Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Jurnal kali ini merupakan jurnal yang keempat pada semester ini bagi kursus pegurusan emosi. Jurnal ini adalah berkaitan dengan kuliah pada hari rabu ini iaitu 17 ogos 2011. Dr Zamri lewat ke kuliah pada hari itu disebabkan kesesakan lalu lintas. Jadi kuliah bermula 30 minit lewat. Walaubagaimanapun, semua pelajar masih menumpukan perhatian semasa kuliah berlangsung. Dr.Zamri telah memulakan kelas dengan menjelaskan tentang tugasan kumpulan yang harus kami lengkapkan sebelum tarikh tertentu.Ada beberapa tajuk yang berjaya menarik minat saya dan antaranya ialah pemimpin yang berwibawa,kesan tsunami dan emosi yang terdapat dalam drama korea.Selepas penjelasan tentang kerja kumpulan diberi kuliah telah dimulakan seperti biasa dengan sebuah video yang menarik. Selain daripada itu juga, kami telah diperkenalkan dengan power point baru yang belum pernah digunakan sebelum ini.
Topik yang disampaikan oleh Dr Zamri pada hari itu adalah Emosi dan Motivasi. Apakah maksud emosi? Emosi boleh didefinisikan sabagai nada efektif dalam bentuk positif ataupun negatif tetapi bukannya bentuk neutral. Empat komponen yang dirangkumi dalam emosi manusia termasuklah perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku yang berkaitan. Motivasi pula merupakan aspek tingkah laku yang didorong oleh emosi dalam proses mencapai sesuatu dalam kehidupan seseorang . Terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan emosi dan motivasi. Sebagai contohnya, Teori Baron dan Logan dan juga teori Lang et al. Menurut Baron dan Logan, emosi mempunyai hubungan yang rapat dengan motivasi dan jarang-jarang boleh dipisahkan. Lang et al pula menyatakan bahawa emosi juga merupakan motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Sebagai contohnya, keinginan untuk memiliki kekayaan yang tidak habis-habis ataupun kebencian yang dalam terhadap seseorang yang menjadi motif pembunuhan. Selain itu, perasaan cinta yang memotivasikan seseorang itu sanggup melakukan sesuatu yang menggembirakan pihak lain . Namun demikian, tidak kesemua emosi dalam dunia ini yang akan memberi motivasi. Hal ini banyak bergantung pada keadaan.
Di samping itu, terdapat beberapa teori dan konsep yang penting dalam menerangkan fungsi emosi. Konsep yang pertama adalah maksud motivasi itu sendiri yang boleh didorong oleh faktor luaran iaitu (Incentive) ataupun faktor dalaman( Drive). Faktor dalaman (Drive) merupakan dorongan dalaman yang mengakibatkan tingkahlaku itu berlaku. Badan manusia akan cuba mengekalkan kestabilan sistem fisiologi dan keadaan sekitar dalam badan melalui proses homeostasis. Misalnya, seseorang akan bertindak agresif atau mendiamkan diri sekiranya sistem badannya dalam keadaan yang tidak seimbang. Semua faktor dalaman berada dalam kawalan hypothalamus iaitu komponen yang penting dalam otak manusia. Faktor luaran (Insentif) pula merupakan matlamat luaran yang menolak atau menarik sesuatu kecenderungan untuk bertindak. Factor luaran boleh dikategorikan lagi kepada faktor kewangan dan bukan kewangan yang menjadikan suatu motif yang menjadi punca kepada sesuatu tindakan. Terdapat tiga komponen dalam factor luaran ini termasuklah kewangan, moral dan paksaan. Selain itu, Theory of Motivation sebenarnya berasaskan Humanistic theory—hierarchy of needs. Dalam hierarki ini,kita dapat menonjolkan tahap keperluan manusia terhadap sumber asas kehidupan seperti tempat tinggal dan makanan. Selain itu, terdapat keperluan fisiologikal dan juga memenuhi kehendak individu yang merupakan komponen tertinggi dalam hierarki tersebut.
Seterusnya, kuliah disambung dengan sebuah lagu yang dipetik dari youtube dan pengasas bagi lagu tersebut adalah Halim Yazid. Lagu ini bercerita tentang penderaan yang dialami oleh pencipta lagu semasa zaman persekolahan dan menunjukkan bagaimana pencipta mendapat ijazah di university Malaya. Selepas itu, kuliah diteruskan dengan Teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik (FKP).
Teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik (FKP). terdiri daripada beberapa komponen iaitu Subjective feelings,Cognitive appraisal,Physiological arousal, Motor expression (body movements) dan Motivational tendencies (needs to act on basis of emotions). Teori fisiologi dibahagikan kepada 3 jenis teori iaitu James and Lange theory, Cannon Bard theory dan psykobiological approach. Dalam James and Lange theory, William James dan Carl Lange mengatakan bahawa emosi yang dirangsang adalah hasil perubahan fisiologi. Sebagai contoh, seseorang pemuda terpandang wanita cantik dan perassan jatuh cinta yang terhasil merangsang dirinya untuk mendekati wanita tersebut. Namun demikian, teori ini ditolak oleh Walter cannon pegasas Cannon Bart theory dengan menyatakan hujah bahawa organ manusia merangsang emosi yang menggunakan masa yang panjang untuk bertindak sedangkan emosi itu datang sejurus selepas rangsangan. Cannon Bart Theory pula bersependapat dengan Common sense theory bahawa emosi itu datang sejurus selepas rangsangan dan diikuti dengan perubahan fizikal. Dalam Psikobiologikal Theory,pengasas meletakkan 4 emosi utama iaitu "Fear,Rage,Expentancy and Panic". Keempat-empat emosi utama ini bergabung membentuk emosi-emosi yang berlainan yang seterusnya dizahirkan oleh manusia.
Teori kognitif pula merangkumi Teori Schacter (Schachter's Cognitive Labelling Theory) dan Misattribution. Schachter berpendapat bahawa interpretasi reaksi fisiologikal itu berdasarkan keadaan dan pengalaman dulu merupakan proses kognitif yang akan mendorong kita untuk menghasilkan emosi. Sebagai contohnya, apabila kita terlihat haiwan ganas seperti harimau, badan kita akan mengalami perubahan fisiologikal dan minda kita juga akan terfikir tentang kebahayaan yang dibawa olehhaiwan tersebut. Dengan gabungan perubahan fisiologikal dan pemikiran atau minda kita, barulah terhasilnya emosi takut. Schacter bersetuju dengan Teori James-Lang secara keseluruhannya tetapi beliau telah mengubah serba sedikit dengan menambahkan faktor kognitif ke dalam teori itu. Misattribution bermaksud kesilapan dalam menganggap sesuatu yang hasil daripada sesuatu yang lain. Contoh yang dibincangkan dalam nota kuliah ialah penganggapan terhadap sindrom premenstrual. Kadang-kala, kita akan tersilap menganggap bahawa seseorang wanita berada dalam sindrom premenstrual ini apabila dia menunjukkan kemarahan dan kemurungan secara tiba-tibanya. Pada halnya, wanita tersebut tidak mempunyai sindrom premenstrual dan emosi yang ditunjukkan oleh wanita tersebut langsung tidak berkaitan dengan sindrom itu.
Secara kesimpulannya, hidup kita susah dipisahkan dengan emosi kerana emosi mempunyai ikatan tertentu dengan reaksi badan kita sama ada fizikal ataupun fisiologikal. Jadi, kita harus mengawal emosi kita setiap masa kerana emosi akan menjejaskan tingkah laku kita dan tingkah laku kita pula akan menjejas emosi orang lain.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment