Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Selepas menghadiri kuliah kelima Pengurusan Emosi ZT2253 pada 17 Ogos 2011, izinkanlah saya meringkaskan tentang pendapat dan ilmu pengetahuan yang saya pelajari dalam jurnal keempat saya ini. Pada hari itu, kita telah diberi taklimat oleh Dr. Zamri tentang Tugasan 2 Kertas Kerja dan cara pemarkahannya. Kita juga diberi masa untuk berbincang tentang tugasan tersebut dengan ahli-ahli kumpulan masing-masing. Saya berasa gembira kerana akhirnya jurnal yang bertungkus-lumus kita buat ini dipuji oleh Dr. Zamri. Disebabkan banyak pelajar bukan sahaja dapat meringkaskan apa yang telah belajar dalam kuliah, bahkan kita juga dapat mengaitkan pengalaman istimewa sendiri, buku ataupun filem yang pernah kita tontoni.
Tajuk yang telah didedahkan kepada kita kali ini ialah 'Emosi dan Motivasi'. Emosi boleh didefinisikan dari segi keberkesanan tonnya. Emosi ini sama ada positif atau negative, tetapi tidak pernah neutral. Motivasi pula secara umumnya dianggap sebagai kajian aspek arah dan tenaga tingkah laku. Di samping itu, Dr. Zamri menyelitkan beberapa emosi yang telah kita pelajari sebagai ulang kaji kepada tajuk 'Emosi Positif dan Negatif'. Contoh emosi-emosi positif seperti gembira, bahagia, kasih manakala emosi-emosi negatif seperti malu, takut, marah dan sedih. Emosi bibahagikan kepada empat komponen, iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku yang berkaitan. Betul kata Lang et al(1992), emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku. Biarlah saya berkongsi dengan para pembaca tentang pengalaman hidup saya. Saya pernah sesekali mencapai 7A 1B dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Pada masa itu, saya berasa amat kecewa(emosi) disebabkan kebanyakan rakan saya mendapat A dalam semua subjek yang diambil. Lantaran itu, emosi ini menjadi satu dorongan saya yang kuat untuk belajar bersungguh-sungguh berkali ganda(tingkah laku) supaya saya dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan atau ujian yang akan datang. Akhirnya, saya berjaya skor 'straight A' dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
Berdasarkan 'James-Lange Theory' dan 'Cannon's Challenge', emosi mempunyai hubungan yang rapat dengan perubahan dan rangsangan fisiologi seseorang. Misalnya, apabila seseorang dipanggil namanya oleh pensyarah secara tiba-tiba waktu kuliah, orang itu pasti akan berasa takut dan terkejut, denyutan jantung akan bertambah cepat dan seterusnya menjawab dengan suara yang mengigil. Contoh ini jelas menunjukkan bahawa emosi melibatkan perubahan muka dan badan, pengaktifan otak, penilaian kognitif, perasaan subjektif, dan kecenderungan ke arah satu tindakan. Selain itu, emosi boleh bertindak sebagai satu tindak balas adaptif kepada rangsangan di sekelilingnya dan respons ini secara tidak langsung akan membantu dalam menyampaikan niat kita kepada orang lain. Jadi, emosi ini menolong kita supaya bersedia untuk bergerak, mengambil tindakan, dan menghadapi sesuatu perkara. Misalnya, persaan takut sesorang untuk mencuri walaupun dalam keadaan terdesak dapat mengelakkan seseorang daripada melakukan perkara yang berdosa dan tidak bermoral.
Tambahan pula, ingin saya ulaskan tentang konsep dan teori motivasi. Motivasi ialah satu faktor dalam dan luar yang menyebabkan manusia berkelakuan dengan cara tertentu pada waktu tertentu. Pemangkin pula merupakan suatu keadaan dalaman atau gerak hati yang mengaktifkan tingkah laku untuk mengurangkan keperluan dan memulihkan homeostasis. Insentif ialah matlamat luaran yang 'menarik' dan 'menolak' tingkah laku manusia. Antara konsep lain yang dapat dijadikan motivasi ialah naluri, 'arousal', teori humanistik dan motivasi secara tidak sedar. Biarlah saya menjelaskan setiap konsep yang telah saya senaraikan di atas. Pemangkin merupakan keadaan yang dihasilkan oleh sistem pusat yang terletak di hipotalamus dalam otak. Biasanya, keadaan dalaman badan manusia berada dalam keadaan seimbang(homeostasis). Pemangkin akan wujud apabila homeostasis diganggu. Insentif pula bermaksud mana-mana faktor (dalam bentuk kewangan atau bukan kewangan) yang memberikan tujuan untuk seseorang melakukan sesuatu perkara. Antara jenis insentif yang ada ialah kewangan, moral, dan paksaan. Sebagai contoh, apabila seorang pelajar mempunyai peningkatan walau betapa sedikit pun patut diberi ganjaran seperti sekeping coklat supaya individu tersebut akan tekun belajar lagi disebabkan dia rasa usahanya dihargai orang lain. Naluri pula satu respons atau tindak balas yang dizahirkan dan tidak dapat dipelajari terhadap sesuatu rangsangan. Contohnya, tingkah laku haiwan semasa berkasih-kasihan. Menurut teori humanistic, Abraham Maslow mengatakan bahawa motif boleh dibahagikan kepada beberapa tahap dari keperluan asas ke keperluan psikologi dan untuk kepuasan diri. Antara keperluan asas manusia ialah makanan, air, tempat tinggal, pakaian, pasangan hidup, rakan-rakan yang sudi menghulurkan bantuan dan sebagainya. Misalnya, sekiranya seseorang ingin pengurusan emosi yang baik, individu tersebut perlu mempunyai pemakanan yang seimbang, air dan rehat yang mencukupi. Tanpa keperluan fisiologi ini, terjejasnya kesihatan seseorang itu. Jadi, emosi seseorang itu tidak akan stabil dan seterusnya mengakibatkan pengurusan emosi seseorang itu tidak dapat dijalankan secara efektif. Tambahan pula, keselamatan seseorang juga amat mustahak. Hal ini demikian disebabkan tanpa keselamatan, seseorang itu akan hidup dalam ketakutan. Sebagai contoh, kalau kes kerompakan berlaku dalam salah satu tempat kediaman kampung malah tiada langkah diambil untuk membanteras masalah ini, semua penghuni akan kerap bimbang tentang keselamatan mereka dan secara tidak langsung mereka tidak dapat memfokuskan diri dalam apa yang dijalankan lalu menyebabkan pencapaian kerja menurun.
Seterusnya, Dr. Zamri juga mendedahkan Teori James-Lang dalam kuliah ini. Teori ini telah dicadangkan oleh Willian James pada tahun 1884 dan disokongkan oleh Carl Lange pada tahun 1887. Teori ini juga merupakan teori psikologi yang paling lama. Berdasarkan teori ini, perubahan fisiologikal dalam badan kita terhadap sesuatu rangsangan akan melahirkan emosi. Contohnya, semasa kecil lagi, jikalau kami ternampak tangan cikgu berpegang sebatang rotan, perubahan aktiviti fisiologikal dalam badan kita akan bermula. Antara perubahannya termasuklah denyutan jantung bertambah laju dan pelbagai hormon yang berkaitan juga akan dilepaskan ke organ badan kita. Macam inilah perasaan takut kita dilahirkan. Namun begitu, teori James-Lang ditentang oleh Walter Cannon berdasarkan tiga alasan. Antaranya ialah penghasilan emosi dari organ-organ tertentu berlaku secara lambat berdasarkan rangsangan, emosi selalunya berlaku dengan cepat selepas rangsangsan, dan reaksi fisiologikal terlalu lambat untuk menyebabkan reaksi emosi. Oleh itu, diciptalah teori Cannon-Bard. Menurut teori ini, rangsangan akan melahirkan emosi dan seterusnya baru terdapat reaksi sama ada fizikal ataupun fisiologikal. Mengikut teori fisiobiologikal ulasan Jack Panksepp (1982, 1992), beliau mengatakan bahawa terdapat empat emosi asas iaitu kemarahan, kecemasam, ketakutan, dan kejangkaan. Keempat-empat emosi asas ini dapat berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan emosi lain. Malangnya, teorinya juga ditentang oleh Magda Arnold (1960) dan James Averill (1982).
Sebagai intiha, emosi memang mempunyai banyak pengaruh dalam kehidupan kita dan merupakan sesuatu yang sangat istimewa kepada saya. mosi juga boleh memotivasikan kita menuju arah pencapaian impian. Disebabkan itu, kita perlu belajar mengawal emosi kita dengan baik supaya hidup minjadi lebih bermakna. Sampai sini sahaja jurnal keempat saya.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment