Friday, August 19, 2011

Jurnal ke-4

                                                                                                                                                                                    Jumaat(19/8/2011), 8.35am
                                                                                                                                                                                          
                        
EMOSI DAN MOTIVASI

Assalamualaikum w.b.t kepada Dr.Zamri yang dihormati dan rakan-rakan yang sudi membaca jurnal saya ini...

            Pada pagi jumaat yang mulia ini, saya mengambil kesempatan untuk menyiapkan jurnal ke-4 saya yang bertajuk Emosi dan Motivasi dan Teori FKP. Pada hari kuliah tersebut, saya tidak dapat menghadirkan diri atas sebab yang tidak dapat dielakkan, oleh itu saya tidak mendapat gambaran sepenuhnya mengenai proses pembelajaran pada hari itu. Namun, dengan membuat jurnal ini saya boleh mempelajari dan cuba memahami setakat mana yang saya mampu serta mengulas serba-sedikit melalui pemahaman bacaan saya dari nota-nota kuliah yang terdapat dalam blog ZT Pengurusan Emosi. Objektif kuliah pada petang itu adalah untuk memahami apa itu motivasi dan hubungkaitnya dengan emosi serta memahami teori FKP.

            Apa itu motivasi?  Perkataan motivasi acapkali kita gunakan dalam kehidupan seharian, namun begitu masih ramai di antara kita yang masih belum memahami sepenuhnya tentang apa yang dimaksudkan dengan motivasi. Jika kita lihat dari perkataan itu sendiri, motivasi berasal daripada bahasa Inggeris iaitu 'motivation' atau kata asalnya, 'motive' yang dipinjamkan kepada bahasa melayu kepada motif yang membawa maksud tujuan. Jadi, kita boleh fahami di sini, perkataan motivasi bermakna tujuan atau dorongan hati dan minda yang menjadi penggerak utama baginya untuk mencapai atau mendapatkan apa yang diingini samaada secara negatif atau positif. Dengan mengetahui maksudnya, kita sedar bertapa pentingnya motivasi kepada seseorang individu kerana individu yang bermotivasi sentiasa bersemangat, cekal hati dan tidak mudah berputus asa dalam mengorak langkah menuju ke puncak kejayaan. Seseorang yang tidak atau kurang mempunyai motivasi dalam dirinya, akan mudah kecundang apabila diuji dengan pelbagai cabaran dan semangatnya mudah runtuh dengan godaan-godaan yang mendatang ketika dia sedang meniti perjalanan menuju kecemerlangan. Hal ini diperkata kerana insan yang bermotivasi akan meletakkan sesuatu perkara yang penting menjadi perkara yang teratas dan mengetepikan segala hal yang boleh menghalangnya dari mengecapi perkara penting tersebut.

            Justeru, kita boleh lihat bahawa darjah kesungguhan individu yang bermotivasi adalah tinggi. Tidak hairan lah kenapa program-program motivasi sering kali dianjurkan dan melibatkan pelajar yang ingin menduduki peperiksaan terutamanya peperiksaan yang besar seperti PMR, SPM, STPM, dan lain-lain lagi. Saya juga berpengalaman menghadirinya dan dapat rasa kelainanan selepas program motivasi tersebut, saya menjadi lebih bersemangat dan terus berusaha meskipun ada kalanya saya kecundang juga, tapi saya tetap terus-menerus menejar kejayaan yang saya impikan sehingga saya berjaya menjejak kaki ke UKM sebagai seorang pelajar perubatan. Kenangan dahulu mengingatkan saya tentang pahit getir saya tempuhi untuk sampai ke tahap ini. Lantas membuatkan saya teringin untuk lirik lagu yang terpampang di muka depan blog Zt Pengurusan Emosi, bait-bait liriknya sungguh menyentuh hati saya. Lagu tersebut bertajuk:  Bangkit Asal yang didendangkan oleh Halim Yazid.
                        Halim Yazid - Bangkit Asal

Ambo (saya) nak sambung kisah diri sendiri,
Dah adik kakak (saudara-saudari) di kampung pakat (sama-sama) nak dengar lagi,
ambo hormat sanjung segala kasih segala budi,
susah yang ambo tanggung adik kakak ambil perhati...
oooooo ooo oooo, ambo rasa berbesar hati,
oooooo ooo oooo, terima kasih setinggi tinggi....

Masa kecil ambo biasa makan nasi saja-saja,
Kalau ada sekerat ikan, pun kena bahagi dua,
Dapur cuma ada garam, jarang benar ada gula,
Baca bok (buku) malam-malam, hanya minum air telaga,
Bangun pagi-pagi, sauk (tarik) baju pakai seluar,
Mek (mak) ambo rebus ubi, bungkus bui (beri) buat bekal,
Dia pesan hari-hari, Lim (Halim) ngajilah (belajarlah) pandai-pandai,
Kalau periksa (exam) pah (pass) tinggi, orang kata boleh jadi pegawai,

Oooooooooo oo oooo..ambo pergi sekolah berungga-rungga (berlari-lari, berkejr-kejar),
Ooooooooo oooo ooooo..ambo nok ngaji (belajar) wi (nak bagi) pandai-pandai......

Ada satu ketika cikgu minta 10 riyal (10 ringgit),
dia kata sekolah kita nak gi (pergi) melawat sambil belajar,
Hummm.. tak ada apa doh la cikgu wei.., saya tak boleh bayar,
Orang lain pergi belaka, ambo seorang jah (saja) tinggal...

Hok (yang) ambo perit sengoti (sesungguh hati), kena pergi sekolah alik (sebelah) petang,
cikgu kata wajib mari (datang), rumah kuning ada latihan,
Ambo lah yang banyak sekali kena hungga (lari) keliling padang,
kerana ambo tak boleh nak beli seluar pendek kasut sukan....

Ooooooo oo oooo Malu nya wei, ambo kena paje (tahan, denda),
Oooooooo ooo oooo Ni lah baru ambo royat ko orghe (beritahu kat orang),

Terimakasih lah cikgu-cikgu kerana sudi ajar saya,
Dari darjah satu hingga jadi manusia,
Mintak halal segala ilmu yang cikgu beri selama masa,
Di tapak kaki guru ambo tunduk mintak redha,

Ambo masuk universiti tahun 80, budak kampung nak gi ngaji (belajar),
Tak tau lah mana jatuh
adik adik kecik lagi, rasa penat dok dalam baruh (sawah)
Dok tekad dalam hati ambo nak ngaji sungguh-sungguh,
Ingat malu kat orang, waris warah (saudara mara) dok pakat kata (asyik mengata),
Tak usah lah dok tebeng (bersungguh sangat) kalau tidak bangsa kaya,
Hantar sekolah anak jantan buat habiskan harta,
Tidak kata nok pakat rate (sama-sama bantu), tolong bantu samah dua (50 sen seringgit, 50 sen=seamas/samah.......).

Ooooooooooooo ooo ooo Tak dok (tak ada) waris nya diri ambo....
Ooooooooooooo oooo ooo Demo tokse kelih (tak nak pandang), walau sebelah mata.....

Mek dengan ayah masuk jadi peneroka baru,
Dalam bukit (Di kawasan bukit) nak tanam getah di Kesedar Lepir 1,
Berperang dengan harimau gajah, makan tak makan tak ada siapa tahu ,
beginilah org susah, nak tanggung anak ngaji di U,

kerana keadaan begitu, ayah ambil keputusan,
Wahai anak-anak ku, kita pecahlah tiga jalan,
Mu (kau) Halim, anak nombor satu, mu duduk Kuala Lumpur ngaji lah seorang,
Adik-adik tinggal di kampung dulu, pakat (bersama) duduklah 5 orang ,

Ooooooo..oo oooo Selamat tinggal selamat jalan....
Oooooooo..oo ooo.Adik yang bongsu jerit sokmo (selalu menangis) malam-malam...

Alkisahlah ambo pulak tengah dok kena ngaji di U Malaya,
Buku rujukan pun ambo tak ada, pakai harapkan salin nota,
Berasa malu jugak masuk majlis yang besar-besar,
Baju ambo murah terlajak (murah sangat sangat), 12 riyal jah sehelai,
Hari konvokesyen, hari untuk ayah bonda,
Penat jerih seribu musim, harap mek ayah berasa bangga,
Tahniah dari saing-saing (rakan-rakan), ambo terima banyak bunga,
Ambolah orang panggil Halim anak kampung sesok (miskin) hok (yang) boleh berjaya......

Oooooo..ooo...ooo, akhirnya ambo beroleh sarjana,
Oooooo..ooo.ooo bersyukur pada Allah Maha Kuas
 
Walaupun dugaan yang saya lalui tidaklah seberat seperti yang dinyatakan dalam lirik tersebut, tapi pengalaman dahulu memang memberi kesan kepada saya betapa susahnya untuk mencapai kejayaan yang diimpikan dan apabila nikmat kejayaan itu saya peroleh, saya rasa amat bersyukur tidak terhingga, sesuungguhnya ALLAH s.w.t Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
            Sesungguhnya, motivasi juga berfungsi sebagai stimulator kepada kita untuk meransang kita melakukan perkara yang kita sendiri tidak pernah terlintas di fikiran kita untuk melakunya. Namun, kita harus memotivasikan diri kita secara positif dengan niat yang baik dan menggunakan motivasi yang ada dalam diri kita ke arah jalan yang betul, bukannya ke jalan yang salah. Hal ini sentiasa dipengaruhi oleh emosi yang sememangnya adalah lumrah manusia di muka bumi ini. Konteks di atas adalah sejajar dengan apa yang diperkata dalam (Baron & Logan, 1993), iaitu emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi dan sama juga dinyatakan dalam ( Lang et al, 1992), iaitu emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Individu yang gagal mengawal emosinya akan terdorong untuk melakukan sesuatu yang tidak elok. Sebagai contoh, seseorang individu yang dipengaruhi oleh perasaan cemburu dan benci(emosi) sanggup melakukan perkara di luar batasan seperti mencederakan, membahayakan nyawa orang lain malah sanggup membunuh demi memuaskan hatinya. Bukan itu sahaja, kita juga dapat lihat dalam senario yang berlaku pada zaman moden ini, sudah ramai pelajar perempuan yang terbawa-bawa dan hanyut dalam cinta monyet, berani menyerah dan menggadai tubuh mereka kepada sang kekasih kerana terlalu yakin akan kata-kata manis yang ditaburkan olehnya. Hal ini diperkukuhkan lagi berdasarkan hipotesis dalam teori James-Lang yang menyatakan psikologikal reaksi terhadap sesesuatu stimulasi akan menimbulkan sesuatu emosi. Secara ringkasnya, motivasi boleh membawa kepada keburukan dan kebaikan, oleh itu seharusnya kita bijak menggunakan motivasi yang ada supaya tidak terlalu terikut-ikut dengan emosi dan tidak melebihi batasan.

            Motivasi mempunyai tiga konsep utama iaitu 'motivation', 'drive', dan 'incentive'. Konsep pertama menekankan kepada faktor-faktor yang luaran yang menentukan perilaku seseorang individu. Seperti saya, keadaan keluarga yang sederhana memmotivasikan diri saya untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan cemerlang dan melayakkan saya mendapat suatu pekerjaan yang baik untuk memperbaiki dan memenuhi segala kekurangan yang ada dalam keluarga saya. Saya juga selalu mengingatkan diri saya tentang pengorbanan ibu bapa saya dalam membesarkan saya bersama 5orang adik-beradik yang lain dan dengan itu timbul rasa insaf atas kekurangan diri ini dan semangat yang berkobar-kobar lahir dalam diri saya dan menjadi titik tolak tuntuk terus cekal dan tabah menghadapi segala cabaran yang menduga. Konsep kedua mengetengah faktor dalaman iaitu dalam badan manusia yang mengaktifkan sistem badan untuk mengekalkan keadaan normal. Contohnya, sekiranya kita demam, suhu badan kita akan meningkat dan ini akan mengaktifkan sistem 'homeostasis' dalam badan kita untuk memberi stimulasi kepada organ seperti kulit supaya berpeluh, bertujuan untuk mengurangkan suhu ke level yang normal. Jadi, konsep kedua ini lebih menekankan kepentingan dan objektif atau motif sistem homestasis dalam badan manusia. Konsep ketiga pula menyentuh kepada matlamat luaran yang menjadi faktor penarik atau faktor penolak untuk bertindak. Konsep ketiga ini mengandungi tiga jenis faktor iaitu kewangan, moral dan paksaan. Hal ini boleh dijelaskan lagi dengan contoh seperti pengemis yang miskin yang tidak mempunyai wang untuk membeli makanan sanggup mencuri makanan dari kedai-kedai makan atau mengambil makanan yang dibuang dalam tong sampah.

Selain itu, daripada nota yang dipamerkan dalam blog Pengurusan Emosi, saya juga dapat mempelajari teori Humanistic. Berdasarkan teori ini, Abraham Maslow mencadangkan motif dibahagikan kepada 3 kelas utama iaitu 'self-fulfillment needs' , keperluan psikologi dan keperluan asas. Keperluan asas terdiri daripada makanan,minuman,rehat,keperluan keselamatan dan sebagainya, manakala keperluan psikologi pula terdiri daripada rasa kasih-sayang antara satu sama lain dan dimiliki, hubungan yang rapat atau intim dan perasaan apabila mencapai sesuatu yang diimpikan. Self-fulfillment needs pula merangkumi aspek potensi seseorang individu mencapai sesuatu perkara. Ini semua akan mempengaruhi emosi seseorang itu dan seterusnya mempengaruhi perilaku individu tersebut. Sekiranya terdapat kekurang antara salah satu keperluan yang dinyatakan dalam piramid  kelas itu, besar kemungkinan akan mendorang individu melakukan perkara yang di luar kawalan. Sebab itu, kita sewajarnya mempertimbangkan dengan akal fikiran yang waras sebelum mengambil apa-apa tindakan kerana akal yang mengawal tingkahlaku kita.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menyiapkan jurnal saya yang ke-4 ini. Semakin lama membuat jurnal ini, semakin mendalam rasa ingin tahu lebih lanjut mengenai pengurusan emosi yang tampak berguna kepada kami sebagai pelajar. Bersama ini, saya selitkan kata hikmah yang mampu membangkitkan motivasi dalam diri kita, saya memetik kata hikmah ini dari laman web iluvislam.com.

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna..banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan..sesekali langkah tersadung,rebah menyembah..sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan,menentukan kesabaran dan air mata..selagi prinsip hidup berada di atas landasan yg betul,usah di gusar pd anugerah Tuhan..anggaplah sesekali di duga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan.."
            Sekian,wassalam......................
 

No comments:

Post a Comment