Friday, August 19, 2011

Madhaavi Krisnan Morthy (A131519)

Selamat Sejahtera kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. 17 Ogos 2011 merupakan kali keempat saya menulis jurnal untuk kursus pengurusan emosi.Setiap minggu saya hampir kebuntusan idea untuk menulis jurnal.Kuliah pada hari itu terlewat sebanyak 30 minit dan perkara ini telah membuatkan saya amat marah dan kecewa.Hal ini kerana saya amat penat pada hari itu kerana saya mempunyai kelas dan beberapa perjumpaan dari pagi.Mungkin sebab kelewatan bermulanya kelas telah membuatkan saya tidak memberi tumpuan yang secukupnya di kelas. Sementara menunggu ketibaan Dr Zamri kami telah mengambil peluang untuk merehatkan badan dan minda yang telah bekerja keras sejak pagi tadi. Sebelum saya menerangkan lebih banyak lagi tentang tajuk kuliah  yang dibincagkan pada hari itu,ingin saya menceritakan tentang kronologi yang berlaku pada kuliah tersebut.

   Dr.Zamri memulakan kelas dengan menjelaskan tentang tugasan kumpulan yang harus kami lengkapkan sebelum tarikh tertentu.Ada beberapa tajuk yang  Berjaya menarik minat saya dan antaranya ialah pemimpin yang berwibawa,kesan tsunami dan emosi yang terdapat dalam drama korea.Selepas penjelasan tentang kerja kumpulan diberi kuliah telah dimulakan seperti biasa dengan sebuah video yang menarik.Kali ini saya ingin mengupas tentang beberapa isi-isu menarik yang telah diutarakan di video tersebut. Video tersebut amat menyedihkan dan menyentuh hati saya kerana video itu mengupas cerita tentang seseorang pelajar miskin yang bersusah payah demi untuk mencapai impian dan cita-citanya.Pada pendapat saya itu merupakan satu contoh terbaik yang patut dicontohi dalam diri setiap pelajar. Dalam video tersebut Halim Yazid iaitu pencipta lagu tersebut  telah menceritakan tentang liku-liku kehidupnya yang amat daif pada satu ketika dulu.Bak kata pepatah 'kais pagi makan pagi,kais petang makan petang'.Walaupun beliau telah mengharungi begitu banyak cabaran dalam kehidupan beliau namun pada akhirnya beliau berjaya mendapatkan segulung ijazah atas usaha keras beliau serta sikap beliau yang tidak mudah berputus asa .Hasilnya beliau berjaya menjawat jawatan sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti terkemuka dan masyhur iaitu Universiti Malaya.Di sini saya ingin menyertakan sebuah lagu yang amat bermakna kepada semua.

 

 Ado satu ketika cikgu mintok 10 rial

dio kata sekolah kito nok gi melawat sambil belajar

Hummm...tak dok apo doh la cikgu wei.., saya tok leh bayar

Orghe lain gi belako, ambo sore jah tinggal

Hok ambo perit sengoti, kena gi sekolah alik pete

cikgu kata wajib mari, rumoh kuning ado latihan

Ambo la hok banyok sekali kena hungga keliling pade

kerana ambo tok leh nok beli seluar pendek kasut suke

Ooooooo....Malu nye wei, ambo kena paje

Oooooooo...Ni lah baru ambo royat ko orghe

Terimakasih lah cikgu-cikgu kerana sudi ajar saya

Dari darejah satu hinggo jadi manusio

Mintok halal segala ilmu hok cikgu bui selamo maso

Di tapok kaki guru ambo tunduk mintok reda

Alkisahlah ambo pulok tengoh dok kena gaji di universiti Malaya

Buku rujukan pun ambo takdok, paka harap ko salin nota

Beraso malu jugok masok majlis hok besar-besar

Baju ambo muroh telajok, 12 rial jah sehelai

Hari konvokesyen, hari untuk ayoh bonda

Penat jerih seribu musim, harap mek ayoh beraso banggo

Tahniah dari sain-sain, ambo terima banyok bunga

Ambolah orghe panggil Halin anok kapong kito hok paling berjaya

 

 

 

Pada pendapat saya  Halim Yazid ini amat memahami situasi dan keadaan keluarganya. Ramai dalam kalangan  kita yang kurang memahami tentang masalah yang dihadapi oleh keluarga kita.Nasihat yang selalu diberi oleh ayah saya kepada saya ialah 'kamu perlu tahu tempat asal kamu dan jangan terikut sangat dengan kehidupan moden yang menghantui rakan-rakan kamu di universiti'. Hal ini kerana kita perlu mengukur baju di atas  badan sendiri. Kita tidak perlu mengikut orang lain semata-mata untuk mendapat populariti atau  perhatian.Saya rasa sebagai seorang pelajar perubatan kita semua patut mencontohi langkah-langkah beliau iaitu walaupun terdapat banyak halangan kita mengharunginya supaya berjaya pada masa hadapan.

  Kini saya ingin teruskan jurnal saya dengan tajuk kuliah kita pada minggu ini.Tajuk kuliah pada minggu ini boleh dikatakan menarik sikit.Emosi dan Motivasi merupakan pokok persoalan pada minggu ini. Dalam kuliah ini kita perlu memahami hubungan yang terdapat antara emosi dan motivasi. Adakan anda tahu apakah erti motivasi?? Sebenarnya motivasi berasal dari perkataan "motivation". Daripada pengetahuan am saya motivasi boleh dibahagikan kepada beberapa kelas.

Salah satunya ialah motivasi  bermaksud sesuatu perkara yang menggerakkan seseorang dalam tingkahlakunya tidak kira samaada positif atau negatif. Selain itu motivasi  juga boleh diakatakan sebagai pendorong bagi seseorang. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dalam sesebuah organisasi atau  lebih tepat lagi dalam sesebuah keluarga. Di dalam satu keluarga atau organisasi semua ahlinya

 mempunyai matlamat,wawasan dan cita-cita yang menuju kepada satu arah yang sama iaitu arah kebahagiaan. Hal ini jelas menunjukkan yang setiap orang mempunyai impian dan target masing-masing untuk dicapai dalam jangka masa tertentu. Bukan itu sahaja motivasi juga  boleh didefinisikan sebagai tahap kesungguhan seseorang itu untuk mencapai apa yang diingininya. Sebagai contoh  segelintir pelajar perubatan yang bangun belajar pada waktu malam  dan sanngup berkorban waktu tidurnya semata-mata untuk mentelaah dan untuk mendapat gred yang baik dalam  semua peperiksaan agar masa depan mereka terjamin.Selain itu motivasi juga boleh dikatakan sebagai  pemangkin keberanian.Secara logiknya kita tahu  apabila kita mempunyai semangat yang kental dan tinggi segala kelemahan di dalam diri kita akan kita lupai.Sebagai contoh terbaik  pejuang-pejuang tanah air  kita yang sanggup mengorbankan nyawa berharga mereka  demi untuk mencapai kemerdekaan Negara bagi Negara yang mereka sayangi. Walaupun mereka sedar bahawa  kekuatan mereka tidak lah seberapa banyak jika dibandingkan dengan penjajah-penjajah yang lain namun mereka tetap tidak gentar untuk berlawan menentang penjajah-panjajah yang ingin menguasai Negara kita.Hal ini kerana motivasi telah menjadi pemangkin keberaniaan untuk berlawan menentang musuh.

   Pada pendapat saya pendorong dan sumber inspirasi saya ialah kedua-dua ibu bapa saya. Saya berasa segala kejayaan yang saya perolehi bukanlah untuk diri saya semata-mata tetapi segala kejayaan ini adalah untuk mereka yang banyak berjasa dalam hidup saya Bukan sahaja berjasa tetapi sunggup berkorban masa dan kebahagiaan mereka semata-mata untuk melihat saya Berjaya dipersada dunia ini. Terdapat beberapa teori yang ada sedikit kaitan dengan emosi dan motivasi.Antaranya ialah teori baron & logan dan juga teori Lang et al. Dalam teori baron & logan, ia berpendapat bahawa emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Manakala lang el al perpendapat bahawa emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional.

   Sebagai kesimpulannya untuk kuliah ini, sekali lagi saya telah mendapat pengetahuan tambahan yang baru. Ilmu ini tidak boleh diperoleh daripada buku buku teks perubatan. Kesemua ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan kami. Jika kita memberi perhatian kepada emosi kita, maka kita akan memahami apa yang ingin disampaikan olah para pengkaji emosi ini.Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment