Friday, August 19, 2011

A131739 Hii Ching Ching LJ04

Salam sejahtera. Pada hari Rabu yang lalu, saya telah menghadiri kuliah ZT2253 dan ini merupakan jurnal keempat saya.Dalam  kuliah hari itu, Dr. Ahmad Zamri Mansor telah menjelaskan tentang tajuk "Emosi dan Motivasi".  Selain itu, teori-teori fisiologikal ,kognitif dan psikoalalitif juga diterangkan. Saya telah lebih jelas terhadap perhubungan antara emosi dengan motivasi setelah menghadiri kuliah ini.

Emosi adalah satu nada efektif yang sama ada positif atau negative manakala motivasi adalah satu proses yang menggalakan kita mempunyai arah dan tenaga untuk mencapai sesuatu. Emosi boleh dibahagikan kepada empat komponen, iaitu: perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku berkaitan. Emosi melibatkan perubahan ekspresi muka dan juga perubahan badan.   Ia juga merangsangkan otak dan menghasilkan perasaan dan tindakan. Emosi berfungsi sebagai reaksi badan kita terhadap situasi-situasi yang berlaku sekeliling kita. Emosi membantu kita berinteraksi dengan orang lain. Di samping itu,emosi juga menyediakan diri kita untuk bertindak. Pada pengalaman saya, emosi dapat membantu saya menjaga keselamatan diri sendiri. Contohnya, emosi takut akan meningkatkan kesedaran kita terhadap persekitaran dan membantu kita mempunyai  reaksi "fight or flight ". Oleh sebab itu, emosi mempunyai makna yang lebih luas dari perasaaan. Menurut Baron &Logan, 1993, emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi.Selain itu, menurut Lang et al,1992, emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Contohnya, cinta boleh memotivasikan seseorang untuk member hadiah kepada orang yang dia sukai. Sebaliknya, jika seseorang itu mempunyai emosi yang negatif, motivasi yang negative juga akan dihasilkan. Sebagai contoh, kebencian boleh menyebabkan pengaduhan dan pembunuhan.Walaubagaimanapun,emosi tidak menjadi pendorong dalam semua keadaan dan tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi. Misalnya, kita makan banyak kerana kita lapar. Motivasi adalah satu pilihan proses. Motivasi adalah daya penggerak untuk mencapai sesuatu yang mungkin dicapai. Jadi, menurut Mook,1996, motivasi menyebabkan seseorang melakukan sesuatu perkara tertentu. Motivasi juga boleh diterangkan sebagai faktor-faktor dalam atau luar manusia yang menyebabkan dia melakukan sesuatu perkara yang tertentu pada masa yang tertentu. Dorongan pula merupakan keadaan yang menyebabkan tingkah laku seseorang.Insentif adalah factor yang melahirkan motif untuk melakukan sesuatu. Terdapat juga teori-teori seperti teori naluri, teori kebangkitan, teori kemanusiaan.

Dalam teori-teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik pula, beberapa teori fisiologikal seperti James-lang theory dan  Cannon's challenge telah diliputi. Teori James-lang merupakan teori yang paling tua yang dikatakan olej Willian James pada tahun 1884.Teori ini disokongi oleh Carl Lang pada tahun 1887 dan selepas ini menjadi teori James-lang. Hypothesis bagi teori ini ialah emosi adalah dirangsangkan oleh reaksi psikologi. Mengikut teori James-lang , situasi->reaksi tubuh ->emosi, bukan situasi -> emosi -> reaksi tubuh. Emosi adalah anggapan perubahan tubuh badan. Misalnya, dalam situasi yang bahaya, jantung kita akan berdebar cepat , kita juga akan berpeluh, kadar pernafasan juga meningkat dan kesan semua ini akan menghasilkan emosi takut.

Dalam teori Cannon-Bard , teori James-lang telah dikritikkan kerana perubahan tubuh badan yang akan merangsangkan emosi bertindak sangat lambat dengan rangsangan .Oleh sebab itu, emosi datang dengan cepat selepas rangsangan. Reaksi fisiologi datang terlalu lambat untuk menhasilkan emosi. Teori ini juga mengatakan bahawa jantung dan perut tidak dapat menghasilkan emosi yang berbagai-bagai. Kadar denyutan jantung, tekanan darah dan proses penhadaman tidak berupay auntuk menentukan mana satu emosi yang sedang dialami. Manusia yang telah menjalani pembedahan pembuangan sistem saraf masih akan menpunyai emosi. Cannon dan Philip Bard mengatakan rangsangan akan menghasilkan impulses dan akan dihantar ke otak dan emosi dan perubahan tubuh badan akan dihasilkan pada masa yang sama. Seseorang akan bertindak kepada sesuatu rangsangan dan mengalami emosi itu pada masa yang sama. Misalnya , jika seseorang takut kepada ketinggian, semasa dia berada dalam tempat yang tinggi, dia akan mengalami emosi ketakutan, akibatnya, seseorang orang itu akan bertindak terhadap ketinggian itu. Jack Panskepp (1982, 1992) telah mengatakan emosi asas berkaitan dengan litar neural dan menjadikan 4 emosi (fear, rage, panic and expectancy) sebagai emosi asas di mana keempat-empat ini akan bertindak balas antara satu sama lain untuk menghasilkan emosi lain-lain.

Dalam teori kognitif, Schacter's Cognitive Labeling Theory, misattribution (kesilapan dalam menganggap sesuatu hasil daripada sesuatu yang lain), transfer of excitation dan cognitive appraisal theories telah diliputi. Schacter menerima teori James-lang tetapi beliau telah menambahkan factor kognitif dalam teorinya. Situasi akan mencetuskan reaksi badan dan selepasnya menghasilkan emosi dan penilaian kognitif. Sebagai contoh, apabila kebakaran berlaku, seseorang ibu bukan sahaja akan berasa takut dan berlari untuk menyelamatkan diri sendiri, malah dia akan juga menyelamatkan anak-anaknya. Dia memahami bahawa kebakaran akan membahayakan anak-anaknya. Jadi, dia akan mempunyai tindakan yang lain.Pemikiran akan menyebabkan kita menghasilkan tindakan yang lain.Di samping itu,  Schacter's Cognitive Labeling Theory mengatakan bahawa emosi yang seseorang mengalami bukan datang terus daripada rangsangan yang akan menghasilkan respon fisiologi yang sebenar, jadi kadangkala kita akan silap menganggap kebangkitan emosi. Sebagai contohnya, kesilapan dalam menganngap sindrom premenstrual terhasdap wanita selalu berlaku. Masyarakat selalu tersilap anggap bahawa wanita yang marah atau murung berada dalam sindrom ini tetapi sebenarnya wanita itu tidak berada dalam sindrom ini. Kesilapan dalam menganggap sesuatu hasil daripada sesuatu yang lain akan mengakibatkan konflik dan pengaduhan.

Kesimpulannya, kita harus mempunyai pengurusan emosi yang baik kerana emosi boleh menjadi motivasi kepada kehidupan kita. Emosi yang negatif akan mengakibatkan tindakan yang tidak rasional. Emosi kita juga akan mempengaruhi emosi orang lain. Misalnya, jika kita berasa sangat marah, kita mungkin akan bercakap dengan nada yang tinggi dan menggunakan kata-kata yang kasar, kesannya kawan-kawan kita akan mengalami emosi sedih.

Sekian, terima kasih.

 

 

No comments:

Post a Comment