Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ini adalah jurnal keempat saya dalam kursus Pengurusan Emosi zt2253. Kuliah telah diadakan pada 17 Ogos 2011 pada jam 2.30 petang bertempat di Dewan Kuliah 1. Kelewatan Dr. Zamri adalah disebabkan kesesakan lalu lintas kerana mengikut tarikh, hari ini adalah Hari Nuzul Al-Quran, dimana beberapa negeri telah diberi cuti dan ramai orang keluar untuk membeli-belah bagi persiapan Hari Raya yang akan datang. Malangnya Kuala Lumpur tidak diberi cuti, oleh itu kelas tetap diadakan seperti biasa.
Sementara menunggu kedatangan Dr.Zamri, seorang pelajar telah menyampaikan maklumat mengenai tugasan kedua di dalam kursus ini. Tugasan kedua adalah tugasan berkumpulan dan mengikut kumpulan yang sedia ada iaitu seramai sepuluh orang bagi setiap kumpulan. Setelah kedatangn Dr.Zamri, beliau telah mengambil masa selama 1 jam untuk menerangkan tugasan ini dengan lebih jelas kepada pelajar-pelajar. Beliau juga telah memberi beberapa contoh tajuk untuk tugasan berkumpulan ini. Setelah itu, kuliah diteruskan pada jam 3.30 petang.
Kuliah yang pertama bertajuk emosi dan motivasi. Objektif kuliah ini adalah untuk memahami apa itu emosi dan perhubungan di antara emosi dan motivasi. Terdapat 2 jenis emosi, emosi positif dan emosi negative, emosi tidak pernah dikategorikan sebagai neutral. Manakala motivasi pula adalah kelakuan secara terus dan bertenaga. Emosi terdiri daripada empat komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan. Menurut Baron dan Logan, 1993, emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi manakala menurut Lang et al, 1992, emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Sebagai contoh, motif pembunuhan adalah mendapat duit dan juga disebabkan kebencian (emosi) dan cinta akan memotivasikan seseorang untuk terlibat dalam tingkahlaku tertentu seperti menghantar pesanan pendek (meseg), menelefon, memberi hadiah dan juga mendirikan rumahtangga. Walaubagaimana pun, tidak semua keadaan, emosi menjadi pendorong (motivator) dan tidak semua pendorong (motivator) berasaskan kepada emosi seperti kuat belajar dan makan. Emosi adalah sebagai tindakbalas adaptif kepada situasi pesekitaran dan menyebabkan komunikasi dengan yang lain. Emosi menyuruh kita bergerak, membuat sesuatu dan penyesuaian. Menurut Bickhard, 1997, 'motivation is the aspect of selection of processes'. Oleh itu, motivasi boleh membezakan seseorang dengan perlakuan yang dilakukan. Terdapat tiga konsep utama motivasi iaitu motivasi, pendorong dan insentif. Motivasi adalah kelakuan seseorag disebabkan factor luaran dan dalaman. Pendorong adalah keadaan dalaman atau impulse yang mengaktifkan kelakuan untuk mengurangkan keperluan dan mengembalikan keseimbangan. Insentif pula matlamat luaran yang 'menarik' dan 'menolak' sesuatu kelakuan. Konsep-konsep lain adalah seperti 'instinct', 'arousal', dan 'humanistic theory'. 'Instinct' atau gerak hati tidak boleh dipelajari, ia adalah corak perlakuan untuk tindakbalas atau reaksi bagi sesuatu jenis keadaan seperti pembinaan sarang. 'Arousal' pula adalah keadaan fisiologikal dan psikologi. Terakhir sekali adalah teori manusia atau 'humanistic theory'. Abraham Maslow telah mencadangkan motif terbahagi kepada beberapa peringkat bermula dari keperluan asas kepada psikologi dan kehendak. Kesimpulan kuliah ini adalah emosi lebih kepada kehendak manakala motivasi lebih kepada perlakuan.
Setelah itu, Dr.Zamri telah menunjukkan sebuah video klip nyanyian Halim Yazid, seorang pensyarah Universiti Malaya. Video klip ini bertajuk bangkit asal. Video ini hanya menunjukkan beliau bernyanyi, apa yang menarik adalah lirik lagu tersebut. Liriknya adalah mengenai susah payah kehidupan yang dilalui oleh beliau, betapa payahnya seorang anak kampung yang berasal dari Kelantan ini berusaha untuk melanjutkan pelajaran hingga berjaya memasuki university tempatan di Kuala Lumpur. Usaha kedua ibu bapanya yang bekerja supaya beliau dapat melanjutkan pelajaran. Kesedihan adik-adiknya apabila ditinggalkan oleh beliau.
Setelah itu kuliah kedua diteruskan yang bertajuk teori-teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik. Kebanyakan teori terhadap pengalaman emosi menunjukkan beberapa komponen iaitu, perasaan subjektif, kognitif, kemahuan fisiologi, perlakuan tingkahlaku dan kecerungan motivasi. Walau bagaimanapun, teori-teori ini berbeza dengan teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik.
Teori fisiologikal adalah teori yang menekankan bahawa emosi berasaskan pemikiran (brain) dan system saraf (nervous system). Terdapat 3 teori yang membincangkan teori fisiologikal iaitu Teori James-Lang, Teori Cannon-Bard dan Teori Psychobiological. Teori James-Lang adalah teori tertua yang membincangkan mengenai emosi. Teori ini dicipta oleh William James pada tahun 1884. Teori ini juga disokong oleh Carl Lange pada tahun 1887. Oleh itu, teori ini dipanggil sebagai teori James-Lange. Hipotesis teori ini mengatakan reaksi fisiologi menyebabkan emosi. Sebagai contoh, jika seseorang itu melihat seekor ular, secara semulajadi, jantung akan berdegup dengan laju dan merasa takut. Walau bagaimanapun, Teori Cannon-Bard bertentangan dengan Teori James-Lange. Walter Cannon mengatakan bahawa system organ yang menyebabkan tindakbalas emosi dan disusuli oleh tindakbalas fisiologi. Sebagai contoh, jika seseorang itu, takut kepada ketinggian dan berada di dalam sebuah kapal terbang, mereka akan berasa takut. Teori Psychobiological dicipta oleh Jack Panksepp (1982,1992). Beliau mengatakan bahawa emosi berasaskan kepada 4 perkara iaitu takut, berang, panic dan pengharapan. Keempat-empat komponen emosi ini berinteraksi untuk menghasilkan emosi. Teori ini telah dikritik dengan beberapa persoalan. Magda Arnold (1960) mempersoalkan lokasi tertentu bagi setiap asas emosi.
Teori kognitif pula terbahagi kepada empat bahagian; 'Schachter's Cognitive Labeling', 'Misattribution', 'Transfer of excitation' dan 'Cognitive Appraisal'. 'Schacter's Cognitive Labeling ' teori menentukan bagaimana sesuatu emosi terjadi. 'Misattribution' adalah kerana kebanyakan orang salah faham bagaimana emosi terjadi disebabkan sebab yang salah. 'Transfer of excitation' adalah bagaimana keterujaan dari suatu sumber berpindah kepada sumber yang lain. Teori 'Cognitive appraisal' pula mengatakan bahawa proses pemikiran yang menyebabkan tindak balas emosi dan perlakuan. Tindakbalas emosi dan perlakuan berlaku seiring dengan keadaan emosi yang dialami.
Teori psikoanalitik mengandaikan bahawa emosi terjadi disebabkan keadaan yang dialami pada masa itu juga. Teori ini tidak disetujui oleh Sigmund Freud kerana menurut beliau emosi terjadi disebabkan proses diluar sedar (unconscious). Apa yang dimaksudkan luar sedar (unconscious) adalah emosi, motif, memori lepas mempengaruhi perlakuan seseorang. Kebanyakan pengalaman semasa kanak-kanak adalah secara tidak sedar. Ketidaksedaran (unconscious) adalah satu sumber yang sangat kuat bagi emosi dan motivasi. Penekanan teori ini adalah kepada emosi-emosi negative terutamanya bimbang dan marah. Bimbang dan marah disebabkan berlakunya konflik di paras tidak sedar (unconscious). Contohnya, kita mungkin tiba-tiba rasa bimbang dan marah tanpa sebab.
Teori-teori ini dapat dilihat dengan lebih jelas melalui perbandingan teori. Teori James-Lange mengatakan bahawa pengalaman emosi bergantung sepenuhnya kepada tindakbalas daripada system saraf 'autonomic' dan 'somatic'. Teori Cannon-Bard pula mengatakan bahawa pengalaman emosi bergantung sepenuhnya kepada signal 'autonomic' dan 'somatic'. Kedua-dua teori adalah teori yang kukuh dan menurut pandangan pada masa kini, anggapan dan tindakbalas fisiologi boleh mempengaruhi perasaan seseorang itu.
Bagi pendapat saya pula, emosi terjadi sebelum tindakbalas fisiologi. Sebagai contoh, jika saya terjatuh kedalam laut pada masa yang sama, saya tidak tahu berenang, informasi bahawa saya tidak tahu berenang menyebabkan saya berasa takut akan lemas dan akan menyebabkan tindakbalas fisiologi iaitu terkapai-kapai di permukaan air supaya saya tidak lemas. Sampai sini sahaja jurnal keempat saya.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment