Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada siding pembaca sekalian. Seperti biasa, hari ini saya telah menghadiri kelas pengurusan emosi yang ke 4, insyaAllah. Dr. zamri dating lewat sedikit dari biasa dan itu adalah perkara yang boleh di toleransikan kerana dr. zamri memberitahu keterlewatannya kepada timbalan bba, yuhana. Kelas bermula hampir jam 2.30petang, pada awalnya saya telah terlelap kerana malam sebelumnya saya tidur lewat dari waktu yang biasa saya tidur. Saya minta maaf doctor. Tapi selepas beberapa minit kuliah berjalan, saya terjaga dan terus menumpukan perhatian diatas apa yang cuba disampaikan oleh dr. zamri.
Da. Zamri mengatakan bahawa melakukan 2 perkara pada waktu yang sama adalah suatu perkara yang sia-sia dan merugikan diri sendiri. ini merujuk kepada perkara dimana kita cuba untuk belajar subjek perubatan dan subjek ZT pada waktu yang sama. Kita cuba untuk membaca nota perubatan dan sekali sekala kita terganggu dengan kuliah ZT. Kadang kala apayang kit abaca itu tidak tetap di otak kita dan boleh juga menyebabkan kita keliru. Saya bersetuju dangan apa yang dr.zamri katakan ini.lebih baik kita tumpukan perhatian dan mencatat apa-apa point yang penting semasa dikuliah dan bila kita nak buat jurnal, kita sudah tahu apa yang perlu ditulis tanpa membazir masa untuk kita. Jadi kawan-kawan sekalian, mari kita cuba tumpu dalam kuliah ZT agar kita dapat manfaat dan kita tidak rugi. We can strategies out time.
Jadi kuliah hari ini mengajar saya bahawasanya, ada 3 peringkat yang mempengaruhi emosi, iaitu keperluan asas, keperluan psikologi, dan keperluan memnuhi kehendak dirisendiri. bila kita tidak mendapat perkara asas, kita akan mempunyai emosi yang tidak stabil. Kepeluan asas seperti makan, minum, rehat dan sebagainya. Bila kita tidak mendapat perkara-perkara ini, kita akan menjadi orang yang teruk emosi nya. Manakala bila kita memenuhi keperluan psikologi kita, kita mempunya emosi yang lebih baik berbanding mereka yang hanya memnuhi keprluan asas sahaja. Jika kita bandingkan kehidupan kita di Malaysia dengan Palestin, pasti emosi kita sangat berbeza dengan mereka. Mereka mungkin lebih mudah marah atau menangis kerana keperluan asas seperti makanan dan tempat tinggal tiada.
Dr. zamri juga kata, lelaki dan perempuan adalah makhluk yang berbeza. Dalam buku "Man from Mars, women from venus" buku ini menceriatak perihal lelaki dan perempuan yang sangat berbeza. Kata dr. zamri lagi, sebagai contoh, lelaki tidak suka untuk megulangi kata-kata mereka dan apabila bereka berkata sesuatu, mereka akan mengaharapkan perubahan. Perempuan pula suka untuk kengulangi kata-katanya. Saya rasa perkara ini betul kerana adik lelaki saya suka cakap sesuatu perkara itu sekali saja. Bila saya tidak dengar apa yang dia cakapkan dan saya minta dia untuk ulang, dia kata malas nak ulang. Agak menjengkelkan.=P.
