Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada rakan rakan dan terutamanya kepada pensyarah Kursus Pengurusan Emosi, Dr. Zamri. Ini merupakan jurnal pembelajaran yang ke empat sepanjang saya mengikuti kursus. Setakat ini, banyak yang saya pelajari mengenai emosi setelah mengikuti kuliah- kuliah mengenainya. Seperti yang diketahui ramai ,emosi boleh di bahagikan kepada dua , iaitu, negatif dan positif. Emosi yang positif seperti gembira, bahagia dan sebagainya boleh menjadikan dunia seseorang itu berwarna warni. Seperti contoh, seorang bakal pengantin sudah semestinya gembira menanti hari bahagia iaitu hari perkahwinnya akan dilihat sebagai seorang yang berseri seri serta senyumannya tak lekang di bibir. Manakala emosi yang negatif seperti malu, sedih,marah akan menjadikan dunia seseorang itu gelap gelita. Seperti contoh, jika seseorang itu telah kehilangan seseorang,yakni suaminya iaitu tempatnya bergantung hidup, ini akan menjadikan dirinya seperti hilang arah dan mungkin akan meletakkannya di dalam situasi tertekan. Apabila seseorang itu tertekan, seterusnya ia akan menjejaskan kesihatan badan seterusnya mungkin akan menjadikan seseorang itu lemah. Secara konklusi , emosi -emosi ini memainkan peranan yang penting dalam sistem badan serta psikologi.
Sebelum saya meneruskan dengan penulisan jurnal pembelajaran saya, pada pertengahan kuliah , Dr. Zamri telah menunjukkan satu klip video dikir barat Halim Yazid, bercerita mengenai kisah hidupnya pada suatu ketika dulu.
Ado satu ketika cikgu mintok 10 rial
dio kata sekolah kito nok gi melawat sambil belajar
Hummm...tak dok apo doh la cikgu wei.., saya tok leh bayar
Orghe lain gi belako, ambo sore jah tinggal
Hok ambo perit sengoti, kena gi sekolah alik pete
cikgu kata wajib mari, rumoh kuning ado latihan
Ambo la hok banyok sekali kena hungga keliling pade
kerana ambo tok leh nok beli seluar pendek kasut suke
Ooooooo....Malu nye wei, ambo kena paje
Oooooooo...Ni lah baru ambo royat ko orghe
Terimakasih lah cikgu-cikgu kerana sudi ajar saya
Dari darejah satu hinggo jadi manusio
Mintok halal segala ilmu hok cikgu bui selamo maso
Di tapok kaki guru ambo tunduk mintok reda
Alkisahlah ambo pulok tengoh dok kena gaji di universiti Malaya
Buku rujukan pun ambo takdok, paka harap ko salin nota
Beraso malu jugok masok majlis hok besar-besar
Baju ambo muroh telajok, 12 rial jah sehelai
Hari konvokesyen, hari untuk ayoh bonda
Penat jerih seribu musim, harap mek ayoh beraso banggo
Tahniah dari sain-sain, ambo terima banyok bunga
Ambolah orghe panggil Halin anok kapong kito hok paling berjaya
lagu ini memberikan dan menggambarkan banyak emosi, iaitu malu, sedih serta gembira pada akhirnya. Ini merupakan salah satu lagu yang terbaik yang mungkin boleh mendorong seseorang itu berjaya walaupun terdapat banyak kekangan iaitu kemiskinan, kepayahan hidup serta tertekan dengan sanak saudara yang tidak memahami kesengsaraan hidupnya sehingga dicemuh, diumpat oleh masyarakat sekeliling walaupun sedarah sedaging.
Kuliah yang ke empat bertarikh 17 ogos 2011 pada kali ini adalah mengenai emosi dan motivasi. Emosi seperti yang diterangkan pada perenggan sebelum ini, dikategorikan sebagai positif atau negatif, manakala motivasi pula perkara perkara yang mendorong seseorang untuk bertindak atau berkelakuan atas sesuatu. Menurut Baron & Logan , menyatakan bahawa emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi. Seperti contoh dalam lagu Skycraper nyanyian Demi Lovato, :
You can take everything I have
You can break everything I am
Like I'm made of glass
Like I'm made of paper
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper, like a skyscraper
Kita dapat lihat disini bahawa emosi yang sedih akibat tidak dipedulikan oleh orang lain atau pun kecewa atas kegagalan dan kehilangan, menjadikan seseorang itu bangkit dan terus berdiri. Ini dapat dilihat bahawa emosi boleh dijadikan pendorong , tidak kira ke arah positif mahu pun negatif.
