Pada 17 August 2011, saya telah menghadiri kursus ZT2253 Pengurusan Emosi bagi kuliah keempat. Tajuk pada hari ini adalah 'Emosi & Motivasi' dan tajuk 'Teori-teori fisiology, kognitif dan emosi'. Kuliah ini dijalankan selama dua jam dan memberi banyak idea kepada saya untuk menghasilkan sebuah jurnal yang ringkas bagi segala ilmu pengetahuan dan tajuk yang dipelajari menerusi kuliah hari ini. Saya berasa sangat bersyukur kerana Dr Zamri memuji kita yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menghasilkan jurnal. Kami dipuji bahawa jurnal kita mengaitkan buku-buku yang pernah dibacai, pengalaman diri sendiri dalam kehidupan ataupun filem dan video yang pernah ditontoni. Kepujian Dr Zamri merupakan dorongan kepada saya untuk menghasilkan jurnal yang lebih berkualiti.
Emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh dijadikan motivasi (Lang et al, 1992). Emosi tidak dapat dipisahkan dengan motivasi. Emosi boleh sebagai sesuatu pendorong kita untuk melakukan sesuatu.Walau bagaimana pun,bukan dalam semua keadaan, emosi akan menjadi pendorong atau motivator kita; dan juga bukan semua pendorong atau motivator berasaskan kepada emosi. Contohnya bagi pelajar-pelajar perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Tahun Dua belajar sengan bersungguh-sungguh kerana semua pelajar mempunyai "motif achievement" untuk berjaya meluluskan peperiksaan. Contoh yang lain ialah berkaitan denagn aktiviti hairan kita iaitu makan dilakukan kerana "motif kelaparan" dan bukan kerana emosi yang mendorong kita untuk makan makanan.emosi juga boleh dijadika sebagai penghalang.
Selain itu, emosi juga boleh dijadikan perlindungan kita. Misalnya sekiranya kita menjumpa singa, emosi takut dilahirkan dan oleh kerana emosi takut, kita larikan diri dan menyelamatkan diri daripada ancaman singa. Emosi sebagai perubahan fisiologikal, penilaian kognitif, perasaan, tingkahlaku untuk bertindak dipengaruhi oleh singa. Oleh itu, emosi menjadiemosi positif ataupun negative dan segala ini terpulang kepada bagaimana kita luahkan emosi dan di keadaan yang berbeza. Emosi mencetuskan dorongan untuk bertindak.
Terdapat beberapa konsep yang berkaitan dengan motivasi
1. Motivasi: Factor-factor luaran dan dalaman yang kita membuat sesuatu perbuatan. Menurut Bickhard, 1997, motivasi ialah di mana kita memilih apa tindakan yang bakal dilakukan.
2. Drive: Desakan dalaman yang menarik kita membuatkan sesuatu, ini menunjukkan emosi yang positif.
3.Incentive: Matlamat luaran yang memolak atau menarik sesuatu kecendungan untuk bertindak.
Pensyarah telah menasihat kita untuk menumpukan perhatian untuk mendengar lecture. Sedangkan membazir masa dengan tidur ataupun membaca buku yang lain yang tidak berkaitan dengan ZT, lebih baiklah kita menumpukan perhatian untuk mendengar lecture yang begitu menarik. Pensyarah juga memberitahu kami bahawa minda kita tidak boleh dipisah kepada dua. Jika kita membaca buku sendiri, namun perhatian kita tetap akan diganggu oleh suara dan cerita pensyarah yang menarik itu. Oleh itu, kita haruslah menumpukan perhatian mendengar lecture supaya boleh menghasilkan jurnal yang lebih bagus dan berkualiti.
Keperluan social bagi manusia memerlukan dua 'K', iaitu Kawan dan Kahwin. Setiap manusia memerlukan seorang teman untuk mendengar dan menemani kita. Menurut buku 'Harry Potter" yang pernah saya baca, cerita itu adalah menerangkan cerita kronika bahawa pengembaraan remaja Harry Potter, Ron Weasley and Hermione Granger. Watak utama Harry Potter mengharungi segala kesusahan dan rintangan bersama dengan dua kawan baik dia. Akhirnya, dengan bantuan dan sokongan kawan baik dia, Harry telah berjaya menyelamatkan diri sendiri dan menewas segala halangan. Persahabatan tiga watak itu menunjukkan kita memerlukan kawan untuk menemani, menyokong dan membantu kita tidak kira dalam apa-apa situasi.
Di samping itu, menurut James-Lange theory yang diperkenalkan oleh William James(1884) dan disokong oleh Carl Lange (1887), akhirnya gabungan menjadi James-Lange theory. Teori ini menerangkan bahawa perubahan fisiologikal dalam badan kita terhadap sesuatu rangsangan akan melahirkan emosi. Contohnya pengalaman saya pada dua tahun yang lalu. Pada waktu malam, selepas saya habis tuisyen, semasa saya berjalan kaki balik ke rumah saya yang berhampiran, saya menjumpa seorang lelaki yang tidak dikenali berdiri di depan pintu rumah saya. (Stimulasi). Reaksi pertama saya adalah larikan diri dan menelefon ibu bapa dengan segera. Jantung saya berdebar dengan cepat dan berpeluh semasa saya berlari. (fisiologi berubah dan perubahan perlakuan). Saya berasa amat takut (emosi). Oleh kerana emosi ketakutan saya, itulah yang mendorong saya melarikan diri dari tempat dan benda yang bahaya itu. Pengalaman ini menunjukkan James-Lange Theory yang menerangkan hubungan antara stimulasi, behavior changes dan emosi.
Selain itu, menurut Cannon Bard teori yang menerangkan bahawa rangsangan sepatutnya melahirkan emosi terlebih dahulu sebelum reaksi sama ada fizikal ataupun fisiologikal. Teori ini diasakan oleh Walter Cannon telah mengkritik James Lange theory kerana Cannon Bard teori adalah reaksi emosi lebih cepat berbanding dengan response fisiological yang terlalu lambat. Manusia masih mempunyai emosi walaupun berpisah dengan system nervous. Bahan perangsangan, dia akan berasa emosi takut dan perubahan dalam badan kita. Misalnya Ali terjumpa harimau di hutan,dia menghasilkan emosi takut terdahulu, kemudian baru mempunyai reaksi berpeluh.
Namun Teori James- Lange" telah disokong oleh teori "Schacter". Tetapi tokoh Schacter telah mengubahsuai teori tersebut. Beliau menambah faktor kognitif ke dalam teori James Lange tersebut. Contohnya dalam filem "Earthquake", semasa gempa bumi, seorang ibu mendapati dua orang anak dia berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Mereka terperangkap dalam timbunan batu-bata (rangsangan atau faktor luaran). Ibu tersebut bertindak dengan mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan diri sendiri dan juga kedua-dua anak yang tersayang. Ibu tersebut telah mengalami perubahan emosi kepada takut dan risau. Perubahan fisiologi seperti kenaikan denyutan nadi dan berpeluh semasa ibu tersebut cuba mengalihkan batu-batu yang begitu berat supaya menyelamatkan anak-anaknya yang tidak dapat bergerak dalam timbunan batu. Hal ini kerana kognitif ibu yang dewasa itu sedar bahawa kebahayaan ini telah mengancamkan nyawa kedua-dua anak dia yang tersayang. Dengan cerita itu membuktikan bahawa hubungan antara perubahan fisiologi dan juga pemikiran kita(yang boleh dipelajari dari pengalaman). Selepas perubahan tersebut, perasaan atau emosi seperti risau, gesah, susah hati atau takut baru akan terhasil. Sebenarnya penghasilkan emosi kita mempengaruhi minda manusia.
Tambahan pula, topik yang amat menarik yang diterangkan oleh Dr Zamri pada hari ini ialah teori "misattribution" dan 'transfer of excitation'. Teori 'transfer of excitation' ini menerangkan bahawa pindahan emosi dari satu keadaan kepada keadaan yang lain yang amat berbeza dengan teori Misattribution.dimana teori misattribution kesilapan dalam mentafsir emosi orang lain ataupun hal-hal tertentu. Bagi misattribution, contohnya lelaki kononnya akan mentafsirkan perempuan yang marah mesti berkaitan dengan Post Menstrual Syndrome (PMS). Tetapi perempuan tersebut mungkin marah kerana sebab-sebab yang lain. Kesilapan sangkaan dan tekaan emosi orang lain akan menyebabkan misattribution yang akan mengakibabkan masalah komunikasi. Bagi Teori 'transfer of excitation' yang menerangkan pindahan emosi dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Contohnya Ahmad dimarahi oleh bos dia dalam satu mesyuarat, dia berasa marah dan membawa emosi kemarahkan ke office dia dan dia akan memarahi anak-anak buahnya walaupun mereka hanya membuat sedikit kesilapan. Pindahan emosi juga akan membawa ke balik rumah. Emosinya yang masih marah akan memarahi anak-anak dia yang nakal dan sebagainya.
Akhir kata, emosi boleh dijadikan dorongan dan motivasi kepada kita. Pengawalan emosi yang baik amat memanfaatkan kita tidak kira dalam mana-mana situasi dimana kita sebagai pelajar ataupun sebagai doctor pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment