Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pengurusan emosi pada minggu ini iaitu pada hari rabu bersamaan dengan 24 Ogos 2011 berbeza dari minggu-minggu sebelum ini di mana kebiasaannya pengurusn emosi ini di adakan dalam bentuk kuliah, namun pada minggu ini ia dilakukan lebih kepada aktiviti yang agak menarik dan bagi saya ia membantu saya untuk mengenali diri saya dengan lebih baik. Pertamanya, dalam kuliah minggu ini, Dr. Zamri mengenalkan teori psikoanalitik iaitu sambungan tajuk teori FKP yang telah dibincangkan pada minggu lepas iaitu pada 17 Ogos 2011. Seterusnya aktiviti-aktiviti dijalankan iaitu bincangkan tentang video yang telah di paparkan. Selain itu, tugasan berkaitan dengan personaliti kita yang di kategorikan sebagai personaliti kategori A atau B. Tugasan terakhir pula berkaitan dengan personality juga tetapi lebih kepada beberapa teori seperti MBTI dan Big Five.
Sebelum saya teruskan dengan lebih lanjut tentang tugasan tersebut, ingin saya berkongsi sedikit definisi personaliti secara am.Personaliti atau keperibadian merupakan satu cabang psikologi yang mengkaji keperibadian dan proses individu lain yang menjadikan kita manusia. Antara definisi yang lain merujuk kepada sesuatu kualiti atau keadaan yang terdapat atau sedia wujud di dalam seseorang individu untuk individu tersebut menggelar dirinya sebagai seorang insan.Personaliti ini merangkumi satu penyusunan di antara faktor-faktor seperti biologi, psikologi dan sosiologi. Untuk proses pergaulan (sosialisasi) berlaku, seseorang itu haruslah mempunyai personaliti. Dalam psikologi, personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi, pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa. personaliti juga berkait rapat dengan tindak-tanduk seseorang seseorang yang ingin menzahirkan ciri- ciri kawalan emosi dan pemikiran.personaliti memainkan peranan penting seseorang daripada sudut pandangan luaran memainkan karektor diri.Sehubungan itu, satu daripada penyelidikan menjelaskan rupadiri dapat diukur dari dalam dan bolehdizahirkan pada luaran.
Untuk tugasan pertama iaitu berkaitan dengan teori psikoanalitik, teori ini adalah salah satu cabang pengalaman emosi. Dari pembacaan saya teori psikoanalitik ini diperkenalkan oleh sigmund Freud. Teori ini berkaitan dengan penggunaan bahasa menganalisa atau membincangkan seni visual. Seni boleh meluahkan emosi seseorang. Freud percaya bahawa seni visual adalah bahan perantara paling penting dan utama dalam mengenal pasti pemikiran bawah sedar manusia. Freud juga menyatakan bahawa tahap ini boleh dicapai dengan menganalisis proses-proses kreatif yang terlibat dalam penghasilan seni visual. Freud juga mengkaji hubungan antara sejarah hidup artis dengan karya mereka. Dalam konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa interpretasi mereka terhadap seni visual dan penghasilan mereka boleh mewujudkan perasaan dan emosi. Penggunaan seni visual dalam rawatan mental dan emosi sangat penting bagi kanak-kanak. Ia dikenali sebagai kaedah psikoterapi. Contohnya; membimbing kanak-kanak melukis ahli keluarganya boleh memberi gambaran dan maklumat tentang perspektif kanak-kanak serta emosinya terhadap keluarga. Dalam kajian kes Jarboe(2008) terhadap seorang kanak-kanak berumur 5 tahun yang bernama Bridget. Pada peringkat awal, didapati Bridget menunjukkan tingkah laku yang aneh apabila dia menghadapi perubahan. Bridget akan menjerit-jerit dan tidak dapat dikawal. Dalam sesi terapi, Jarboe memerhati tingkah laku Bridget. Bridget melukis satu bulatan yang sangat kecil, diikuti dengan bulatan yang ,lebih besar disekeliling bulatan pertama. Beliau memberitahu bahawa bulatan kecil itu adalah dirinya dan bulatan besar adalah dirinya. Perbezaan teori psikoanalitik dengan teori-teori tersebut adalah bersandarkan konsep bahawa teori psikoanalitik melibatkan proses tanpa sedar (unconscious/subconscious) untuk pengalaman emosi yang kita alami. Ia lebih memberatkan pengalaman waktu kecil semasa kita masih lagi kanak-kanak. Keadaan inilah yang boleh menyebabkan kita merasai emosi secara tanpa sedar dan mempengaruhi tindakan yang diambil tanpa mempunyai tujuan yang jelas.
