Friday, August 19, 2011

Sha Allyza Herdayu Sabarudin A131472 LJ04 EMOSI VS MOTIVASI!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu ini merupakan minggu ke empat saya menulis jurnal. Nampaknya sudah empat kali saya menulis jurnal dan saya semakin kehabisan idea. Pada kuliah yang lepas, saya agak kurang bersemangat dan kurang tumpuan. Mungkin kerana kuliah yang diadakan ditunda selama sejam. Bak kata pepatah penantian itu satu penyeksaan. Hal ini kerana perbincangan yang diadakan bagi membincangkan tentang tugasan 2 bagi kumpulan saya hanya mengambil masa yang singkat. Sementara menunggu ketibaan Dr Zamri saya mengambil peluang untuk merehatkan akal yang telah bekerja keras sejak pagi. Sebelum saya menerangkan lebih banyak lagi tentang tajuk kuliah ingin saya menceritakan tentang kronologi yang berlaku pada kuliah tersebut. Pada mulanya Dr Zamri menerangkan tentang tugasan kumpulan yang wajib dijalankan. Terdapat beberapa tajuk yang menarik minat saya antaranya ialah kesan tsunami dan emosi yang terdapat dalam drama korea. Selepas itu kuliah dijalankan seperti biasa. Dan kami dipertontonkan dengan sebuah video yang menarik. Saya ingin kupas beberapa isi penting yang terdapat dalam video tersebut. Video tersebut amat menyedihkan. Menceritakan tentang seseorang pelajar miskin yang bersusah payah demi menggapai impian. Itulah contoh terbaik yang patut dicontohi dalam diri setiap pelajar. Dalam video tersebut Halim Yazid iaitu pencipta lagu tersebut menceritakan tentang kisah hidupnya yang amat daif pada satu ketika dulu. Namun berkat ketabahan dan kecekalan beliau, beliau bejaya merangkul segulung ijazah atas usaha keras beliau dan menjawat jawatan sebagai pensyarah di sebuah universiti terkemuka iaitu Universiti Malaya. Marilah kita sama-sama menghayati lagu ini.

Ado satu ketika cikgu mintok 10 rial
dio kata sekolah kito nok gi melawat sambil belajar
Hummm...tak dok apo doh la cikgu wei.., saya tok leh bayar
Orghe lain gi belako, ambo sore jah tinggal
Hok ambo perit sengoti, kena gi sekolah alik pete
cikgu kata wajib mari, rumoh kuning ado latihan
Ambo la hok banyok sekali kena hungga keliling pade
kerana ambo tok leh nok beli seluar pendek kasut suke
Ooooooo....Malu nye wei, ambo kena paje
Oooooooo...Ni lah baru ambo royat ko orghe
Terimakasih lah cikgu-cikgu kerana sudi ajar saya
Dari darejah satu hinggo jadi manusio
Mintok halal segala ilmu hok cikgu bui selamo maso
Di tapok kaki guru ambo tunduk mintok reda
Alkisahlah ambo pulok tengoh dok kena gaji di universiti Malaya
Buku rujukan pun ambo takdok, paka harap ko salin nota
Beraso malu jugok masok majlis hok besar-besar
Baju ambo muroh telajok, 12 rial jah sehelai
Hari konvokesyen, hari untuk ayoh bonda
Penat jerih seribu musim, harap mek ayoh beraso banggo
Tahniah dari sain-sain, ambo terima banyok bunga
Ambolah orghe panggil Halin anok kapong kito hok paling berjaya



Bagi saya Halim Yazid ini amat memahami keadaan keluarganya. Ada sesetengah kita yang kurang memahami tentang masalah yang dihadapi oleh keluarga kita. Ayah sering berpesan. Saya boleh berkawan dengan sesiapapun. Namun saya perlu tahu tempat asal saya. Hidup ini tidak perlu ikut orang. Pada mulanya saya agak tidak memahami maksud ayah. Namun kini saya makin memahami nasihat itu. Hal ini kerana kita perlu mengukur baju di badan sendiri. Tidak perlu mengikut- mnegikut orang hanya untuk mendapatkan perhatiannya.

Sebagai seorang pelajar kita haruslah mencontohi sifat beliau. Walaupun hidup dalam serba kekurangan namun beliau tetap kental menghadapi cabaran. Terdapat sebuah lagu yang menarik minat saya iaitu takdir nyanyian Opick dan Melly Goeslow.

Takdir

Dihempas gelombang dilemparkan angin
Terkisah bersedih bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencanaNya

semua berjalan dalam kehendakNya
nafas hidup cinta dan segalaNya

Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi

Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti (hilang kan berganti)

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati merindukan Dia
karena hanya denganNya hati tenang
Damai jiwa dan raga

Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Hanya padaMu ya robbi

Lagu ini menceritakan tentang ketetapan Allah iaitu takdir bagi setiap hambanya. Namun setiap ujian yang diberikan itu punyai hikmah disebaliknya. Begitulah kehidupan walau sesusah mana sekalipun kita sebagai manusia haruslah menghadapinya dengan tangan yang terbuka. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Allah tidak akan menguji hambanya jika hambanya itu tidak mampu. Setiap dugaan yang datang itu adalah langkah untuk kita menguatkan lagi hati kita.

Kemudian saya teruskan jurnal saya dengan tajuk kuliah kita pada minggu ini.
Tajuk kuliah pada kali ini ialah emosi dan motivasi. Dalam kuliah ini kita perlu memahami hubungan antara emosi dan motivasi. Apakah erti motivasi?? motivasi berasal dari perkataan "motivation". Perkataan itu pula berasal dari "motive" yang bermaksud tujuan. Melalui pembacaan saya disalah sebuah laman web. Motivasi boleh dikelaskan kepada beberapa definisi. Antaranya ialah
  • Motivasi yang sebenar-benarnya bermaksud sesuatu perkara yang menggerakkan seseorang dalam tingkahlakunya samaada positif atau negatif.
  • Motivasi boleh dikatakan sebagai pendorong. Hal ini dapat dilihat dalam sesebuah organisasi atau keluarga. Mereka mempunyai matlamat,wawasan dan cita-cita. Jika dilihat disekolah juga terdapat wawasan. Ini menunjukkan mereka mempunyai impian dan target untuk dicapai.
  • Motivasi juga didefinisikan sebagai tahap kesungguhan seseorang itu untuk mencapai apa yang diingininya. Contohnya segelintir pelajar perubatan yang bangun belajar pada waktu malam untuk mentelaah dan untuk mendapat gred yang baik dalam peperiksaan.
  • Motivasi sebagai stimulator. Sebagai contoh ibubapa kita berusaha bersungguh-sungguh untuk membesarkan anak walaupun mendapat pelbagai cabaran yang harus dihadapi. Namun demi kasih yang suci mereka sanggup berkorban apa sahaja.
  • Motivasi sebagai pemangkin keberanian. Apabila kita mempunyai semangat yang tinggi segala kelemahan kita akan kita lupai. Contohnya pejuang tanah air yang sanggup mengorbankan nyawa demi kemerdekaan negara. Walaupun mereka sedar akan kekuatan mereka jika dibandingkan dengan penjajah-penjajah yang lain. Namun mereka tetap tidak gentar.

Siapa yang menjadi pendorong semangat anda? Pada saya kedua ibubapa saya merupakan sumber inspirasi saya yang utama. Pada saya kejayaan yang saya perolehi bukanlah untuk diri saya. Namun kejayaan itu untuk mereka yang banyak berjasa dalam hidup saya. Pernah suatu ketika dahulu pencapaian saya merosot. Saya berasa amat sedih. Sedih ini bukanlah untuk keputusan tersebut namun untuk mereka. Kerana bagi saya. Saya telah mengecewakan mereka. Walaupun mereka menerimanya dengan hati yang terbuka. Namun jauh disudut hati mereka. Mereka mungkin berasa kecewa. Oleh itu sebagai anak saya berasa saya haruslah menggembirakan hati mereka dengan apa jua keadaan. Saya berharap keputusan saya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan ini menggembirakan hati mereka walaupun bidang ini bukanlah menjadi pilihan saya. Namun saya percaya restu mereka melebihi segala-galanya. Dimana ada kemahuan di situ ada jalan.

Sekian.


No comments:

Post a Comment