Friday, August 19, 2011

SelvakumarA/L Murthy A131864 LJ04 Emosi dapat membangkitkan motivasi

Salam Sejahtera saya ucapkan kepada Dr  Ahmad Zamri Mansor dah rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Journal saya kali ini ialah berkaitan tentang emosi dan motivasi. Sebagaimana yang kita semua tahu, emosi memnag berkait rapat dengan motivasi di mana sesuatu emosi membawa kepada pembentukkan motivasi dalam diri seseorang. Adalah penting bagi semua individu untuk memahami maksud sebenar motivasi dan memahami perhubungan antara emosi dan motivasi yang amat berkait rapat.

Sebenarnya, emosi didefinisikan mengikut nada yang berkesan. Emosi boleh dibahagikan kepada emosi positif atau pun yang negatif. Emosi tidak sama sekali akan jadi neutral. Dalam pada itu, motivasi secara umumnya dianggap sebagai kajian daripada aspek tujuan dan  tingkah laku yang bertenaga dalam diri seseorang. Emosi juga terdapat empat komponen. Komponen pertama ialah perasaan. Perasaan ini sering disalah anggap bahawa ianaya sama dengan emosi tetapi kedua-duanya adalah berbeza. Komponen kedua ialah proses kognitif di mana sesuatu emosi itu terjadi daripada fikiran manusia. Seterusnya ialah perubahan fisiologi yang berkaitan dengan perubahan dalam badan manusia. Komponen terakhir ialah berkaian tingkah laku yang terhasil daripada perubahan emosi.  Daripada komponen yang tersenarai, kita dapat membezakan bahawa emosi membawa maksud yang lebih meluad daripada perasaan. Sebagaimana yang diperkatakan oleh Baron dan Logan pada 1993, emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi dan sebagaimana yang diperkatakan oleh Lang dan rakan-rakannya, emosi boleh menjadi motivasi kepada salah satu tingkah laku dan target atau tujuan boleh menjadi emosi. Sebagai contoh ialah motif seorang pelajar yang ponteng sesuatu kelas mungkin kerana perasaan benci yang berkait dengan emosi. Jadi daripada contoh tersebut jelas kita dapat melihat yang emosi dan motivasi sering berkait rapat antara satu sama lain tetapi bukannya dalam semua kes. Dalam sesetangah kes, emosi tidak boleh menjadi pendorong sebagai contoh ketekunan individu yang ingin belajar dan mendapat keputusan yang cemerlang. Perkara tersebut berkait lebih kepada kehendak dan bukannya emosi. Jadi, sebagaimana yang dikatakan oleh Baron dan Logan, emosi dan motivasi tidak dapat dipisahkan bergantung pada keadaan.

Apakah sebenarnya perubahan fizikal dan mental hasil daripada emosi? Emosi ialah pemikiran yang melibatkan perubahan muka dan badan, pengaktifan otak, penilaian kognitif, perasaan subjektif, dan kecendurangan atas sesuatu tindakan yang bergantung pada tahap suatu budaya. Jadi, emosi membentuk daripada perubahan fizikal dan mental manusia. Selain itu, emosi sering terjadi sebagai tindak balas penyesuaian dalam menempuh sesuatu keadaan, Emosi bertindak dalam menyesuaikan badan kita kepada peristiwa yang berlaku dalam persekitaran kita. Emosi ini membatu dalam menyampaikan isi hati ataupun niat kita kepada orang lain. Di samping bertidak dalam menyesuaikan badan kita kepada suatu peristiwa, emosi juga menyediakan badan kita untuk bertidak. Sebagai contoh dalam pergerakan badan,mengambil tindakan dan menghadapi sesuatu keadaan yang meruncing.

Motivasi pula membawa maksud yang berbeza daripada emosi tetapi berkaitan sebenarnya. Pada tahun 1997, Bickhard telah mengemukakan bahawa motivasi adalah aspek pemilihan proses. Di samping itu, motivasi adalah jangkaan terhadap masa depan yang mungkin berlaku. Oleh sebab itu, motivasi adalah sesuatu yang membuat seseorang melakukan perkara yang lebih mantap dan bukannya daripada yang lain. Mook pada tahun 1996, telah bertanya, motivasi ialah jawapan kepada soalan yang menanyakan apakah proses pemilihan kursus aktiviti yang lanjut dan aktiviti interaktif yang selanjutnya.

Terdapat beberapa konsep motivasi yang memberi maksud yang lebih terperinci juga. Motivasi boleh menjadi faktor dalam dan luar manusia yang menyebabkan berkelakuaan berbeza pada masa yang berbeza. Motivasi juga boleh menjadi arah pandu dalam keadaan dalaman atau gerak hati yang merangsang tingkah laku untuk mengurangkan keperluan dan memulihkan proses homeostasis di mana badan bertindak untuk menyeimbangkan keadaan intrinsik badan. Pemacu ini boleh wujud akibat keadaan otak dan tisu badan yang memerlukannya. Dalam otak, semua motivasi ini dikawal oleh "hypothalamus". Bagi tisu badan pula, proses "homeostasis" iaitu menyediakan keadaan intrinsik yang sama bagi mengawal fungsi sel dan badan memainkan peranan yang sangat penting. Konsep ketiga ialah, insentif yang bermaksud matlamat yang luar biasa dapat "menarik" atau "menolak" tingkah laku. Mana-mana faktor boleh menyediakan motif untuk suatu tindakan atau mengambil kira sebab bagi memilih sesuatu yang aternatif seperti kewangan, paksaan dan moral.

Konsep lain yang menyatakan teori motivasi ialah naluri iaitu motif yang terjadi secara tersendiri, pemikiran yang didorong untuk mengekalkan tahap optimum dan keperimanusiaan yang berasaskan teori hirarki. Bagi naluri, ianya tidak dipelajari dan mewarisi corak tidakan yang tetap jawapan atau tindak balas kepada rangsangan yang tertentu. Sebagai contoh ialah pertempuran antara haiwan, atau membina sarang. Bagi konsep arousal pula, dikategorikan sebagai keadaan fisiologi dan psikologi dalam keadaan yang sedar. Individu yang bermotivasi untuk mengekalkan tahap optimum arousal iaitu tidak tinggi atau pun terlalu rendah tahapnya. Rasa ingin tahu daripada arousal ini juga membantu kita memahami situasi atau persekitaran kita. Selain itu, teori humanistic pula menyatakan bahawa motif dibahagikan kepada beberapa tahap daripada asas kehidupan yang memerlukan psikologi yang memenuhi diri. Teori ini sebenarnya dicadangkan oleh Abraham Maslow. Tahap keperluan dibahagikan kepada tiga dalam pyramid iaitu, keperluan diri yang amat sedikit, dikuti dengan keperluan psikologi dan keperluan asas.

Emosi dan motivasi dikaitkan dengan kesesuaian keadaan sekeliling. Walaupun emosi merupakan motivasi kepada tingkah laku  kita, namun  kesesuaian  tindakan kita itu perlulah kena pada tempatnya. Sebagai contoh, apabila seseorang itu berada dalam majlis yang formal, perlulah mengawal tindakannya walaupun emosi dan motivasi yang tercetus dalam diri itu merupakan yang sebaliknya- jika marah, perlulah bertenang dan tidak melakukan tindakan yang melulu seperti biasa dilakukan di luar majlis formal contohnya.

Kesimpulannya, emosi dan motivasi memang berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Emosi merupakan kunci yang menjadi pembuka jalan kepada motivasi diri yang seterusnya motivasi itu digunakan sebagai pacuan atau insentif diri untuk melakukan sesuatu tindakan yang baik dan sempurna. Emosi menekankan arousal, manakala motivasi menekankan tindakan kita dalam sesuatu perkara. Tatapi dalam pelbagai keadaan, emosi tidak dapat di pisahkan daripada motivasi kerana saling berkait rapat. Emosi dan motivasi juga memainkan peranan yang sangat penting.

 

 

 



No comments:

Post a Comment