Personaliti diri
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Coretan jurnal saya kali ini adalah tentang personaliti diri yang diterangkan oleh Dr.Zamri dalam kuliahnya yang lepas.
Berdasarkan rujukan yang saya peroleh di internet personaliti adalah satu cabang dalam kajian psikologi yang mengkaji tentang personaliti individu yang membentuk diri seseorang. Personaliti berasal daripada perkataan Latin 'persona' yang bermaksud individu.Secara generalnya, mengenali personaliti diri seseorang amat penting supaya kita memahami diri sendiri dan cara ini membantu kita untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran serta mengenali kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Personaliti boleh dibentuk melalui sikap yang semula jadinya wujud sejak kita lahir dan sesetengahnya pula yang dibentuk melalui proses pembesaran dan pengaruh persekitaran. Pengaruh inilah yang membentuk personaliti seseorang.
Dalam bidang psikologi, pelbagai teori telah diaplikasikan untuk memahami personaliti. Antaranya teori psikoanalitik, behavioristik, humanistik dan perspektif sikap. Teori yang pelbagai ini memberi perspektif tersendiri mengenai perkembangan personaliti dalam diri seseorang.Misalnya, teori psikoanalitik yang dipelopori Sigmud Freud menyatakan bahawa personaliti seseorang itu dianalogikan seperti seketul ais besar di dalam air atau aisberg. Jika dilihat secara semula jadinya hanya 10 peratus daripada saiz aisberg yang sebenar timbul di permukaan laut berbanding 90 peratus lagi yang tenggelam.Pada pendapat saya,teori psikoanalitik ini boleh diterima kerana sememangnya personaliti seseorang itu terselindung dan tiada sesiapa pun yang dapat menilainya dengan tepat malah seseorang itu sendiri tidak mengenali personaliti mereka.Bahagian aisberg yang timbul itulah ibarat personaliti yang kita sedar akan kewujudannya dan selebihnya, tidak kita sedari dan ketahui.Banyak kuiz personaliti boleh diambil di dalam pelbagai laman web untuk mengenali personality diri. Ujian personaliti terdiri daripada soalan yang selalunya berbentuk pelbagai pilihan yang bertujuan untuk membongkar personaliti diri seseorang. Antara laman web yang saya peroleh untuk kuiz personaliti diri ialah:
Saya telah mencuba ujian personaliti ini menggunakan salah satu laman web ini dan hasilnya saya telah mengenali personaliti saya.Tetapi ujian ini tidak memberi keputusan yang 100 peratus tepat tetapi masih boleh dipercayai.
Berdasarkan penerangan Dr.Zamri dalam kuliahnya yang lepas, jenis kategori personaliti bagi seseorang individu boleh dibahagikan kepada beberapa personaliti.Berdasarkan rujukan internet, Teori Personaliti A dan B menjelaskan dua jenis personaliti yang mempunyai sifat yang bertentangan. Personaliti jenis A selalunya kurang sabar, begitu mementingkan soal masa, berasa tidak selamat dengan status dirinya, mempunyai daya saing tinggi, agresif dan jarang berada dalam keadaan tenang.Golongan ini selalunya kuat bekerja dan sentiasa berdikari.Berdasarkan ciri-ciri ini, individu dengan personaliti jenis A selalu dilihat dalam keadaan ingin cepat dan tertekan. Individu dengan personaliti jenis B pula sebaliknya. Mereka lebih tenang dan tidak selalu kelihatan tertekan.Mereka juga adalah golongan yang mudah bergaul dan mesra dengan orang lain, berbanding individu personaliti A yang terlalu fokus sehingga kadang-kala membataskan dirinya dari segi pergaulan harian.
Pada pndapat saya,perbezaan jenis personaliti ini ada kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri.Walaupun berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan,individu dari kategori personaliti jenis A dilihat lbih kepada sikap negatif tetapi individu dalam personality ini akan bijak mengurus masa dengan baik, sistematik dan cepat serta dapat memenuhi tempoh masa disediakan, namun mungkin bagi individu yang terlampau serius akan tertekan dan mereka akan mempunyai risiko tinggi untuk mempunyai masalah kesihatan yang disebabkan oleh tekanan yang berlebihan seperti masalah jantung, tekanan dan darah tinggi.Golongan ini selalunya ialah golongan peniaga, pengurus dan penjual yang mudah mempengaruhi pembeli.Manakala individu dengan personaliti jenis B pula selalu memberi ruang kepada diri dan tidak suka mengejar masadalam apa juga kerja dijalankan bersamanya. Mereka mudah bergaul dengan orang ramai dikenali serta menjadi perhatian.Justeru golongan ini kurang tertekan dan sentiasa disukai ramai. Namun kelemahannya pada individu ini ialah kadang-kala mereka dilihat mengambil mudah perkara yang penting, tidak dapat melaksanakan sesuatu dalam tempoh masa ditetapkan kerana tidak suka berada dalam keadaan tertekan. Namun golongan ini mempunyai ramai kawan yang selesa dengan perwatakan dirinya.Berdasarkan pembacaan dalam sebuah novel , individu dengan personaliti jenis A selalunya tidak bersefahaman ketika bekerja dengan individu personaliti jenis B. Namun, dalam hubungan peribadi seperti dalam perkahwinan mereka boleh menjadi pasangan bahagia.Ini mungkin kerana perbezaan personaliti dan sikap membuatkan pasangan ini saling melengkapi antara satu sama lain dan menjadikan kehidupan perkahwinan mereka menarik.
Kenapa kita perlu mengenali personality diri?Kesedaran untuk mengenali diri ini tidak dibatasi geografi, etnik mahupun budaya seseorang. Walau di mana kita berada, di Barat atau Timur, dunia mengenali diri diibaratkan satu 'keperluan asas' bagi individu moden yang terbuka, ingin maju dan inginkan perubahan diri. Malahan di United Kingdom (UK) kebanyakan pelajar di universitinya didedahkan dengan pengetahuan mengenai personaliti diri dan kaitannya dengan kehidupan.Mengenali diri membolehkan kita mengenali orang lain dan seterusnya belajar untuk menghormati dan menyesuaikan diri dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Komuniti harmoni dapat dibentuk hasil persefahaman yang bermula dengan mengenali diri masing-masing.Apabila kita mengenali personality diri sendiri,kita akan mengenali kelemahan diri dan boleh membaikinya untuk meningkatkan kebolehan diri dan mengatasi sebarang masalah yang disebabkan oleh sikap negatif kita.Seseorang yang mengenali personaliti diri juga sentiasa sedar akan kebolehan diri dan akan cuba untuk memajukan diri.
Saya juga cuba untuk mengenali personaliti diri dan saya fikir saya tergolong dalam personaliti A.Saya amat mementingkan masa dan kalau boleh saya akan cuba menyiapkan setiap kerja secepat mungkin dengan menetapkan 'due date' sendiri supaya kerja tidak bertimbun.Saya juga tidak suka seseorang menunggu saya dalam apa jua temu janji oleh itu saya akan memastikan saya sentiasa awal dan menepati masa.Saya juga tidak mudah mesra dengan orang yang tidak dikenali tetapi apabila saya mula mengenali seseorang saya akan mudah bergaul dan berjenaka.Bagi saya masalah tekanan tidak akan timbul selagi saya sentiasa pandai mengurus masa dan bijak menggunakan peluang yang ada.
Berdasarkan rujukan internet (http://ummihanie.com/2011/07/jenis-darah-mencerminkan-personaliti/) personaliti juga boleh diketahui melalui jenis darah seseorang.Individu yang mempunyai darah jenis O sentiasa ingin menjadi ketua/pemimpin dan sentiasa berusaha untuk mencapai setiap impian.Mereka mudah cemburu dan sangat berdaya saing.Manakala individu jenis darah A pula cintakan keamanan dan sangat tersusun.Mereka juga mudah bekerjasama dengan orang lain.Mereka sangat degil dan sentiasa ingin melakukan sebarang aktiviti.Individu dengan jenis darah B boleh dikatakan sebagai seorang yang berterus terang dan suka melakukan perkara yang disukai.Mereka sangat kreatif dan mudah menyesuaikan diri dengan keadaan tetapi mereka terlalu berdikari dan ini boleh memberikan banyak masalah.Individu dengan jenis darah AB pula sentiasa tenang dan ceria.Mereka agak 'blurr' dan susah untuk membuat keputusan.
Kenali personality diri untuk mengenali diri sendiri…
Sekian…..
SALAM, saya sgt berminat dengan ilmu psikologi dan personaliti diri. ia menjadikan sy lebih mengenal diri sndiri dan membolehkan sy memperbaiki kelemahan diri. izinkan sy mengambil maklumat di sini untuk disisipkan di dalam penulisan blog sy. terimA kasih. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI =)
ReplyDelete