidak berasa berat hati melakukannya, malah saya suka. Jadi saya berpendapat bahawa ujian personality ini mempunyai kebenarannya.

 

 

 

No comments:

Post a Comment