Friday, August 19, 2011

A131812 Loi Su Wei LJ04 Emosi dan Motivasi

Salam sejahtera. Pada hari Rabu yang lepas, iaitu 17 Ogos 2011, saya telah menghadiri kuliah pengurusan emosi ZT2253. Tajuk untuk kuliah tersebut ialah Emosi dan Motivasi. Walaubagaimanapun, sebelum memulakan kuliah itu, Dr. Zamri telah memperkenalkan kami dengan tugasan kumpulan, iaitu tugasan kami yang kedua. Taklimat telah diberikan dengan teliti dan Dr. Zamri mengambil masa yang panjang untuk membincangkan tentang tugasan kumpulan ini. Seterusnya, beliau meneruskan dengan tajuk kuliah hari itu, iaitu "Emosi dan Motivasi".

                Emosi didefinisikan sebagai nada efektif sama ada positif atau negatif, dan bukan yang neutral. Motivasi pula, ialah kajian tingkah laku dari aspek arah dan tenaga. Emosi merangkumi empat komponen, termasuklah perasaan, proses kognitif, perubahan physiologi, dan tingkah laku berkaitan. Sebab itulah, emosi adalah lebih luas maknanya daripada perasaan. Menurut Baron & Logan 1993, emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Lang et al 1992 pula mengatakan emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Kedua-dua teori ini telah mengaitkan emosi dengan motivasi. Sebagai contoh, orang yang mempunyai motif pembunuhan selain ingin mendapat duit, mungkin juga disebabkan oleh kebencian yang merupakan salah satu jenis emosi. Bagi contoh yang lain, seseorang yang bercinta mempunyai motivasi untuk meng'sms', menelefon, memberi hadiah, mendirikan rumahtangga dan tingkah laku yang lain. Walaubagaimanapun, bukan dalam semua keadaan emosi akan menjadi pendorong. Pada masa yang sama, tidak semua pendorong adalah berasaskan kepada emosi. Misalnya, belajar kuat disebabkan oleh motif pencapaian, dan makan disebabkan motif kelaparan. Emosi merupakan suatu keadaan arousal yang melibatkan perubahan dalam muka dan badan, pengaktifan otak, kognitif penilaian, perasaan subjektif, dan kecenderungan ke arah tindakan, semuanya dibentuk oleh kaedah-kaedah budaya. Emosi memainkan peranan dalam tindak balas penyesuaian badan kita terhadap perkara yang berlaku si sekeliling dan emosi membantu kita untuk berkomunikasi dengan orang lain tentang niat kita. Emosi menyediakan kita untuk tindak balas seperti bergerak, mengambil tindakan, dan menghadapi keadaan tersebut.

                      Motivasi ialah aspek pemilihan daripada proses menurut Bickhard, 1997. Pada masa yang sama, motivasi merupakan jangkaan terhadap sesuatu yang berkemungkinan. Jadi, seperti yang dikatakan oleh Mook, 1996, motivasi merupakan sesuatu yang menyebabkan seseorang melakukan sesetengah perkara dan bukannya yang lain. Terdapat beberapa konsep dan teori motivasi iaitu, motivasi, drive dan incentive. Motivasi merujuk kepada faktor-faktor dalam dan luar satu organism yang menyebabkannya berkelakuan pada pada yang tertentu. Drive pula ialah keadaan dalaman yang mengaktifkan tingkah laku untuk mengurangkan keperluan dan memulihkan homeostasis. Hab untuk central drive system berletak di hypothalamus. Homeostasis merupakan kemalaran dalam keadaan dalaman yang perlu sentiasa dikekalkan oleh badan kita. Drives mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan dalam homeostasis yang menyebabkan tingkah laku untuk membetulkannya. Haiwan juga bertindak mengikut keperluan tisu mereka seperti peningkatan atau kekurangan pengambilan kalori dan garam. Walaubagaimanapun, homeostasis tidak boleh menerangkan semua keadaan dalam drive. Sebaliknya, incentive ialah faktor luar yang menyebabkan kemunculan tingkah laku tersebut. Contohnya, financial, moral, dan coercive. Konsep yang lain termasuklah Instinct, Arousal, dan humanistic theory. Dalam Instinct, motivasi adalah secara semula jadi, tidak pernah dipelajari, tindak balas dan respons terhadap sesuatu rangsangan adalah diwarisi. Contohnya, pengaduhan haiwan, tingkah laku berkasih-kasihan, fungsi melarikan diri, dan membuat sarang. Manakala Arousal ialah keadaan fisiologi dan psikologi untuk berjaga. Kita dimotivasikan untuk mengekalkan tahap optimal arousal. Motif rasa ingin tahu akan membantu kita untuk mengetahui sekeliling kita. Humanistic theory pula ialah hierarchy of needs. Abraham Maslow mencadangkan bahawa motivasi dibahagikan kepada beberapa tahap dari keperluaan asas untuk hidup hingga keperluan psikologi dan untuk memenuhi diri sendiri. Oleh itu, konklusi dalam hubungan antara emosi dan motivasi ialah emosi menekankan kebangkitan, manakala motivasi menekankan tingkah laku.

                    Seterusnya, Dr. Zamri menyambungkan kuliah ini dengan teori-teori fisiologikal, kognitif, dan psikoanalatik. Dalam teori fisiologikal, ahli teori fisiologikal menekankan bahawa emosi ialah produk otak dan sistem saraf kita. Asalnya adalah dari fisiologikal reaksi terhadap rangsangan. Terdapat tiga jenis teori fisiologikal, iaitu James-Lang, Cannon-Bard, dan teori psikobiologikal. Teori James-Lang merupakan teori psikologi tertua tentang pengalaman emosi yang diformulasikan oleh William James pada tahun 1884. Kemudian, teori ini disokong oleh Carl Lange pada tahun 1887 dan teori ini menjadi teori James-Lange. Hipotesis teori ini ialah fisiologikal reaksi terhadap rangsangan menyebabkan emosi. Walaubagaimanapun, Walter Cannon telah menolak theory James-Lang. Beliau mengatakan bahawa sistem organ yang merangsang respons emosi bertindak lamat terhadap rangsangan. Reaksi emosi mengikuti rangsangan dengan sangat cepat. Respons fisiologikal terlalu lambat untuk menyebabkan respons emosi. Jantung dan perut tidak boleh menghasilkan banyak emosi. Denyutan jantung, tekanan darah, dan fungsi penghadaman tidak boleh menunjukkan emosi yang akan dialami. Manusia yang dikeluarkan sistem sarafnya masih boleh mengalami emosi. Teori Cannon-Bard mencadangkan bahawa rangsangan dalaman dan luaran akan dihantar ke otak dan sensasi emosi akan dihasilkan. Suatu rangsangan akan menyebabkan respons badan dan sensasi emosi. Teori yang ketiga, teori psikobiologikal dicadangkan oleh Jack Panksepp pada tahun 1982 dan 1992. Emosi asas adalah erkaitan dengan sesetengah litar neural. Beliau mencadangkan empat emosi asas iaitu fear, rage, panic and expectancy, yang berkaitan dengan sistem arahan dalam otak. Keempat-empat emosi asas ini berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan emosi yang lain. Panksepp juga mencadangkan bahawa neurochemical yang khusus mungkin berkaitan dengan banyak sistem arahan emosi, seperti dopamine berkaitan dengan sistem expectancy manakala acetycholine berkaitan dengan sistem rage. Pada tahun 1998, Panksepp mengenal pasti sistem emosi asas berdasarkan struktur dalam sistem limbic. Walaubagaimanapun, Magda Arnold bersoalan tentang asas bagi tempat litar emosi pada tahun 1960. Pada tahun 1982 pula, James Averill mengatakan litar "hard-wired" mungkin tidak fleksibel untuk memainkan peranan dalam asas neurologi bagi emosi.

               Bagi teori kognitif, sesetengah ahli teori mencadangkan bahawa kognisi berperanan dalam menjana emosi. Terdapat empat teori yang dicadangkan termasuklah Schacter's Congnitive Labeling Theory, Misattribution, Transfer of excitation dan Cognitive appraisal theories. Dalam Schacter's Cognitive Labeling Theory, Schacter menunjukkan peranan kognitif pelabelan dalam menentukan emosi yang dialami. Selain itu, dalam teori misattribution, orang selalu salah atribut emosi untuk tujuan yang salah. Cara pengujaan dari satu sumber boleh dipindah ke sumber yang lain adalah diketahui dalam teori transfer of excitation. Teori terakhir iaitu cognitive appraisal theories mencadangkan bahawa proses pemikiran bertanggungjawab untuk merangsang respons emosi dan tingkah laku. Respons emosi dan tingkah laku tersebut boleh menhadapi situasi emosi.

              Kesimpulannya, saya telah mempelajari tentang hubungan emosi dan motivasi. Sebab itulah, kita perlu mengawal emosi kita dengan betul supaya kita tidak akan membuat keputusan atau tindakan yang salah dan akan menjejaskan kehidupan kita.

              Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment