Friday, August 19, 2011

Tanggal Itu

 
Tanggal 17hb Ogos 2011. Kuliah Zt ada seperti biasa. Tepat jam 2petang, aku tiba di dewan kuliah 1 bersama Shakirah, temanku. Sedang dalam kebingitan dewan kuliah, tiba-tiba ketua batch perempuan perubatan tahun 2 naek ke pentas dan membuat pengumuman. Menurtut pengumuman yang disampaikan, Dr. Azmi akan lewat tiba hari ini kerana kesesakan lalu lintas dan meminta kami berada dalam kumpulan masing-masing untuk membincangkan tugasan berkumpulan.
Setiap ketua kumpulan naik ke pentas untuk mengadakan pertemuan melainkan kumpulan aku! Aku melihat ketua kumpulanku di kejauhan menulis sesuatu yang tidak aku ketahui. Mungkin kerana dia terlalu sibuk dengan tugasannya sehingga terabai tugasan berkumpulan ini. 20 minit telah berlalu dan telah ad aura-ura yang menyatakan Dr. Azmi akan sampai sebentar sahaja lagi. Aku terus berada di tempatku. Menelaah nota-nota baru sambil menunggu kedatangan dr.
Setibanya Dr.Azmi ke dewan kuliah, dia terus meneruskan kelas kerana sudah banyak masa telah berlalu. Katanya, memandangkan hari itu adalah nuzul quran, maka beliau tidak bekerja hari ini. Namun memandangkan kami ada kelas, maka beliau tetap datang ke kampus Kuala Lumpur untuk mencurah sedikit ilmu kepada kami. Besar benar pengorbanan beliau. Aku kagum akan jasanya. Moga Allah memberi balasan atas kebaikan beliau.
Pada permulaan kelas, kami diberi taklimat secara terperinci mengenai tugasan berkumpulan. Taklimat tersebut berlangsung selama satu jam. Setelah itu kami dimaklumkan akan mempelajari 2 tajuk besar pada hari ini. Satu tajuk pendek dan satu tajuk panjang dan bakal disambung lagi pada kuliah terkehadapan.
Tajuk pertama yakni tajuk kelapan untuk kali ini adalah mengenai Emosi dan Motivasi. Terdapat 2 jenis emosi iaitu positif dan negative. Tiada emosi yang neutral. Motivasi adalah sesuatu yang mendorong kita untuk melakukan sesuatu perkara.
Menurut Baron dan Logan, 1993, emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi.
Menurut kefahamanku, motivasi adalah diiringi oleh emosi. Kerana emosi, motivasi dalam diri tercetus. Sebagai contoh, kerana gembira untuk mendapat kejayaan, seseorang akan bermotivasi belajar dengan bersungguh-sungguh.
Contoh kedua ialah, kerana emosi yang tertekan dengan pelbagai masalah yang mendatang, seseorang akan berusaha dengan lebih keras untuk mendapatkan kecemerlangan.
Kadang kala apabila terasa tidak bermotivasi, salah satu cara yang kita boleh buat adalah dengan membaca buku atau kata-kata motivasi daripada artikel dan internet. Dengan membaca kata-kata semangat tersebut, kita boleh mengubah emosi kita seterusnya menjadi seorang yang lebih bermotivasi.
Seseorang harus peka dengan keadaan masing-masing. Jangan berada terlalu lama pada keadaan yang tidak bermotivasi kerana keadaan ini boleh dianggap seperti situasi yang tidak sihat dan suram. Bak kata pepatah, "jika sebuah pintu telah tertutup, jangan termangu terlalu lama sehingga tidak perasaan akan pintu lain yang terbuka"
Pengalaman juga boleh menjadi penggerak motivasi dalam diri. Teringat akan lirik lagu entah siapa yang nyanyi, lirik lagunya berbunyi,
"kenangan mengajar kita"
Aku tersenyum sendiri. Pengalaman merupakan guru yang terbesar dalam kehidupan kita yang perlu kita sedari. Pengalaman adalah sesuatu yang perlu diambil pengajaran dan pelajaran agar kehidupan kita dapat diperbaiki hari demi hari. Manusia tidak pernah lekang dalam berbuat kesalahan. Manusia tidak sempurana sehinggalah mereka  menyempurnakan antara satu sama lain.
Tiba –tiba Dr Azmi mengatakan bahawa kami akan berehat sebentar sebelum meneruskan tajuk kedua iatu tajuk panjang. Jauh aku mengelamun rupanya. Aku tergelak sendiri.
Dalam waktu rehat itu, Dr. Azmi menayangkan sebuah video dikir barat oleh Halim Yazid. Ceritanya sangat menyentuh hati. Dia merupakan seorang anak desa yang hidup penuh dengan kesusahan dan dia berjaya menamatkan pengajiannya diperingkat ijazah di universiti Malaya.
Status keluarga bukan penghalang bagi seseorang untuk mencapai kejayaan. Yang penting adalah kemahuan dan usaha yang berpanjangan tanpa mengenal putus asa serta doa dan tawakkal kepada pemilik kejayaan iaitu Allah swt.
Setiap orang akan diuji dengan kemampuan masing-masing dan setiap ujian terkandung mutiara hikmah yang tidak ternilai harganya. Aku juga pernah mengalami kisah perit dalam kehidupan apabila terpaksa mengulang tahun 1 dalam bidang perubatan. Pada saat itu aku berasa amat berputus asa. Aku tidak pernah gagal sepanjang matrik, sekolah menengah dan sekolah rendah. Dan aku belajar untuk menerima kegagalan sewaktu aku diperingkat universiti. Perasaannya amat pahit dan pedih apabila terpaksa berpisah dengan batch aku yang lain dan terpaksa dimasukkan ke dalam batch baru. Sepanjang tahun air mataku tidak pernah kering merindukan kenangan bersama rakan seperjuangan di batch lama.
Dengan kata-kata semangat daripada mereka, aku meneruskan tahun 1 aku bersama pelajar junior. Aku bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan berazam untuk tidak mengulangi lagi kesilapan yang pernah aku lakukan pada waktu dahulu.
Sekali lagi  fikiranku menerawang jauh mengimbau kisah 2 tahun lepas.
Setelah tersedar, aku melihat slide projector yeng terpancar tepat ditengah-tengah papan putih dewan kuliah, terdapat 3 kelompok teori tentang emosi iaitu "Physiological, Cognitive dan Unconscious". Dalam teori fisiologikal, ia merupakan tindak balas terhadap sesuatu rangsangan. Contohnya, apabila seseorang dikejar anjing, otak akan mengeluarkan banyak adrenalin dan badan mempunyai banyak tenaga untuk melarikan diri daripada anjing tersebut. Hal ini disebit sebagai "Fight and Flight respons".
Dalam teori fisiologikal ini, "common sense theory " adalah seperti berikut :
Situasi ----à emosi  ------à fisiologi
Walaubagaimanapun, James Lang berpendapat seperti berikut :
Situasi ----à fisiologi------à emosi
Dalam teori kognitif pula, teori ini dikenali sebagai "Cognitive appraisal theory". Teori ini dikritik oleh Schacter's Cognitive Labelling Theory.
Selepas aku menyalin semua kedalam nota, sekali lagi fikiran aku melayang.
"Transfer of excitation" bergema dalam fikiranku.
Aku pernah menghadapi proses transisi seperti itu. Sebagai contoh, aku berada dalam bilik dan telah bergaduh dengan rakan bilikku. Perasaanku didalam bilik sangat marah dan tertekan. Selepas itu, aku pergi membawa diri ke dewan kuliah bagi mencari secebis ketenangan. Walaubagaimanapun perasaan marah tersebut masih lagi ada dan aku berasakan aku marah pada semua orang. Aku bagaikan tidak mampu mengawal kemarahanku dan aku menjadi sangat benci dengan dewan kuliah tersebut serta isinya. Perasaanku sangat tidak aman dan tidak tenteram. Aku banyak berdiam diri sewaktu di dewan kulian dan memberi tindak balas yang sangat buruk dan teruk pada kawan-kawanku pada hari tersebut.
Seharusnya, jika aku berada dalam keadaan marah, aku perlu berwudhuk kerana marah itu berasal daripada api dan airlah penawarnya. Jika aku berdiri, aku harus mengubah posisi kepada duduk. Itulah cara yang diajarkan oleh baginda Rasulullah saw.
Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda;
"Maka apabila salah seorang diantaramu marah dalam keadaan berdiri,duduklah, dana apabila dalam keadaan duduk, berbaringlah!" (Riwayat Abu Daud).
 
 
A good head and a good heart are always a formidable combination.

No comments:

Post a Comment