Seterusnya, dari video atau tugasan kedua ialah perbazaan antara personaliti jenis A dan B. apa yang telah saya pelajari dari video itu ialah personaliti jenis A adalah seseorang yang sangat mementingkan masa, senang stress, sangat cepat dalam melakukan kerja, berjalan laju, perfectionist dan sentiasa teliti dalam melkukan kerja. Individu yang mempunyai ciri-ciri seperti ini di katakan mudah mendapat penyakit jantung. Personaliti jenis B pula bertentangan dengan jenis A di mana individu ini sangat relaks, tenang, dan tidak mudah stress. Saya termasuk dalam golongan personaliti jenis B.
Tugasan seterusnya ialah berbentuk ujian yang dinamakan sebagai Big Five Personality Test. Dalam ujian ini juga telah dibahagikan kepada lima dan setiap bahagian diwakili oleh huruf yang berbeza. Bahagian yang pertama diwakili oleh huruf O, dan diikuti huruf C,E,A,N. (OCEAN). Openness adalah golongan yang berada dalam kumpulan ini mempuyai sikap atau minda yang terbuka terhadap sesuatu idea atau pendapat. Di samping itu mereka ingin sangat terdedah kepada sesutu pengalaman yang baru. Bagi golongan ini dunia ini merupakan "Tempat Pembelajaran" mereka, dan bagi golongan ini setiap daripada pengalaman yang diterima atau datang pada mereka akan di gunakan dengan sepenuhnya. Sikap terbuka (openess to experience) ini pada pandangan ramai ahli sosiologi adalah sihat dan lebih matang dari aspek pemikiran dan tindak-tanduk mereka.Walau bagaimanapun pemikiran terbuka dan tertutup ini berguna pada situasi atau persekitaran yang berbeza. Kajian juga menunjukkan bahawa golongan yang berfikiran tertutup ini lebih cenderung untuk memasuki bidang pekerjaan seperti pegawai polis , bahagian pemasaran dan jualan dan amat bagus dalam bidang-bidang ini. Conscientiousness pula adalah seseorang yang boleh dipercayai dan boleh menyelesaikan tanggungjawabnya tanpa dipaksa oleh orang lain. Dia mempunyai ciri-ciri seperti bermotivasi, keseluruhan dan teratur. Extraversion seseorang yang pandai bersosial dengan orang lain kerana mereka suka bercakap , member pandangan dan juga lebih berdedikasi. Agreeableness ialah seseorang yang mesra dan boleh bekerjasama dengan orang lain .Dia juga seorang yang berhati baik dan kasihan kepada orang lain. Neuroticism pula menggambarkan seseorang yang selalu mempunyai emosi yang negative dan kurang stabil terutamanya apabila dia berada dalam keadaan stress. Dia seorang yang selalu bermasam muka dan tertekan. Saya tergolong dalam ketegori agreeableness. Selepas menjawab ujian saya berasa ujian personaliti ini menunjukkan dan memberitahu personaliti kita dengan tepat.
Dalam sesi pembelajaran ini, saya juga telah mempelajari ujian personaliti yang lain iaitu Myers – Briggs Type Indicator (MBTI) iaitu satu instrument yang telah di gunakan untuk mengukur personaliti. Mengikuti indicator ini individu akan diklasifikasikan sebagai introvert atau extrovert, sensing atau intuitive, thinking atau feeling, dan judging atau perceiving. Extrovert ialah yang keluar, pandai bergaul, dan tegas. Maksudnya yang pandai bersosial manakala introvert adalah sebaliknya iaitu pemalu dan pendiam. Sensing pula ialah yang jenis memberi tumpuan secara mendalam sebaliknya bagi intuitive yang bergantung kepada proses yang tidak sedarkan diri dan melihat gambaran yang lebih besar. Kemudian jenis pemikir yang menggunakan akal dan logik untukmenangani masalah dan juga jenis perasaan bergantung kepada merekanilai-nilai emosi dan peribadi . Akhir sekali, jenis judging lebih ingin diri mereka di kawal dan diarahkan supaya lebih teratur manakala bagi perceiving adalah fleksibel dan spontan.
Kesimpulannya personaliti adalah satu cabang psikologi yang mengkaji keperibadian dan proses individu lain yang menjadikan kita manusia.
Sekian.
No comments:
Post a Comment