Dr. zamri kemudian berkongsi suatu video yang menayangkan lagu dikir ciptaan seorang pegawai Universiti Malaya (UM) yang berasal dari Kelantan. Beliau mencr=eritakan kesusahan dan kepayahan yang dihadapinya sepanjang dia cuba untuk menjadi orang yang Berjaya. Lagunya agak menyedihkan terutama di bahagian dimana dia menceritakan ayahnya terpaksa memisahkan dirinya dari ahli keluarga yang lain bagi menampung kos kehidupan dan pembelajarannya di university. Ada yang tidak berperasaan ketikia menonton video ini. Dr. zamri kata kita yang pernah melalui kesusahan seperti pegawai UM itu mungkin lebih terasa berbanding dengan mereka yang tidak melalui kesusahan tersebut. Saya bersetuju dengan apa yang diucapkan oleh dr. zamri. Selagi kita tidak meletakkan diri kita didalam situasi dan keadaan oranng yang susah itu, kita tidak akan terasa susah mereka. Ingin saya kongsi sedikit tentang peranan kita, orang islam yang sedang menjalani ibadah puasa di Ramadan ini. Tujuan kita berpuasa bukanlah hanya untuk menahan lapar dan dahaga, bukan juga untuk kita menjadi lebih kurus, dan bukan juga untuk kita berjimat duit semata-mata. tetapi, tujuan lain nya juga agar kita merasa lapar sepertimana orang-orang miskin dan yang tidak mampu membeli makanan rasa. Itu pun puasa hanya sekerat hari dan juadah berbuka pula sedap-sedap dan mewah-mewah. Kalau nak di bandingkan mereka yang miskin sehingga tidak mampu untuk beli makanan, dengan kita yang bukan sahaja mampu beli makanan, iPhone pun mampu, kita sepatutnya bersyukur setinggi-tingginnya atas kesenangan yang Allah beri pada kita.
Teori kebiasaan yang selalu diguna pakai adalah:
Situasi à emosi à reaksi tubuh badan
Ini bermaksud, bila kita menghadapi sesuatu situasi, contohnya kita menang kereta BMW, kita akan gembira (emosi) dan kemudian kita akan melompat-lompat (reaksi tubuh badan) kegembiraan. Tetapi teori ini telah di bantah oleh james-lange teori. Menurut nya,reaksi tubuh mendahului emosi.
Situasi à reaksi tubuh badan à emosi
Katanya kita akan memberi reaksi terlebih dahulu sebelum kita menunjukkan sebarang emosi.
Tetapi menurut cannon-bard pula, sama sepeti teori kebiasaan. Alasannya, organ lebih lambat bertindak berbanding emosi. Dia menegaskan bahawa apabila berlaku sesuatu situasi, segala maklumat akan diproses di cortex otak dan akan menghasilkan emosi terlebih dahulu sebelum maklumat dihantar ke anggota badan lain. Saya bersetuju mengenai teori kebiasaan kerana selalunya kita akan emosi dulu sebelum bertindak melakukan apa-apa. Selalu kita guna "senyum kerana gembira atau gembira kerana senyum". Tapi kali ini saya nak guna "menangis kerana sedih atau sedih kerana menangis". Kita akan menangis kerana kita sedih bukan? Bukannya kita akan kita akan sedih kerana kita menangis.
Emosi juga terletak pada pengalaman orang dan bukan pada situasi semata-mata. ada orang yang apabila melihat cengkerik akan merasa takut, tetapi bagi orang yang berpengalaman dalam menghadapi cengerik contohnya penangkap cengkerik, mereka tidak merasa takut. Contoh lain, sekiranya kita ini seorang yang takut akan kegelapan, tapi orang yang bekerja didalam lombong tidak mempunyai emosi takut terhadap kegelapan. Jadi, emosi adalah perkara yang subjektif. Kita tidak boleh paksa orang untuk gembira pada perkara yang kita gembira dan untuk benci perkara yang kita benci.
Saya juga belajar bahawa emosi boleh di transfer, "transfer of excitation". Maksudnya, emosi itu bukanlah duduk setempat sahaja. Ia boleh juga dibawa ke tempat lain. Contohnya, kita dimarah dengan dasyat oleh pensyarah ketika kita di dewan kuliah, sehingga kita menjadi marah. Kemudian kita pergi ke café dan terserempak dengan kawan kita. Kita secara tidak sengaja akan memarahi kawan kita itu, walaupun pada hakikat nya kita marah pada pensyarah kita. Contoh lain yang selalu berlaku adalah bapa yang balik dari kerja dalam keadaan stress kerana dimarahi bos, akan memarahi an memukul anak dan isteri yang dirumah keran kesan marah terhadap bos masih tidak hilang ketika di rumah. Perkara ini sangatlah tidak wajar kerana kita memarahi orang yang tidak bersalah.
Jadi, pembelajaran hari ini sangat menyeronokkan keran ianya berkisar tentang perkara yang sering dihadapi oleh diri saya, dan kursus pengurusan emosi ini akan terus kita belajar yang berkaitan dengan diri kita. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment