Salam sejahtera. Ini merupakan jurnal kelima saya dalam kursus ZT2253 selepas menghadiri kelas pengurusan emosi pada 24 Ogos 2011. Kelas kali ini agak berbeza dengan kuliah sebelum ini di mana Dr. Ahmad Zamri Mansor tidak menyampaikan tajuk kuliah berdasarkan nota-nota kuliah. Sebaliknya, beliau menyampaikan mesej-mesej yang hendak disampaikan bagi tajuk kuliah kali ini melalui tayangan klip-klip video.
Dalam klip video yang pertama yang ditayangkan oleh beliau bertajuk "childhood experience". Klip video ini mengisahkan pandangan watak terhadap dunia ini. Semasa dia masih kecil, dia berasa dunia ini amat baik, segala hal yang berlaku dalam dunia ini, pada pendapatnya, semuanya baik. Tiada watak jahat malah licik dalam dunia ini. Segala-galanya merupakan rekaan daripada ibu-bapanya yang semata-mata bertujuan untuk menakutkannya sahaja. Dia percaya bahawa segala masalah yang dihadapinya mesti ada satu jalan penyelasaian yang baik.
Namun, apabila dia menjadi dewasa, pandangannya semakin berubah. Dia berasa dunia ini tidak sebaik yang dia sangka. Dunia ini penuh dengan pengkhianatan oleh kawan. Seseorang itu, betapa baiknya hubungan dengannya, satu hari nanti akan mengkhianatnya juga. Segala-gala yang dia percaya tentang kebaikan dunia ini tidak lagi berlaku. Segala-gala ini telah dijadikan keajaiban yang boleh dikatakan tidak akan berlaku lagi. Dan segala yang dia berasa merupakan rekaan ibu-bapanya akan menjadi kenyataan.
Selepas menonton video ini, saya amat terasa. Sebelum ini, saya, juga berfikir seperti watak dalam video ini. Dunia ini merupakan satu dunia yang baik, bebas daripada sifat manusia yang negatif. Kawan yang sering berada di sisi anda, yang merupakan orang yang dipercayai oleh anda akan mengekalkan persahabatan ini selama-lamanya dengan anda. Namun, lama-kelamaan, saya mendapati bahawa dunia ini sebenarnya tidak sebaik yang saya sangka. Seseorang yang saya percaya itu, tidak semestinya sebaik yang saya fikir. Personaliti seseorang itu tidak semestinya apa yang saya nampak dan tafsir. Seseorang itu mungkin lain daripada personaliti yang saya nampak dan tafsir kerana personaliti itu adalah direka semata-mata untuk mendapatkan impresi yang baik daripada orang lain. Namun, tidak semestinya semua manusia bersikap sedemikian. Masih terdapat sesetengah orang yang rela untuk menjalin persahabatan yang ikhlas. Tidak semestinya setiap manusia bersikap begitu realiti. Oleh itu, saya setuju dengan pandangan watak dalam video ini bahawa jikalau seseorang kawan itu mengkhianati dia, dia akan mencari yang baru. Hal ini demikian kerana pada pendapat saya, persahabatan yang ikhlas masih wujud dan pengkhianatan oleh kawan mungkin cuba satu cabaran daripada Tuhan dalam perjalanan untuk mencari persahabatan yang akan berkekalan.
Video ini, sebenarnya, boleh dikaitkan dengan satu teori yang dikenali sebagai "Psychoanalytic Theory" yang dikeluarkan oleh satu pakar neurologi dari Austrian yang bernama Sigmund Freud pada lewat abad ke-19 dan permulaan abad ke-20. Prinsip-prinsip asas ini menyatakan bahawa tingkah laku dan pemikiran manusia kebanyakkan dikawal oleh pemacu yang tidak rasional. Namun, rintangan-rintangan dan cabaran yang dihadapi oleh seseorang itu telah mendorong seseorang itu ke tahap kesedaran tentang realiti di mana proses ini akan meliputi gangguan mental seperti neurosis, sifat-sifat seperti terlalui gelisah, kebimbangan, kemurungan dan sebagainya.
Melalui teori itu, minda kita dibahagi kepada conscious mind dan juga unconscious mind, di mana conscious mind meliputi perkara yang akan difikir secara rasional oleh seseorang dan unconscious mind meliputi perasaan seseorang termasuklah konflik terhadap sesuatu, perasaan kecewa dan sakit hati terhadap sesuatu yang tidak dapat dikawal oleh pemikiran yang rasional. Dalam video ini, salah satu rintangan yang dihadapi oleh watak itu ialah pengkhianatan oleh kawan yang menyebabkannya sedar tentang realiti dunia ini yang menyebabkannya kecewa ( unconscious mind ) dan seterusnya mengambil keputusan untuk mencari kawan yang baru ( conscious mind ).
Selain itu , kita juga mempelajari type A and type B personality melalui tayangan klip video. Berdasarkan klip video ini, orang yang mempunyai type A personality mempunyai personaliti seperti sering makan dengan cepat, bangun awal, sentiasa berada dalam keadaan terburu-buru, tidak sabar, seorang yang mementingkan kesempurnaan dan teratur, kerap memeriksa jam untuk menengok masa, memandu dengan lebih cepat daripada biasa dan lebih tidak sabar serta seorang yang sering bertanding dengan orang lain. Manakala, bagi orang yang mempunyai type B personality, mempunyai personaliti seperti makan dengan perlahan-lahan, sabar, tidak tergesa-gesa atau bimbang, bercakap dengan perlahan-lahan, santai dan juga memandu pada had laju atau kurang.
Dalam pada itu, saya mendapati bahawa saya mempunyai type A personality. Malah, boleh dikatakan bahawa hampir semua personaliti dalam type A melambangkan personaliti saya. Besar kemungkinan personaliti ini ditanam pada diri saya disebabkan oleh kesibukan yang dihadapi oleh saya sehingga menjadi seorang yang sentiasa berada dalam keadaan terburu-buru, tidak sabar dan kesuntukan masa. Saya sering memastikan kerja yang diberi kepada saya akan disiapkan dengan sempurna dan bertambah cemas malah tertekan sekiranya sasaran diri sendiri tidak tercapai.
Di samping itu, dua soal selidik telah dibuat supaya kita lebih mengenali personaliti diri sendiri. Dua soal selidik itu ialah soal selidik MBTI dan soal selidik Big Five personality. Menurut soal selidik MBTI, terdapat lapan fungsi, iaitu extraversion (E), Introversion (I), Sensing (S), Intuitive (N), Thinking (T), Feeling (F), Judging (J), and Perceiving (P). Melalui soal selidik ini, saya mendapati bahawa saya mempunyai personaliti ISFP, iaitu Introversion (I), Sensing (S), Feeling (F) dan Perceiving (P). Berdasarkan soal selidik itu, seseorang yang mempunyai personaliti ISFP merupakan seseorang yang mempunyai perasaan cinta yang mendalam terhadap haiwan, agak suka bermain dan kadang-kala gemar menggembara. Selain itu, seseorang yang mempunyai personaliti ISFP biasanya menunjukkan penyayang mereka dengan cara yang sangat praktikal kerana mereka lebih suka melaksanakan sesuatu daripada cakap sahaja. Namun, keprihatinan mereka terhadap seseorang biasanya tidak akan diluahkan secara terbuka.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa saya sememangnya mempunyai personaliti ISFP. Saya sememangnya merupakan seseorang yang suka akan haiwan terutamanya binatang peliharaan dan itulah sebabnya saya mempunyai dua ekor anjing di rumah saya. Pada saya, perasaan sayang mesti diluahkan dengan cara yang praktikal dan bukannya cakap sahaja. Jikalau seseorang itu sayang kepada sesuatu, contohnya anjing, seseorang itu harus meluahkan perasaan itu berdasarkan tindakan. Juga tidak dapat dinafikan bahawa saya merupakan seorang yang agak suka bermain sebagaimana personaliti yang dijangka patut berada pada diri saya berdasarkan horoskop saya iaitu Sagittarius.
Dalam soal selidik big five personality test, terdapat lima bahagian yang melambangkan personaliti yang berbeza di mana bahagian A melambangkan personality openness, bahagian B melambangkan personality conscientiousness, bahagian C melambangkan personality extraversion, bahagian D melambangkan personality agreeableness, dan bahagian E melambangkan personality neuroticism. Melalui soal selidik ini, saya mendapati bahawa saya merupakan personaliti D iaitu personality agreeableness. Menurut personaliti itu, saya mempunyai kecenderungan untuk menyenangkan orang dan akomodatif dalam situasi sosial.
Secara kesimpulannya, saya mendapati bahawa kuliah bagi kali ini amat menarik dan istimewa. Kuliah ini bukan sahaja dapat menarik perhatian para pelajar untuk menumpu perhatian dalam tayangan video malah soal selidik mengenai personaliti akan menyebabkan kita lebih mengenali personaliti masing-masing.
No comments:
Post a Comment