Salam sejahtera kepada semua. Di sinilah bermulanya jurnal pembelajaran keempat saya bagi ZT2253, Pengurusan Emosi. Dalam jurnal yang lepas, saya telah berkongsi serba sedikit tentang emosi negatif dan impaknya terhadap kehidupan kita. Walapun penulisan jurnal kali ini agak berbeza, namun ia masih berpaksikan emosi manusia. Dalam jurnal ini, saya ingin menerangkan hubungan berkaitan emosi manusia dan bagaimana emosi seseorang itu memotivasikan dirinya dan menghasilkan seorang insan yang lebih baik. Sebelum saya menceritakan kandungan kuliah pada hari tersebut, saya ingin berkongsi tentang video yang ditayangkan pada kuliah yang lepas oleh Dr. Zamri. Ia berkaitan dengan kesusahan dalam hidup seorang pensyarah Universiti Malaya suatu ketika ketika zaman mudanya yang diabadikan didalam sebuah lagu yang digubahnya sendiri. Pada mulanya, saya mengalami kesusahan untuk memahaminya kerana bahasa yang digunakan adalah loghat Kelantan namun,terdapat sarikata yang disediakan telah memudahkan saya memahaminya. Cerita kehidupan pensyarah tersebut amat mengharukan. Kegigihan beliau untuk mencapai kejayaan sehanigga ke menara gading yang sangat perit telah menjadi unsur motivasi saya untuk teruskan usaha saya di dalam bidang perubatan. Video ini memang sesuai dijadikan pengenalan kuliah hari tersebut yang bertajuk "Emosi dan Motivasi".
Kuliah pada hari itu, bermula dengan definisi emosi. Emosi merupakan nada yang efektif dalam bentuk positif ataupun negatif, dan ia tidak akan bersifat neutral. Terdapat empat componen dalam emosi manusia. Antaranya termasuk perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku yang berkaitan. Oleh sebab itu, emosi merangkumi makna yang luas sekiranya dibandingkan dengan perasaan. Motivasi pula merupakan aspek tingkah laku yang didorong oleh emosi dalam proses mencapai sesuatu dalam kehidupan seseorang. Menurut Baron dan Logan, 1993 emosi tidak boleh dipisahkan dari motivasi. Selain itu, Lang et al, 1992 turut mengatakan emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Dengan erti kata lain, emosi berkait rapat dengan motivasi dalam pelbagai aspek. Sebagai contoh, perasaan cinta akan meyebabkan seseorang termotivasi untuk menjaga hubungannya dengan orang yang tersayang. Walau bagaimanapun, emosi dijadikan sebagai pendorong utama tidak boleh dilihat dalam setiap keadaan. Hal ini disebabkan semua tingkah laku yang berdasarkan emosi bergantung kepada diri seseorang dan berbeza dari individu ke individu yang lain.
Di samping itu, terdapat beberapa teori dan konsep yang menceritakan fungsi emosi. Dalam konsep pertama, ia mengatakan motivasi boleh didorong oleh faktor luaran iaitu Incentives dan faktor dalaman iaitu Drive. Faktor luaran yang dikatakan merangkumi faktor kewangan dan bukan kewangan yang mendorong kepada motif untuk sesuatu tindakan sebagai punca mencari alternative. Dalam faktor luaran, terdapat tiga komponen iaitu kewangan, moral, dan paksaan. Selain itu, teori motivasi sebenarnya berasaskan Humanistic theory iaitu hierarchy of needs. Dalam hieraki ini, kita dapat menonjolkan tahap keperluan manusia terhadap sumber asas kehidupan seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian. Selain itu, terdapat juga keperluan fisiologi dan kehendak seseorang individu yang merupakan komponen tertinggi dalam hieraki tersebut.Manakala faktor dalaman merupakan dorongan yang dihasilkan di dalam sistem badan manusia. Badan manusia akan cuba mengekalkan kestabilan sistem fisiologi dan keadaan sekitar dalam badan dan proses ini dikenali sebagai homeostasis. Misalnya, seseorang akan bertindak agresif atau mendiamkan diri sekiranya sistem badannya dalam keadaan yang tidak seimbang. Semua faktor dalaman berada dalam kawalan hypothalamus iaitu komponen yang penting dalam otak manusia.
Seterusnya, doktor memulakan perbincangan berkenaan dengan teori fisiologi, kognitif dan psikoanalitik. Saya mulakan dengan teori emosi. Dalam teori ini, terdapat beberapa komponen iaitu subjective feelings, cognitive appraisal, phsycological arousal, motor expression dan motivation tendencies. Teori fisiologi sebenarnya dibahagikan kepada tiga jenis. Antaranya ialah James and Lange theory, Cannon Bard theory dan psychological approach. Menurut William James dan Carl Lange, emosi yang dirangsang merupakan hasil perubahan fisiologi. Sebagai contoh, apabila seorang pemuda terjumpa dengan seorang wanita yang cantik, perasaan suka akan terhasil dalam diri pemuda tersebut, dan seterusnya mendorong kepada tingkah lakunya yang cuba mendekati wanita itu. Namun demikian, teori tersebut ditolak oleh Walter Cannon dengan mengatakan organ manusia merangsang emosi dengan menggunakan masa yang lama sedangkan emosi itu datang sejurus selepas rangsangan. Beliau bersependapat dengan Common Sense Theory bahawa emosi manusia datang sejurus selepas rangsangan dan diikuti dengan perubahan fizikal. Dalam Psycobiological Theory pula, pengasas meletakkan 4 emosi utama yang terdiri daripada Fear, Rage, Expentancy dan Panic. Kempat-empat emosi tersebut bergabung demi menghasilkan emosi yang berlainan yang ditunjukkan oleh setiap manusia.
Pada kuliah hari tersebut, kami turut mempelajari tentang teori kognitif yang dibahagikan kepada Schacter Cognitif Theory, Misattribution, Transfer of Excitation dan Cognitif Appraisal. Cognitive appraisal adalah mengenai langkah-langkah mengatasi tekanan dengan pemikiran punca yang berkait rapat dengan emosi. Selepas itu, tingkah laku kita akan dipengaruhi melalui teori action impulse. Sebagai contoh, apabila seseorang berdepan dengan perompak, individu tersebut akan berfikir tentang cara untuk melawan mereka untuk mengelakkan kecederaan(cognitive appraisals) dan diteruskan dengan tindakan berlawan demi melindungi diri sendiri (action impulses). Secara ringkasnya, Misattribution boleh dikenali sebagai sikap salah faham dalam budaya kita. Ramai anggota masyarakat kini mempunyai sikap berburuk sangka terhadap sesuatu peristiwa yang tidak pasti. Sikap buruk sangka ini kadang kala turut melibatkan orang yang tersayang seperti ahli keluarga sendiri. Hal ini akan membawa implikasi yang negatif terhadap masyarakat kita kerana masyarakat akan mudah bertelagah sesama sendiri akibat pemikiran negatif ini. Misalnya, ahli keluarga yang sering berperang mulut dan bermasam muka sesama sendiri tanpa sebab yang munasabah Sebagai contoh Ahli keluarga berperang mulut dan bermasam muka sesame sendiri tanpa alasan yang munasabah dan kepastian hanya akan mendorong kepada kemusnahan institut keluarga tersebut. Sebagai pengajaran, kita haruslah mencari kepastian terlebih dahulu terhadap setiap konflik atau pertuduhan demi mencari cara penyelesaian yang sesuai tanpa meletakkan pertuduhan yang buruk terhadap seseorang.
Secara ringkasnya, selepas kuliah ini, sekali lagi saya telah mendapat pengetahuan tambahan yang baru. Ilmu yang berharga ini sememangnya tidak boleh diperolehi daripada buku teks perubatan. Saya berharap semua yang dipelajari dalam kuliah ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya. Hal ini disebabkan pengurusan emosi yang efektif merupakan salah satu aspek yang penting dalam etika seorang doktor yang cemerlang. Sehubungan dengan itu, saya berharap saya akan dapat menguruskan emosi saya dengan baik mulai sekarang sebagai seorang pelajar perubatan. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment