Friday, August 19, 2011

A131953 MUHAMAD FARHAN BIN ISHAK LJ04 MOTIVASI!!!

Emosi dan motivasi

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

            Alhamdulillah, nampaknya saya masih lagi mempunyai kudrat untuk terus membuat jurnal yang ke empat untuk kursus ZT 2253. Jujur, setiap kali menaip, menulis dan berfikir mengenai jurnal ini, emosi saya agak terganggu namun, tanggungjawab masih lagi tanggungjawab, oleh itu, saya akan cuba mengahabiskan jurnal ini sebaik mungkin. Mungkin, saudara atau saudari mahupun Dr sendiri yang membaca jurnal ini mungkin boleh mentertawakan saya yang semakin kebuntuan dalam mencari idea-idea untuk terus menaip. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan jurnal ke 4 yang telah saya coretkan dan saya coretkan mengikut idea dan pengetahuan saya yang masih setahun jagung ini. Bak kata pepatah, kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, kalau anda ringan tulang, bantu-bantu lah saya yang sangat amatur ini. *pantun sendiri, harap maklum*
     Untuk pengetahuan semua, kuliah kali ini betarikh 17 ogos 2011 dan seperti biasa pada hari Rabu. Kali ini, situasi agak berbeza berbanding sebelum ini kerana, saya tidak cukup tidur, oleh itu, saya teramat sangatlah mengantuk sewaktu kelas, oleh itu saya ingin memohon ampun kepada Dr kerana banyak kali tertidur. Namun, tidur bukan sebarang tidur, tidur saya memberi manfaat. Walaupun saya banyak kali terlelap sewaktu kuliah, namun, saya rasa topic EMOSI dan MOTIVASI agak mencuri perhatian saya. Pada pendapat saya, emosi dan motivasi bagaikan our dengan tebing, tidak dapat dipisahkan. Kedua- dua ini merupakan sesuatu yang amat berkait dan memainkan peranan yang penting dalam menjana kesungguhan seseorang sewaktu belajar.
       Sebelum saya mengupas lebih lanjut, saya ingin jelas dan memperingat kan anda semua tentang apa itu emosi dan motivasi. Seperti yang anda maklum, emosi merupakan sesuatu sifat, ataupun perasaan yang wujud dalam diri manusia dan terdiri dari emosi positif, negatif dan neutral manakala motivasi pula merupakan sesuatu yang menetapkan target yang ditentukan untuk dicapai dan diikuti dengan usaha yang sangat gigih. Untuk emosi, terdapat empat kompenen utama iaitu perasaan, proses kognitif , perubahan fisiologi dan akhir sekali tingkatlaku berkaitan.  Menurut Baron dan Logan , emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi.  Menurut  Lang emosi boleh menjadi motivasi kepada tingakahlaku manusia. Sebagai contoh, emosi boleh mendorong kepada motivasi apabila seseorng itu bertekad tentang melakukan sesuatu perkara. Antara bukti yang terang lagi nyata yang dapat dilihat dikalangan budak perubatan dan saya sendiri, adalah perasaan kecewa atau sedih apabila keputusan peperikasaan tidak begitu memberansangkan walaupun kita telah mencuba sedaya upaya. Dalam hal ini, emosi kecewa , sedih tersebut akan menjadi pendorong dan motivasi untuk saya dan pelajar-pelajar lain untuk belajar dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh demi mencapai result dan memberansangkan. Dalam konteks ini, dapat kita lihat bangaimana emosi itu, menjadi pendorong kepada seseorng untuk belajar dengan lebih rajin.
   Walaupun emosi itu boleh mendorong kepad motivasi, namun ianya tidak berlaku dalam semua keadaan dan tidak semua pendorong itu berdasarkan emosi.  Sejujurnya saya sendiri tidak beberapa jelas dengan ayat yang telah saya tulis tersebut. Kenapa sedemikian?inilah terjadi apabila tertidur dalam kuliah!!! Oleh itu, saya akan cuba huraikan maksud ini mengikut pemahaman saya sendiri. "statement" diatas mungkin ingin merangkan bahawa kadang-kadang emosi ini tidak dapat menjurus kepada motivasi, sebagai contoh, seseorng yang marah, sudah tentu emosi tersebut tidak dapat mendorong kepada suatu tingkahlaku yang positif. Pada pandangan saya, selalunya emosi negatif seperti kecewa dan sedih akan mendorong seseorang untuk lebih rajin dan maju kehadapan. Kenapa saya cakap sedemikian? Hal ini adalah kerana suka dan duka merupakan asam garam dalam kehidupan. Tidak kiralah sejauh mana kegembiraan yang anda mungkin cetuskan di raut wajah anda,mesti terdapat kekecewaan yang mungkin terpendam dalam jiwa anda.  Maklumlah,tiada manusia yang sempurna, namun jangan sesekali menjadikan ketidaksempurnaan yang terdapat pada diri sendiri itu sebagai factor "demotivasi" yang merupan motivasi negatif yang akan menjatuhkan kita. Gunakan ketidaksempurnaan itu sebagai suatu kelemahan dan membuatkan kita lebih berhati-hati dan berfikir dengan sepenuhnya sebelum melakukan sesuatu.
    Sekarang saya akan huraikan sedikit tentang emosi itu sendiri, emosi itu merupakan suatu keadaan dimana terdapat perubahan pada riak wajah , badan , stimulasi otak , perasaan subjektif dan akhirnya mewujudkan tindakbalas ataupun respon. Selalunya, emosi merupakan sesuatu yang dibentuk mengikut budaya setempat. Emosi merupakan tindakan adaptasi badan kita terhadap keadaan yang berlaku pada sekeliling kita dan merupakan sesuatu yang menghubungkan kita dengan orang sekeliling. Secara kasarnya, emosi yang akan membuatkan kita bertindakbalas terhadap sesuatu ransangan.
   Terdapat beberapa teori yang menjelaskan tentang motivasi.  Namun saya tidak berminat untuk menghuraikan kerana teorinya sangat berkait rapat dengan ilmu perubatan yang telah saya pelajari. Oleh itu, saya ingin cuba menceritakan apa yang dimaksudkan dengan motivasi pada diri saya sendiri. Kenapa perlu motivasi? Pentingkah? Perlukah? Bangaimana cara mendapatkan motivasi?
    Kenapa perlu motivasi? Adakah kita tidak cukup "motivate" ?  Untuk makluman ,kita sebagai khalifah diatas muka bumi ini haruslah sedar bahawa kita ini tidak sempurna dan jiwa dan perasaan kita ini tersangat mudah untuk terguris dan mengguris. Sama ada kita sedar mahupun tidak, selalunya, pada seseorang yang kental imannya, sesuatu kegagalan akan menjati batu loncatan kepada indivitu tersebut untuk lebih berusaha dengan belajar bersungguh-sungguh, lebih tekun dan lebih tekad. Bila adanya usaha, jangan pula kita lupa bertawakal. insyaALLAH kejayaan akan berada disamping kita. Ingtlah bawah ALLAH itu maha pemurah lagi pengasih dan jangan sesekali kita meraguinya. Yakin lah kepada kekuasaan dan keesaanNYA.  Sekiranya kita masih gagal, mungkin ALLAH hendak menguji tahap kekuatan iman kita, oleh itu, janganlah sesekali kita mudah berputus harap dengan rahmat ALLAH.
    Pentingkah? Perlukah? Ya! Memang kita sangat memerlukan motivasi, hal ini adalah sedemikan kerana, dengan adanya motivasi, kita akan lebih matang dan berfikiran luas. Sebagaimana yang kita tahu, fikiran yang bijak datang dari otak yang cergas dan minda yang cerdas. Cuba anda bayangkan dunia tanpa motivasi, tidak akan wujud persaingan diantara manusia dan tidak wujud kemajuan dalam kehidupan manusia kerana semua telah berpuas hati dan selesa  dengan apa yang kita sudah ada. Apa yang saya ingin jelaskan disini, motivasi akan mendorong ummah untuk lebih membangun dan lebih bijak dan pintar dalam menyebarkan syiar islam.
   Bagaimana cara mendapatkan motivasi? Terdapat banyak cara sebenarnya untuk mendapatkan motivasi, Cuma terletak pada diri dan kemahuan kita sendiri samaada mahu mencarinya ataupun tidak, terdapat banyak buku dan rujukan online dipelbagai lamam sesewang yang boleh menjadi rujukan. Namun ketahuilah, bahawa Al-quran dan Sunnah nabi Muhammad s.a.w sentiasa boleh menjadi motivasi dikala hati kegelisahan. Hayati dan fahami maknanya , insyaALLAH, anda tidak akan sesat didunia dan akan bahagia di akhirat.
 
Wallahualam..
 

No comments:

Post a Comment