Salam Satu Malaysia dan bertemu lagi kita dalam jurnal penulisan saya yang keempat bagi ZT2253, Pengurusan Emosi bagi perkuliahan 17/8/2011. Pada hari itu,kami dikhabarkan bahawa kuliah akan bermula lambat kerana pensyarah kami,Dr Zamri terperangkap dalam kesibukan jalan raya di KL.Tidak hairanlah kerana pada waktu-waktu sebegitu tambahan lagi pada bulan puasa,semua orang sudah mula meninggalkan tempat kerja untuk menuju ke bazaar buat membeli juadah untuk berbuka puasa.Kuliah pada hari itu berakhir pada pukul 5.00 petang.Pada waktu itu juga,hujan mulai turun secara renyai-renyai.Saya meramal hujan pada petang itu hanya sementara.Pada pukul 6.00 petang,saya mula bergerak ke bazaar.Malangnya,sesudah sampai di bazaar,hujan turun dengan selebat-lebatnya ditambah lagi dengan kilat sabung menyabung merumitkan lagi keadaan.Pada penulisan yang lepas, saya telah menghuraikan serba sedikit berkenaan emosi negative dan kesannyanya terhadap kehidupan harian kita. Namun pada kali ini penulisan perbincangan saya akan sedikit berbeza, namun masih lagi berpaksikan emosi. Saya ingin merungkai hubungan berkaitan emosi manusia dan bagaimana emosi seseorang itu memotivasikan dirinya untuk menjadi insan yang mulia. Isu ini sedikit sebanyak telah dibincangkan di dalam kuliah yang lepas, namun kali ini saya akan mengupasnya dengan pendapat saya sendiri dan saya selitkan serba sedikit input yang saya telah dapat pada kuliah yang lepas. Sebelum saya pergi lebih jauh, saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian berkaitan video yang dipertontonkan kepada kami pada kuliah yang lepas oleh Dr. Zamri berkaitan dengan keperihan hidup seorang pensyarah Universiti Malaya suatu ketika ketika zaman mudanya yang diabadikan didalam sebuah lagu yang digubahnya sendiri. Pada mulanya video itu amat menjengkelkan saya kerana bahasa yang digunakan adalah loghat Kelantan yang amat sukar bagi saya untuk memahaminya namun, sarikata yang disediakan diteliti satu demi satu dari detik ke detik mula mencolek perasaan syahdu dan sedih saya sehinggakan hampir membuatkan saya menitiskan air mata. Kegigihan beliau untuk mencapai kejayaan sehanigga ke menara gading yang sangat perit banyak membuatkan saya bermotivasi untuk terus berusaha didalam bidang perubatan ini walau onak dan duri terpaksa saya hadapi. Video ini sangat berkorelasi dengan tajuk perkuliahan kita kali ini iaitu "Emosi dan Motivasi".
Adakalanya kita penah dengar perkataan emosi serta motivasi, tetapi adakah kita faham tentang apakah sebenarnya emosi dan motivasi itu. Justeru itu, saya akan menerangkan apa itu emosi dan motivasi terlebih dahulu. Sebutan emosi menurut Daniel Goleman (1995), seorang pakar kecerdasan emosional, yang diambil dari Oxford English Dictionary bermakna emosi sebagai setiap kegiatan atau pergolakan fikiran, perasaan, nafsu, setiap keadaan mental yang hebat dan meluap-luap. Manakala definisi motivasi pula ialah situasi dalaman diri yang membangkit, menguasai dan mengekalkan sesuatu tingkah laku dalam diri individu itu. Berdasarkan definisi itu, jelaslah emosi itu merupakan sesuatu yang luas maknanya dan tidak dapat untuk menspesifikannya kepada satu aspek sahaja. Selain itu, emosi turut mempunyai kaitan yang sangat akrab dengan motivasi. Tidak semua emosi yang dialami boleh menjadi pendorong kepada seseorang individu dalam melakukan sesuatu, bahkan ia juga mempunyai kesan yang menyebabkan seseorang individu itu mengalami penurunan tahap motivasi. Justeru, ia adalah pilihan kita sendiri sama ada emosi yang dialami hendak diambil sebagai semangat dalam meningkatkan lagi motivasi ataupun sekadar membiarkan emosi sama ada positif dan negatif menguasai diri sehingga menyebabkan tahap motivasi menurun.
Emosi terbahagi kepada empat bahagian yang penting di mana yang pertama adalah perasaan, yang kedua proses kognitif, yang ketiga perubahan fisiologi manakala yang terakhir adalah tingkahlaku berkaitan. Terdapat tiga theory tentang emosi dan motivasi iaitu "James-Lange Theory", "Cannon's Challenge" dan "Two-Factor Theory". Bagi teori yang pertama iaitu "James-Lange Theory" apabila terima sesuatu ransangan akan berlaku perubahan fisiologi dan tingkah laku. Tambahan pula, subjek juga akan mengalami emosi mengikut ransangan yang diterima. Manakala bagi "Cannon's Challenge" pula ia mengatakan bahawa apabila menerima sesuatu ransangan, individu tersebut akan mengalami emosi sedar dan menyebabkan perubahan fisiologi. Bagi teori yang terakhir pula iaitu "Two-Factor Theory" menyatakan bahawa apabila seseorang individu menerima ransangan, individu tersebut akan mengalami kabangkitan fisiologi ditambah dengan label kognitif untuk merangsang dan emosi sedar. Daripada teori-teori tersebut dapat diperjelaskan bahawa emosi dapat menolong tubuh badan kita untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang dihadapi serta bersedia dengan tindakan yang akan diambil. Namun, James-lange theory telah dicabar oleh ahli psikologi seperti Walter Cannon dan Philip Bard, pada tahun 1920 yang mengemukakan satu konsep yang dikenali sebagai Cannon-Bard theory of emotion yang menunjukkan bahawa perubahan fisiologi adalah kerana pengaruh emosi. Pada tahun 1962 pula, Schacter dan Singer telah mengeluarkan satu teori yang dikenali sebagai two-factor theory of emotion ataupun juga dikenali sebagai Schachter-Singer theory yang menyatakan bahawa emosi merupakan satu fungsi bagi faktor kognitif dan juga arousal fisiologi.
Selepas mempelajari teori-teori ini, apakah sebenarnya kaitan emosi dengan motivasi? Apakah kepentingan hubungan antara emosi dengan motivasi dan kesannya kepada kita? Menurut Napoleon Hil dalam bukunya " Think and Grow Rich ", beliau mengetengahkan bahawa apabila emosi dan keinginan seseorang timbul dalam jiwa seseorang, ini dapat memotivasikan seseorang dengan memberi dorongan yang sangat efektif. Menurut beliau, emosi dan motivasi akan menguatkan lagi keinginan seseorang untuk mencapai sesuatu dan secara tidak langsung membentuk kuasa dan momentum yang kuat bagi seseorang itu untuk menjayakan keinginannya. Sebagai contoh, seseorang yang ingin mendapatkan ganjaran daripada pihak atasan dalam pejabatnya dan seterusnya mendapat peluang naik pangkat akan dimotivasi oleh keinginannya dan akan berusaha bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan-tugasan yang diberi kepadanya agar keinginannya untuk mencapai hasratnya untuk mendapat peluang naik pangkat. Secara amnya,berdasarkan rujukan,konsep motivasi mengandungi banyak jenis komponen.Antaranya ialah insentif , naluri,daya tuju,dan sebagainya.Insentif merupakan satu faktor yang dibincangkan serba sedikit tadi dan ianya dapat menimbulkan motif bagi hala tuju sesuatu tindakan atau pemilihan keputusan.Insentif ini boleh diklasifikasikan dalam 2 bentuk,iaitu kewangan dan bukan kewangan.Contoh insentif dalam bentuk kewangan adalah hadiah berupa wang tunai, gaji yang tinggi,kereta berjenama tinggi yang mahal,dan lain-lain lagi.Contoh insentif dalam bentuk bukan kewangan pula ialah nilai pengajaran,peluang bertemu dengan artis kegemaran,janji tentang perkahwinan kepada kekasih,perlindungan,dan sebagainya.
Secara keseluruhannya,emosi memainkan peranan penting dalam memotivasikan diri kita sebagai manusia yang berguna.Manusia amat memerlukan motivasi untuk terus bersemangat menjalani kehidupan seharian.Sebagai contoh,seorang pekerja akan lebih bermotivasi jikalau rakan sekerjanya memberikan layanan yang memuaskan dan bekerjasama dengannya di tempat kerja.Pekerja akan lebih bersemangat lagi sekiranya majikan berbesar hati untuk menaikkan gaji dan pangkat atas kerajinan dan sikap profesional ketika bekerja.Sekian,terima kasih.
No comments:
Post a Comment