Setelah selesai dengan penerangan, lecturer memulakan lecture dengan leture pertama: emosi dan motivasi. Menurut Baron & Logan, tahun 1993, emosi adalah tidak dapat dipisahkan daripada motivasi. Begitu juga, emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional, (menurut Lang et al, 1992). Namun, tidak segala emosi akan menjadi motivasi atau dorongan. Tambahan pula, stimulus, kebangkitan fisiologi dan perubahan sikap dan tingkahlaku terhadap emosi atau motivasi adalah subjektif dari sesuatu pengalaman. Theory ini adalah dikaitkan dengan James-Lange theory.
Contohnya, Ahmad seorang pemalas dan tidak ingin melakukan apa-apa pun mahupun pperiksaan dah dekat. Dia tidak pernah berusaha dan asyik berangan-angan dan bermain permainan komputer. Hal demikian kerana cikgunya selalu memarahinya, mengadu dengan ibu-bapanya dan tak pernah melihat kepada kebaikan dan kelebihannya, maka, dia berasa berputus asa dan tidak bermotivasi lagi untuk berusaha kerana dia rasa walaupun telah berjaya, dia tetap akan dipandang rendah. Suatu hari, seorang guru telah memperhatikan perangai Ahmad dan ingin membantunya. Beliau prihatin, berkasih sayang malah bersabar dengan perangai Ahmad. Beliau kian memberikan dorongan kepadanya, serta memberikan bantuan dari segi akedemik, memberikan tuisyen serta sanggup meleter padanya walaupun Ahmad tetap berperangai jahat dan tidak mempedulikan. Akhirnya, Ahmad berasa terharu dan menerima niat baik cikgunya dan berazam akan berusaha untuk mengubah dirinya serta berjaya dalam kehidupannya serta akedemik. Dia tidak berputus asa dan dengan dorongan guru tersebut, Ahmad akhirnya mendapat motivasi berkekalan dan emosinya telah berubah dari yang negatif selalunya misalnya berputus asa dan berperangai jahat kepada emosi yang tabah dan ingin berjaya. Jalaslah bahawa perubahan emosi dan motivasi adalah berlainan dari pengalaman ke pengalaman. Seseorang mungkin bereaksi berlainan dengan pengalaman yang berlainan sekiranya pengalaman tersebut pernah diharungi sebelumnya.
Emosi & Motivasi
Emosi adalah perubahan fisiologi, tingkahlaku untuk bertindak dipengaruhi oleh budaya. Emosi mencetuskan dorongan untuk bertindak. Misalnya, seseorang akan meningkatkan semangat untuk belajar atau bekerja keras setelah bercinta atau berkahwin. Hal demikian kerana hubungan cinta dan perkahwinan akan menyebabkan emosi seseorang lebih positif, maka akan bertindak dengan lebih baik dan berhaluan dan akhirnya berjaya dalam hidup.
Manakala motivasi adalah di mana kita memilih apa tindakan yang bakal dilakukan (menurut Birkhard, 1997)
Konsep-konsep emosi dan motivasi adalah melibatkan drive & incentif.
Drive adalah suatu desakan dalaman yang mengaktifkan tingkahlaku untuk melakukan sesuatu. Contohnya, seseorang yang dikeliling oleh rakan-rakan yang intelectual mahupun bijak dan pandai serta selalu berusaha dalam pembelajaran. Kian lama, dia juga akan terpengaruh dan menjadi seorang yang berusaha walaupun tidak sebijak lain, kerana kejayaan rakan-rakannya akan menjadi dorongan atau 'drive' untuknya berjaya, menjadi suatu inspirasi kepadanya. Sebaliknya, jika rakan-rakannya selalu berputus asa, berperangai endah-tak-endah, akhirnya dia akan turut bertindak sesama rakannya kerana 'drive' untuk berjaya dan 'excel' tidak wujud.
Manakala incentif, adalah suatu matlamat luaran yang 'menolak' atau 'menarik' sesuatu kecenderungan untuk bertindak misalnya wang atau token.