Namun tidak semua emosi boleh di jadikan pendorong dalam semua perkara dan tidak semua pendorong itu adalah emosi itu sendiri. Sebagai contoh, mengikut Teori James Lange, emosi diterbitkan setelah tindakan atau tingkah laku ditunjukkan. Seperti contoh di dalam nota kuliah Dr.Zamri , kita lihat apabila seorang itu terkejut apabila terlihat bayangan seorang lelaki, perubahan fisiologi dan ini mengakibatkan perubahan tingkah laku iaitu melarikan diri. Tingkah laku ini merupakan penyebab tercetusnya emosi negatif iaitu takut.
Menurut Teori Humanistik, Abraham Maslow mencadangkan bahawa motif dibahagikan kepada beberapa tahap dari asas survival perlu dengan keperluan psikologi dan memenuhi keperluan diri. Keperluan hidup manusia terbahagi kepada tiga iaitu keperluan asas, keperluan psikologi serta yang ke tiga keperluan self- fullfilment. Keperluan keperluan ini di susun mengikut piramid keperluan manusia, bermula dari keperluan fisiologi seperti makanan , rehat dan keperluan keselamatan diri. Kedua dua elemen ini merupakan keperluan asas. Manakala bagi keperluan psikologi, elemen kasih sayang dan perasaan untuk dimiliki serta elemen untuk perasaan puas hati dikategorikan dalam keperluan ini. Keperluan ke tiga iaitu keperluan self-fullfilment menekankan mengenai perasaan inigin berjaya mengikut potensi diri masing masing. Piramid ini memainkan banyak peranan sebagai pendorong ke atas sesuatu perkara. Hal ini keran sebagai contoh , jika Ahmad merasakan bahawa tiada orang yang menyayanginya, ini mendorong Ahmad untuk mencari seseorang untuk menyayanginya ; isteri.
Terdapat satu cetusan atau kebangkitan emosi dan ini akan mendorong kepada sesuatu tindakan. Seperi contoh, perasaan marah mungkin akan mendorong seseorang untuk memukul, menendang atau menyepak apa sahaja yang dapat di capai. Mengikut pengalaman saya sendiri, pernah berlaku kes seorang lelaki yang marah kepada seorang wanita sehingga hampir memukul wanita berkenaan. Namun lelaki tersebut segera beredar tetapi sempat menumbuk pintu yang berada di sebelahnya. Kita juga dapat lihat di dada akhbar sekarang tentang masalah pembuangan bayi. Hal ini kerana emosi bimbang dan takut dicela,di cemuh serta takut dimarahi oleh masyarakat serta ahli keluarga mendorong seseorang itu yang masih di bawah umur membuang bayi yang tidak berdosa. Ini merupakan contoh bagaimana seseorang itu melakukan sesuatu atas dorongan emosi. Namun bila dihat , hubungan antara emosi dan motivasi ini agak berbeza. Hal ini kerana emosi adalah berkaitan dengan perubahan fisiologi, manakala motivasi melibatkan perubahan tingkahlaku.
Memasuki bahagian kedua kuliah iaitu mengenai teori teori fisiologi, kognitif dan psikoanalitik (FKP ). Teori ini banyak menekankan mengenai pengalaman emosi dan berpendapat bahawa emosi mempunyai beberapa komponen iaitu ,
1.perasaan subjektif
2.kognitif penilaian
3.kebangkitan fisiologi
4.Ungkapan motor (pergerakan badan)
5.Kecenderungan motivasi (perlu bertindak atas dasar emosi)
Namun teori ini mempunyai perbezaan antara kepentingan antara komponen-komponen ini , turutan komponen – komponen ini , asas fisiologi, peranan asas kesedaran, dan juga peranan ketidaksedaran diri.terdapat beberapa teori yang akan dibincangkan dalam kuliah seterusnya.
Kesimpulannya, emosi memainkan banyak peranan dalam kehidupan sendiri. Emosi boleh memberikan kesan kepada seseorang itu, sama ada negatif ataupun positif, serta boleh dijadikan sebagai pendorong dalam mencapai sesuatu berdasarkan tingkahlaku atau tindakan yang terlibat.
No comments:
Post a Comment