Assalamuailaikum dan selamat sejahtera.Alhamdulillah kerana kini saya masih diberikan peluang untuk hidup dan juga menulis jurnal keempat saya ini.Berdasarkan kuliah yang telah dijalankan pada 17 Ogos yang lepas dengan tajuknya "Emosi dan Motivasi" bakal saya kupas ulasan ringkas yang saya dapat daripada kuliah ini.Sebelum meneruskan tentang kupasan tajuk ini izinkan saya mengulas mengenai tayangan video lagu versi Kelantan yang disiarkan pada penghujung kuliah daripada Halim Yazid iaitu " Bangkit Asal .Jika dilihat kepada lirik lagu ini kisahnya mudah saja iaitu melibatkan seorang anak muda yang hidup susah dan perlu menghadapi pelbagai dugaan hidup lebih-lebih lagi melibatkan masalah kewangan. Tetapi bagi sesiapa yang pernah merasai apa dan bagaimana hidup susah lirik lagu ini sangat bermakna.Melalui lagu ini dapatlah kita dapati bahawa beliau bersungguh-sungguh untuk belajar semata-mata untuk membuktikan kebolehan beliau dan juga untuk adik-adik dan keluarganya.Memetik kata-kata ringkas: "Jika ditanya kepadaku tentang alam remaja,nescaya aku akan berkata:'Tiada kehidupan yang lebih singkat daripada menerima ilmu yang luas"- Ibnu Sina Ilmuwan Islam Kata-kata ini tidak sukar untuk diertikan betapa berharganya masa seseorang untuk disia-siakan dengan perkara yang tidak membawa keuntungan sedikit pun.Kata-kata ini sudah cukup menggambarkan betapa pentingnya menuntut ilmu bermula dari awal kehidupan yang singkat,lebih-lebih lagi pada usia remaja yang penuh ranjau.Maksud ranjau disini ialah rintangan yang dihadapi oleh generasi kini yang dipenuhi dengan pengaruh-pengaruh yang sukar untuk dibezakan antara kebaikan atau sebaliknya.Disinilah letaknya peri penting emosi itu dalam membangunkan motivasi diri lantas memacu kesedaran diri kearah yang lebih baik. Seperti ulasan Baron & Logan, 1993, emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi Kesedaran perlu ada bagi setiap insan yang bernama remaja Muslim supaya tidak terjebak dengan pendekatan secular yang ingin melihat kehancuran Islam di dunia ini.Pembawa sekular yang jahat,menanam ideologi buruk dengan menghidangkan kesukaan remaja dan mengasingkan agama daripada kehidupan.Usul mereka,biar agama dengan bab agama,dan budaya dengan isi budaya-tidak boleh disamakan.Mereka juga menjadikan Islam ini sebagai agama keturunan,malah ibadat dianggap sebagai satu adat.Sehinggakan lama kelamaan ada yang menanggap beragama itu lambang kekolotan. Ini bertentangan sama sekali dengan roh Islam yang mahukan Islam sebagai jalan hidup.Tidak kira sama ada dalam bab agama, kerjaya,pelajaran,perkahwinan ,pergaulan,budaya,hiburan atau keseluruhan perjalanan hidup sebagai seseorang yang bergelar manusia,jiwa al-Quran dan Islam mesti diutamakan. Berdasarkan apa yang saya ingin kupas lebih lanjut berkenaan tajuk kuliah kali ini saya berminat untuk menambahkan sedikit maklumat daripada pembacaan saya daripada majalah Sinergi-Melahirkan Generasi Rabbani Profesional Edisi 5,tulisan daripada Ukhti Atifah Ahmad Yusof dengan tajuknya 'Proaktif Mengukir Prestasi'.Menurut beliau: "Proaktif.Inilah yang digembar-gemburkan oleh ahli motivasi Barat sebagai kunci kejayaan seseorang.Sedar atau tidak nilai ini telah lama diajarkan oleh Allah dalam Islam.Dalam hidup ini,ada satu hakikat harus kita sedari,bahawa Allah sangat menilai usaha awal kita dalam mengukir prestasi hidup." "Manusia yang proaktif,mereka mengambil semua kesempatan yang ada.Setiap ruang dan peluang dimanfaatkan untuk mengukir prestasi dirinya.Kerana pada orang sukses itu,hidup tanpa diiringi prestasi adalah sia-sia dan tidak berguna.Kerana itu mereka akan mengiringi tindakan mereka dengan usaha,kesungguhan dan niat yang benar.Bahkan mereka pula yang menjadi matahari yang memancarkan cahaya dan manfaat kepada orang lain." "Allah juga mengajarkan kita bahawa dia tidak tidak akan mengubah diri kita sehingga kitalah yang mengubah diri kita.Kita selalu mengeluh,kenapa masih belum ada prestasi baik dalam diri kita.Jelasnya,bukanlah Alllah tidak mampu untuk mengubah diri kita,tetapi Allah terlebih dahulu benci pada orang yang tidak mahu mengubah dirinya. Selain itu,Ukhti Atifah Ahmad Yusof turut menjelaskan bahawa terdapat dua jenis manusia yang hidup iaitu orang sukses yang aktif atau disebut sebagai 'aktivionis' dan orang kedua adalah orang yang biasa-biasa,dan pasif,disebut sebagai 'pasivionis'.'Aktivionis' mereka adalah pelaksana.Mereka bertindak terhadap perancangan yang dibuat,dan menyelesaikan masalah yang bakal dihadapi.Manakala 'pasivionis' pula,mereka bukan pelaksana,menunda kerja sehingga mereka membuktikan bahawa kerja tersebut tidak dapat dilaksanakan dan telah lewat daripada tarikh akhir. Kesimpulannya,daripada dua orang jenis ini adalah berbuat atau tidak.'Aktivionis' proaktif berbuat,manakala 'pasivionis' akan berbuat,tetapi tidak akan pernah berbuat tanpa disuruh.Maka jadilah aktivionis,dan proaktiflah bertindak untuk mengukir prestasi diri menjadi mukmin super! "Jika kamu menolong agama Allah,nescaya dia akan menolong dan meneguhkan kedudukanmu"(QS Muhammad 47:7) Selain itu,saya juga turut berminat memberikan ringkasan serba sedikit tentang maklumat yang saya dapat daripada penulisan i-pods-Intisari Pedoman Dari Sirah,bertajuk '6 Cara Menjadi Mukmin Super'.Saya berpendapat intipati penulisannya sangat bermakna.Beliau mengulas tentang peperangan yang telah berlaku pada bulan Ramadhan iaitu Perang Badar. "Sesungguhnya Allah telah memberi kemenangan kepada kamu dalam peperangan Badar,sedangkan kamu berada dalam keadaan lemah(kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan peralatan perang).Oleh sebab itu,bertakwalah kepada Allah supaya kamu bersyukur(akan kemenangan itu)."(Surah Ali'Imran 3:123) Perang Badar telah berlaku dalam bulan Ramadhan dan ia mempunyai banyak rahsia yang perlu diamati dan dihayati.Umat Islam telah menyaksikan kemenangan yang luar biasa yang diperoleh tentera Muslim.Kemenangan ini berkait rapat dengan sifat mukmin super atau cemerlang yang telah ditanamkan oleh Rasuluallah s.a.w dalam diri setiap ahli pasukannya.Bagaimanakh caranya untuk menjadi muslim super?? Berdasarkan ringkasan daripada penulisan saudara Mohd.Azrul Azlen Abd.Hamid ini pertama-tamanya seseorang itu hendaklah mempunyai niat dan matlamat yang betul.Rasuluallah s.a.w sentiasa mengingatkan perajuritnya sebelum perang bahawa apa yang mereka akan hadapi itu kini bukanlah untuk mendapatkan harta dunia,kemewahan mahupun kemegahan tetapi hanyalah semata-mata menggapai keredaan Allah dan meninggikan syiar agama-Nya. Keduanya adalah sabar dan takwa.Bunyinya ringkas tetapi tak semudah pelaksanaannya.Rasuluallah s.a.w sentiasa mengajar pasukannya untuk bersabar dan menerima segala kemungkinan yang akan berlaku ketika dalam peperangan,sama ada menang atau kalah kerana kekhuatiran barangkali boleh wujud dalam hati pejuang-pejuang Rasuluallah tersebut akibat bilangan mereka yang sedikit.Perkara ini ada dirakamkan dalam al-Quran: "Ya,sebenarnya cukup!Jika kamu bersabar dan bertakwa dan tiba-tiba mereka menyerang kamu dengan serta merta,nescaya Tuhan kamu membantu kamu dengan 5000 malaikat yang memakai tanda."(Surah Ali'Imran 3:125) Seterusnya adalah sentiasa berfikiran positif dan yakin.Jika difikirkan secara logic,kemenangan tentera Islam dalam perang Badar merupakan satu keajaiban.Ini kerana kekuatan tentera Muslim berbanding tentera musuh tidak seimbang.Jumlah tentera Muslim ketika itu hanya seramai 313 orang manakala tentera musuh berjumlah 1000 orang disamping mempunyai kelengkapan peralatan perang yang cukup.Namun,keyakinan dan sangkaan baik terhadap Allah telah menyaksikan tentera Muslim mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah S.W.T.Antaranya: -Malaikat turun menghancurkan musuh.Rasuluallah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Terimalah berita gembira hai Abu Bakar,bantuan Allah telah sampai kepadamu.Inilah Jibrail yang telah memegang tali pemegang kuda seraya memacunya di atas denai-denai yang penuh berdebu."(Riwayat Ibn Ishaq) Ketika tentera Islam telah bersedia dan bertawakal kepada Allah,pada masa itu muncullah para malaikat yang menjadi tentera bagi memusnahkan pasukan musuh.Dalam satu riwayat oleh Ibn Sa'ad daripada Ikrimah menyebut: "Pada hari itu ada kepala orang Quraisy yang gugur tanpa diketahui siapa yang mencantasnya" Ibnu Abbas pula berkata: "Ketika seorang lelaki daripada kalangan tentera Islam mengasak hebat seorang lelaki Musyrik di hadapannya,tiba-tiba dia terdengar bunyi pukulan rotan di atasnya serta suara seorang pahlawan yang berkata:'Ayuh maju ya Hayzum!' Kemudian dilihatnya orang Musyrik yang berada di hadapannya.Kemudian dia(lelaki Ansar)datang kepada Rasuluallah dan menceritakan apa yang disaksikannya,lantas Baginda s.a.w bersabda yang bermaksud : "Kamu benar itulah bantuan yang datang dari langit"(Riwayat Muslim,jil.2,hlmn 93). -Iblis lari lintang-pukang.Iblis yang menyamar sebagai Suraqah bin Malik bin Ju'shum al Mundliji,tatkala melihat malaikat turun membantu tentera Islam,mula melarikan diri dan berpatah balik ke belakang dan terus terjun ke laut. Lihatlah bagaimana Allah kirimkan khabar gembira dan pertolongan kepada hambanya yang tidak berputus asa.Jadi sematkanlah dalam diri biar setiap emosi yang muncul itu mampu menjana motivasi diri yang mantap! |
Friday, August 19, 2011
LJ04 Fatimah Othman Motivasi Perlukan Emosi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment