Friday, August 19, 2011

A131533 Chua Zi Yuan LJ04



Chua Zi Yuan      A131533      Emosi dan Motivasi

 

            Selamat sejahtera kepada Dr Zamri. Jurnal ini ialah jurnal yang keempat saya tulis untuk ZT pada 17 Ogos 2011. Saya mula berasa bahawa semakin banyak jurnal saya tulis, semakinlah riang hati saya kerana menulis jurnal ini sama seperti menulis dairi harian di mana sejarah kehidupan sendiri dapat dicatatkan dan tidak akan luput daripada ingatan kita. Jurnal ini juga akan membolehkan ilmu pengetahuan yang saya peroleh dalam kuliah kekal dalam minda saya.

 

            Tajuk kuliah pada hari ini ialah Emosi dan Motivasi dan dibahagikan kepada dua komponen iaitu pengalaman emosi dan hubungannya dengan motivasi. Pengalaman emosi ialah perasaan seperti gembira, sedih, marah, malu dan sebagainya yang pernah kita alami pada masa lalu yang mencorak kehiduapan harian kita, membentuk sifat dan personaliti manusia serta menentukan arah hidup kita. Teori-teori (Exp&Emo) bersetuju bahawa terdapatnya beberapa komponen untuk pengalaman emosi iaitu perasaan subjektif, proses kognitif, perubahan fisiologi, perubahan bahasa badan dan juga untuk tujuan bermotivasi. Namun terdapat perbezaan dalam teori-teori tersebut iaitu dari segi kepentingan dalam pelbagai komponen emosi dan susunan penonjolan emosi dalam seseorang ketika sesuatu kejadian. Selain itu, teori-teori tersebut juga berbeza dari segi asas fisiologi (physiological theory), peranan kognitif (cognitive theory), dan juga peranan  psychoanalytic theory.

 

            Menurut pakar-pakar teori dalam physiological theory, emosi ialah sesuatu hasil daripada otak dan system saraf manusia dan emosi merupakan tindak balas kita terhadap stimuli-stimuli yang dating daripada alam sekeliling. Teori ini disokong oleh James-Lang theory, Cannon-Bard theory, dan psychobiological theory. James-Lang theory merupakan teori fisiologi yang paling lama yang dicipta oleh William James pada tahun 1884 dan disokong oleh Carl Lange pada tahun 1887. Persoalan utama dalam teori-teori ini ialah emosi seseorang berasal daripada perubahan fisiologi dan tindak balas badan kita terhadap stimuli luar. Saya amat bersetuju dengan persoalan ini kerana saya pernah mengalaminya. Contohnya, apabila saya ternampak seekor cicak yang menjijikkan cuba memutuskan ekornya untuk pertahanannya, saya akan menjadi takut (emosi), saya akan menjauhkan diri daripada cicak tersebut dan cuba menjerit untuk pertolongan. Canon-Bard pula mengatakan bahawa organ-organ yang menghasil tindak balas badan kita sebenarnya bertindak secara perlahan terhadap sebarang stimuli tetapi emosi berlaku dengan cepat selepas adanya sesuatu stimuli. Reaksi fisiologi pula tidak menyebabkan tindak balas emosi kerana ia berlaku dengan begitu perlahan. Maksudnya ialah, sesuatu rangsangan akan menyebabkan belakunya emosi terlebih dahulu sebelum adanya reaksi fizikal. Menurut teori ini, jantung dan perut manusia tidak dapat menghasilkan emosi yang pelbagai. Maksudnya ialah kita tidak dapat meneka emosi seseorang melalui degupan jantung, darah tinggi dan fungsi system penghadamannya. Saya berasa selama ini saya mempunyai konsep yang salah kerana pada pendapat saya, dengupan jantung yang pantas dan kuat menunjukkan seseorang itu takut dan bimbang. Selepas kuliah ini, barulah saya faham bahawa hal yang sama ini juga boleh berlaku pada seseorang yang gembira terutamanya bagi mereka yang baru mendapat berita baik. Saya berasa terkejut apabila diajar bahawa seseorang yang kehilangan system saraf juga mempunyai emosi.

 

            Seterusnya ialah Psychobiological Theory yang dicipta oleh Jack Panksepp pada tahun 1982 dan 1992. Menurut beliau, asas-asas emosi bergantung kepada system saraf yang spesifik dan empat emosi utama iaitu takut, marah, panik serta pengharapan berasal daripada system kawalan yang tertentu di otak dan kempat-empat emosi ini akan bertindak bersama untuk menghasilkan emosi seseorang. Apa yang menarik hati saya dalam teori ini ialah terdapat hormone-hormon yang berlainan bagi setiap emosi. Sebagai contohnya, dopamine berkaitan dengan pengharapan seseorang manakala acetylcholine pula berkaitan dengan emosi marah. Selain itu, Panksepp juga telah mengenalpasti emosi asas dengan menggunakan struktur limbic system iaitu system-sistem seperti "seeking", "rage", "fear", "lust", "care", "panic", dan "play". Teori yang seterusnya ialah teori kognitif yang mengatakan bahawa proses kognitif memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan emosi. Schachter's cognitive labelling pula mengatakan bahawa setiap orang membuat analisa mengenai tindak balas fisiologi mengikut pengalaman masa lalu. Teori Schachter meliputi situasi+reaksi tubuh+emosi+penilaian kognitif. Sesuatu pengalaman emosi yang pernah kita alami akan membuat kita menlabelkannya sebagai sesuatu emosi tertentu. Sebagai contohnya, hasil penilaian kognitif bagi seseorang yang pernah terserempak dengan perompak, dia akan menlabelkan kejadian itu sebagai takut dan bukannya gembira. Kami juga diperkenalkan konsep misattribution yang membawa maksud tanggapan yang salah terhadap sesuatu perkara. Walaupun  Schachter's cognitive labelling membolehkan kita menlabelkan bagaimana emosi kita terhadap sesuatu tetapi misattribution kadang-kadang akan berlaku. Oleh itu, kita tidak boleh sentiasa menilai sesuatu dengan pandangan masing-masing.

            Emosi mempunyai empat komponen utama iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi, dan tingkah laku yang berkaitan. Oleh itu, emosi bukan sekadar perasaan sahaja malah lebih luas makna sebenarnya. Menurut Baron & Logan pada tahun 1993, emosi juga tidak dapat dipisahkan daripada motivasi. Menurut Lang et. al pula, emosi boleh dijadikan sebagai motivasi kepadda tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Hal ini dapat kita lihat dalam contoh begini, perasaan cinta akan mendorong seseorang untuk menghantar sms, menelefon, member hadiah kepada orang yang disayanginya. Namun, bukan semua situasi emosi menjadi sebagai pendorong dan bukan juga semua pendorong itu berasaskan kepada emosi. Contohnya, apabila saya takut gagal dalam peperiksaan, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang baik. Perasaan takut inilah yang memotivasikan saya untuk belajar. Dalam Two-Factor Theory ialah kombinasi James-Lang Theory dan Cannon's Bard Theory, merangkumi emosi dari aspek stimuli, perubahan fisiologi, perubahan proses kognitif hasil daripada pengalaman masa dahulu dan emosi yang kita peka. Emosi ialah sesuatu rangsangan yang melibatkan perubahan dari segi muka, badan, aktiviti otak, proses kognitif, perasaan subjektif dan kecenderungan kepada tindakan dan kesemua ini dipengaruhi oleh budaya seseorang. Emosi merupakan adaptasi tindak balas badan kita dan juga merupakan sebuah "mulut yang senyap" kerana ia membantu kita menyampaikan mesej kepada orang lain tanpa mengeluarkan suara.

           

Motivasi pula bermaksud dorongan yang bersifat sebagai daya tolakan dan memberi semangat kepada kita dalam menjalani kehidupan harian. Menurut Bickhard pada tahun 1997, motivasi merupakan suatu aspek proses pilihan. Dengan adanya motivasi, kita akan mengharapkan sesuatu yang mampu kita capai. Motivasi menjadikan seseorang berubah sikap dan tingkahlaku pada masa tertentu. Teori seperti "drive" menjelaskan bahawa situasi dalaman dan rangsangan akan membuat seseorang mengawal tingkahlakunya untuk mengurangkan sesuatu keperluan dan membaikpulih homeostasis. Teori "incentive" pula menjelaskan bahawa cita-cita akan mempengaruhi tingkahlaku dalam aspek yang baik.

 

            Sesungguhnya, emosi dan motivasi akan mempengaruhi sikap, tingkahlaku, pertuturan kata dan tindak balas setiap individu dalam menempuh kehidupan harian. Emosi akan mewarnakan setiap saat dan waktu kehidupan kita manakala motivasi memberi kita semangat untuk hidup. Tanpa kedua-dua elemen ini, saya percaya bahawa dunia setiap orang akan menjadi malap dan tidak berseri.

 

            Sekian, terima kasih.

 

No comments:

Post a Comment