Friday, August 26, 2011

jurnal 5 A131629

A131629  Jenis Personaliti
 
Selamat sejahtera, salam perpaduan dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada pensyarah kita, Dr Zamri yang tidak jemu mencurahkan ilmu kepada kita dan juga rakan-rakan pelajar perubatan yang saya kasihi sekalian. Pada hari Rabu yang lalu iaitu bersamaan dengan 24 Ogos, saya telah menghadiri kuliah terakhir sebelum cuti raya. Pada mulanya doctor telah memberi kejutan dengan menyatakan kuliah pada hari tersebut berbeza dan menarik berbanding dengan yang sebelum ini. Hal ini kerana kami tidak diberi kuliah malah doctor telah menjadikan pembelajaran pada hari tersebut menarik dengan mengadakan pelbagai aktiviti dan tayangan video yang berkaitan. Ini merupakan kuliah yang keenam dimana kami harus menulis jurnal kelima, jurnal terakhir.
Tugasan pertama bermula dengan membaca slide dan teks tentang Psychoanalytic Theory. Dengar dan tonton klip video pertama yang akan ditayangkan pada jam 2pm.
Teori-teori Kognitif
Berasaskan kepada teori-teori fisiologikal, beberapa ahli-ahli teori moden telah mencadangkan bahawa kognisi atau pemikiran mempunyai peranan utama dalam menjana dan mengawal emosi. Ada satu teori utama yang berkaitan dengan perana pelabelan emosi dalam menentukan bagaimana sesuatu emosi dialami. Teori Pelabelan Kognitif Schacther. Teori kognitif yang paling berpengaruh ialah teori yang berasaskan hipotesis James-Lange dan 12 yang dapat berdepan dengan kritikan-kritikan dari Cannon. Teori ini dibangunkan oleh  Stanley Schachter dikenali sebagai teori pelabelan kognitif. Untuk menguji teori, Schachter dan  rakan penyelidik beliau, Jerome Singer (1962) telah menjalankan satu kajian yang klasik dan kontroversial. Kesilapan Dalam Tanggapan:Misattribusi. Renteten sejarah tentang teori kejadian bermula dengan ahli teori James dan Lange dan telah maju setapak ke depan dengan Schachter, dan kemudiannya telah diteruskan dengan berkembangnya teori missatribusi atau salah tanggapan (Winton, 1990). Teori pelabelan kognitif ciptaan Schahter secara jelasnya mengusulkan bahawa emosi tertentu yang dialami oleh seseorang adalah fungsi untuk proses pelabelan. Pindahan Ransangan Perasaan (Transfer of Excitation). Satu kesinambungan yang menarik tentang pendapat salah tanggapan ialah hipotesis Dolf Zillman (1971, 1978) yang menyatakan kebangkitan perasaan daripada satu sumber berkemungkinan mempengaruhi  reaksi dan kognisi yang tidak berkaitan.
 
Keadaan Tanpa Sedar Dalam Emosi: Teori Psikoanalistik
Teori-teori berorientasikan fisiologi dan kognitif yang telah kita bincangkan setakat ini kesemuanya telah menekankan, atau sekurangkurangnya mengandaikan bahawa pengalaman emosi adalah dalam keadaan sedar. Kita sedar, pada beberapa perkara dalam proses, tentang kedua-dua iaitu rangsangan yang menerbitkan reaksi emosi dan juga emosi itu sendiri. Dalam teori psikoanalistiknya, Freud membuat hipotesis bahawa pengalaman-pengalaman yang begitu emosional adalah sebahagian besarnya hasil daripada proses-proses tanpa sedar. Keadaan
tanpa sedar atau unconscious dalam teori Freudian ialah satu kawasan personaliti yang mengandungi emosi, motif, dan kenangan masa lampau yang kita tidak sedari, tetapi boleh mempengaruhi tangkahlaku kita. Kebanyakan pengalaman daripada zaman awal alam kanak-kanak, sebagai contoh, adalah tanpa sedar. Sebagai seorang dewasa, anda tidak menyedarinya, dan tidak dapat melekatkan label-label berbentuk verbal dan imaginal kepada pengalaman-pengalaman tersebut., oleh itu kita tidak boleh berfikir tentang pengalaman tersebut secara 'sedar'. Namun begitu, keadaan tanpa sedar merupakan sumber emosi dan motivasi yang berkuasa : Ia boleh menyebabkan anda merasai emosi tanpa anda menyedari dari mana ianya datang dan boleh menybabkan anda mengambil tindakan yang tidak ada tujuan yang jelas. Penekanan dalam teori psikoanalistik adalah pada emosi-emosi negatif, terutamanya kerisauan dan kemarahan, dan lazimnya emosi-emosi ini adalah diandaikan hasil
daripada konflik-konflik yang terdapat pada keadaan yang tidak sedarkan diri yang mempunyai tingkat berfungsi (Beland, 1992).
Kami juga telah melihat satu klip video untuk dikaitkan dengan Teori Psikoanalitik. Video itu berkisar tentang seorang watak yang pada permulaannya sentiasa mengalami kemurungan dalam hidupnya, kemudian pulih dari kemurungan apabila dia bertekad untuk memperbaiki kehidupannya yang serba kasihan dan kemurungan itu. Menurut video tersebut, pencerita memberitahu bahawa semasa beliau kecil, beliau merasakan bahawa bagi setiap terowong gelap atau masalah yang dilalui dalam kehidupan, pasti ada jalan penyelesaian iaitu cahaya yang menerangi jalan selepas keluar daripada kegelapan terowong. Namun, kehidupan di dunia ini tidaklah begitu mudah. Kadang-kadang, kita akan terfikir adakah kita akan menemui penyelesaian untuk masalah-masalah yang kita hadapi ini kerana sepanjang kehidupan ini, memang kita akan menempuh pelbagai kesukaran dan cabaran. Walaupun begitu, penulis mengatakan bahawa beliau akan terus menaruhkan harapan bahawa setiap kesukaran pasti akan menemui jalan penyelesaian. Apa yang saya boleh kaitkan klip video ini dengan Teori Psikoanalitik ialah, kemurungan juga boleh tergolong dengan sifat tidak sedar kerana kebiasaannya apabila seseorang itu murung, dia tidak akan terlalu menyedari apa yang berlaku di sekelilingnya. Apabila hal ini berlaku kemungkinan besar orang yang murung itu sentiasa merasakan dirinya seperti tidak berguna lagi. Dari sini pelbagai kelakuan boleh berlaku sama ada secara negatif yang akan merugikan diri sendiri misalnya mencederakan diri sendiri ataupun secara positif seperti mengubah hidupnya agar menjadi lebih baik dan berguna dan menganggap perkara yang lepas sebagai satu motivasi.
Bagi tugasan yang seterusnya, kami perlu menjawab soal selidik MBTI iaitu Myers Briggs Type Indicator yang pada akhir ujiannya, kami akan dapat mengetahui kategori personaliti kami dan seterusnya kami perlu membincangkan personaliti kami berdasarkan jawapan ujian MBTI di dalam LJ05 yang akan saya huraikan sebentar lagi. Pada pendapat saya, Ujian MBTI amat penting bagi setiap individual kerana ia membantu kita untuk memgenali personaliti diri kita dengan lebih lanjut dan secara mendalam. Saya telah membuka laman web yang disarankan oleh doctor semasa kuliah untuk mengimbas kembali personality diri saya supaya saya dapat membaiki kelemahan saya -  http://www.personalitypathways.com/type_inventory.html. Ujian ini terdiri daripada empat kategori yang mengandungi dua pilihan major dengan beberapa statement yang mencerminkan diri kita. Kami telah disuruh untuk memilih salah satunya bagi setiap statement dan tentukan pilihan yang paling banyak sebagai personality diri kita bagi kategori tersebut. Selepas buat sedemikian bagi setiap kategori, kami dikehendaki menyusunkan empat pilihan tersebut untuk mengenalpasti personaliti diri masing-masing. Contohnya,
Choose which best fits
1.Extraversion (E) Introversion (I)
2. Sensing (S) iNtuition (N)
3. Thinking (T) Feeling (F)
4. Judging (J) Perceiving (P)
Selepas menyusunnya, saya mendapat susunan huruf ISFP iaitu Introversion Sensing feeling Perceiving yang mencerminkan personality 'THE ARTIST'. Menurut penerangan MBTI personality saya adalah Dominant Feeling. Melalui ini saya mendapat tahu bahawa saya ialah seorang yang pendiam dan hanya berinteraksi dan berkongsi pendapat hanya dengan beberapa kawan yang rapat,. Selain itu, saya juga memberikan kepentingan dan tumpuan kepada perkara-perkara penting berbanding secara keseluruhan dan berfikir tentang reality yang tengah mengalami dan bukannya tentang masa hadapan. Semasa mengambil keputusan, saya akan mempertimbngkan impak kepada social berbanding logic dan mempertangguhkan pengambilan keputusan yang penting dan lebih rela berubah kepada situasi. Selain itu, personality saya juga telah digambarkan seperti berikut do laman web MBTI:
 
 
ISFP
For ISFPs the dominant quality in their lives is a deep-felt caring for living things, combined with a quietly playful and sometimes adventurous approach to life and all its experiences. ISFPs typically show their caring in very practical ways, since they often prefer action to words. Their warmth and concern are generally not expressed openly, and what people often first encounter with ISFPs is their quiet adaptability, realism, and "free spirit" spontaneity.
Selepas meneliti penerangan MBTI tentang personality saya, saya berasa bahawa kebanyakkannya mengambarkan personality diri saya yang sebenar.
Seterusnya, kuliah elah diiteruskan dengan melaksanakan tugasan yang terakhir iaitu membuat soal selidik mengenai teori Big Five iaitu
O-openness
C-concientiousness
E-extraversion
A-agreeableness
N-neuraticim
 
Soal selidik ini dilakukan dengan meletakkan markah antara 0-3 daripada tidak bersetuju hingga setufudengan kenyataan mengenai sikap yang ada pada diri saya. Selepas itu, nombor-nombor itu akan ditambah dan sekyen yang mempunyai markah yang tertinggi merupakan jawapan kepada persoonaliti diri masing-masing. Berdasarkan soal selidik yang telah dibuat, saya telah mendapat markah yang tertinggi dalam section D yang menyatakan tentang Agreeableness. Criteria section tersebut adalah seperti berikut:
 
Section D
  1. I am interested in people.
  2. I feel others' feelings.
  3. I have a soft heart.
  4. I make people feel at ease.
  5. I sympathize with others' feelings.
  6. I take time out for others.
  7. I never  insult people.
  8. I don't like being isolated.
 
Agreeableness
      tendency to be compassionate and cooperative rather than suspicious and antagonistic towards others.
      value getting along with others.
      considerate, friendly, generous, helpful, and willing to compromise their interests with others.
      have an optimistic view of human nature.
      believe people are basically honest, decent, and trustworthy.
`           Saya mendapati bahawa saya ialah seorang yang mesra, jujur , lembut, bersimpati dan sebagainya. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk berterima kasih kepada doctor yang mengenalkan ujian ini kepada kami. Ujian MBTI dan Teori Big Five menilai personality setiap orang dan ia boleh membantu kita untuk memilih kawan yang sesuai.
 
Sebagai konklusi, setiap orang mempunyai personaliti yang berbeza dan  dapat diukur dengan melakukan ujian personaliti. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk menyusun sepuluh jari dan meminta maaf jika saya ada melakukan apa-apa kesalahan atau mengusir perasaan doctor.
            Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment