Tajuk kuliah minggu ini berkaitan dengan " emosi dan motivasi". Sebelum kuliah ini dimulakan, kami dibahagikan kepada kumpulan masing-masing dan membincangkan tajuk-tajuk tugasan yang kedua. Pensyarah kami juga memberi penerangan kepada kita tentang tugasan kedua tersebut. Tugasan tersebut dipercayai dapat meningkatkan pengetahuan kita terhadap emosi di kalangan orang yang di sector yang tidak sama, keran pengalaman akan mempengaruhi emosi seseorang. Selepas penerangan tersebut, pensyarah memulakan kuliah hari tersebut. Bagaimanakah emosi dikaitkan dengan motivasi, adakah mereka saling mempengaruhi? Emosi ialah pelan dengan nada yang berkesan yang mengandungi 4 komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan . Motivasi ialah kajian aspek arah dan tenaga tingkah laku. Emosi boleh digambarkan melalui perubahan reaksi muka dan tubuh pengaktifan bahagian otak terhadap sesuatu tindakan yang ditentukan melalui norma masyarakat dan juga budaya.
Menurut Baron dan Logan, emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi dan kemudiannya akan bertukar menjadi emosional seperti yang dikatakan oleh lang et al. Saya amat bersetujuh dengan dia . Contohnya, kita memerlukan emosi positif supaya kami didorang untuk melakukan sesuatu. Apabila kita melakukan sesuatu dengan gembira kami akan mempunyai motivasi untuk meneruskan tetapi jika kami melakukan sesuatu dengan tidak suka lela dan tidak gembira, kami tidak akan mempunyai motivasi untuk meneruskannya.
James lange theory juga ada menekankan tentang emosi kita sebenarnya dipengaruhi oleh persepsi kita kepada sesuatu perkara. Emosi ini adalah bermula dengan diri sendiri dan tidak akan diganggu oleh orang lain.Sebagai contoh saya sangat takut bercakap di depan orang ramai tetapi bagi orang lain perkara tersebut boleh dilakukan dengan senang saja.Bagi saya, emosi memang bergandung pada pengalaman seseorang, pengalaman yang tidak sama akan melahirkan emosi yang tidak sama apabila menghadapi situasi yang sama. Emosi sebenarnya adalah sangat penting kerana ia juga merupakan satu cara berkomunikasi dengan orang lain. Emosi juga akan menyebabkan anda dalam stress.
Motivasi adalah sangat penting untuk memastikan seseorang itu dapat melaksanakan sesuatu aktiviti dan tugasan dengan sempurna dan penuh semangat. Terdapat beberapa komponen dalam motivasi,iaitu insentif , naluri , daya tuju , dan sebagainya. Insentif memaninkan peranan untuk menentukan motif dan tujaun bagi sesuatu tindakan atau pemilihan keputusan. Secara lebih lanjut,insentif boleh dikategorikan kepada 2 kumpulan.Antaranya ialah,insentif dalam bentuk kewangan dan insentif bukan bentuk kewangan. Naluri ialah sesuatu gerak hati yang diwarisi dari generasi ke generasi. Ini merupakan sesuatu yang berlaku secara semula jadi.Sebagai contoh,manusia dan haiwan adalah hidup berkelompok mengikut kaum atau kawasan.
Seterusnya, pensyarah kami juga memperkenalkan kita tentang theori psikobiologi yang mengatakan bahawa emosi adalah berkaitan dengan kombinasi beberapa sistem dalam otak. Contohnya, sistem rage ialah marah, sistem fear ialah ketakutan, sistem care ialah kasih saying dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun ,theori ini mula dipersoalkan oleh orang lain. Kuliah ini juga ada mengajar tentang kesan kesilapan dalam mengaggap sesuatu perkara(misattribution). Penganggapan kita terhadap sesuatu perkara atau seseorang akan mempengaruhi emosi kita terhadap perkara dan orang itu. Contohnya, saya sangat menyukai seseorang, apa yang dilakukan oleh si dia akan kelihatan baik di mata saya tetapi jika saya tidak seseorang itu, apa saja yang dilakukan oleh dia akan mencolok mata saya. Perspesi kita memang menpengaruhi kita emosi kita.
Di samping itu, Lazarus memberitahu kita bahawa emosi mempunyai tiga komponen iaitu cognitive appraisals, action impulses dan patterned somatic reaction. Cognitive appraisal mengajar cara-cara yang harus difikirkan untuk mengatasi tekanan yang berpunca dari emosi. Selepas memikir cara ,kita harus mula bertindak seperti yang diceritakan dalam acton impulse. Kemudiannya ,kita akan berasa takut dan ingin melarikan diri. Sebagai contoh, apabila anda dikejar oleh anjing, anda akan mula berfikir cara untuk menyelamatkan diri agar diri tidak dicedera(cognitive appraisals). Kemudian, anda akan mula berlawan untuk melindungi sendiri (action impulses). Saeterusnya , anda akan melarikan diri daripada tempat kejadian dan anda akan mula rasa takut dan berpeluh(somatic reaction).
Lazarus juga mengatakan bahawa kita akan memikir cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi untuk mengurangkan tekanan. Contohnya, saya sangat takut untuk membentang di depan orang ramai, saya tahu itu kelemahan saya dan saya sangat stress apabila diminta untuk bercakap. Untuk mengurangkan ketekanan, saya berlatih banyak kali supaya saya mempunyai keyakinan diri.Emosi tersebut akan menyebab kita mencari keselesaian untuk perkara sesuatu. Menurut Arnold's cognitive appraisal ,seseorang akan mula mengambil tindakan apabila dia telah dipengaruhi atau berada dalam situasi yang sama semula.
Emosi amat mempengaruhi tingkah laku kita, emosi juga boleh memberi motivasi kepada kita untuk mencapai impian kita. Oleh itu, kita haruslah belajar untuk mengawal emosi kita supaya kita boleh menjadi lebih mantap.
No comments:
Post a Comment