Salam sejahtera. Ini merupakan jurnal kelima iaitu jurnal terakhir saya bagi kursus Pengurusan Emosi. Pada hari Rabu, iaitu 24 Ogos 2011, saya telah menghadiri kuliah kursus Pengurusan Emosi ZT2253 yang bertempat di dewan kuliah satu. Tajuk kuliah hari ini merupakan emosi dan personaliti. Kuliah ini amat berbeza berbanding dengan minggu-minggu sebelumnya. Hari ini Dr. Zamri tidak menghadiri kuliah ini. Namun demikian, kami telah diberikan tugasan untuk diselesaikan sepanjang masa kuliah tersebut. Kami turut ditunjukkan video-video yang berkaitan dengan tugasan yang diberi supaya kami dapat menyelesaikan tugasan kami dengan lebih sempurna.
Tugasan pertama adalah berkaitan dengan Psychoanalytic theory. Kami telah menonton klip video dan diminta untuk mengaikan kandunagnnya dengan teori Psychoanalytic. Manakala tugasan kedua kami adalah untuk menjawab soal selidik MBTI supaya kami dapat mengetahui kategori personaliti kami. Seterusnya, kami dikehendaki untuk membincang personaliti kami dalam jurnal ini. Bagi tugasan ketiga pula, kami dapat mengetahui personality kami dengan lebih jelas dengan menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory). Kami turut dikehendaki supaya membincangnya dalam jurnal ini. Oleh ini, dalam jurnal ini, saya akan membincangkan teori Psychoanalytic dan personality saya berdasarkan kedua-dua soal selidik yang telah saya jalani tersebut.
Video yang ditayangkan mengisahkan kehidupan seseorang bermula dari zaman kanak-kanak sehingga zaman remaja. Kehidupan pada zaman kanak-kanak, memang gembira dan bahagia kerana pada masa itu mereka akan bersyukur kepada apa yang meraka dapat. Pemikiran mereka masih naïf. Mereka tidak pernah mengharungi sebarang kesusahan dan cabaran sedangkan orang dewasa seperti ibu bapa mereka akan cuba melindungi mereka. Namun, kehidupan seperti ini tidak akan berpanjangan. Permikiran kami akan menjadi semakin matang apabila kami menjadi dewasa. Kehidupan dewasa tidaklah begitu mudah berbanding dengan zaman kanak-kanak. Kami akan mula menghadapi kesusahan dan cabaran yang tidak dapat dielakkan. Pengalaman semua itu akan mempengaruhi perwatakan kami. Namun demikian, kami harus belajar daripada pengalaman kami dan memupuk emosi-emosi positif dalam diri sendiri supaya dapat menghadapi semua cabaran dan dugaan dengan tabah.
Selepas itu, video yang ditayangkan berkaitan tentang personaliti type A dan B. Berdasarkan video tersebut, orang yang mempunyai personaliti type A adalah seorang yang cepat cemas dan terburu-buru. Dia tidak mempunyai kesabaran dan selalu membuat kerjanya dengan secepat mungkin tanpa membazir sebarang masa. Dia akan makan dengan cepat, memandu melebihi had laju. Selain itu, dia juga merupakan seorang yang perfectionist dan mementingkan kesempurnaan dalam kerjanya. Dia tidak akan membenarkan sebarang kesilapan dalam kehidupannya. Sebaliknya, orang yang mempunyai personality typre B merupakan seorang yang penyabar. Dia akan membuat kerjanya secara perlahan dalam keadaan yang relax. Dia mempunyai keyakinan diri dan dapat mencapai targetnya dengan lebih relax dan tenang. Walaubagaimanapun, type B person juga mempunyai motivasi yang sama rata berbanding dengan type A person. Berdasarkan video ini, saya mendapati bahawa saya mempunyai type A personality iaitu cepat marah, perfectionist dan selalu terburu-buru. Oleh itu, saya akan cuba berubah supaya saya tidak begitu stress dalam kehidupan saya.
Seterusnya, bagi tugadan kedua, kami telah menjawab soal selidik MBTI (Myers Briggs Personality Test). Soal selidik ini adalah hasil kajian Carl Jung, Katherine C. Briggs, dan Isabel Briggs Myers. . Dalam soal selidik ini, beberapa kriteria telah digunakan. Antaranya ialah "Extraversion (E), Introversion (I), Sensing (S), Intuition (N), Thinking (T), Feeling (F), Judging (J) dan juga Perceiving (P)". Setiap individu dikelaskan sebagai extroverted atau pendiam (E atau I), sensing atau intuitif (S atau N), pemikiran atau perasaan (T atau F), dan penghakiman atau perceiving (J atau P) dan daripada kriteria-kriteria tersebut, Jung telah mendefinisikan enam belas jenis personaliti iaitu, ESFP, ESTP, ISTJ, ISFJ, ENFP, ENTP, INFJ, INTJ, ESTJ, ENTJ, ISTP, INTP, ESFJ, ENFJ, INFP, dan ISFP. ). Orang extroverted ialah orang yang lebih mesra, dan pandai bergaul. Mereka lebih suka berkawan dan suka meriah. Pendiam pula ialah orang yang lebih pemalu, dan suka menyimpan perasaan dalam hati. Orang sensing adalah lebih berpraktikal manakala orang yang berjenis intuitive tidaklah begitu reality. Orang jenis thinking suka menggunakan logik dalam menyelesaikan sesuatu masalah manakala orang jenis feeling akan menyelesaikan masalah mengikut suara hati diri dan emosinya. Orang jenis judging adalah lebih berdisiplin manakala jenis perceiving pula lebih fleksibel dan tidak begitu berdisiplin. Melalui soal selidik ini, saya mempunyai personiliti Introversion, Sensing, Thinking, Judging ( ISTJ).
Selepas itu, kami dikehendaki menjawab soal selidik Big Five Theory. Antara big five theory dikenali sebagai OCEAN termasuklah openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness, dan neuroticism. Orang yang openness adalah orang yang suka belajar benda baru sedia untuk belajar dari pengalamannya . Orang yang mempunyai conscientiousness adalah seorang yang mempunyai kebolehan dan boleh dipercayai. Orang yang extravert adalah mesra, banyak bercakap dan assertif. Orang yang mempunyai agreeableness yang tinggi sangat berbelas kasihan dan bekerjasama. Biasanya, neuroticism merujuk kepada stabiliti emosi dan keupayaan seseorang itu menghadapi tekanan dan dugaan yang dihadapi dalam kehidupan. Saya dapat markah tertinggi dalam ketegori agreeableness. Saya mengaku bahawa saya memang mudah berbelas kasihan. Saya suka berkawan dan bergaul dengan kawan-kawan saya. Saya juga percaya bahawa manusia bersifat baik sejak dilahir.
Kesimpulannya, melalui kuliah ini, saya telah lebih memahami personaliti diri saya sendiri melalui soal selidik MBTI dan soal selidik Big Five Theory. Melalui soal-soal selidik ini, saya dapat mengetahui kelemahan saya dengan lebih jelas dan akan cuba sedaya upaya saya untuk mengubah menjadi lebih baik. Selain itu, saya akan menghargai kekuatan dan kemahiran saya yang ada dalam jati diri sendiri saya. Melalui kuliah-kuliah yang dihadiri sepangjang kursus ini saya telah berlajar banyak perkara mengenai pengurusan emosi dan akan cuba sedaya upaya mengaplikasikannya dalam kehidupan saya supaya saya akan menjadi seorang yang bersifat baik dan beremosi positif.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment