Friday, August 19, 2011

Nur Anis Amanina Binti Rumzi LJ04 A131862  Emotion, Motivation and Us!!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Ini merupakan jurnal saya yang keempat. Pada hari ini, 17/8/2011 saya telah mengikuti kuliah yang telah diberikan oleh Dr Zamri mengenai 2 tajuk iaitu Emosi dan Motivasi serta Teori-Teori Fisiologikal, Kognitif dan Psikoanalitik. Sebelum kuliah dimulakan, Dr Zamri telah memberi sedikit taklimat tentang tugasan 2 yang berkaitan dengan kertas kerja. Pada asalnya, Dr Zamri telah mencadangkan agar satu kumpulan terdiri daripada 5 orang sahaja, namun begitu Dr Zamri telah menukarkan bahawa satu kumpulan boleh terdiri daripada 10-11 orang. Ini telah menyebabkan semua pihak berpuas hati dengan keputusan yang dilakukan oleh Dr. Terima kasih Dr Zamri kerana mempertimbangkan tentang bilangan ahli dalam sesebuah kumpulan.
Emosi ditakrifkan sebagai nada yang berkesan. Emosi boleh dikategorikan sebagai positif, negatif mahupun neutral.  Motivasi pula umumnya dianggap sebagai kajian dari segi aspek tenaga dan arah sesebuah tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu. Namun begitu, bagi saya motivasi adalah sesuat yang mendorong kita untuk mencapai apa yang kita ingini dalam kehidupan. Dalam satu artikel yang saya baca yang ditulis oleh Kendra Cherry, dia mengatakan "Motivation is defined as the process that initiates, guides and maintains goal-oriented behaviors. Motivation is what causes us to act, whether it is getting a glass of water to reduce thirst or reading a book to gain knowledge. It involves the biological, emotional, social and cognitive forces that activate behavior. In everyday usage, the term motivation is frequently used to describe why a person does something".  Ini bermaksud motivasilah yang mendorong kita untuk melakukan sesuatu sama ada untuk keperluan kita seperti makan, minum dan mandi atau untuk sesuatu yang kita hajati seperti belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat medical course  dengan stay up sampai ke pagi kerana terlalu bermotivasi untuk mencapai impian yang diingini.
 Seperti yang kita ketahui, emosi mempunyai empat komponen yang mengakibatkan seseorang itu menghasilkan sesebuah emosi iaitu perasaan individu tersebut, proses kognitif, perubahan fisiologi dan juga tingkah laku yang berkaitan. Komponen-komponen ini boleh didapati dalam situasi dimana seseorang itu terserempak dengan penjahat. Dia akan berasa takut, dan cuba untuk memikirkan cara untuk melarikan diri daripada penjahat tersebut. Semasa situsi tersebut berlaku , dia merasakan dirinya bernafas dengan laju dan jantungnya berdebar-debar.  Akhirnya, setelah lama berfikir, dia mengambil keputusan untuk menjerit dan melarikan diri bagi menyelamatkan diri daripada penjahat tersebut. Pada awalnya, sudah saya katakan bahawa saya hanya menjangka emosi itu Cuma berkaitan dengan perasaan seseorang manusia. Namun begitu, emosi ini mempunyai makna yang lebih luas atau melibatkan perkara yang lain selain daripada perasaan semata-mata. Baron dan Logan mengatakan bahawa emosi tidak dapat dipisahkan dengan motivasi.
Melalui apa saya baca, terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan emosi.
James-Lange Theory
 
The James-Lange theory of emotion argues that an event causes physiological arousal first and then we interpret this arousal.  Only after our interpretation of the arousal can we experience emotion.  If the arousal is not noticed or is not given any thought, then we will not experience any emotion based on this event.
 
EXAMPLE: You are walking down a dark alley late at night.  You hear footsteps behind you and you begin to tremble, your heart beats faster, and your breathing deepens.  You notice these physiological changes and interpret them as your body's preparation for a fearful situation.  You then experience fear.
 
 
Cannon-Bard Theory
 
The Cannon-Bard theory argues that we experience physiological arousal and emotional at the same time, but gives no attention to the role of thoughts or outward behavior.  
 
EXAMPLE:  You are walking down a dark alley late at night.  You hear footsteps behind you and you begin to tremble, your heart beats faster, and your breathing deepens.  At the same time as these physiological changes occur you also experience the emotion of fear.
 
 
Schachter-Singer Theory
 
According to this theory, an event causes physiological arousal first.  You must then identify a reason for this arousal and then you are able to experience and label the emotion.
 
EXAMPLE:  You are walking down a dark alley late at night.  You hear footsteps behind you and you begin to tremble, your heart beats faster, and your breathing deepens.  Upon noticing this arousal you realize that is comes from the fact that you are walking down a dark alley by yourself.  This behavior is dangerous and therefore you feel the emotion of fear.
 
Selain itu, terdapat juga konsep dan teori tentang motivasi. Yang pertama ialah motivation. Motivasi ialah faktor dalaman mahupun luaran seseorang individu yang menyebabkannya bertindak sebegitu pada masa tersebut. Yang kedua ialah drive. Ia adalah keadaan dalaman atau dorongan yang mengaktifkan tingkah laku untuk mengurangkan keperluan dan memulihkan hemostasis. Melalui apa yang dibaca: According to Clark Hull (1943, 1952), humans have internal internal biological needs which motivate us to perform a certain way.  These needs, or drives, are defined by Hull as internal states of arousal or tension which must be reduced.  A prime example would be the internal feelings of hunger or thirst, which motivates us to eat.  Seterusnya ialah incentive. Ia adalah matlamat luaran yang menarik atau menolak sesebuah tingkah laku yang ditunjukkan. Ia juga adalah faktor yang memberi kita motif untuk melakukan tindakan tertentu. Contohnya kewangan, moral dan juga paksaan. Instinct pula ialah motif yang semula jadi. Contohnya bayi dilahirkan dengan kebolehan yang unk yang membolehkan mereka hidup iaitu mereka dilahirkan dengan kebolehan untuk menangis. Dengan ini, ibu bapa boleh tahu bila masa untuk memberi makan kepada bayi tersebut, bila masa untuk menukar lampinnya dan bila masa bayi tersebut memerlukan perhatian dan belaian. Tanpa kebolehan menangis yang ada pada bayi, ibu bapa mungkin tidak tahu apa-apa tentang bayi mereka. Dengan ini, ibu bapa juga boleh berkomunikasi dengan bayi mereka walaupun secara tidak langsung dan tanpa sebarang percakapan.
 
Arousal teori pula menyatakan bahawa kita didorong untuk mengekalkan tahap arousal untuk berasa selesa. Arousal merujuk kepada keadaan sesebuah emosi, intelektual dan juga aktiviti fizikal seseorang. Ini dapat dilihat apabila kita pergi memanjat gunung untuk mengekalkan stamina dan fizikal , pergi ke sekolah untuk meningkat intelektual dan juga menonton cerita sedih dan mengalirkan menahan air mata daripada menahannya agar kita berasa lebih selesa.  Akhirnya ialah teori humanistic iaitu tentang hieraki sesebuah keperluan. Abraham Maslow mencadangkan bahawa motif dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu daripada asas keperluan untk terus hidup dan juga keperluan psikologi dan diri-sendiri.
 
The Hierarchy of Needs yang dilakukan oleh Abraham Maslow menunjukkan bahawa diperingkat yang rendah, kita mesti fokus kepada isu asa seperti makan, minum  dan rehat. Bayangkan tanpa makan, minum dan rehat yang secukupnya bagaimana kita hendak fokus diperingkat yang lebih tinggi  iaitu hormat, pendidikan dan pengiktirafan?
Dapat disimpulkan bahawa, motivasi dan emosi amat berkait antara satu sama lain. Emosi menekankan tentang arousal manakala motivasi menekankan tentang aksi. Tanpa emosi, bagaimana kita hendak memotivasikan diri kita untuk mencapai sesuatu yang kita ingini? Manakala tanpa motivasi, bagaimana pula emosi kita hendak diekspreskan dan bertindak mengikut apa yang kita mahu? Selain itu, emosi boleh memberikan ganjaran atau hukuman kepada sesuatu kelakuan yang bermotivasi. Oleh, emosi perlu diekspreskan dengan betul agar tidak memberikan sebarang permasalahan kepada kita dan juga orang disekeliling kita.
 

No comments:

Post a Comment