Pada akhir lecture pertama, lecturer telah mengkaitkan bahawa minda tidak dapat dibahagikan kepada dua. Sekiranya ingin melakukan dua perkara dalam waktu yang sama, maka kita tidak akan menyempurnakannya dengan sempurna atau dalam rangka masa yang sama. Saya amat setuju dengan kata-kata lecturer kerana bagi saya, jika melakukan dua perkara dalam jaka masa yang sama, walaupun berjaya menyempurnakannya, tetapi resultnya adalah kurang memuaskan dan kesilapan sering berlaku. Maka, lebih baik saya menumpukan perhatian sepenuhnya dalam suatu perkara sahaja dan setelah selesai, barulah teruskan dengan tugasan seterusnya. Contohnya, jika saya membaca nota-nota kuliah perubatan waktu kuliah ZT, walaupun dapat input daripada kedua-dua sumber pada waktu yang sama, namun, pembacaan sering diputuskan oleh kata-kata menarik daripada lecturer ZT. Hal demikian sebenarnya amat mengganggu dan input adalah bersekat-sekat. Tambahan pula, saya perlu membaca semula nota-nota tersebut selepas kuliah. Oleh itu, terbuktilah bahawa tumpuan perhatian dalam membuat journal waktu lecture ZT adalah lebih baik dibandingkan membuat urusan sendirian ketika lecture tersebut.
Akhir kata, emotion emphasizes arousal (kebangkitan), while motivation emphasizes action (tindakan).
Dalam lecture seterusnya, beberapa theory telah diperkenalkan. Contohnya fisiology theory: di mana emosi adalah product utama dalam otak manusia dan system saraf kita. Seterusnya ialah James-Lang theory (JLT) di mana diusahakan oleh William James pada tahun 1883 dan disokong oleh Carl Lange pada tahun 1887 dan seterusnya mengukuhkan lagi theory tersebut. Menjadikan kepada James-Lange Theory. Mengikut common sense, setelah stimulasi atau situasi berlaku, emosi kita akan berubah dan seterusnya mengwujudkan reaksi tubuh. Contohnya, setelah kita terjumpa cicak mati maka emosi takut akan wujud dan seterusnya jantung kita akan berdebar-debar kuat kerana ketakutan. Namun dalam James-Lange theory, contohnya ialah apabila seorang gadis cantik jelita berlalu di hadapan mata, maka perasaan suka akan wujud dan seterusnya mengwujudkan reaksi tubuh iaitu contact atau menghubungi gadis tersebut.
Theory seterusnya ialah Cannon-Bard theory. Cannon-Bard theory bertentangan dengan James-Lange theory di mana dipercayai bahawa system organ yang membangkitkan response emosi akan berreaksi lebih lambat atau sangat lambat terhadap stimulasi dan suatu situasi.
Dalam fisiological theory pula: Jack Panksepp (1982,1992) menyatakan bahawa emosi asas berkaitan dengan system saraf dan urutan saraf yang tertentu. Beliau mencadangkan rasa takut, gementar dan expectasi adalah tersirat dalam laluan saraf tertentu. Malah, mereka akan berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan emosi lain.
Namun, terdapat critism daripada Magda Arnold di mana persoalannya adalah system saraf manusia tidak mungkin adalah lokasi tertentu atau specific bagi sesetengah emosi. Begitu juga, James Averil mencadangkan bahawa system saraf yang beku (tentu) tidak akan flexibel untuk bertugas sebagai asas saraf kepada perubahan emosi kerana emosi adalah susah ditentukan.
Terdapat juga empat lagi theory yang berkaitan, iaitu Schacter's Cognitive Labelling theory, Missattribution, Transfer of Excitation dan Cognitive Appraisal theory.
Dalam theory transfer of excitation, satu contoh yang baik dapat mengkaitkan theory ini adalah dari segi kemarahan yang berkekalan. Contohnya dalam wayang The Rise of The Planet of the Ape, Ceaser, iaitu Ape yang mengetuai segala ape lain membalas dendamnya terhadap manusia yang pernah mencederakannya terhadap manusia lain juga. Ceaser amat benci terhadap perangai pengawal yang jahat dan suka mendera puak mereka. Sekian lama, Ceaser turut tidak lagi menyayangi tuannya malah tidak mempedulikannya kerana dia anggap manusia adalah sama dan tuannya juga akan memperlihatkannya sebagai haiwan peliharaan sahaja dan boleh didera. Hal ini menunjukkan bahawa kebencian, kemaraha dan kesedihan dapat dipindahkan dari suatu situasi yang berlainan walaupun tidak berkaitan langsung.
Akhir kata, saya telah mempelajari bahawa emosi boleh menjadi motivasi dan sebaliknya dan juga theori-theori emosi. Kuliah ini amat mengfaedahkan.
No comments:
Post a Comment