Friday, August 26, 2011

A131739 Hii Ching Ching LJ05

Salam sejahtera. Pada 24 Ogos 2011, saya telah menghadiri kuliah zt2253 yang keenam. Kuliah kali ini amat istimewa dan berbeza dengan kuliah-kuliah yang lalu kerana Dr Zamri tidak memberi pensyarahan tetapi beliau telah menayangkan video klip dan ujian personality telah dijalani. Saya berasa kuliah ini amat menarik dan saya telah menumpukan sepenuh perhatian untuk membaca dan menjalani segala tugasan yang diberikan oleh Dr Zamri.

            Kami telah diberi tiga tugasan. Pertama sekali, kami diminta untuk membaca slide dan teks tentang Psychoanalytical Theory. Saya mendapati Psychoanalytical Theory berorientasikan proses fisiologikal dan kognitif dan tingkah laku dan emosi kita berkait rapat dengan pengalaman kita yang lalu. Kami telah menonton satu video yang ditayangkan oleh Dr Zamri. Video ini menceritakan kemurungan dan keperitan yang dialami oleh watak utama dalam kehidupannya. Sejak kecil lagi, watak ini percaya bahawa setiap masalah yang dihadapi mempunyai jalan penyelesaian pada akhirnya.  Setelah dia menjadi dewasa, dia menyedari bahawa kehidupan bukan sentiasa bahagia seperti yang dia alami semasa zaman kanak-kanak. Bagi saya, memanglah zaman kanak-kanak lebih selesa dan bahagia daripada zaman dewasa kerana tidak banyak masalah yang perlu dihadapi dam pemikiran kita pada zaman itu juga tidak rumit. Pelbagai perubahan dan cabaran semasa zaman  dewasa akan mengubah permikiran seseorang. Video ini telah memberi pengajaran kepada saya bahawa kemurungan dan kekecewaan tidak dapat menyelesaikan masalah manakala kita haruslah sentiasa berfikiran positif semasa menghadapi sebarang cabaran dan dugaan. Kita haruslah menjadi optimistik dan tabah dalam semua perkara yang berlaku.Video ini dapat dikaitkan dengan Psychoanalytical Theory kerana peristiwa dan pengalaman zaman kanak-kanak memang akan menpengaruhi tingkah laku kita pada masa yang akan datangdan kita tidak akan menyedari pada pengaruh itu. Menurut Sigmung Freud, tingkah laku kita dipengaruhi oleh pengalaman zaman kanak-kanak dan kita tidak dapat menyedarinya (Unconscious desires).

            Selepas itu, tugasan kedua yang mengenai personality jenis A dan B telah dijalankan. Kami diminta menjawab soal selidik Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) dan menentukan personaliti kita masing-masing. Apakah itu personaliti jenis A dan B? Ciri –ciri individu yang menpunyai personaliti jenis A ialah makan dengan cepat, bangun awal, sentiasa bersifat cepat, tidak sabar, menjalankan perkara dengan baik (organized), suka kesempurnaan, selalu memeriksa masa, memandu laju dan berdaya saing. Mereka yang mempunyai personality jenis ini  mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit sakit jantung, penyakit tekanan darah tinggi dan sebagainya. Sebaliknya, individu yang mempunyai personaliti jenis B mempunyai ciri-ciri yang amat berlainan dengan personaliti jenis A. Antara ciri- ciri personaliti jenis B ialah menjalani aktiviti yang tenang pada setiap hari, memandu tanpa melebihi had laju, makan dengan lambat, bersabar,bercakap secara perlahan-lahan dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Saya berasa saya mempunyai personality jenis B, tetapi saya juga terdapat sedikit cirri-ciri personality jenis A.

            Dalam soal selidik MBTI, terdapat lapan criteria, iaitu Extraversion (E), Introversion (I), Sensing (S), Intuition (N), Thinking (T), Feeling (F), Judging (J)dan Perceiving (P). Kami dikehendaki untuk memilih 4 daripada 8 kriteria itu. Keputusan soal selidik itu menunjukkan saya mempunyai ciri ESFP, iaitu extraversion, sensing, feeling dan perceiving. Ini menunjukkan saya adalah seorang PERFORMER.

As an ESFP, your primary mode of living is focused externally, where you take things in via your five senses in a literal, concrete fashion. Your secondary mode is internal, where you deal with things according to how you feel about them, or how they fit with your personal value system.  ESFPs live in the world of people possibilties. They love people and new experiences. They are lively and fun, and enjoy being the center of attention. They live in the here-and-now, and relish excitement and drama in their lives.

ESFPs have very strong inter-personal skills, and may find themselves in the role of the peacemaker frequently. Since they make decisions by using their personal values, they are usually very sympathetic and concerned for other people's well-being. ESFP is definitely a spontaneous, optimistic individual. They love to have fun. For the ESFP, the entire world is a stage. They love to be the center of attention and perform for people. The ESFP under a great deal of stress gets overwhelmed with negatives thoughts and possibilities. As an optimistic individual who lives in the world of possibilities, negative possibilities do not sit well with them. In an effort to combat these thoughts, they're likely to come up with simple, global statements to explain away the problem. These simplistic explanations may or may not truly get to the nature of the issue, but they serve the ESFP well by allowing them to get over it. ESFPs are likely to be very practical, although they hate structure and routine. The ESFP has a tremendous love for life, and knows how to have fun. They like to bring others along on their fun-rides, and are typically a lot of fun to be with. They're flexible, adaptable, genuinely interested in people, and usually kind-hearted. They have a special ability to get a lot of fun out of life, but they need to watch out for the pitfalls associated with living entirely in the moment. https://www.personalitypage.com/html/ISTJ.html Pada pendapat saya, saya berasa soal selidik ini agak tepat walaupun terdapat sesetengah ciri-ciri yang tidak sama dengan saya.Saya memang seorang yang suka kebebasan dan tidak suka kepada rutin.

            Akhirnya, kami menjalani tugasan ketiga, iaitu Teori Besar Lima ( Big Five Theory). Mengikut teori ini, terdapat lima perwatakan iaitu Extroversion, Agreeableness, Conscientiousness, Emotional stability or neuroticism dan openness to experience. Setiap perwatakan ini diwakili oleh huruf yang berbeza, iaitu OCEAN. Extraversion bermaksud individu itu merupakan seorang yang bertenaga, bersikap positif dan dapat bersama dengan selesa dengan orang lain. Agreeable dikatakan mempunyai kecederungan untuk menunjukkan belas kasihan. Conscientiousness pula dikatakan dapat menunjukkan disiplin diri, ketaatan dan bertujuan untuk mencapai sesuatu. Neurotism pula dikatakan bercenderung mengalami emosi yang tidak stabil.Akhirnya, openness to experirnce dikatakan menunjukkan perhargaan terhadap seni dan idea-idea yang luar biasa. Setelah menjawab soalan dalam soal selidik "the Big Five", saya mendapati saya menunjukkan Agreeableness. Ini menunjukkan saya mempunyai kecederungan untuk menunjukkan belas kasihan .

            Kesimpulannya, saya amat menyukai kuliah hari ini kerana saya berpeluang mengetahui personaliti saya dengan lebih lanjut. Soal selidik yang dijalani juga amat bermakna. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment